:: Penolong Pegawai Perubatan Sarawak ::

:: Penolong Pegawai Perubatan Sarawak Portal::
 
HomePortalCalendarGalleryFAQSearchMemberlistRegisterLog in
Navigation
Log in
Username:
Password:
Log in automatically: 
:: I forgot my password
Latest topics
» PPP new website..
Tue Mar 14, 2017 12:36 pm by aubreysherrod

» Bagaimana Cara Memperkenalkan Portal PPP Sararawak Kepada Semua PPP ....?? The Best Way....
Tue Mar 14, 2017 12:34 pm by aubreysherrod

» SELAMAT HARI PENOLONG PEGAWAI PERUBATAN 2016
Tue Mar 08, 2016 8:38 pm by Jay Amarda

» Pegawai Perubatan di KK/K1M/KKIA
Sat Jan 09, 2016 10:37 pm by Jay Amarda

» MERRY CHRISMAT & HAPPY NEW YEAR 2016
Tue Dec 22, 2015 9:39 am by Jay Amarda

» PENGALAMAM DENGAN PERKHIDMATAN DOKTOR UDARA
Thu Dec 10, 2015 11:41 am by Jay Amarda

» Lastest Update and News for PPP
Thu Dec 10, 2015 8:03 am by Jay Amarda

» PPP BOLEH JADI PEGAWAI PERUBATAN
Sun Jul 19, 2015 8:21 pm by Aisyah98

» DEGREE FOR PPP. APA BIDANG YANG BERKAITAN
Sun Jul 19, 2015 8:18 pm by Aisyah98

» Visual Studio 2010 Free Download Full Version With Crack For Windows 7 64 Bit
Wed Mar 19, 2014 3:42 pm by maddprym

» perkembangan terkini naiktaraf KK Lubok Antu
Thu Oct 10, 2013 8:31 am by Roslan

» Helo...2013
Fri Jul 26, 2013 2:28 am by plus100lewishamiltonamat@

» FAIL MEJA UNTUK SEMUA
Sun Apr 07, 2013 4:02 pm by Amin zafri

» org baru...
Sat Feb 23, 2013 5:32 pm by arm S'h

» SURAT PEKELILING KETUA PENGARAH KESIHATAN MALAYSIA BIL.4/2009 PELAKSAAN PERKHIDMATAN KESIHATAN BERINTEGRASI(BERSEPADU)DI KLINIK KESIHATAN.
Sat Dec 08, 2012 2:02 pm by desmond edward

» PENDAFTARAN PERSATUAN PENOLONG PEGAWAI PERUBATAN SARAWAK
Tue Nov 06, 2012 10:23 am by Roslan

» Facebook satu lagi cara Yahudi bergerak!!
Wed Oct 24, 2012 1:46 am by anak pisang

» canon EOS 450D
Wed Oct 24, 2012 1:40 am by anak pisang

» TB Drugs Protocol
Wed Oct 24, 2012 1:39 am by anak pisang

» WANITA DAKWA SAKIT KULIT ANGKARA UBAT HOSPITAL.
Wed Oct 24, 2012 1:37 am by anak pisang

Similar topics
Affiliates














Follow us on Twitter


 



Share | 
 

 NIKMAT JALUR LEBAR

View previous topic View next topic Go down 
AuthorMessage
idaman2865
Newbie Forumer
Newbie Forumer
avatar

Posts : 197
Points : 356
Reputation : 1
Join date : 2009-07-01
Location : Bintulu

Health Status
Health Points: 1

PostSubject: NIKMAT JALUR LEBAR   Thu Jul 02, 2009 4:19 pm

DENGAN belanja mencecah berbilion ringgit, kerajaan dengan kerjasama
sektor swasta melaksanakan apa yang dipanggil sebagai projek jalur
lebar berkelajuan tinggi (HSBB).

Projek berkenaan yang
bermatlamat membawa industri teknologi maklumat dan komunikasi (ICT)
negara ke tahap lebih maju dan berdaya saing dilancarkan di ibu kota,
baru-baru ini.

Bagaimanapun, ramai rakyat Malaysia masih tidak mengetahui faedah yang
bakal dibawa HSBB kepada mereka khasnya dan negara amnya sedangkan
nilai tambah yang dijana teknologi baru itu tidak mempunyai batasnya.

Tidak
hairanlah, Menteri Penerangan, Komunikasi dan Kebudayaan, Datuk Seri Dr
Rais Yatim melahirkan kegusaran dengan perkembangan berkenaan.

Beliau
berkata, masyarakat masih samar mengenai HSBB yang tidak dilihat secara
serius dan masih menimbulkan persoalan serta perlu dijelaskan dengan
lebih menyeluruh.

Justeru, pihaknya bercadang mewujudkan unit
khas bagi memberi penerangan kepada masyarakat luar bandar berhubung
kebaikan perkhidmatan jalur lebar berkelajuan tinggi.

Menurutnya,
ia akan dilaksanakan dengan kerjasama Telekom Malaysia Bhd (TM) bagi
memudahkan pemahaman serta mengaitkannya dengan perkembangan pesat
industri ICT pada masa kini.

"Kita perlu mengaitkan HSBB dengan
dunia perkomputeran, telefon bimbit, aplikasi dan sebagainya agar
masyarakat lebih celik dan tidak menganggapnya sebagai satu
pembaziran," kata Rais.

Beliau menambah masyarakat perlu
diingatkan mengenai kebaikan HSBB yang membantu dari aspek k-ekonomi di
samping melahirkan insan lebih cemerlang dalam dunia yang semakin
mengecil.

"Selain itu, HSBB perlu dieksploitasi sebagai
pemangkin kepada pembangun kandungan digital bersifat tempatan yang
secara tidak langsung menaikkan nama Malaysia dalam industri
teknologi," katanya.

Katanya, dalam keghairahan Malaysia
menceduk teknologi luar, ia tidak seharusnya mengenepikan nilai budaya
tempatan yang bukan saja bertujuan untuk memelihara ketulenan negara
ini, malah melonjakkan nama di persada antarabangsa.

"Inilah
peluang kita untuk 'menjual' nama Malaysia serta keunikan yang wujud
bagi menunjukkan sesuatu yang boleh dibanggakan seperti dilihat di
negara lain," katanya.

Rais menjelaskan tugas utama unit khas
itu adalah memberi kefahaman kepada masyarakat mengenai faedah, risiko,
kos pembabitan aplikasi dan bagaimana cara hidup rakyat berubah dengan
kehadiran perkhidmatan jalur lebar di kawasan luar bandar.

Malah,
Rais turut menggesa TM dan Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia
Malaysia (SKMM) bekerjasama erat dalam merealisasikan penebusan jalur
lebar yang disasarkan tahun depan.

"TM perlu terbabit dalam
usaha ini kerana mereka lebih mengetahui selok-belok, teknik dan
falsafah keseluruhan berkenaan jalur lebar," katanya.

Beliau
turut memaklumkan sasaran penebusan jalur lebar kepada 50 peratus
daripada isi rumah pada tahun depan dijangka menyumbang kepada kenaikan
Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) sebanyak satu peratus dan
menyediakan 135,000 peluang pekerjaan baru.

Gentian optik yang
memacu jalur lebar ialah sejenis kabel yang diperbuat daripada benang
kaca halus bagi menyalur cahaya digunakan dalam kebanyakan sistem
komunikasi terutama di negara Asia yang maju seperti Korea Selatan,
Hong Kong dan Jepun memandangkan keupayaannya menyalurkan data lebih
jitu berbanding kabel tembaga.

Ia menjadi perantara bagi
telekomunikasi kerana bersifat mudah lentur dan boleh diikat sebagai
kabel walaupun dibuat daripada plastik lut sinar atau kaca.

Cahaya
dipancarkan melalui gentian yang disimpan di dalamnya disebabkan
pantulan penuh bahan terbabit menjadi ciri penting dalam menyingkirkan
isyarat bersilang antara optik dalam kabel seterusnya membenarkan
pemasangan kabel dengan kaedah pusingan.

Sistem optik bertindak
sebagai pemandu gelombang ini memiliki dua mod pengaliran iaitu mod
tunggal menghasilkan prestasi yang tinggi berbanding mod pelbagai
membolehkan cahaya dipancarkan dalam mod berlainan tiba pada masa
berbeza.

Kabel gentian optik mampu membawa sehingga seribu optik
dalam satu kabel bagi menjana prestasi unggul yang mampu memenuhi
permintaan untuk jalur lebar berdasarkan pada hujung-ke-hujung dengan
mudah.

Menurut Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan TM, Datuk
Zamzamzairani Mohd Isa, kerja fizikal sambungan akses gentian optik
untuk HSBB kini giat diusahakan serentak di 22 kawasan ibu sawat Zon 1
di seluruh negara.

"Kita akan memulakan projek ini di empat
kawasan berpotensi tinggi iaitu di Bangsar, Taman Tun Dr Ismail (TTDI),
Subang Jaya dan Shah Alam..

"Kami berharap menjelang suku
pertama tahun hadapan, kita akan dapat memperkenalkan perkhidmatan
jalur lebar berkelajuan tinggi kepada rakyat Malaysia," katanya.

Zamzamzairani
berkata, TM akan melabur RM8.9 bilion bagi tempoh 10 tahun, manakala
kerajaan pula melalui pelaburan bersama sebanyak RM2.4 billion bagi
tempoh tiga tahun untuk membiayai pelaksanaan pelaksanaan projek
berkenaan.

"Projek HSBB ini bukanlah pelaksanaan akses rangkaian
semata-mata, malah ia meliputi penyediaan penyelesaian menyeluruh yang
merangkumi rangkaian teras dan prasarana antarabangsa," kata
Zamzamzairani.

Katanya, TM mengambil langkah awal dalam penyediaan prasarana dan tidak hanya bergantung kepada permintaan saja.

"Sekiranya
kita bergantung terhadap permintaan, maka masa tunggu untuk mendapat
perkhidmatan ini akan menjadi agak lama," katanya ketika pelancaran
pertama projek HSBB di TTDI yang turut disaksikan Rais serta Menteri
Wilayah Persekutuan, Senator Datuk Raja Nong Chik Raja Zainal Abidin.

Sejak
pengumuman mengenai perjanjian Usahasama Kerajaan-TM pada September
2008 bagi melancarkan rangkaian jalur lebar berkelajuan tinggi dan
perkhidmatan yang berkaitan, kerajaan sudah membayar balik sebanyak
RM290 juta untuk kerja yang dilaksanakan setakat akhir suku tahun
pertama 2009.

"Proses pembayaran balik ini merangkumi kos
kerja prasarana akses HSBB dan pelaksanaan Internet Protokol (IP)
terasnya serta penambahan kapasiti rangkaian antarabangsa di bawah
perjanjian Perjanjian Usahasama Projek (PPP)," katanya.

Jelasnya,
kerajaan menerusi Kementerian Penerangan, Komunikasi dan Kebudayaan dan
SKMM menetapkan proses semakan yang ketat untuk tuntutan projek HSBB.

Tuntutan
yang diberi TM akan diaudit dan disahkan oleh perunding bebas dilantik
kementerian seterusnya ia akan mencadangkan jumlah bayaran kepada
kementerian sebelum membayar balik tuntutan terbabit.

"Justeru,
saya berharap pemain industri merebut peluang ini dan menggunakan
rangkaian HSBB untuk menyediakan perkhidmatan tambah nilai kepada
pengguna dan menjadikan persekitaran ekosistem ICT di Malaysia lebih
rancak," saran beliau.

Kira-kira 1.3 juta premis di seluruh negara akan mempunyai akses HSBB menjelang 2012.

HSBB menawarkan lebar jalur pada kelajuan rangkaian sehingga 100Mbps bergantung kepada perkhidmatan.

Ia
yang membabitkan penyambungan kabel menggunakan sistem gentian optik
dilihat kesinambungan dalam teknologi komunikasi apabila ia mampu
membantu kabel tembaga sedia ada bagi memberikan prasarana yang lebih
efektif terutama di Malaysia.

Dalam perkembangan berkaitan,
pemasangan kabel gentian optik mendapat sambutan menggalakkan
membolehkan masyarakat dunia kini bercakap mengenai Gentian ke Rumah
(FTTH).

Jika dilihat dari sudut sejarah, penciptaan gentian
optik yang pertama direka pada tahun 1970 oleh penyelidik syarikat
pembuat kaca Amerika Corning Glass Works iaitu Maurer, Keck, Schultz
dan Zimar.

Landskap jalur lebar berubah pantas selari
peningkatan aplikasi lebar jalur tinggi seperti rakaman video secara
langsung, karaoke online, 'webcast', permainan online dan 'podcast.'

Permintaan
seperti ini meningkatkan permintaan lebar jalur lebih tinggi kerana
pengguna mahu fail multimedia lebih berkualiti dan muat turun pantas.

Kebanyakan
pengguna mula mencari teknologi baru yang mampu menggantikan penggunaan
tembaga sedia ada kerana ia mempunyai kapasiti terhad untuk membawa
aplikasi lebar jalur tinggi.

Teknologi gentian turut membolehkan
penggunaan aplikasi perkhidmatan video kualiti tinggi seperti
televisyen definisi tinggi dan telefoni video menjadi pantas.

Bayangkan
teknologi gentian membolehkan muat turun filem berkualiti tinggi dengan
fail sebesar 30 gigabait mampu dilakukan dalam masa 40 minit berbanding
lapan jam sebelum ini menggunakan teknologi diperbuat daripada tembaga.
Back to top Go down
http://bintulunefrologi.blogspot.com
Deressa
Moderator
Moderator
avatar

Cancer Rat
Posts : 1070
Points : 1189
Reputation : 0
Join date : 2009-07-14
Age : 33
Location : SGH

Health Status
Health Points: 1

PostSubject: Re: NIKMAT JALUR LEBAR   Tue Jul 14, 2009 2:06 pm

janji ada duit & politik, semua boleh jadi~ study

_________________
がりえ しあ
Back to top Go down
idaman2865
Newbie Forumer
Newbie Forumer
avatar

Posts : 197
Points : 356
Reputation : 1
Join date : 2009-07-01
Location : Bintulu

Health Status
Health Points: 1

PostSubject: Re: NIKMAT JALUR LEBAR   Sun Jul 19, 2009 4:05 pm

.....1Malaysia...
Back to top Go down
http://bintulunefrologi.blogspot.com
aubreysherrod
Moderator
Moderator
avatar

Leo Pig
Posts : 1145
Points : 1150
Reputation : 4
Join date : 2009-05-07
Age : 34
Location : LUBOK ANTU

Health Status
Health Points: 1

PostSubject: Re: NIKMAT JALUR LEBAR   Mon Jul 20, 2009 2:14 pm

bila agaknya benda ini sampai ke kawasan ulu2 sarawak????????????????
Back to top Go down
idaman2865
Newbie Forumer
Newbie Forumer
avatar

Posts : 197
Points : 356
Reputation : 1
Join date : 2009-07-01
Location : Bintulu

Health Status
Health Points: 1

PostSubject: Re: NIKMAT JALUR LEBAR   Mon Jul 27, 2009 10:55 pm

.....next month la.....
Back to top Go down
http://bintulunefrologi.blogspot.com
Deressa
Moderator
Moderator
avatar

Cancer Rat
Posts : 1070
Points : 1189
Reputation : 0
Join date : 2009-07-14
Age : 33
Location : SGH

Health Status
Health Points: 1

PostSubject: Re: NIKMAT JALUR LEBAR   Wed Jul 29, 2009 10:58 pm

nda patut~

_________________
がりえ しあ
Back to top Go down
musrgmude
Regular Forumer
Regular Forumer


Aries Dog
Posts : 214
Points : 210
Reputation : 3
Join date : 2009-06-11
Age : 35
Location : KK Sri Aman

Health Status
Health Points: 1

PostSubject: Re: NIKMAT JALUR LEBAR   Wed Jul 29, 2009 11:08 pm

Proses penjanaan teknologi maklumat secara meluas & menyeluruh. Pelan tindakan yang bagus. Pelaksanaan...memakan masa. Tapi sabar dan tunggu, at least ada perancangan.
-hadiah untuk generasi akan datang-
Back to top Go down
polok
Newbie Forumer
Newbie Forumer
avatar

Libra Pig
Posts : 136
Points : 136
Reputation : 4
Join date : 2009-09-05
Age : 34
Location : serian

Health Status
Health Points: 1

PostSubject: Re: NIKMAT JALUR LEBAR   Wed Sep 30, 2009 11:10 am

ntah2 10 thn akan datang baru kita dapat...hehehehehehe
Back to top Go down
Sponsored content




PostSubject: Re: NIKMAT JALUR LEBAR   

Back to top Go down
 
NIKMAT JALUR LEBAR
View previous topic View next topic Back to top 
Page 1 of 1
 Similar topics
-
» Bersyukur Atas Nikmat Allah Yang Amat Besar

Permissions in this forum:You cannot reply to topics in this forum
:: Penolong Pegawai Perubatan Sarawak :: :: Forum IT :: Berita Terkini Mengenai Dunia IT-
Jump to: