:: Penolong Pegawai Perubatan Sarawak ::

:: Penolong Pegawai Perubatan Sarawak Portal::
 
HomePortalCalendarGalleryFAQSearchMemberlistRegisterLog in
Navigation
Log in
Username:
Password:
Log in automatically: 
:: I forgot my password
Latest topics
» PPP new website..
Fri Sep 09, 2016 2:12 pm by Jay Amarda

» SELAMAT HARI PENOLONG PEGAWAI PERUBATAN 2016
Tue Mar 08, 2016 8:38 pm by Jay Amarda

» Pegawai Perubatan di KK/K1M/KKIA
Sat Jan 09, 2016 10:37 pm by Jay Amarda

» MERRY CHRISMAT & HAPPY NEW YEAR 2016
Tue Dec 22, 2015 9:39 am by Jay Amarda

» PENGALAMAM DENGAN PERKHIDMATAN DOKTOR UDARA
Thu Dec 10, 2015 11:41 am by Jay Amarda

» Lastest Update and News for PPP
Thu Dec 10, 2015 8:03 am by Jay Amarda

» PPP BOLEH JADI PEGAWAI PERUBATAN
Sun Jul 19, 2015 8:21 pm by Aisyah98

» DEGREE FOR PPP. APA BIDANG YANG BERKAITAN
Sun Jul 19, 2015 8:18 pm by Aisyah98

» Visual Studio 2010 Free Download Full Version With Crack For Windows 7 64 Bit
Wed Mar 19, 2014 3:42 pm by maddprym

» perkembangan terkini naiktaraf KK Lubok Antu
Thu Oct 10, 2013 8:31 am by Roslan

» Helo...2013
Fri Jul 26, 2013 2:28 am by plus100lewishamiltonamat@

» FAIL MEJA UNTUK SEMUA
Sun Apr 07, 2013 4:02 pm by Amin zafri

» org baru...
Sat Feb 23, 2013 5:32 pm by arm S'h

» SURAT PEKELILING KETUA PENGARAH KESIHATAN MALAYSIA BIL.4/2009 PELAKSAAN PERKHIDMATAN KESIHATAN BERINTEGRASI(BERSEPADU)DI KLINIK KESIHATAN.
Sat Dec 08, 2012 2:02 pm by desmond edward

» PENDAFTARAN PERSATUAN PENOLONG PEGAWAI PERUBATAN SARAWAK
Tue Nov 06, 2012 10:23 am by Roslan

» Facebook satu lagi cara Yahudi bergerak!!
Wed Oct 24, 2012 1:46 am by anak pisang

» canon EOS 450D
Wed Oct 24, 2012 1:40 am by anak pisang

» TB Drugs Protocol
Wed Oct 24, 2012 1:39 am by anak pisang

» WANITA DAKWA SAKIT KULIT ANGKARA UBAT HOSPITAL.
Wed Oct 24, 2012 1:37 am by anak pisang

» REFERENDUM: MENGKAJI DAN MENJENAMA SEMULA NAMA JAWATAN ‘PENOLONG PEGAWAI PERUBATAN’ KEPADA SATU NAMA YANG LEBIH SIGNIFIKAN
Wed Oct 24, 2012 1:32 am by anak pisang

Similar topics
Affiliates














Follow us on Twitter


 



Share | 
 

 KLINIK 1 MALAYSIA PENUHI TUNTUTAN

View previous topic View next topic Go down 
AuthorMessage
anak umbong
VIP Forumer
VIP Forumer


Libra Buffalo
Posts : 495
Points : 581
Reputation : 3
Join date : 2009-05-18
Age : 31
Location : KK NANGA ENSIRING,JULAU

Health Status
Health Points: 1

PostSubject: KLINIK 1 MALAYSIA PENUHI TUNTUTAN   Thu Jan 14, 2010 9:23 pm




Oleh NAS NORZIELA NASBAH
utusanmelaka@utusan.com.my


KAKITANGAN yang bertugas di
Klinik 1Malaysia Seri Pengkalan menunjukkan tanda '1Malaysia' pada
pembukaan klinik tersebut di Taman Samarinda, Alor Gajah, Melaka pada 7
Januari lalu.


MELAKA 13 Jan. - Langkah kerajaan memperkenalkan perkhidmatan klinik
kesihatan komuniti yang dinamakan Klinik 1Malaysia mampu memberikan
kesejahteraan dan keselesaan kepada rakyat berpendapatan rendah di
bandar ini.
Seperti kata Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak ketika
membentangkan Bajet 2010, kerajaan akan memperkenalkan Klinik 1Malaysia
di kawasan bandar yang berfungsi seperti klinik desa di luar bandar.
Kehadiran klinik tersebut yang bertepatan dengan gagasan 1Malaysia
iaitu 'Rakyat Didahulukan Pencapaian Diutamakan' tentunya
menggembirakan rakyat kerana kedudukannya yang dekat dengan kediaman
mereka dapat menjimatkan kos rawatan kesihatan.
Di Melaka, tiga buah Klinik 1Malaysia adalah antara 44 buah klinik
yang beroperasi serentak pada hari pelancaran yang disempurnakan oleh
Perdana Menteri di Kampung Kerinchi, Kuala Lumpur baru-baru ini.
Tiga buah klinik tersebut ialah di Taman Merdeka, Batu Berendam;
Taman Suria, Bukit Katil dan Taman Samarinda, Alor Gajah yang mula
beroperasi 7 Januari lalu.
Menggunakan perkhidmatan yang dikendalikan oleh penolong pegawai
perubatan dan jururawat terlatih sahaja, tiga buah klinik di negeri ini
dianggap sebagai pusat rawatan pesakit luar yang utama di setiap
kawasan.
Seperti di negeri-negeri lain, Klinik 1Malaysia yang dibina di
negeri ini adalah bersesuaian iaitu di taman-taman perumahan utama.
Bagi mereka yang tinggal berdekatan dengan Batu Berendam boleh
mendapatkan rawatan di Taman Merdeka manakala mereka yang tinggal di
kawasan Hang Tuah Jaya boleh terus ke Taman Suria, Bukit Katil.
Bagi mereka yang tinggal di Alor Gajah boleh mendapatkan rawatan di Klinik 1Malaysia Taman Samarinda.
Kewujudan klinik tersebut memudahkan orang ramai yang mahu
mendapatkan rawatan sakit biasa seperti demam, pemeriksaan ujian darah
tinggi dan kecederaan ringan seperti mencuci luka.
Dengan mengenakan kadar bayaran RM1 bagi setiap pesakit, ia dianggap
sebagai pelengkap kepada klinik kesihatan sedia ada atau hospital
kerajaan.
Bagi warganegara asing yang ingin mendapat rawatan dikenakan bayaran sebanyak RM15.
Dibuka pada pukul 10 pagi hingga 10 malam setiap hari termasuk cuti
sekolah atau perayaan, klinik itu mampu memenuhi keperluan rakyat.
Menurut Pegawai Kesihatan Primer, Dr. Nazatul Mokhtar, tiga klinik
tersebut menawarkan perkhidmatan kepada pesakit luar atau pesakit tidak
kritikal dengan rawatan yang cepat.
''Ini merupakan objektif utama kerajaan bagi memastikan orang awam
menerima rawatan secepat yang mungkin dan tidak membuatkan mereka
terpaksa menunggu lama.
''Selain itu, penubuhan Klinik 1Malaysia ini diharap dapat
meringankan beban penduduk setempat untuk mendapatkan rawatan sakit
biasa seperti demam, kencing manis dan sebagainya," katanya ketika
dihubungi Utusan Malaysia baru-baru ini.
Menurutnya, ketiga-tiga klinik itu akan dipantau oleh Jabatan
Kesihatan bagi memastikan segala kemudahan dan bekalan ubat sentiasa
mencukupi.
Selain itu Dr. Nazatul berkata, kes-kes yang di luar bidang
perkhidmatan penolong pegawai perubatan atau kes-kes yang perlu dilihat
oleh pegawai perubatan akan dirujuk ke klinik kesihatan atau hospital
berdekatan.
"Kita amat memandang serius kes-kes yang dirujuk dan sekiranya ia
kes kecemasan atau kritikal, penolong pegawai perubatan yang bertugas
akan menilai dahulu jenis kes itu.
"Jika perlu dirujuk pesakit akan distabilkan dan diberikan rawatan
kecemasan peringkat awal di klinik tersebut sebelum dihantar ke
hospital berdekatan," kata beliau.
Back to top Go down
anak umbong
VIP Forumer
VIP Forumer


Libra Buffalo
Posts : 495
Points : 581
Reputation : 3
Join date : 2009-05-18
Age : 31
Location : KK NANGA ENSIRING,JULAU

Health Status
Health Points: 1

PostSubject: Re: KLINIK 1 MALAYSIA PENUHI TUNTUTAN   Thu Jan 14, 2010 9:24 pm

Penduduk sambut baik



CHAI Kim Ngoon (tengah)
sedang menerima rawatan daripada pembantu perubatan dari Klinik
1Malaysia Seri Pengkalan di Taman Samarinda, Alor Gajah, Melaka,
baru-baru ini.


MELAKA 13 Jan. - Orang ramai menyifatkan langkah
kerajaan mewujudkan tiga buah Klinik 1Malaysia di negeri ini sebagai
tepat pada masanya.
Menurut mereka, pembukaan klinik itu memenuhi kehendak rakyat yang
mahu kerajaan membantu meringankan beban masyarakat terutama mereka
yang berpendapatan rendah.
Mereka menyifatkan lokasi klinik di kawasan perumahan amat sesuai
bagi memudahkan penduduk terutama warga tua dan orang kurang upaya
(OKU) untuk mendapatkan rawatan lebih cepat.
Bagi seorang kakitangan swasta, Norniza Nasbah, 25, pembukaan Klinik 1Malaysia membuktikan kerajaan mementingkan keperluan rakyat yang berbilang kaum.
''Dengan wujudnya klinik ini tidak akan berlaku lagi kejadian orang
ramai terpaksa menunggu lama untuk mendapatkan rawatan dan lebih
menarik ia ditempatkan di kawasan perumahan," katanya ketika ditemui di
Klinik 1Malaysia di Taman Merdeka, Batu Berendam baru-baru ini.
Beliau berkata, perkhidmatan dan kemudahan yang disediakan amat
sesuai dan menjamin keselesaan masyarakat yang memerlukan rawatan.
Bagi Shahzarol Latiff, 29, pula, lokasi klinik itu amat sesuai kerana ia lebih dekat dengan masyarakat.
''Di Batu Berendam terdapat banyak perumahan yang ramai penduduknya dan amat bersesuaian jika klinik kerajaan diwujudkan.
''Masyarakat tidak perlu pergi ke bandar untuk mendapatkan rawatan
biasa di hospital malah terpaksa menunggu lama untuk mendapatkannya,"
katanya.
Menurutnya lagi, sistem yang digunakan begitu sistematik dan
kemudahan seperti tempat duduk yang selesa juga menjadikan klinik
1Malaysia sebagai pilihan utama rakyat mendapatkan rawatan.
Sementara itu Sallehudin Samad, 56, berkata, sebelum ini dia
terpaksa meminta pertolongan jiran untuk menghantarnya ke Hospital
Melaka untuk pemeriksaan kencing manis.
Katanya, kini dia tidak lagi perlu berbuat demikian sebaliknya
memadai mendapatkan rawatan di Klinik 1Malaysia yang beroperasi di Batu
Berendam sejak 7 Januari lalu.
''Kini segala-galanya mudah sejak klinik ini diwujudkan. Saya tidak
perlu lagi bersusah payah dalam keadaan badan yang uzur," kata
Sallehudin.
Di samping itu katanya, dia berpuas hati dengan perkhidmatan yang
diberi dan layanan yang mesra daripada kakitangan yang bertugas.
Back to top Go down
 
KLINIK 1 MALAYSIA PENUHI TUNTUTAN
View previous topic View next topic Back to top 
Page 1 of 1
 Similar topics
-
» IB DAIG DUAB ZOO LI NIAM MAB LIAB TSHWM NYOB MALAYSIA
» Niam Mab Liab quaj nyob Malaysia (Mas Les Xias)
» Home > News> News Nasiriyah Malaysia's Petronas complete drilling the first well in the field of Gharraf, and preparing for other wells before the end of the year Wed, 30 Nov 2011 time: 9:37
» Electricity: a plan to set up two stations and we call on Iran to provide us with energy
» More Weirdness on Malaysia Airlines Flight MH370

Permissions in this forum:You cannot reply to topics in this forum
:: Penolong Pegawai Perubatan Sarawak :: :: General Forum :: Berita Semasa-
Jump to: