:: Penolong Pegawai Perubatan Sarawak ::

:: Penolong Pegawai Perubatan Sarawak Portal::
 
HomePortalCalendarGalleryFAQSearchMemberlistRegisterLog in
Navigation
Log in
Username:
Password:
Log in automatically: 
:: I forgot my password
Latest topics
» PPP new website..
Fri Sep 09, 2016 2:12 pm by Jay Amarda

» SELAMAT HARI PENOLONG PEGAWAI PERUBATAN 2016
Tue Mar 08, 2016 8:38 pm by Jay Amarda

» Pegawai Perubatan di KK/K1M/KKIA
Sat Jan 09, 2016 10:37 pm by Jay Amarda

» MERRY CHRISMAT & HAPPY NEW YEAR 2016
Tue Dec 22, 2015 9:39 am by Jay Amarda

» PENGALAMAM DENGAN PERKHIDMATAN DOKTOR UDARA
Thu Dec 10, 2015 11:41 am by Jay Amarda

» Lastest Update and News for PPP
Thu Dec 10, 2015 8:03 am by Jay Amarda

» PPP BOLEH JADI PEGAWAI PERUBATAN
Sun Jul 19, 2015 8:21 pm by Aisyah98

» DEGREE FOR PPP. APA BIDANG YANG BERKAITAN
Sun Jul 19, 2015 8:18 pm by Aisyah98

» Visual Studio 2010 Free Download Full Version With Crack For Windows 7 64 Bit
Wed Mar 19, 2014 3:42 pm by maddprym

» perkembangan terkini naiktaraf KK Lubok Antu
Thu Oct 10, 2013 8:31 am by Roslan

» Helo...2013
Fri Jul 26, 2013 2:28 am by plus100lewishamiltonamat@

» FAIL MEJA UNTUK SEMUA
Sun Apr 07, 2013 4:02 pm by Amin zafri

» org baru...
Sat Feb 23, 2013 5:32 pm by arm S'h

» SURAT PEKELILING KETUA PENGARAH KESIHATAN MALAYSIA BIL.4/2009 PELAKSAAN PERKHIDMATAN KESIHATAN BERINTEGRASI(BERSEPADU)DI KLINIK KESIHATAN.
Sat Dec 08, 2012 2:02 pm by desmond edward

» PENDAFTARAN PERSATUAN PENOLONG PEGAWAI PERUBATAN SARAWAK
Tue Nov 06, 2012 10:23 am by Roslan

» Facebook satu lagi cara Yahudi bergerak!!
Wed Oct 24, 2012 1:46 am by anak pisang

» canon EOS 450D
Wed Oct 24, 2012 1:40 am by anak pisang

» TB Drugs Protocol
Wed Oct 24, 2012 1:39 am by anak pisang

» WANITA DAKWA SAKIT KULIT ANGKARA UBAT HOSPITAL.
Wed Oct 24, 2012 1:37 am by anak pisang

» REFERENDUM: MENGKAJI DAN MENJENAMA SEMULA NAMA JAWATAN ‘PENOLONG PEGAWAI PERUBATAN’ KEPADA SATU NAMA YANG LEBIH SIGNIFIKAN
Wed Oct 24, 2012 1:32 am by anak pisang

Similar topics
Affiliates














Follow us on Twitter


 



Share | 
 

 TIGA KLINIK 1 MALAYSIA MULA BEROPERASI HARI INI

View previous topic View next topic Go down 
AuthorMessage
anak umbong
VIP Forumer
VIP Forumer


Libra Buffalo
Posts : 495
Points : 581
Reputation : 3
Join date : 2009-05-18
Age : 31
Location : KK NANGA ENSIRING,JULAU

Health Status
Health Points: 1

PostSubject: TIGA KLINIK 1 MALAYSIA MULA BEROPERASI HARI INI   Thu Jan 07, 2010 10:56 pm




MELAKA 6 Jan. - Tiga buah Klinik 1Malaysia yang diwujudkan di Batu Berendam, Taman Suria, Bukit Katil dan Taman Samarinda, Alor Gajah dekat sini, akan memulakan operasi esok.
Tiga buah klinik berkenaan adalah antara 50 klinik yang akan dibuka di seluruh negara yang melibatkan peruntukan sebanyak RM10 juta.
Pegawai Kesihatan Primer, Dr.Nazatul Mokhtar berkata, tiga klinik tersebut hanya menawarkan perkhidmatan pesakit luar yang lebih meluas dan cepat kepada rakyat.
Menurutnya, pembinaan Klinik 1Malaysia adalah sejajar dengan gagasan 1Malaysia mengutamakan kepentingan rakyat yang telah diumumkan oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak pada pembentangan bajet 2010.
Katanya, Klinik 1Malaysia tidak mempunyai pegawai perubatan sebaliknya akan dikendalikan oleh Penolong Pegawai Perubatan dan jururawat terlatih sahaja.
Beliau berkata, klinik itu hanya akan membuat rawatan ringan seperti demam, batuk, selesema, luka kecil, susulan kes penyakit kronik, melakukan prosedur ringan dan khidmat nasihat kepada pesakit.
''Kes-kes yang di luar bidang penolong pegawai perubatan atau kes-kes yang perlu dilihat oleh pegawai perubatan, ia akan dirujuk ke klinik kesihatan atau hospital berdekatan.
''Sekiranya kes-kes kecemasan atau kritikal, penolong pegawai perubatan yang bertugas akan menilai dahulu jenis kes itu.
''Kalau perlu dirujuk pesakit akan distabilkan dahulu sebelum dihantar ke hospital berdekatan iaitu dengan memberi rawatan kecemasan peringkat awal," katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.
Katanya, objektif Klinik 1Malaysia adalah untuk menyediakan perkhidmatan rawatan perubatan ringan kepada penduduk di kawasan bandar di negeri ini.
''Dengan adanya klinik seumpama itu ia dijangka dapat membantu mengurangkan beban pesakit di klinik kesihatan di kawasan bandar yang sedia ada," katanya.
Pada dasarnya kata Dr. Nazatul, Klinik 1Malaysia merupakan klinik pelengkap kepada klinik kesihatan awam yang ada di persekitaran terbabit.
Masa perkhidmatan klinik tersebut adalah dari pukul 10 pagi hingga 10 malam dan akan beroperasi pada setiap hari bekerja termasuk Sabtu, Ahad dan Cuti Umum.
''Kadar bayaran yang dikenakan bagi setiap pesakit yang mendapatkan rawatan di klinik ini ialah sebanyak RM1 sahaja," katanya.
Bagi warganegara asing yang ingin mendapat rawatan beliau berkata, mengikut Akta FI(Perubatan)(Pindaan)2003 bayaran yang dikenakan sebanyak RM 15.00.
Back to top Go down
anak umbong
VIP Forumer
VIP Forumer


Libra Buffalo
Posts : 495
Points : 581
Reputation : 3
Join date : 2009-05-18
Age : 31
Location : KK NANGA ENSIRING,JULAU

Health Status
Health Points: 1

PostSubject: Re: TIGA KLINIK 1 MALAYSIA MULA BEROPERASI HARI INI   Thu Jan 07, 2010 11:06 pm

Klinik 1Malaysia di Teku Ahad ini


SIBU 6 Jan. - Menteri Alam Sekitar dan Kesihatan Awam Sarawak, Datuk Seri Wong Soon Koh akan merasmikan Klinik 1Malaysia Sarawak di Teku di sini Ahad ini.
Pegawai Perubatan Bahagian Sibu Dr. Mohd. Rais Abdullah berkata, klinik itu akan menyediakan perkhidmatan kesihatan menyeluruh seperti rawatan susulan kes diabetes dan darah tinggi selain menerima pesakit luar.
Beliau berkata, klinik yang beroperasi dari pukul 10 pagi hingga 10 malam setiap hari Isnin hingga Jumaat itu turut menyediakan klinik rawatan khusus untuk kanak-kanak setiap Khamis.
"Bergantung kepada permintaan, kami mungkin mengembangkan skop perkhidmatan yang disediakan nanti," katanya dan menambah klinik itu akan memberikan perkhidmatan kepada penduduk di kawasan penempatan seperti Taman Indah, Kampung Bahagia Jaya, Sungai Merah, Oya dan Jalan Ling Kai Cheng serta banyak rumah panjang berhampiran.
Bercakap kepada pemberita di sini beliau berkata, selain Sibu klinik sedemikian juga akan dibuka di Kuching, Miri dan Bintulu.
Program Klinik 1Malaysia diwujudkan selaras dengan konsep 1Malaysia yang diilhamkan oleh Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak dan ia merupakan sebahagian daripada usaha kerajaan memastikan tiada siapa yang ketinggalan dalam menikmati perkhidmatan kesihatan.
Sementara itu Mohd. Rais berkata, sebelum pelancaran klinik tersebut Ahad ini, Jabatan Kesihatan, Kelab Lion bersama beberapa pertubuhan bukan kerajaan akan menganjur program pemeriksaan kesihatan secara percuma untuk orang ramai di klinik itu pada sebelah paginya, mulai pukul 8 pagi.
Katanya, ia termasuk pemeriksaan tahap kolesterol, diabetes, tekanan darah, dan sebagainya. - BERNAMA
Back to top Go down
Amin zafri
User Forumer
User Forumer


Leo Cat
Posts : 57
Points : 60
Reputation : 0
Join date : 2009-12-30
Age : 41
Location : Taiping, Perak

Health Status
Health Points: 1

PostSubject: Re: TIGA KLINIK 1 MALAYSIA MULA BEROPERASI HARI INI   Fri Jan 08, 2010 10:57 pm

Salam sejahtera.

Saya selaku Setiausaha Kehormat PPPM telah mengeluarkan kenyataan akhbar berhubung Klinik 1 Malaysia. The Star dijangka akan menyiarkan beberapa bahagian daripada kenyataan PPPM untuk disiarkan. Nantikan kenyataan PPPM dalam ruangan Focus. Harap kenyataan PPPM akan disiarkan.

Sekian.

Amin Zafri Bin Abd Rahman
Back to top Go down
Amin zafri
User Forumer
User Forumer


Leo Cat
Posts : 57
Points : 60
Reputation : 0
Join date : 2009-12-30
Age : 41
Location : Taiping, Perak

Health Status
Health Points: 1

PostSubject: Re: TIGA KLINIK 1 MALAYSIA MULA BEROPERASI HARI INI   Fri Jan 08, 2010 10:58 pm

Kenyataan akhbar dijangka akan disiarkan pada Ahad ini (10 Jan 2010).

Sekian.

Setiausaha Kehormat PPPM
Back to top Go down
Sponsored content




PostSubject: Re: TIGA KLINIK 1 MALAYSIA MULA BEROPERASI HARI INI   Today at 5:50 am

Back to top Go down
 
TIGA KLINIK 1 MALAYSIA MULA BEROPERASI HARI INI
View previous topic View next topic Back to top 
Page 1 of 1
 Similar topics
-
» Awal mula perang abadi Sunni Syiah (??)
» Sejarah Penamaan Hari Minggu
» Hari Sabat adalah Yudaisme dan Kami Bukan Yahudi
» NATAL itu hari lahirnya siapa?
» Gunung Kemukus Sragen , lokasi pesta seks sekaligus ritual cepat kaya

Permissions in this forum:You cannot reply to topics in this forum
:: Penolong Pegawai Perubatan Sarawak :: :: General Forum :: Berita Semasa-
Jump to: