:: Penolong Pegawai Perubatan Sarawak ::

:: Penolong Pegawai Perubatan Sarawak Portal::
 
HomePortalCalendarGalleryFAQSearchMemberlistRegisterLog in
Navigation
Log in
Username:
Password:
Log in automatically: 
:: I forgot my password
Latest topics
» PPP new website..
Fri Sep 09, 2016 2:12 pm by Jay Amarda

» SELAMAT HARI PENOLONG PEGAWAI PERUBATAN 2016
Tue Mar 08, 2016 8:38 pm by Jay Amarda

» Pegawai Perubatan di KK/K1M/KKIA
Sat Jan 09, 2016 10:37 pm by Jay Amarda

» MERRY CHRISMAT & HAPPY NEW YEAR 2016
Tue Dec 22, 2015 9:39 am by Jay Amarda

» PENGALAMAM DENGAN PERKHIDMATAN DOKTOR UDARA
Thu Dec 10, 2015 11:41 am by Jay Amarda

» Lastest Update and News for PPP
Thu Dec 10, 2015 8:03 am by Jay Amarda

» PPP BOLEH JADI PEGAWAI PERUBATAN
Sun Jul 19, 2015 8:21 pm by Aisyah98

» DEGREE FOR PPP. APA BIDANG YANG BERKAITAN
Sun Jul 19, 2015 8:18 pm by Aisyah98

» Visual Studio 2010 Free Download Full Version With Crack For Windows 7 64 Bit
Wed Mar 19, 2014 3:42 pm by maddprym

» perkembangan terkini naiktaraf KK Lubok Antu
Thu Oct 10, 2013 8:31 am by Roslan

» Helo...2013
Fri Jul 26, 2013 2:28 am by plus100lewishamiltonamat@

» FAIL MEJA UNTUK SEMUA
Sun Apr 07, 2013 4:02 pm by Amin zafri

» org baru...
Sat Feb 23, 2013 5:32 pm by arm S'h

» SURAT PEKELILING KETUA PENGARAH KESIHATAN MALAYSIA BIL.4/2009 PELAKSAAN PERKHIDMATAN KESIHATAN BERINTEGRASI(BERSEPADU)DI KLINIK KESIHATAN.
Sat Dec 08, 2012 2:02 pm by desmond edward

» PENDAFTARAN PERSATUAN PENOLONG PEGAWAI PERUBATAN SARAWAK
Tue Nov 06, 2012 10:23 am by Roslan

» Facebook satu lagi cara Yahudi bergerak!!
Wed Oct 24, 2012 1:46 am by anak pisang

» canon EOS 450D
Wed Oct 24, 2012 1:40 am by anak pisang

» TB Drugs Protocol
Wed Oct 24, 2012 1:39 am by anak pisang

» WANITA DAKWA SAKIT KULIT ANGKARA UBAT HOSPITAL.
Wed Oct 24, 2012 1:37 am by anak pisang

» REFERENDUM: MENGKAJI DAN MENJENAMA SEMULA NAMA JAWATAN ‘PENOLONG PEGAWAI PERUBATAN’ KEPADA SATU NAMA YANG LEBIH SIGNIFIKAN
Wed Oct 24, 2012 1:32 am by anak pisang

Affiliates














Follow us on Twitter


 



Share | 
 

 Bayaran Insentif Pedalaman.

View previous topic View next topic Go down 
Go to page : 1, 2, 3  Next
AuthorMessage
Deressa
Moderator
Moderator


Cancer Rat
Posts : 1070
Points : 1189
Reputation : 0
Join date : 2009-07-14
Age : 32
Location : SGH

Health Status
Health Points: 1

PostSubject: Bayaran Insentif Pedalaman.   Wed Jan 06, 2010 3:05 pm

cuba tgk ni:
http://www.eghrmis.gov.my/wp_content2/elaun/Bayaran%20Insentif/Bay_026.htm

ada ka hak kita?

_________________
がりえ しあ
Back to top Go down
Amin zafri
User Forumer
User Forumer


Leo Cat
Posts : 57
Points : 60
Reputation : 0
Join date : 2009-12-30
Age : 41
Location : Taiping, Perak

Health Status
Health Points: 1

PostSubject: Re: Bayaran Insentif Pedalaman.   Wed Jan 06, 2010 11:18 pm

Terima kasih kerana menghighlightkan Pekeliling ini. Saya memohon agar saudara terutamanya mereka yang bertugas di pendalaman agar memanjangkan perkara ini kepada Kesatuan PP Sarawak. Peringkat awal ini saya nak lihat Sarawak menyediakan kertas cadangan. Dalam masa yang sama, saya akan panjangkan kepada Kesatuan PP Semenanjung Malaysia. Peringkat seterusnya, kedua-dua kesatuan ini kena rangkumkan cadangan serta justifikasinya sekali. Saya selaku Setiausaha Persatuan ingin menjelaskan bahawa isu atau hal yang berkaitan kebajikan PPP adalah dibawah tanggungjawab kesatuan. Oleh kerana ini saya kena beri peluang dan laluan kepada kesatuan untuk memulakannya. Peranan Persatuan adalah menjuruh kepada pembangunan profesion. Walaubagaimanapun, Persatuan akan mengambil tindakan susulan atau inisiatif sekiranya kesatuan-kesatuan yang memperjuangkan kepentingan dan kebajikan PPP memohon bantuan atau menghadapi sebarang kesulitan. Saya harap, wakil-wakil dalam Kesatuan akan mengambil tindakan segera. Secara peribadi, saya merasakan ia tidaklah sesusah mana untuk menyediakan kertas cadangan tersebut. Kalau saudara serta rakan-rakan PPP yang lain ada ide, sila salurkan kepada mereka dan juga saya melalui aminzafri_ma@yahoo.com atau amin_zafri@moh.gov.my.

Untuk makluman, Kertas Cadangan Pemberian Bayaran Insentif Pos Basik Kepada Semua PPP Di KKM Yang Memiliki Kelulusan Pos Basik Tanpa Mengira Tempat Bertugas setebal 16 muka surat (tidak termasuk lampiran-lampiran) telah saya majukan kepada Bahagian Sumber Manusia KKM pada 5 Januari 2010. Saya menjangkakan ia mengambil masa tidak kurang daripada 2 tahun untuk mendapat keputusan. Harap saudara dapat faham kerana tahun 2010 adalah tahun dimana perbelanjaan kewangan negara terpaksa dikawal.

Apa yang saya harapkan agar lebih ramai kumpulan pemikir daripada pengkritik dalam PPP. Cetusan-cetusan seperti yang saudara berikan adalah suatu yang baik dan memberikan manfaat kepada PPP. Kita semua harus mencuba. Soal berjaya atau sebaliknya, itu no. 2. Kita ditakrifkan gagal sekiranya kita tidak mencuba manakala peluang 50 : 50 sekiranya kita memulakan usaha.

Semoga banyak lagi ide atau cetusan selepas ini.

Sekian. Terima kasih.

Amin Zafri BIn Abd Rahman
Setiausaha Kehormat
PPPM
Back to top Go down
Amin zafri
User Forumer
User Forumer


Leo Cat
Posts : 57
Points : 60
Reputation : 0
Join date : 2009-12-30
Age : 41
Location : Taiping, Perak

Health Status
Health Points: 1

PostSubject: Re: Bayaran Insentif Pedalaman.   Thu Jan 07, 2010 10:19 am

Saudara-saudara sekalian. Walaupun bayaran Insentif Pendalaman telah diberikan berdasarkan kawasan-kawasan yang telah dikategorikan seperti P1-RM1500, P2-RM1000 dan P3-RM500, bagi kawasan yang dilihat mempunyai ciri-ciri kategori kawasan tadi boleh dikemukakan permohonannya. Sesetengah tempat seperti di Sabah akan mula membuat bayaran pada bulan Februari ini. Macam mana dengan Sarawak?

Amin Zafri Bin Abd Rahman
Setiausaha Kehormat
PPPM
Back to top Go down
Deressa
Moderator
Moderator


Cancer Rat
Posts : 1070
Points : 1189
Reputation : 0
Join date : 2009-07-14
Age : 32
Location : SGH

Health Status
Health Points: 1

PostSubject: Re: Bayaran Insentif Pedalaman.   Fri Jan 08, 2010 10:05 pm

pekeliling dlm JPA da beri kita elaun ini lama da. why now baru dpt?
mana lawyer lembaga ppp ni? kenapa x fight utk elaun ni dari dulu lagi?

_________________
がりえ しあ
Back to top Go down
Amin zafri
User Forumer
User Forumer


Leo Cat
Posts : 57
Points : 60
Reputation : 0
Join date : 2009-12-30
Age : 41
Location : Taiping, Perak

Health Status
Health Points: 1

PostSubject: Re: Bayaran Insentif Pedalaman.   Fri Jan 08, 2010 10:52 pm

Saudara,

Isu elaun pada prinsipnya bukanlah urusan Lembaga. Warga PPP disaran untuk mendapatkan maklumat berhubung peranan Lembaga. Saya sekali lagi menjelaskan bahawa isu elaun adalah isu Kesatuan sebab itulah kerajaan merestui pengwujudan Kesatuan. Kita kena faham dan elakkan boundary crossing nanti orang mengata kita tidak faham. Selama ini pegawai-pegawai di Lembaga mengetengahkan isu menggunakan saluran Kesatuan kerana mereka juga terdiri daripada ahli Kesatuan. Warga PPP jangan melihat hanya 15 orang PPP di Lembaga berupaya menjaga 8989 orang PPP di KKM dan baki lagi 3000 di luar KKM. Harap tuan-tuan tidak selalu mengharapkan sesuatu tanpa tuan-tuan berusaha terlebih dahulu. Kita kena tanya pada diri kita apakah peranan atau sumbangan kita untuk mendapatkan hak kita itu.

Adalah tidak benar mengatakan bahawa kita tidak fight untuk elaun ini. Jika tidak fight masakan kita dapat elaun kini. Masa merupakan suatu perkara yang kadang kala kita sukar tentukan kerana pelaksanaannya memerlukan kelulusan pelbagai peringkat di agensi kita. Saya mengambil contoh, telah kita ambil perhatian berhubung isu BIPK yang akan dikaji semula pada semakan semula gaji kakitangan awam akan datang. Kesatuan dan Persatuan di Semenanjung telah mengadakan bengkel pada 19 - 20 November 2009 dan saya bertanggungjawab untuk isu BIPK. Saya diminta menyediakan kertas cadangan BIPK. Tahukah tuan-tuan bahawa kami telah mencadangkan kepada Agensi Pusat agar kadar BIPK ini dipertingkatkan atas sebab-sebab tertentu. Saya hampir menyiapkannya dan saya jangkakan pertengahan tahun ini ia akan dikemukakan kepada Agensi Pusat. Saya mahukan ide tuan-tuan melalui forum ini! Saya pasti, 3 - 5 tahun lagi akan ada PPP mengatakan kita tidak berbuat sesuatu. Saya memohon agar Sarawak mengambil inisiatif untuk kepentingan PPP. Jangan kita harapkan Lembaga kerana mereka ada kekangan. Mereka di pihak majikan. Masakan majikan perlu menuntut atau mendesak majikannya yakni kerajaan. Saya salah seorang anggota di Lembaga. Setiap sesuatu yang saya buat, saya tidak menggunakan Lembaga kerana itu salah dari segi prinsipnya. Sedangkan hampir semua orang tahu kertas-kertas kerja yang dikemukakan selama ini idenya datang dari pegawai-pegawai di Lambaga. Nama pun Lembaga sebab itulah tuan-tuan tidak nampak apa yang kami buat.

Disini saya ingin memberikan 'cabaran' kepada warga PPP Sarawak agar buktikan kepada saya bahawa Sarawak mempunyai warga PPP yang hebat-hebat, bukan sekadar hebat berkata-kata tetapi menyusul dengan tindakan atau perbuatan yang hebat-hebat.

Jangan tuan-tuan berkecil hati dengan kenyataan saya kerana ruangan ini memberi ruang kepada kita untuk sedikit keterbukaan.

Sekian.

Amin Zafri Bin Abd Rahman
Sekretariat
Lembaga Pembantu Perubatan
Back to top Go down
Deressa
Moderator
Moderator


Cancer Rat
Posts : 1070
Points : 1189
Reputation : 0
Join date : 2009-07-14
Age : 32
Location : SGH

Health Status
Health Points: 1

PostSubject: Re: Bayaran Insentif Pedalaman.   Sat Jan 09, 2010 12:41 pm

thanks tuan,

yg buat berat sebelah nya adalah, bila kesatuan usulkan satu cadangan, pihak atasan kerajaan hanya pandang semenanjung sahaja, ada diorg pandang ke timur? sabah, sarawak ada diorg pandang? (10% ja barangkali?)

& diorg tau ka ppp kat sabah sarawak mempunyai skop kerja yg x sama dgn semenanjung?
lagipun klnik2 kat timur ni rata2 di'incas' oleh ged 29. i umur 24 tahun da incas klinik. kalo kat semenanjung i ada peluang macam ni ka?

da la fasiliti2 asas kat timur ni jauh lebih mundur dari m'sia barat. 70% klinik out-station ni x da liputan mobile phone. diorg hanya berkamunikasi dgn m'gunakan USP/KTAK sahaja. kalo rosak tu brg, putus hubungan la. harapkan surat, topik/isu da expired baru surat tu sampai. (itu kalo sampai, kalo x sampai langsung?)

so, kita ni '1 malaysia', kalo nak buat 1 keputusan, biar la jgn berat sebelah, pandanglah kami org yg jauh ni, yg kesusahan kami ni u org x kan rasa seumur hidup u org. refer case / hantar return pakai bot, perahu, tongkang, jln balak 6/8 jam, 3 hari pun ada, sampai pakai kapal terbang pun ada macam Ba'kelalan, Bario, Pa Dalih, & lain2 tempat yg dekat2 border Kalimantan-Sarawak ni. (tempat diorg tu jln kaki pun boleh tembus ke indon da.)

i cuma nak share apa yg kami rasa di timur ni. bukan nya temapt i x cukup selesa. tapi i juga org yg berasal dari pedalam/ulu juga. di mana rumah panjang i mau 2 jam jln tanah kuning, & 4 jam pakai longboard baru sampai. sana, no karan, no water. pakai air gunung & pakai generator/solar.

so, be wise & thought of them who's small & be your back bone.
if you take away this bones, you would't be stand straight.

sorry kalo ada kasar bahasa, memang i macam ni. because it is me.

_________________
がりえ しあ
Back to top Go down
Amin zafri
User Forumer
User Forumer


Leo Cat
Posts : 57
Points : 60
Reputation : 0
Join date : 2009-12-30
Age : 41
Location : Taiping, Perak

Health Status
Health Points: 1

PostSubject: Re: Bayaran Insentif Pedalaman.   Sat Jan 09, 2010 2:26 pm

Saudara,

Saya memang faham akan keperluang semua PPP. Selagi saya berada disatu kedudukan yang boleh membantu, saya akan bantu tetapi dengan limitasi yang saya ada.

Dalam hal kepentingan PPP, saya tidak mendiskriminasi atau mengutamakan siapa dan siapa. PPP di Semenanjung sama seperti PPP di Sarawak, asal ini ahli PPPM. Cuma saya ingin betulkan bahawa usaha yang dibuat selama ini bukan atas prinsip kedaerahan atau mengutamakan semenanjung. Jika tuan lihat asas pertimbangan BI Pendalaman pun kerana mengambil kira kepayahan sosio demografi di Sabah dan Sarawak. Tetapi saya kagum dengan Semenanjung kerana banyak kertas cadangan atau usaha dibuat dari sana. Tidak dinafikan kehebatan PPP di Sarawak tetapi ia hanya buah mulut sahaja (maafkan saya). Kehabatan itu digambarkan dengan keadaan persekitaran manakala kompleksiti tugas tidak banyak berbeza. Lambat menerima bayaran bukan kerana Sabah, Sarawak atau Semenanjung tetapi masalah pentadbiran negeri masing-masing. Betul tak!

Saya tidak nampak ada berat sebelah, yang saya nampak masalah dalaman yakni dalam jabatan, dalam daerah dan dalam negeri. Janganlah fire Semenanjung kerana kitakan 1 Malaysia, persepsi kedaerahan perlu dikikis. Kalau PPP Sarawak ingin menimba pengalaman di Semenanjung, mohonlah pertukaran ke Semenanjung. Isunya, kita tak mahu berhijrah dan itu bermakna kita kena terima apa sahaja yang ada di tempat kita. Disemenanjung pun ada tempat yang daif seperti di Sabah dan Sarawak.

Tiada maaf bagi mu kerana tiada kesalahan yang saudara buat pada saya. Saya tidak mengatakan saudara berkasar kerana penulisan dengan sebutan tidak sama. Kalau saya baca dalam emosi, saya akan mengatakan saudara berkasar sedangkan pemikiran saudara tenang sahaja semasa mengutarakan isu ini di dalam forum yang amat bermanfaat.

Apa yang saya harapkan agar lebih ramai PPP berinteraksi di dalam forum ini kerana ia dapat mencorakkan pemikiran kita. Saya harap PPP Sarawak tidak buat saya kecewa berpunca daripada kurangnya penglibatan dalam forum ini.

Sekian.

Amin Zafri Bin Abd Rahman
Setiausaha Kehormat
Persatuan Pembantu Perubatan Malaysia (bukan Semenanjung sahaja tetapi termasuk Sabah dan Sarawak)
Back to top Go down
Deressa
Moderator
Moderator


Cancer Rat
Posts : 1070
Points : 1189
Reputation : 0
Join date : 2009-07-14
Age : 32
Location : SGH

Health Status
Health Points: 1

PostSubject: Re: Bayaran Insentif Pedalaman.   Sat Jan 09, 2010 4:09 pm

thanks tuan,

kalo pasal skop kerja ppp antara barat & timur? apa pandangan tuan?

_________________
がりえ しあ
Back to top Go down
Amin zafri
User Forumer
User Forumer


Leo Cat
Posts : 57
Points : 60
Reputation : 0
Join date : 2009-12-30
Age : 41
Location : Taiping, Perak

Health Status
Health Points: 1

PostSubject: Re: Bayaran Insentif Pedalaman.   Sun Jan 10, 2010 7:25 pm

Terima kasih atas pertanyaan itu. Tidak salah menjelaskan atau memberi gambaran skop kerja PPP di Malaysia Barat atau Timur. Walaubagaimanapun, skop kerja PPP adalah sama walau di mana sahaja. Cuma Sabah Sarawak PPP diberikan tanggungjawab menjalankan beberapa tugas atau procedur yang tertentu yang diberi kebenaran secara pentadbiran dan juga melalui credentialing & privilaging seperti tugas pembiusan dan sebagainya. Ia boleh berubah dari masa ke masa. Bagi Semenanjung pula, PPP kebanyakkannya bertugas di unit-unit super specialise dan prosedur-prosedur yang memerlukan kemahiran yang amat tinggi yang kita tidak pernah dengar pun sebelum ini. Tapi, asas peranan bagi PPP adalah sama. Semua PPP sama hebat. Penanda aras bagi peranan PPP bukan hanya di Semenanjung bahkan di Sabah Sarawak. Sabah Sarawak kehebatannya dilihat dari sudut keupayaannya mengadaptasi sosio demografi manakala Semenanjung dilihat dari sudut pengendalian teknologi yang sofistikated.

Untuk makluman PPP Sarawak, KKM sedang mengkaji untuk memberi kebenaran PPP di Semenanjung memainkan peranannya dalam perkhidmatan Anestesia sama sepertimana PPP di Sabah Sarawak mengikut syarat-syarat tertentu. Tentu tidak ada bezanya antara PPP Sabah Sarawak dan Semenanjung selepas ini.

Kalau saudara merasakan ada perbazaan besar kepada skop kerja atau peranan PPP Sarawak dengan lain-lain PPP di luar, saudara boleh kemukakan skop kerja PPP di Sarawak kepada saya.

Sekian.

Amin Zafri Bin Abd Rahman

* Nota :

1) The Star, Ahad, 10 Januari 2010 muka surat F16 dan F18 ada berita tentang AMO.
2) Tolong maklumkan kepada semua pelayar laman sesawang ini agar respond kepada maklumbalas saya kerana saya mahukan semua pelayar mendapat maklumat atau penjelasan daripada saya.
Back to top Go down
polzdscholzd
VVIP Forumer
VVIP Forumer


Gemini Dog
Posts : 705
Points : 750
Reputation : 8
Join date : 2009-06-21
Age : 34
Location : KeNyAlAnG EaRtH

Health Status
Health Points: 1

PostSubject: Re: Bayaran Insentif Pedalaman.   Wed Jan 13, 2010 11:12 am

salam diberi..senyuman diukir..

untuk pengetahuan saudara SPPPM..saya juga pernah berkursus di semenanjung selama 6 bulan iaitu mulai 15 jan 09 hingga 14 july 09 di KPPUK..Perak..sepanjang pemerhatian saya dia sana klinik semenanjung memang jauh lebih maju dari klinik di sarawak..kalo nak lihat dari segi kemudahan jauh sekali perbezaan kita..tetapi itu bukan benda yg patut dipersoalkan..tapi mmg nyata dan jelas tugas PPP sarawak lebih banyak dan mencabar berbanding semenanjung..

KK Ulu Bernam yg dikatakan jauh oleh staff KK yg traveling kat sana tp bagi saya berbanding di swk ia adalah klinik yg terlalu dekat dan kemudahan jln darat sudah pun sedia ada..mgkin nak seberang pakai feri tp di swk perahu panjang,nasib baik panjang..kadang2 bot yg "kontot" pun jadi pengangkutan..berbekalkn speed 30 KK..kadang2 kurang dari itu..kalo ada speedboat dah kira "elok benor" la tu..tp kesian tongkang balak kdg2 jadi mangsa nak ke bandar..mgkin juga di daerah Pahang ada lah juga yg jauh tp tak sejauh di sarawak..

bukan setakat PPP sahaja mengetahui semua ini bahkan PM sendiri mengakui semua kekurangan di sarawak ini..sumber asli,ekonomi banyak di sarawak tetapi entah kenapa plak facilities masih belum mencukupi untuk semua rakyat disarwak..lebih2 lagi Klinik-Klinik..sebab tu mula lah wujud 1 Malaysia..biar "kasi sajuk2 itu hati rakyat"..tp sejauh mana ia berkesan..we wait an see..

_________________
Be A MasTeR Of YoUr MiNd BeFoRe U BeCoMe A MaStErMiNd
Back to top Go down
Amin zafri
User Forumer
User Forumer


Leo Cat
Posts : 57
Points : 60
Reputation : 0
Join date : 2009-12-30
Age : 41
Location : Taiping, Perak

Health Status
Health Points: 1

PostSubject: Re: Bayaran Insentif Pedalaman.   Wed Jan 13, 2010 11:29 pm

Salam sejahtera.

Betullah tu, perenggan pertama di atas saya nyatakan bahawa kehebatan Sabah dan Sarawak adalah dari sudut keupayaan PPPnya mengadaptasi sosio demografi ertinya kepayahan menghadapi suasana persekitaran yang dipengaruhi geografi dan pembangunan prasarana. Skop tugas PPP sama sahaja tak kira di mana asal namanya PPP. Kalau ada perbezaannya, saudara nyatakan kepada saya, sekurang-kurangnya 1.

Amin Zafri bin Abd Rahman
Back to top Go down
polzdscholzd
VVIP Forumer
VVIP Forumer


Gemini Dog
Posts : 705
Points : 750
Reputation : 8
Join date : 2009-06-21
Age : 34
Location : KeNyAlAnG EaRtH

Health Status
Health Points: 1

PostSubject: Re: Bayaran Insentif Pedalaman.   Thu Jan 14, 2010 10:11 am

perbezaan Tugas..PPP SWK melantik WKK Wakil Kesihatan Kampung yg dilantik secara sukarela tanpa dibayar sesen pun utk membantu memantau tahap kesihatan penduduk yg jauh dari kawasan klinik..mereka inilah juga menjadi tulang belakang dan informer PPP SWK..PPP SWK akan turun padang bila da laporan kes/penyakit yg meningkat..wpun jauh PPP swk tetap pergi..bermakna tugas ini adalh ADVANCE.

saya sendir juga telah menyediakan dan membentang nota lengkap WKK di semenajung semasa kursus..ternyata rakan-rakan mahupun pengajar juga belum mengenali dengan mendalam WKK swk ini..dan paling mereka terkejut WKK swk tidak dibayar sesen pun utk tugas tersebut..

menurut rakan2 lain di semenngjung tiada WKK di semenanjung dan jika ada pun perkhidmatan utk org asli..mgkin di daerah kuala kangsar kalo tak silap..tetapi jika khidmat bantuan penduduk diminta utk membantu seperti WKK swk memerlukan sedikit IMBUHAN..

tapi itu mgkin cuma sedikit perbezaan tugas kita..apa2 pun kita tetap PPP dan waulauapapun yg kita lakukan atau jawatan tertinggi kita..kita tetap juga "PENOLONG"..dan secara afdalnya kita adalah sama dan mmg menjadi tradisi kita, kita adalah pembantu dan akan tetap terus membantu...

_________________
Be A MasTeR Of YoUr MiNd BeFoRe U BeCoMe A MaStErMiNd
Back to top Go down
Deressa
Moderator
Moderator


Cancer Rat
Posts : 1070
Points : 1189
Reputation : 0
Join date : 2009-07-14
Age : 32
Location : SGH

Health Status
Health Points: 1

PostSubject: Re: Bayaran Insentif Pedalaman.   Thu Jan 14, 2010 12:53 pm

'expended scope' yg paling byk kat sarawak ni. x tau la kat sabah.

_________________
がりえ しあ
Back to top Go down
polzdscholzd
VVIP Forumer
VVIP Forumer


Gemini Dog
Posts : 705
Points : 750
Reputation : 8
Join date : 2009-06-21
Age : 34
Location : KeNyAlAnG EaRtH

Health Status
Health Points: 1

PostSubject: Re: Bayaran Insentif Pedalaman.   Thu Jan 14, 2010 3:58 pm

parr senaraikan expended skop nya ditok..nyamai cdak maca..

_________________
Be A MasTeR Of YoUr MiNd BeFoRe U BeCoMe A MaStErMiNd
Back to top Go down
Amin zafri
User Forumer
User Forumer


Leo Cat
Posts : 57
Points : 60
Reputation : 0
Join date : 2009-12-30
Age : 41
Location : Taiping, Perak

Health Status
Health Points: 1

PostSubject: Re: Bayaran Insentif Pedalaman.   Thu Jan 14, 2010 10:47 pm

Saudara polzdscholzd dan rakan PPP Sarawak,

Syabas diatas peranan dalam mewujudkan jaringan sosial tuan-tuan. Apa yang polzdchold (susah betul nak menaipnya) nyatakan bahawa PPP Sarawak melantik Wakil Kesihatan Kampung untuk menjadi perantara atau pemerhati tanpa dibayar (secara suka rela) bolehlah dianggap sebagai peranan bukan hakiki tetapi peranan integrasi sosial yakni peranan extraordinary kepada hubungan kemasyarakatan atau sosial obligation. Disini yang lebih memainkan peranan adalah WKK manakala PPP akan respond kepada perkara yang diutarakan. Ia merupakan kaedah paling praktikal dalam membantu perkhidmatan kesihatan melalui penglibatan masyarakat. PPP yang memperkenal dan merencana program ini adalah seorang yang bijak, kreatif dan inovatif. Tetapi ia tidak tepat jika ditakrifkan sebagai sebahagian tugas hakiki dan polisi pelaksanaannya pula adalah setempat. Itu tidak bermakna ia sebahagian skop tugas PPP. Yang saya boleh kaitkan skop tugas PPP melalui program ini adalah peranan PPP mengambil tindaksusul kepada perkara yang diutarakan oleh WKK. Ia sama di semua tempat, apabila PPP menerima sesuatu perkara yang memerlukannya bertindak maka dia perlu berbuat demikian tidak kira dari mana sumbernya atau kaedah penyalurannya.

Saya juga ingin menjelaskan maksud 'Penolong' pada gelaran jawatan kita. Kita perlu ada tranformasi pemikiran dan bebaskan status kuo yang agak primitif. Mantan Pengarah Amalan Perubatan iaitu Dr. Mohd Khairi Yaakob (kini Pengarah JKN Johor) memberikan pandangan bahawa 'Penolong' tidak bermaksud orang yang menolong melaksanakan sesuatu amalan (arahan) tetapi beliau turut menolong menjayakan misi atau sesuatu agenda. 'Penolong' lebih besar peranannya berbanding 'Pembantu'. 'Pembantu' sering dilihat sebagai pelaksana arahan atau 'khadam'. Contoh 'Physician Assistant' lagi mudah difahami. Saya buka cadangan kepada saudara-saudara untuk berikan nama-nama gelaran yang paling sesuai disertakan dengan justifikasi ringkas. Mungkin kita boleh kaji lagi gelaran sedia ada. Usaha ini suatu yang dinamik. Ia tak menjadi masalah kerana perubahan ini adalah sejajar dengan peranan pengkhususan dan peringkat kekananan PPP dalam perkhidmatan kesihatan. PPP boleh dianggap sebagai clinical and medical technologist, jadi fikirkan gelaran yang sesuai terutamanya apabila ada PPP menyandang gred P&P.

Ada lagi yang saudara rasakan terdapat perbezaan skop tugas PPP antara Sabah, Sarawak dan Semenanjung. Berikan pada saya dan saya akan jelaskan.

Sekian, terima kasih.

Amin Zafri BIn Abd Rahman
Back to top Go down
polzdscholzd
VVIP Forumer
VVIP Forumer


Gemini Dog
Posts : 705
Points : 750
Reputation : 8
Join date : 2009-06-21
Age : 34
Location : KeNyAlAnG EaRtH

Health Status
Health Points: 1

PostSubject: Re: Bayaran Insentif Pedalaman.   Fri Jan 15, 2010 7:59 am

salam mesra dan selamat pagi pembuka bicara...

terima kasih atas explanation saudara SPPPM..agak panjang juga penjelasan saudara..tetapi sedikit sebanyak ia juga menyalurkan maklumat dan membuka minda dgn ulasan yg cukup memberangsangkan..tidak hairan juga saudara memang layak menjadi setiausaha kerana kerajinan saudara menaip..jika ada isu2 nanti sya dan rakan2 lain akan utarakan disini..kita kan bincang sama2 hak2 dan tanggungjawab PPP diswk,sabah mahupun semenanjung..waulaupun terpisah oleh laut china selatan tetapi dunia internet menyatukan kita tanpa sebarang sempadan..soo kehadiran saudara di forum ini sedikit sebanyak boleh membantu mendengar luahan rakyat sarawak yakni PPP swk dlm isu2 berkaitan kesihatan dan perubatan..

bab pemberian elaun atau intensif itu terpulang kepada pengurusan KKM,Persatuan or Kesatuan..for me "tak dapat tangkap kepala ekor pun jadilah"..kalau tak dpt 10%..5% pun memadailah..

_________________
Be A MasTeR Of YoUr MiNd BeFoRe U BeCoMe A MaStErMiNd
Back to top Go down
Royale Starex
New Forumer


Sagittarius Dragon
Posts : 49
Points : 70
Reputation : 1
Join date : 2010-01-13
Age : 40
Location : Sarawak

Health Status
Health Points: 1

PostSubject: Re: Bayaran Insentif Pedalaman.   Fri Jan 15, 2010 7:08 pm

Setiausaha PPPM wrote:
Saudara-saudara sekalian. Walaupun bayaran Insentif Pendalaman telah diberikan berdasarkan kawasan-kawasan yang telah dikategorikan seperti P1-RM1500, P2-RM1000 dan P3-RM500, bagi kawasan yang dilihat mempunyai ciri-ciri kategori kawasan tadi boleh dikemukakan permohonannya. Sesetengah tempat seperti di Sabah akan mula membuat bayaran pada bulan Februari ini. Macam mana dengan Sarawak?

Amin Zafri Bin Abd Rahman
Setiausaha Kehormat
PPPM

Saudara Amin Zafri, sebenarnya P1,P2,P3 tu bukan Bayaran Insentif Pendalaman, yang itu adalah Elaun Khas Mengikut Lokasi dan Tahap Kesusahan - EKMLTK.

Elaun Insentif Pendalaman cuma dibagi 10% daripada basic salary pegawai.

TQ.
Back to top Go down
Royale Starex
New Forumer


Sagittarius Dragon
Posts : 49
Points : 70
Reputation : 1
Join date : 2010-01-13
Age : 40
Location : Sarawak

Health Status
Health Points: 1

PostSubject: Re: Bayaran Insentif Pedalaman.   Fri Jan 15, 2010 7:33 pm

PPP kat Sarawak dan mungkin seluruh Malaysia tugasnya pelbagai. Apa yang saya tahu, PPP yang kerja jauh kat pendalaman sarawak tanggungjawabnya agak besar, contohnya:-

a. Menjadi mekanik - untuk membaiki gen set klinik yang rosak, enjin sangkut dan mesin pemotong rumput.

b. Menjadi driver kenderaan/pemandu perahu untuk merujuk pesakit sekiranya driver mereka bercuti (sebab majoriti klinik pendalaman hanya punyai seorang driver/pemandu).

c. Menjadi jurutaip surat/mengisi borang- untuk bantu masyarakat pendalaman yang memerlukan bantuan dari sudut tersebut, atau kalau yang mempunyai projek USP mereka turut membantu masyarakat dalam penggunaan kemudahan ICT/IT.

d. Membuat calitan kahak untuk AFB, ambil slide BFMP/Filariasis atau buat skin smear untuk kusta (majorti klinik tiada perkhidmatan makmal atau JTMP)

e. Bertugas sebagai Penolong Pegawai Farmasi/membuat inden ubat 3 bulan sekali, buat pesanan ubat tambahan jika perlu, bungkus ubat sendiri, dispens ubat sendiri.

f. Sekiranya JM bercuti dan tiada pengganti, PPP kena tolong cover kes-kes MCH atau kes bersalin...masih ader lagi Klinik yang mempunyai seorang sahaja JM..

g. Adakalanya bertugas juga kat kaunter, register pesakit dalam buku pendaftaran kaunter, buat kutipan hasil RM1.00 atau warga asing RM15.00 dan cop kad pesakit luar.

h. Menjadi tukang kayu - contohnya sekira ada kerosakan kecil kat klinik, PPP kena buat dengan bantuan PPK Lelaki...nak harapkan pejabat masalah yang sering timbul takda bajet...

bagi kami PPP kat sarawak, dihantar ke hutan belantara sekalipun kami akan pergi, kerana sudah janji dibuat untuk berkhidmat untuk rakyat. Itu sebagian pengalaman sendiri dan rakan-rakan PPP lain kat sarawak. Mungkin ader lagi yang lebih menarik sebab demografi sarawak amat berbeza dari semenanjung.

Sekian.
Back to top Go down
Amin zafri
User Forumer
User Forumer


Leo Cat
Posts : 57
Points : 60
Reputation : 0
Join date : 2009-12-30
Age : 41
Location : Taiping, Perak

Health Status
Health Points: 1

PostSubject: Re: Bayaran Insentif Pedalaman.   Fri Jan 15, 2010 11:57 pm

Ya, benar. Saya kadang kala tersasul juga bila bincang pasal elaun ni. Pekeliling Perkhidmatan Bilangan 5 Tahun 2000 memang menjelaskan tentang insentif yang diberi pada kadar 10% ni bagi mereka yang dikelasifikasikan sebagai bertugas di kawasan yang dikatogerikan pendalaman, tetapi nampaknya ia tidak menyeluruh. Untuk makluman tuan, daripada sebutan ia memanglah nampak berbeza tetapi tujuannya atau objektifnya sebenarnya hampir sama. Kita tahu Kementerian setuju untuk menerima salah satu daripadanya. Saya memetik kenyataan YB Menteri Kesihatan semasa memberikan Amanat Tahun Baru (2009) menyatakan "Pemanjangan Elaun Khas Mengikut Lokasi dan Tahap Kesusahan Kepada Anggota-Anggota Yang Berkhidmat di Kawasan Pendalaman juga akan dilaksanakan dalam tahun 2009. Dengan penambahbaikan tersebut, saya berharap ia akan menjadi motivasi kepada semua anggota Kementerian untuk terus memberikan perkhidmatan yang lebih cemerlang kepada masyarakat". Mengapa Elaun tetapi tidak Insentif. Tuan-tuan kena cari maksud dan perbezaan antara Elaun dan Bayaran Insentif. Pada pemahaman saya (mungkin saya tidak tepat) Elaun adalah satu ganjaran yang tidak berubah manakala Bayaran Insentif sebaliknya. Mengikut maklumat daripada rakan2 saya, kelulusan pemberian Elaun lebih mudah berbanding Bayaran Insentif. Oleh kerana itu EKMLTK lebih diperlukan (kerana urgency nya) berbanding BIP. Kedua-duanya menyentuh tentang pendalaman. Peringkat kelulusannya juga sedikit berbeza. Yang satu itu mungkin hanya memerlukan perkenan Kementerian dan kelulusan Perbendaharaan manakala yang satu lagi memerlukan perkenan JPA dan kelulusan Perbendaharan. Coveragenya juga berbeza, satu kementerian satu lagi seluruh agensi. Jangan semua Elaun dan Bayaran Insentif kita nak tuntut nanti nampak sangat. Tetapi tidak jadi masalah jika kita ada justifikasi yang boleh dibezakan antara EKMLTK dan BIP. BUat kertas cadangan dan salurkan kepada saya.

Tidak dinafikan akan kehebatan PPP Sarawak apatah lagi dikaitkan dengan keupayaannya menyesuaikan diri dengan sosi demografinya. Begitu juga halnya dengan Sabah dan beberapa kawasan di Semenanjung (di kawasan berpenduduk orang asli atau orang dalam). Tugas2 yang saudara Royale nyatakan di atas bukanlah tugas mutlak PPP tetapi pelaksanaan tugas itu adalah kerana faktor2 kekangan sumber manusia aslinya lantas kebertanggungjawaban PPP itu dilihat sebagai penyempurkan kepada tuntutan atau keperluan operasi perkhidmatan. Tugas mutlak (hakiki) PPP bolehlah saya takrifkan sebagai tugas yang hanya dilakukan oleh PPP. Dalam kes yang tuan nyatakan, ia tidak lagi menjadi tugas PPP apabila sumber manusia yang terdiri daripada pengamal profesion yang sepatutnya menjalankan tugas tersebut mencukupi atau diisi. Itu juga yang saya maksudkan polisi setempat. Ya, saya setuju jika dikatakan tanggungjawab PPP terhadap perkhidmatan kesihatan Sarawak lebih besar berbanding tanggungjawab PPP di Semenanjung. Tetapi bagi saya skop tugas adalah jurusan yang diterima pakai sebagai amalan profesion dan seharusnya sama sebab itulah ia dipanggil TUGAS DAN TANGGUNGJAWAB. Tugas sama tetapi tanggungjawab tidak sama.

Amin Zafri Bin Abd Rahman
Back to top Go down
brutalz
Newbie Forumer
Newbie Forumer


Virgo Pig
Posts : 147
Points : 150
Reputation : 3
Join date : 2009-09-18
Age : 33
Location : Pesisir Pantai

Health Status
Health Points: 1

PostSubject: Re: Bayaran Insentif Pedalaman.   Sat Jan 16, 2010 10:00 am

Sepatutnya mmg tiada perbezaan skop kerja antara yg di Borneo dan Semenanjung.. kenapa perlu ada perbezaan pula? kita di bawah satu profession yg sama,dibawah satu nama yg sama iaitu Penolong Pegawai Perubatan... . Bagi saya tiada beza baik di timur dan barat. Apa yg PPP Borneo buat,itu juga lah yg PPP semenanjung buat. Tak logik la kalau perkataan perbezaan dalam skop kerja PPP.
Back to top Go down
brutalz
Newbie Forumer
Newbie Forumer


Virgo Pig
Posts : 147
Points : 150
Reputation : 3
Join date : 2009-09-18
Age : 33
Location : Pesisir Pantai

Health Status
Health Points: 1

PostSubject: Re: Bayaran Insentif Pedalaman.   Sat Jan 16, 2010 10:05 am

Kalau tugas sama tpi Tanggungjwb tidak sama- so kita tambah elaun Tanggungjawab ... baru nampak beban tanggungjwb PPP di sarawak... mmg btul PPP yg di ulu tu ada tanggungjwb yg berat... tabik PPP yg bertugas di ULU...
Back to top Go down
anak umbong
VIP Forumer
VIP Forumer


Libra Buffalo
Posts : 495
Points : 581
Reputation : 3
Join date : 2009-05-18
Age : 31
Location : KK NANGA ENSIRING,JULAU

Health Status
Health Points: 1

PostSubject: Re: Bayaran Insentif Pedalaman.   Sat Jan 16, 2010 10:04 pm

Tuan,apa kata tuan cuba attach d ulu Sarawak? untuk mguji skop PPP Malaysia?? Seperti saya dan kawan2 di ulu Sarawak yg rasakan....
Back to top Go down
Amin zafri
User Forumer
User Forumer


Leo Cat
Posts : 57
Points : 60
Reputation : 0
Join date : 2009-12-30
Age : 41
Location : Taiping, Perak

Health Status
Health Points: 1

PostSubject: Re: Bayaran Insentif Pedalaman.   Sun Jan 17, 2010 1:11 am

Terima kasih kerana menjemput saya untuk attach di Ulu Sarawak. Untuk makluman, jangan kata Ulu Sarawak, Ulu 'Banat' pun saya ada kunjungi semasa lawatan naziran. Memang mencabar dan menguji kesabaran. Namun, di kota juga ada cabarannya yang tersendiri. Dari apa yang saya ketahui, jarang ada aduan ke atas PPP berhubung masalah dengan pelanggan di pendalaman tetapi terlalu banyak aduan ke atas PPP di kota, itu salah satu cabaran. Cabaran mental dan fizikal bukan sahaja dilihat dari sudut sosio demografi malah kecanggihan teknologi dan pembangunan pesat turut memberikan cabaran, tidak hairanlah ramai orang g_l_ adalah dari bandar.

Saya tidak berminat sangat untuk membandingkan antara PPP sebaliknya saya lebih berminat melihat kepelbagaian dimensi PPP. Kita tidak dilahirkan sama. Setiap kita mempunyai kehebatan tersendiri, itu sudah jelas. PPP di Ulu 'melahirkan' kepayahan manakala PPP di kota 'menzahirkan' kepayahan PPP di Ulu agar nasib PPP di Ulu terbela. Manfaatnya, sama-sama mengecapinya. Lihat, itu tanda saling memerlukan. Kalau semua sama, ia tidak nampak menarik. Tuhan pun jadikan manusia atau makhluk di muka bumi ini tidak sama, jangan mempersoalkannya. Bimbang jika kita membandingkannya kelak ada pihak yang tersinggung, bukan saya ye.

Amin Zafri Bin Abd Rahman
Back to top Go down
Royale Starex
New Forumer


Sagittarius Dragon
Posts : 49
Points : 70
Reputation : 1
Join date : 2010-01-13
Age : 40
Location : Sarawak

Health Status
Health Points: 1

PostSubject: Re: Bayaran Insentif Pedalaman.   Sun Jan 17, 2010 4:46 pm

Sebenarnya EKMLTK merupakan pemanjangan yang diberikan oleh KKM kepada warga kesihatan yang bertugas di kawasan Pendalaman seluruh malaysia, yang mana sebelum ini EKLMTK ini hanya diberikan kepada warga pendidik/staf dari Kementerian Pelajaran Malaysia.

BIP sebenarnya dah lama wujud. Ia turut diterima oleh warga kesihatan & warga pelajaran yang bertugas yang diklafikasikan layak menerimanya. Ia akan direview dalam tempoh masa tertentu untuk memasukkan kelayakan baru atau memansuh kelayakan lama.

Bilamana EKMLTK masuk pada tahun awal 2008 (kalau tak silap ingat) untuk warga pelajaran makanya BIP itu tergugur dengan sendirinya, mereka hanya layak dapat satu jer..itu pun jumlahnya lebih besar dpd BIP 10% dpd gaji hakiki...

Perkara ini turut berlaku dengan warga kesihatan, BIP yang mereka terima sebelum ini gugur dengan pemberian EKMLTK tersebut..mereka tidak layak menerima kedua-duannya..ia sememangnya dah menjadi prasyarat utama untuk EKMLTK...kecualilah mereka yang masih mahukan BIP dan menolak EKMLTK (tapi setakat ni takder pun yang menolak EKMLTK tersebut).

-----------------------------
Berkenaan perbezaan tugas PPP, bukan nya kita hendak membedakan baik di semenanjung, sabah atau sarawak...Tugas hakiki dan expanded scope memang majoriti sama...tapi kita tidak boleh menidakkan 'tugas-tugas extra' yang terpaksa dilalui...sebab...bila kita dah berhadapan dengan keadaan tersebut kita berusaha untuk berfikir jalan yang terbaik untuk menanganinya, kita tak boleh lari..rakyat mengharapkan kita, jabatan dan kementerian begitu juga.

Bagi kawasan pendalaman kat sarawak, PPP adalah DUTA KESIHATAN yang dilantik mungkin secara tidak langsung oleh Kerajaan...cantik bunyinya..PPP juga menjadi orang tengah antara penduduk dengan klinik atau jabatan/kementerian.

Apa-apa yang kita buat sentiasa diperhati oleh rakyat...apa-apa perkara tentang kesihatan yang kita sebut dan buat mereka akan ikut dan turuti..memang di bandar semua kemudahan kesihatan lengkap, tapi jangan lupa..melalui pengambilan sejarah pesakit yang baik kita boleh menghampiri diagnosis sesuatu penyakit tersebut..jika keadaan sukar untuk kita tangani kat Klinik..kita akan refer kepada MO.

Cabaran di bandar/fasiliti kesihatan yang lengkap. PPP perlu tahu penggunaan alat-alatan terkini, ubat-ubatan baru, pendekatan kesihatan terbaru dan sebagainya - itu boleh dipelajari...Mungkin diakui jugak client kat bandar/fasiliti kesihatan yang lengkap terdiri dpd mereka yang lebih educated..itupun satu cabaran...kalau kita bagitahu sesuatu perkara..kita pula akan dihujani dengan pelbagai soalan 'canggih' dpd mereka..ada jugak soalan kurang bijak dpd mereka (sebab pengetahuan mereka separuh-separuh sahaja berkenaan kesihatan).

Diluar bandar/pendalaman..PPP boleh menjadi orang tengah dalam menjalankan aktiviti kesihatan ataupun sebaliknya. Dalam Panel Penasihat Kesihatan (PPK)contohnya..PPP boleh menarik penglibatan orang politik untuk tujuan kesihatan (secara sebalik tabir) ..Biasanya pengerusi PPK adalah terdiri daripada Penghulu atau Pemanca/Temenggung (orang yang dilantik oleh kerajaan negeri sebagai pemimpin masyarakat), sudah tentu orang politik akan memberi muka dengan Pengerusi PPK ini. Sebab undi mereka turut dipengaruhi oleh Para penghulu, pemanca/temenggung tersebut. PPP sebagai setiausaha..peranan setiausaha adalah amat penting...Sebarang program kesihatan yang hendak dibuat dirancang bersama dengan semua AJK PPK yang telah dilantik. Majoriti program yang dirancang memang suksess.

PPP sebenarnya satu profesion yang amat penting kat sarawak, tanpa PPP penjagaan kesihatan primer akan runtuh (memetik kata-kata mantan DMS Sarawak - Dr. Andrew Kiyu) ..mungkin kita boleh buat pertukaran PPP Sarawak/Sabah/Semenanjung untuk menimba dan menambahkan pengalaman bagi PPP itu sendiri.

sekadar berkongsi pengalaman.

Terima kasih.
Back to top Go down
Amin zafri
User Forumer
User Forumer


Leo Cat
Posts : 57
Points : 60
Reputation : 0
Join date : 2009-12-30
Age : 41
Location : Taiping, Perak

Health Status
Health Points: 1

PostSubject: Re: Bayaran Insentif Pedalaman.   Mon Jan 18, 2010 12:17 am

Ya, memang saya faham akan maksud yang Saudara Royel nyatakan. Itulah pemahaman saya apabila menyentuh pasal BIP kerana saya mengaitkannya dengan EKMLTK.

Menarik juga kita bincangkan pasal BIP dan EKMLTK ni. Secara peribadi, saya rasakan ia ada perbezaan walaupun ia tidak ketara, masakan perlu ada terminologi yang berbeza. Ada sesiapa boleh beri difinisinya dan juga link bagi kedua-dua bayaran ini (link kepada pekelilingnya yang sebenar)? Walau objektifnya hampir sama tetapi ia wujud mungkin atas percaturan stategi. Mungkin agak sukar untuk mendapat BIP (bagi perguruan) jadi EKMLTK itu diperkenalkan dengan kriteria tersendiri. Kita pula pandai mengambil kesempatan ini. Ada saya jelaskan pasal Elaun dan BIP. Sebut pendalaman tidak semestinya mempunyai ciri-ciri yang melayakkan EKMLTK.


Persoalan saya :

1) Mengapa BIP perlu digugurkan jika menerima EKMLTK, mengapa tidak dibatalkan terus?
2) Mengapa tidak BIP disegarkan agar ia dilihat sabagai suatu bentuk insentif yang dapat menarik penjawat awam?

Saya mengambil contoh apabila saya mengemukakan justifikasi antara BI Pos Basik dengan BI Merawat Penyakit TB, Kusta dan Jiwa dan BI Rumah Mayat. KKM menyatakan anggota KKM yang memiliki pos basik hanya layak menerima salah satu dan yang mana lebih tinggi. Saya menjelaskan kepada KKM bahawa falsafah pemberiannya adalah berbeza.

Berikut adalah petikan kenyataan saya dalam kertas cadangan tersebut :

"Memandangkan matlamat dan tujuan asal pemberian BIPB dan Bayaran Insentif Merawat Pesakit Tibi, Kusta dan Jiwa (BIMPTKJ) dan Bayaran Insentif Bertugas Di Bilik Mayat (BIBBM) adalah sesuatu yang amat berbeza, adalah dicadangkan kepada Agensi Pusat supaya meneruskan pembayaran bagi kedua-dua insentif ini kepada anggota yang berkelayakan. Justeru, agensi pusat dipohon tidak menyamakan tarifan bagi kedua-dua insentif ini berdasarkan alasan seperti berikut :-

BIPB diberikan kepada PPP di Kementerian Kesihatan Malaysia yang mempunyai sijil pos basik dalam bidang penjagaan kritikal dan pengkhususan klinikal serta bertugas di dalam bidang yang sama. Falsafah pemberiannya adalah sebagai pengiktirafan serta galakan kepada anggota untuk memantap dan memperkasakan perkhidmatan.

BIMPTKJ diberikan kepada anggota yang bertugas merawat pesakit Tibi atau Kusta atau penyakit jiwa manakala BIBBM dibayar kepada anggota yang bertugas di Bilik Mayat (Jabatan/Unit Perubatan Forensik) berikutan keadaan persekitaran kerja yang dilihat dari segi cabaran dan kesan-kesan kemudaratan. Falsafah pemberiannya adalah sebagai insentif moral dengan harapan agar anggota akan terus memberikan perkhidmatan dalam persekitaran yang mencabar dan berisiko".


Lihat, falsafahnya berbeza. Tempat amalan yang memerlukan pos basik tidak semestinya mempunyai suasana yang sama. Saya rasa, EKMLTK lebih fokus kepada tempat amalan klinikal manakala BIP memberi kelonggaran kepada mereka yang bertugas di pendalaman tetapi mempunyai kemudahan yang tidak dipunyai di tempat yang diberi EKMLTK. Mungkin ada banyak lagi ciri-ciri yang boleh kita kaji dan bezakan. Inilah satu bentuk tuntutan yang dinamik. Saya lontarkan kepada PPP Sarawak untuk memikirkannya. Dalam konteks perjuangan, jangan kita kalah dengan permainan terminologi selagi kita belum mencuba menyatakan perbezaannya dengan jelas.

Syabas kepada PPP di Sarawak kerana saya dapat lihat mutu perbincangan dengan saudara2 terutamanya Saudara Royale.

Sekian.
Back to top Go down
Sponsored content




PostSubject: Re: Bayaran Insentif Pedalaman.   Today at 4:08 pm

Back to top Go down
 
Bayaran Insentif Pedalaman.
View previous topic View next topic Back to top 
Page 1 of 3Go to page : 1, 2, 3  Next

Permissions in this forum:You cannot reply to topics in this forum
:: Penolong Pegawai Perubatan Sarawak :: :: General Forum :: Sembang - Sembang Kosong-
Jump to: