:: Penolong Pegawai Perubatan Sarawak ::

:: Penolong Pegawai Perubatan Sarawak Portal::
 
HomePortalCalendarGalleryFAQSearchMemberlistRegisterLog in
Navigation
Log in
Username:
Password:
Log in automatically: 
:: I forgot my password
Latest topics
» PPP new website..
Fri Sep 09, 2016 2:12 pm by Jay Amarda

» SELAMAT HARI PENOLONG PEGAWAI PERUBATAN 2016
Tue Mar 08, 2016 8:38 pm by Jay Amarda

» Pegawai Perubatan di KK/K1M/KKIA
Sat Jan 09, 2016 10:37 pm by Jay Amarda

» MERRY CHRISMAT & HAPPY NEW YEAR 2016
Tue Dec 22, 2015 9:39 am by Jay Amarda

» PENGALAMAM DENGAN PERKHIDMATAN DOKTOR UDARA
Thu Dec 10, 2015 11:41 am by Jay Amarda

» Lastest Update and News for PPP
Thu Dec 10, 2015 8:03 am by Jay Amarda

» PPP BOLEH JADI PEGAWAI PERUBATAN
Sun Jul 19, 2015 8:21 pm by Aisyah98

» DEGREE FOR PPP. APA BIDANG YANG BERKAITAN
Sun Jul 19, 2015 8:18 pm by Aisyah98

» Visual Studio 2010 Free Download Full Version With Crack For Windows 7 64 Bit
Wed Mar 19, 2014 3:42 pm by maddprym

» perkembangan terkini naiktaraf KK Lubok Antu
Thu Oct 10, 2013 8:31 am by Roslan

» Helo...2013
Fri Jul 26, 2013 2:28 am by plus100lewishamiltonamat@

» FAIL MEJA UNTUK SEMUA
Sun Apr 07, 2013 4:02 pm by Amin zafri

» org baru...
Sat Feb 23, 2013 5:32 pm by arm S'h

» SURAT PEKELILING KETUA PENGARAH KESIHATAN MALAYSIA BIL.4/2009 PELAKSAAN PERKHIDMATAN KESIHATAN BERINTEGRASI(BERSEPADU)DI KLINIK KESIHATAN.
Sat Dec 08, 2012 2:02 pm by desmond edward

» PENDAFTARAN PERSATUAN PENOLONG PEGAWAI PERUBATAN SARAWAK
Tue Nov 06, 2012 10:23 am by Roslan

» Facebook satu lagi cara Yahudi bergerak!!
Wed Oct 24, 2012 1:46 am by anak pisang

» canon EOS 450D
Wed Oct 24, 2012 1:40 am by anak pisang

» TB Drugs Protocol
Wed Oct 24, 2012 1:39 am by anak pisang

» WANITA DAKWA SAKIT KULIT ANGKARA UBAT HOSPITAL.
Wed Oct 24, 2012 1:37 am by anak pisang

» REFERENDUM: MENGKAJI DAN MENJENAMA SEMULA NAMA JAWATAN ‘PENOLONG PEGAWAI PERUBATAN’ KEPADA SATU NAMA YANG LEBIH SIGNIFIKAN
Wed Oct 24, 2012 1:32 am by anak pisang

Similar topics
Affiliates














Follow us on Twitter


 



Share | 
 

 Berita daripada Setiausaha Kehormat Persatuan Pembantu Perubatan Malaysia

View previous topic View next topic Go down 
Go to page : 1, 2  Next
AuthorMessage
Amin zafri
User Forumer
User Forumer


Leo Cat
Posts : 57
Points : 60
Reputation : 0
Join date : 2009-12-30
Age : 41
Location : Taiping, Perak

Health Status
Health Points: 1

PostSubject: Berita daripada Setiausaha Kehormat Persatuan Pembantu Perubatan Malaysia   Wed Dec 30, 2009 11:45 pm

Salam sejahtera para pelayar,

Saya mengambil kesempatan dengan ruang masa yang ada ini untuk berkongsi beberapa maklumat berhubung perkembangan semasa yang melibatkan PPP. Sebelum itu, tuan/puan masih ingatkah member untuk portal ini namanya Amin Zafri... Saya le tu. Maaf kerana sudah agak lama tidak berinteraksi dengan tuan/puan kerana terlalu banyak group portal yang saya joint akhirnya saya terlupa passwordnya. Saya dah minta pertolongan Admin, insyaallah selepas ini saya kembali menggunakan identiti awal saya.

Kembali kepada perkembangan semasa,


1. Uniform PPP

Jawatankuasa Perkembangan Profesion yang bermesyuarat pada 19 - 20 Nov 2009 di Impian Morib, Selangor telah menerima cadangan rekabentuk pakaian seragam PPP wanita berdasarkan spesifikasi berikut :-

a. Kolar cekak musang, b. Berlengan panjang, c. Bertudung bagi mereka yang ingin memakainya (warna mengikut gred), d. Baju labuh hingga ke paras 1/3 peha, e. Seluar hitam, f. 2 poket sisipan dalam.

Jawatankuasa mengambil ketatapan bahawa buat masa ini tiada keperluan untuk meminda rekabentuk pakaian seragam PPP lelaki.

Perkara ini telah dibentangkan di dalam Mesyuarat Lembaga Pembantu Perubatan pada 29 Dis 2009 dan keputusan yang dicapai akan dimajukan untuk pertimbangan peringkat seterusnya.


2. Bayaran Insentif Pos Basik (BIPB)

Sepertimana yang tuan/puan sedia maklum, buat masa ini hanya 26 bidang pos basik sahaja telah mendapat kelulusan untuk menerima BIPB seperti mana surat daripada TKSU (Pengurusan) Rujukan Bil.(7) dlm. KK (S)-260/39 JLD 4 bertarikh 11 Oktober 2007. BIPK yang berkuatkuasa pada 1 Okt 2007 ini hanya dibayar kepada salah satu daripada 26 bidang sekiranya PPP itu bertugas dibidang yang sama.

Untuk makluman tuan/puan, saya kini diperingkat akhir penyediaan Kertas Cadangan Pemberian BIPB Kepada Semua PPP Di KKM Yang Memiliki Sijil Pos Basik tanpa mengira tempat bertugas. Emmm.. bunyi senang bagi yang mendengarnya tetapi tuhan sahaja yang tahu betapa mencabarnya untuk mempersembahkan satu kertas cadangan yang benar-benar komprehensif dan dipenuhi dengan fakta. Saya mengharapkan kepada semua PPP sama-sama berdoa agar tuhan memberikan petunjuk dan jalan untuk memudahkan saya menyempurnakan kertas cadangan ini demi manfaat tuan/puan. Sudah 1 minggu saya menyediakannya dan hampir 16 jam masa saya luangkan setiap hari. Saya mengambil kesempatan mengucapkan terima kasih kepada rakan-rakan yang memberikan buah fikiran. Saya mensasarkan kertas cadangan ini akan siap dan dihantar pada esok (31 Dis 2009) petang atau hari Isnin ini kepada Bhg. Sumber Manusia KKM.


3. Program Pengijazahan PPP anjuran Persatuan Pembantu Perubatan Malaysia (PPPM)

Untuk makluman tuan/puan, ketika ini hanya 4 ijazah yang telah ditakrifkan berkaitan dengan PPP oleh KKM, antaranya :-
i. Ijazah Sarjana Muda Sains Perubatan Kecemasan;
ii. Ijazah Sarjana Muda Sains Perubatan Forensik;
iii. Ijazah Sarjana Muda Sains Kejururawatan; dan
iv. Ijazah Sarjana Muna Penjagaan Pra Hospital.

Sepanjang tahun ini, PPPM telah menganjurkan beberapa siri taklimat berhubung ijazah-ijazah yang dirasakan bersesuaian untuk ditawarkan kepada PPP, antaranya :-
i. Bsc. (Hons) Nursing Practice Development - MAHSA & Northumbria University UK (ini yang sedang saya buat);
ii. Bsc (Hons) Healthcare/Health Practice Development - MAHSA & Northumbria University UK;dan
iii. Bsc. Health Science - MSU Shah Alam.

Saya menasihatkan tuan/puan agar buatlah ijazah-ijazah yang telah ditakrifkan berkaitan oleh KKM DAN diiktiraf oleh JPA yakni 4 ijazah di atas. PPPM hanya mengambil inisiatif untuk meneroka lain-lain program ijazah yang dirasakan berkaitan dan langkah seterusnya, PPPM akan mencadangkan kepada Lembaga untuk meneliti dan mencadangkan kepada KKM untuk program-program yang baru diteroka ini ditakrifkan berkaitan. Secara peribadi, saya merasakan ia tiada masalah.


4. Pelan Tindakan Latihan PPP

Saya dan beberapa pegawai Lembaga telah dipanggil untuk bersama-sama anggota-anggota Allied Health yang lain pada bulan November 2009 untuk menyediakan Training Road Map ini bagi perkembangan profesion. Ringkasnya, saya dan rakan-rakan telah mencadangkan agar semua PPP perlu direncanakan kemajuan dan perkembangan kerjayanya secara berperingkat iaitu Asas (3 tahun ke bawah), Pertengahan (3 hingga 10 tahun) dan Lanjutan (10 ke atas).

Dua kategori latihan yang terlibat adalah generic dan task specific. Apa pun, tuan/puan tunggulah keputusan KKM kelak.


5. Kelayakan Pos Basik sebagai pra syarat kenaikan pangkat.

Saya menasihatkan tuan/puan untuk mengambil pos basik atas prinsip pengkayaan ilmu dan kemahiran. Walaupun ia bukanlah suatu jaminan, mereka yang ada pos basik akan mendapat credit apabila ada urusan kenaikkan pangkat.


6. Peluang pekerjaan dengan gaji yang lumayan di sektor pendidikan swasta.

Buat masa ini, tidak kurang daripada 5 buah IPTS yang telah dan sedang memohon untuk menjalankan program Diploma PP. PPP yang memiliki ijazah kini mempunyai nilai pasaran yang cukup tinggi. Ada ramai rakan-rakan saya ditawarkan dengan gaji yang amat lumayan antara RM6K hingga RMKK,KKK. Gaji sebegini bagi tuan/puan (dalam perkhidmatan awam) yang bernasib baik hanya boleh dinikmati apabila dekat nak pencen. Jadi, Nabil kata apa??? Lu Pikir La Sendiri!!!


7. Klinik 1 Malaysia

Saya mengucapkan setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih kepada Kerajaan khususnya Y.A.B PM dan Y.B TMK diatas kepercayaan yang diberikan kepada PPP untuk mengendalikan Klinik 1 Malaysia. Walaubagaimanapun, ada pihak yang merasa tidak selesa kerana 'keuntungan' selama ini dikhuatiri tidak sekencang dahulu. Apapun, syabas kepada PPP kerana tidak pernah jemu menabur bakti dengan penuh iklas tanpa memikirkan keuntungan demi kesejahteraan sejagat. Profesion ini diwujudkan untuk berbakti. Saya tidak mahu mengulas panjang kerana apa yang perlu semua pihak lihat adalah PPP telah memainkan peranannya yang berkesan semenjak 100 tahun di Malaysia. Masyarakat di desa, pendalaman, kampong dan pinggiran kota telah mendapat manfaat daripada perkhidmatan yang diberikan oleh PPP. Namun, ada pihak tidak nampak semua itu kerana masyarakat di tempat-tempat ini seolah-oleh bagi mereka tidak memberi keuntungan berbanding masyarakat di bandar yang bagi mereka adalah lubuk kepada keuntungan mereka. Kenapa baru sekarang mereka bising? Mereka bercakap pasal undang2 dan sebagainya. Cuba letak rakan sejawat mereka, baru mereka tahu yang pesakit lagi ramai nak ke Klinik 1 Malaysia dan langsung tak berminat datang ke tempatnya kerana caj yang tinggi. Jadi, Nabil kata apa???... jawapannya tuan/puan tau kan!

Saya ingin menasihatkan kepada tuan/puan agar jangan melatah kerana dibimbangi akan menyinggung perasaan rakan sejawat mereka sedangkan mereka ini mempunyai jiwa yang sama dengan kita iaitu ikhlas untuk berbakti kepada rakyat apatah lagi menyokong profesion kita selama ini. Biarlah mereka sebilangan kecil yang memikirkan keuntungan ini melontarkan apa sahaja nafsu atas prinsip pribadi mereka. Bukan kita sahaja yang sedar akan hal ini malah seluruh rakyat Malaysia.


Penutup

Saya juga ingin menasihatkan tuan/puan agar sentiasalah menjaga disiplin dan imej diri dan profesion yang dicintai ini. Pakailah tali leher kerana ia menggambarkan tuan sebagai seorang profesional dan segak bergaya. Saya tidak mahu lagi dengar dari banyak sumber yang 'pemand_ t_k_i itu lebih hebat daripada anggota hospital' kerana mereka sendiri menyaksikan di media massa. Jagalah tutur kata tuan/puan ketika berurusan dengan pelanggan dalaman dan luaran.

Akhir sekali, gunalah ruang ini sebaik mungkin. Kutuk mengutuk sesama kita adalah suatu yang tidak sihat dan akan merosakkan nama baik profesion. Admin boleh mengambil tindakan untuk tidak menyiarkan kutukan yang tidak membina. Kalau 'kutukan' itu membina atau disusuli dengan cadangan, apa salahnya. Jika ada yang tidak berpuas hati dengan sesuatu, salurkan kepada saya atau tulis sahaja surat kepada Lembaga. Semoga pengalaman lalu menjadi iktibar kepada kita semua.

Wassalam.

Amin Zafri Bin Abd Rahman
Setiausaha Kehormat
Persatuan Pembantu Perubatan Malaysia
Back to top Go down
takka
New Forumer


Leo Tiger
Posts : 8
Points : 8
Reputation : 1
Join date : 2009-12-19
Age : 54
Location : Miri

Health Status
Health Points: 1

PostSubject: Re: Berita daripada Setiausaha Kehormat Persatuan Pembantu Perubatan Malaysia   Sat Jan 02, 2010 5:51 pm

Salam Sejahtera dan selamat menyambut bahru Tahun 2010 untuk semua warga PPP.
Saya ingin mengucapkan ribuan terima kasih kepada saudara Amin Zafri (Setiausaha Kerhormat PPPM) di atas perkongsian maklumat di sini. Saya amat menghargai usaha saudara dan semua AJK PPPM untuk meningkatkan mutu perkhidmatan PPP di seluruh Malaysia agar terus relevan.
Saya juga menyokong saranan saudara supaya ruang ini digunakan dengan cara yang lebih professional, sertakan Kutukkan dengan cadangan-cadangan bernas demi kebaikan profesion PPP sendiri.
Selamat majujaya.
Back to top Go down
Amin zafri
User Forumer
User Forumer


Leo Cat
Posts : 57
Points : 60
Reputation : 0
Join date : 2009-12-30
Age : 41
Location : Taiping, Perak

Health Status
Health Points: 1

PostSubject: Re: Berita daripada Setiausaha Kehormat Persatuan Pembantu Perubatan Malaysia   Thu Jan 28, 2010 10:24 pm

Salam sejahtera.

Hari ini saya serta Jawatankuasa Teknikal yang terdiri daripada wakil-wakil PPP daripada setiap disiplin selesai fasa pertama membincangkan Training Road Map. Kami telah klassifikasikan semua tugas yang dilakukan oleh PPP kepada tiga bahagian iaitu generic, functional dan task specific. Yang generic tu seperti pengurusan sumber manusia, pengurusan setor dan inventori dll, manakala yang functional adalah semua prosedur yang boleh dilakukan oleh PPP tidak kira dimana mereka bertugas. Task specifik adalah prosedur yang memerlukan kemahiran yang tinggi dimana PPP itu perlu mengikuti latihan. Kami akan berbincang lagi perkara ini dalam fasa seterusnya beberapa minggu lagi.
Back to top Go down
Amin zafri
User Forumer
User Forumer


Leo Cat
Posts : 57
Points : 60
Reputation : 0
Join date : 2009-12-30
Age : 41
Location : Taiping, Perak

Health Status
Health Points: 1

PostSubject: Re: Berita daripada Setiausaha Kehormat Persatuan Pembantu Perubatan Malaysia   Thu Jan 28, 2010 10:43 pm

Pada 2 Februari 2010 ini Persatuan, Kesatuan, Lembaga dan Bahagian Pengurusan Latihan KKM dijemput oleh UKM untuk membincangkan program Top-up Ijazah Sains Perubatan Kecemasan. Ini hanya perbincangan awal, tak tahulah bila ia akan dilaksanakan. Nanti saya bagi maklumat selepas selesai mesyuarat ini.
Back to top Go down
Jappswell Kitok
Newbie Forumer
Newbie Forumer


Cancer Rat
Posts : 108
Points : 124
Reputation : 0
Join date : 2009-05-22
Age : 44
Location : klinik Kesihatan Lubok Antu,Sri Aman

Health Status
Health Points: 1

PostSubject: Re: Berita daripada Setiausaha Kehormat Persatuan Pembantu Perubatan Malaysia   Fri Jan 29, 2010 2:45 pm

Diharap ke empat-empat ijazah itu benar-benar membantu kita warga PPP yang masih baru berkhidmat. Tapi yang lama berkhidmat pun mempunyai peluang yang sama nanti. Cuba jangan tak cuba
Back to top Go down
budak_baik
New Forumer


Cancer Pig
Posts : 41
Points : 41
Reputation : 0
Join date : 2009-06-20
Age : 33
Location : utara sarawak

Health Status
Health Points: 1

PostSubject: Re: Berita daripada Setiausaha Kehormat Persatuan Pembantu Perubatan Malaysia   Sat Jan 30, 2010 7:24 pm

sama2 la memajukan diri
Back to top Go down
tazdevilz350
New Forumer


Leo Dog
Posts : 8
Points : 8
Reputation : 1
Join date : 2010-02-03
Age : 34
Location : SARAWAK

Health Status
Health Points: 1

PostSubject: Re: Berita daripada Setiausaha Kehormat Persatuan Pembantu Perubatan Malaysia   Wed Feb 03, 2010 3:09 pm

askm salam 1Malaysia utk tuan..tuan sedar tidak dengan keadaan kwn2 PPP kita yg berjauhan dari anak isteri?walaupun telah memohon pertukaran dengan alasan yg bernas sekali,permohonan tersebut seperti angin sahaja ada yang dipandang sebelah mata..kadang2 ada yang mengambil masa 2 hari pada hari sabtu & minggu hanya untuk membeli keperluan dapur ( 2 dapur perlu di tanggung- 1 di klinik,1 lagi anak isteri,rumah jika di sewa?) sebulan sekali..jarak dari klinik untuk berjumpa anak isteri kadang2 memakan masa 5-6 jam..ada yang baru berumah tangga telah memajukan surat permohonan dan dalam perhatian 1 tahun tapi dalam masa 1 tahun tersebut tiada berita pun akan berpindah..nak buat zuriat pun blm tentu dapat..untung2 kalau isteri tgh time ovulation..kalau tidak?sampai bila..bila suami pulang ke klinik,isteri nangis sedih..kalau dah ada anak,anak nak ikut,isteri sedih..kerana periuk nasi semua tu di letak tepi..kalau jabatan lain, contohnya pendidik..nikah belum tentu lagi dah buat permohonan..nikah waktu cuti sekolah..buka sekolah pengantin baru tu dah pun ikut bersama mengajar kat satu skolah..gaji cikgu,polis tentera jauh beza baiknya dari PPP atau ahli penjawat awam KKM..tengok sekarang pun dah gaji baru polis kluar..inspektor yg baru kerja sama gred spt PPP pun awal2 dpt rm3k..
so..saya mohon agar pihak berwajib membuka minda agar permohonan pertukaran krn sebab yg kukuh dipertimbangkan secepat mungkin untuk mengelakkan sesuatu perkara yg tidak diingini berlaku..skandal..lari dari klinik..sbb kebanyakkan di jabatan kecemasan pun memerlukan PPP yang banyak..
selain itu,tugas PPP sama seperti 1001 in tuan..kenapa isu permohonan PT N17 di klinik sehingga sekarang tiada kesudahan?gaji sama tak berubah tapi agensi lain berduyun2 memohon kenaikan gaji..adakah ikatan persatuan kita tidak teguh?
ini hanyalah satu kenyataan dari saya bukan arahan..harap tuan dapat memikirkan sesuatu untuk kami..bantulah rakan2 yang amat memerlukan,mungkin satu hari nanti usaha tuan akan jadi ingatan pada tuan sehingga akhir hayat bagi mereka yang mendapat manfaat @ bantuan dari tuan..tq..askm..
Back to top Go down
Deressa
Moderator
Moderator


Cancer Rat
Posts : 1070
Points : 1189
Reputation : 0
Join date : 2009-07-14
Age : 32
Location : SGH

Health Status
Health Points: 1

PostSubject: Re: Berita daripada Setiausaha Kehormat Persatuan Pembantu Perubatan Malaysia   Thu Feb 04, 2010 11:29 am

kerana posting jauh & matron hospital x kerjasama la aku becerai dgn wife ku dulu!!

_________________
がりえ しあ
Back to top Go down
polzdscholzd
VVIP Forumer
VVIP Forumer


Gemini Dog
Posts : 705
Points : 750
Reputation : 8
Join date : 2009-06-21
Age : 34
Location : KeNyAlAnG EaRtH

Health Status
Health Points: 1

PostSubject: Re: Berita daripada Setiausaha Kehormat Persatuan Pembantu Perubatan Malaysia   Thu Feb 04, 2010 7:26 pm

..amai parr..diatu agi bujang meh nn???

_________________
Be A MasTeR Of YoUr MiNd BeFoRe U BeCoMe A MaStErMiNd
Back to top Go down
Deressa
Moderator
Moderator


Cancer Rat
Posts : 1070
Points : 1189
Reputation : 0
Join date : 2009-07-14
Age : 32
Location : SGH

Health Status
Health Points: 1

PostSubject: Re: Berita daripada Setiausaha Kehormat Persatuan Pembantu Perubatan Malaysia   Fri Feb 05, 2010 5:18 pm

auk. pulai bujang baru.

_________________
がりえ しあ
Back to top Go down
aubreysherrod
Moderator
Moderator


Leo Pig
Posts : 1142
Points : 1147
Reputation : 4
Join date : 2009-05-07
Age : 33
Location : LUBOK ANTU

Health Status
Health Points: 1

PostSubject: Re: Berita daripada Setiausaha Kehormat Persatuan Pembantu Perubatan Malaysia   Sat Feb 06, 2010 6:42 pm

...susah nak cakap...atitude U36 itu yang memainkan peranan...
Back to top Go down
polzdscholzd
VVIP Forumer
VVIP Forumer


Gemini Dog
Posts : 705
Points : 750
Reputation : 8
Join date : 2009-06-21
Age : 34
Location : KeNyAlAnG EaRtH

Health Status
Health Points: 1

PostSubject: Re: Berita daripada Setiausaha Kehormat Persatuan Pembantu Perubatan Malaysia   Sun Feb 07, 2010 9:49 am

Rie wrote:
auk. pulai bujang baru.

nyameh pentadbiran kitai tok kaban..pelik mai..

_________________
Be A MasTeR Of YoUr MiNd BeFoRe U BeCoMe A MaStErMiNd
Back to top Go down
Deressa
Moderator
Moderator


Cancer Rat
Posts : 1070
Points : 1189
Reputation : 0
Join date : 2009-07-14
Age : 32
Location : SGH

Health Status
Health Points: 1

PostSubject: Re: Berita daripada Setiausaha Kehormat Persatuan Pembantu Perubatan Malaysia   Sun Feb 07, 2010 6:22 pm

susah ka sebut hal baka nya.. da nemu org da belaki bini, engkah gik kitai jauh2. urg minta transfer, nda dilayan. 'nda cukup staff la', 'nadai replacement la'. mcm2 alasan. last2 org nyu da sarak baru lulus transfer nya. dadak..

_________________
がりえ しあ
Back to top Go down
polzdscholzd
VVIP Forumer
VVIP Forumer


Gemini Dog
Posts : 705
Points : 750
Reputation : 8
Join date : 2009-06-21
Age : 34
Location : KeNyAlAnG EaRtH

Health Status
Health Points: 1

PostSubject: Re: Berita daripada Setiausaha Kehormat Persatuan Pembantu Perubatan Malaysia   Tue Feb 09, 2010 10:04 pm

sigi pia cdak manage..enti cdak nda kala keja ba ulu nda ya nemu bekeni asai org jauh ari keluarga..biasa ya cdak ndi pengalaman bekenyak..kdg2 cdak nemu utai nya tapi sengaja adu nda nemu..biasala.bila dah naik dan berada di atas..sudah lupa pula melihat ke bawah..biasala manusia yg tidak pernah bersyukur..

_________________
Be A MasTeR Of YoUr MiNd BeFoRe U BeCoMe A MaStErMiNd
Back to top Go down
Amin zafri
User Forumer
User Forumer


Leo Cat
Posts : 57
Points : 60
Reputation : 0
Join date : 2009-12-30
Age : 41
Location : Taiping, Perak

Health Status
Health Points: 1

PostSubject: Re: Berita daripada Setiausaha Kehormat Persatuan Pembantu Perubatan Malaysia   Fri Mar 05, 2010 10:37 pm

Salam 1 Malaysia,

Beberapa hari yang lalu, sebuah IPTS telah memajukan permohonannya kepada PPPM untuk memberi ulasan dan pandangan sebelum IPTS berkenaan menjalankan program pengajian peringkat ijazah iaitu Bsc. (Hons) Professional Studies (Nursing and Health Care). Perkara ini akan saya bincangkan dengan Pengerusi Biro Pendidikan iaitu Encik Mansor J.A. Fenner @ Aziz. Jika ia bersesuaian, PPPM akan menyokong program ini. Saya dimaklumkan program ini akan dijalankan di Kuching. Maklumat lanjut akan saya sampaikan sebaik sahaja perkara ini dibincangkan di dalam mesyuarat peringkat PPPM.
Back to top Go down
polzdscholzd
VVIP Forumer
VVIP Forumer


Gemini Dog
Posts : 705
Points : 750
Reputation : 8
Join date : 2009-06-21
Age : 34
Location : KeNyAlAnG EaRtH

Health Status
Health Points: 1

PostSubject: Re: Berita daripada Setiausaha Kehormat Persatuan Pembantu Perubatan Malaysia   Sat Mar 06, 2010 8:44 am

satu petanda yg agak baik buat PPP..

_________________
Be A MasTeR Of YoUr MiNd BeFoRe U BeCoMe A MaStErMiNd
Back to top Go down
tazdevilz350
New Forumer


Leo Dog
Posts : 8
Points : 8
Reputation : 1
Join date : 2010-02-03
Age : 34
Location : SARAWAK

Health Status
Health Points: 1

PostSubject: Re: Berita daripada Setiausaha Kehormat Persatuan Pembantu Perubatan Malaysia   Wed Mar 10, 2010 11:22 am

bagus2 la tu..bertambah lagi la kemudahan utk PPP memajukan diri..tapi dari segi kebajikan PPP ni tak pernah nak org atas tu tahu..bukalah mata,bukalah minda..kalau mereka yg depan mata anak bini dipisahkan,baru tahu apa tg tgh mintak perpindahan/transfer utk kerja sama2 dgn bini rasa..bkn apa,semua ni utk mengurangkan perbelanjaan..berjimat,gaji PPP besar tak palah..ni cukup2 jak..kalau tak berjimat,mcm mana nak mkn,smbung study?asyik2 nak berhutang..sampai pencen pun utang tak abis..pengurusan kemanusiaan pun d perlukan tuan..
Back to top Go down
polzdscholzd
VVIP Forumer
VVIP Forumer


Gemini Dog
Posts : 705
Points : 750
Reputation : 8
Join date : 2009-06-21
Age : 34
Location : KeNyAlAnG EaRtH

Health Status
Health Points: 1

PostSubject: Re: Berita daripada Setiausaha Kehormat Persatuan Pembantu Perubatan Malaysia   Wed Mar 10, 2010 7:56 pm

tul juga tu..

_________________
Be A MasTeR Of YoUr MiNd BeFoRe U BeCoMe A MaStErMiNd
Back to top Go down
Fira
New Forumer


Cancer Buffalo
Posts : 14
Points : 12
Reputation : 0
Join date : 2009-10-12
Age : 31
Location : KCH

Health Status
Health Points: 1

PostSubject: Re: Berita daripada Setiausaha Kehormat Persatuan Pembantu Perubatan Malaysia   Wed Mar 10, 2010 11:31 pm

1. Uniform PPP

Jawatankuasa Perkembangan Profesion yang bermesyuarat pada 19 - 20 Nov 2009 di Impian Morib, Selangor telah menerima cadangan rekabentuk pakaian seragam PPP wanita berdasarkan spesifikasi berikut :-

a. Kolar cekak musang, b. Berlengan panjang, c. Bertudung bagi mereka yang ingin memakainya (warna mengikut gred), d. Baju labuh hingga ke paras 1/3 peha, e. Seluar hitam, f. 2 poket sisipan dalam.

uniform PPP wanita yang tertera di atas masih dalam perbincangan lagi kah?atau telah di putuskan?
Back to top Go down
Deressa
Moderator
Moderator


Cancer Rat
Posts : 1070
Points : 1189
Reputation : 0
Join date : 2009-07-14
Age : 32
Location : SGH

Health Status
Health Points: 1

PostSubject: Re: Berita daripada Setiausaha Kehormat Persatuan Pembantu Perubatan Malaysia   Thu Mar 11, 2010 7:58 am

Fira wrote:
1. Uniform PPP

Jawatankuasa Perkembangan Profesion yang bermesyuarat pada 19 - 20 Nov 2009 di Impian Morib, Selangor telah menerima cadangan rekabentuk pakaian seragam PPP wanita berdasarkan spesifikasi berikut :-

a. Kolar cekak musang, b. Berlengan panjang, c. Bertudung bagi mereka yang ingin memakainya (warna mengikut gred), d. Baju labuh hingga ke paras 1/3 peha, e. Seluar hitam, f. 2 poket sisipan dalam.

uniform PPP wanita yang tertera di atas masih dalam perbincangan lagi kah?atau telah di putuskan?

ada cth pic x cik adik ku~?

_________________
がりえ しあ
Back to top Go down
amai apey
New Forumer


Posts : 13
Points : 13
Reputation : 1
Join date : 2010-03-11
Location : Hosp Marudi

Health Status
Health Points: 1

PostSubject: Re: Berita daripada Setiausaha Kehormat Persatuan Pembantu Perubatan Malaysia   Thu Mar 11, 2010 5:17 pm

Anang tusah ati kaban, diatu bisi pppp (p-ke siti nyak induk) ulih meh jadi ilak.
Back to top Go down
Fira
New Forumer


Cancer Buffalo
Posts : 14
Points : 12
Reputation : 0
Join date : 2009-10-12
Age : 31
Location : KCH

Health Status
Health Points: 1

PostSubject: Re: Berita daripada Setiausaha Kehormat Persatuan Pembantu Perubatan Malaysia   Thu Mar 11, 2010 6:52 pm

ada cth pic x cik adik ku~?

nadai...kan baca di 1st page ya bah..tentnag baju uniform...ya yang mek nanyak ya..benar kah..kelak macam ya baju PPP wanita... Smile
Back to top Go down
polzdscholzd
VVIP Forumer
VVIP Forumer


Gemini Dog
Posts : 705
Points : 750
Reputation : 8
Join date : 2009-06-21
Age : 34
Location : KeNyAlAnG EaRtH

Health Status
Health Points: 1

PostSubject: Re: Berita daripada Setiausaha Kehormat Persatuan Pembantu Perubatan Malaysia   Thu Mar 11, 2010 9:31 pm

agik belum muktamad kali kwn..

_________________
Be A MasTeR Of YoUr MiNd BeFoRe U BeCoMe A MaStErMiNd
Back to top Go down
Amin zafri
User Forumer
User Forumer


Leo Cat
Posts : 57
Points : 60
Reputation : 0
Join date : 2009-12-30
Age : 41
Location : Taiping, Perak

Health Status
Health Points: 1

PostSubject: Re: Berita daripada Setiausaha Kehormat Persatuan Pembantu Perubatan Malaysia   Thu Mar 11, 2010 10:49 pm

Salam 1 Malaysia,

Gambar lakar tu ada, nanti saya forward kepada Admin untuk upload.
Back to top Go down
Amin zafri
User Forumer
User Forumer


Leo Cat
Posts : 57
Points : 60
Reputation : 0
Join date : 2009-12-30
Age : 41
Location : Taiping, Perak

Health Status
Health Points: 1

PostSubject: Re: Berita daripada Setiausaha Kehormat Persatuan Pembantu Perubatan Malaysia   Thu Mar 11, 2010 11:10 pm

Salam 1 Malaysia,

Sekadar makluman....

Saya telah memohon untuk bertukar tempat amalan dari Lembaga Pembantu Perubatan ke Klinik Kesihatan Putrajaya. Keputusan ini dibuat atas kepentingan masa depan saya dan profesion. Saya tidak pernah bertugas di bahagian Kesihatan Awam (KA), jadi saya perlu mengambil tindakan untuk menimba ilmu sebanyak mungkin di KA. Saya berharap agar warga PPP di Sarawak mendoakan supaya tuhan memberi kemudahan kepada saya dalam melaksanakan tugas baru ini. Saya masih ada 25 tahun lagi tempoh berkhidmat. Pengajian saya diperingkat ijazah akan berakhir pada Oktober 2010 jadi sebelum saya berada di kedudukan yang lebih besar tanggungjawabnya, saya perlu bersiap sedia sekarang.

Rata-rata kekawan dan sahabat saya merasa amat dukacita dengan keputusan saya tetapi setelah diberi penjelasan, mereka merasa ia satu keputusan yang tepat yang tidak mungkin dapat dibuat oleh sesetengah pihak setelah berada di zon yang cukup selesa. Saya mengalas harapan semua PPP. Tn. Hj. Hassan bin Hj. Ahmad (mantan Ketua Profesion Penolong Pegawai Perubatan) telah memesan kepada saya agar menjaga dan sayangilah profesion ini. Justeru, saya memerlukan sokongan semua PPP khususnya tuan/puan.

Walaubagaimanapun, kedudukan saya sebagai Setiausaha PPPM tidak terjejas. Saya akan sentiasa mengambil inisiatif untuk membangunkan profesion. Jika ada sebarang maklumat yang boleh dikongsi, saya akan salurkan kepada tuan/puan. Terdekat ini, saya sedang mengupul maklumat PPP yang telah memiliki ijazah dan yang sedang mengikuti pengajian ijazah. Perancangan saya, dengan maklumat ini, saya akan mengemukakan cadangan unjuran perjawatan U41/42 kepada Bahagian Sumber Manusia agar pengwujudan jawatan gred ini akan lebih agresif.

Doakan untuk kejayaan saya khususnya profesion.
Back to top Go down
Sponsored content




PostSubject: Re: Berita daripada Setiausaha Kehormat Persatuan Pembantu Perubatan Malaysia   Today at 4:12 pm

Back to top Go down
 
Berita daripada Setiausaha Kehormat Persatuan Pembantu Perubatan Malaysia
View previous topic View next topic Back to top 
Page 1 of 2Go to page : 1, 2  Next
 Similar topics
-
» Berita Hangat : Bule cantik ingin menjadi muallaf di youtube, diupload 3 hari yang lalu
» Carrier opportunities for CS in Malaysia
» CWG
» cheapest and current prices in australia
» Iraq calls for Malaysian companies to invest "enormous opportunities" in it

Permissions in this forum:You cannot reply to topics in this forum
:: Penolong Pegawai Perubatan Sarawak :: :: General Forum :: Berita Terkini Penolong Pegawai Perubatan-
Jump to: