:: Penolong Pegawai Perubatan Sarawak ::

:: Penolong Pegawai Perubatan Sarawak Portal::
 
HomePortalCalendarGalleryFAQSearchMemberlistRegisterLog in
Navigation
Log in
Username:
Password:
Log in automatically: 
:: I forgot my password
Latest topics
» PPP new website..
Fri Sep 09, 2016 2:12 pm by Jay Amarda

» SELAMAT HARI PENOLONG PEGAWAI PERUBATAN 2016
Tue Mar 08, 2016 8:38 pm by Jay Amarda

» Pegawai Perubatan di KK/K1M/KKIA
Sat Jan 09, 2016 10:37 pm by Jay Amarda

» MERRY CHRISMAT & HAPPY NEW YEAR 2016
Tue Dec 22, 2015 9:39 am by Jay Amarda

» PENGALAMAM DENGAN PERKHIDMATAN DOKTOR UDARA
Thu Dec 10, 2015 11:41 am by Jay Amarda

» Lastest Update and News for PPP
Thu Dec 10, 2015 8:03 am by Jay Amarda

» PPP BOLEH JADI PEGAWAI PERUBATAN
Sun Jul 19, 2015 8:21 pm by Aisyah98

» DEGREE FOR PPP. APA BIDANG YANG BERKAITAN
Sun Jul 19, 2015 8:18 pm by Aisyah98

» Visual Studio 2010 Free Download Full Version With Crack For Windows 7 64 Bit
Wed Mar 19, 2014 3:42 pm by maddprym

» perkembangan terkini naiktaraf KK Lubok Antu
Thu Oct 10, 2013 8:31 am by Roslan

» Helo...2013
Fri Jul 26, 2013 2:28 am by plus100lewishamiltonamat@

» FAIL MEJA UNTUK SEMUA
Sun Apr 07, 2013 4:02 pm by Amin zafri

» org baru...
Sat Feb 23, 2013 5:32 pm by arm S'h

» SURAT PEKELILING KETUA PENGARAH KESIHATAN MALAYSIA BIL.4/2009 PELAKSAAN PERKHIDMATAN KESIHATAN BERINTEGRASI(BERSEPADU)DI KLINIK KESIHATAN.
Sat Dec 08, 2012 2:02 pm by desmond edward

» PENDAFTARAN PERSATUAN PENOLONG PEGAWAI PERUBATAN SARAWAK
Tue Nov 06, 2012 10:23 am by Roslan

» Facebook satu lagi cara Yahudi bergerak!!
Wed Oct 24, 2012 1:46 am by anak pisang

» canon EOS 450D
Wed Oct 24, 2012 1:40 am by anak pisang

» TB Drugs Protocol
Wed Oct 24, 2012 1:39 am by anak pisang

» WANITA DAKWA SAKIT KULIT ANGKARA UBAT HOSPITAL.
Wed Oct 24, 2012 1:37 am by anak pisang

» REFERENDUM: MENGKAJI DAN MENJENAMA SEMULA NAMA JAWATAN ‘PENOLONG PEGAWAI PERUBATAN’ KEPADA SATU NAMA YANG LEBIH SIGNIFIKAN
Wed Oct 24, 2012 1:32 am by anak pisang

Similar topics
Affiliates














Follow us on Twitter


 



Share | 
 

 AWAS!! DENGGI MENULAR.......

View previous topic View next topic Go down 
AuthorMessage
anak umbong
VIP Forumer
VIP Forumer


Libra Buffalo
Posts : 495
Points : 581
Reputation : 3
Join date : 2009-05-18
Age : 31
Location : KK NANGA ENSIRING,JULAU

Health Status
Health Points: 1

PostSubject: AWAS!! DENGGI MENULAR.......   Wed Nov 25, 2009 4:17 pm

Sabah & Sarawak: Wabak denggi menular ke 24 kawasan


Oleh Gerald Chung
bhnews@bharian.com.my



SIBU: Sarawak yang mencatatkan peningkatan kes denggi sebanyak 120.3 peratus atau 2,646 kes dengan tiga kematian setakat ini (17 November), kini mengesan penularan penyakit itu ke 24 kawasan lain di seluruh negeri.

Menteri Alam Sekitar dan Kesihatan Awam Sarawak, Datuk Sri Wong Soon Koh, berkata kes tertinggi dicatatkan di Miri dengan jumlah 505 kes diikuti Kuching dengan 463 kes dan Sibu dengan 252 kes serta 209 kes denggi di Sarikei.

Beliau yang juga Menteri Kewangan Kedua, berkata sepanjang tahun ini kes denggi meningkat sebanyak 120.3 peratus sehingga minggu ke-45 tahun ini iaitu sebanyak 2,646 kes berbanding 1,201 kes pada tahun 2008.


innity_country = "MY";
innity_client = "17";
innity_zone = "761";
innity_channel = "";
innity_keyword = "";






innity_country = "MY";innity_path = "/200911_2023/8811/";innity_proxy = "proxy_9838";innity_ord = "ord=[timestamp]";














function ebBannerFlash_0_8315360839748231_DoFSCommand(command,args){ebScriptWin0_8315360839748231.gEbBanners[0].displayUnit.handleFSCommand(command,args,"ebBannerFlash_0_8315360839748231");}

ebBannerFlash_0_8315360839748231_DoFSCommand(command,args);

function ebIsFlashExtInterfaceExist(){return true;}





Katanya, setakat 17 November lalu, tiga kematian telah dilaporkan masing-masing di Sibu, Miri dan Serian.

"Kes denggi turut dikesan di Sri Aman dengan mencatatkan 134 kes, Lundu (120), Limbang (118), Bintulu (106), Bau (102), Serian (67), Kapit (62), Betong (58), Kanowit (48), Marudi (47), Belaga (45), Simunjan (39), Lubok Antu (32), Julau (30), Pakan (24), Tatau (23) dan Song (18).

"Lawas dan Saratok masing-masing melaporkan 16 kes, Mukah dan Daro (14), Selangau (10), lima kes masing-masing di Asajaya dan Dalat, manakala empat kes di Matu,” katanya kepada pemberita selepas merasmikan Kempen Kebersihan Anti-Chikungunya/Denggi anjuran bersama Kawasan Rukun Tetangga Sungai Empawah, Majlis Daerah Luar Bandar Sibu (MDLBS), Parti Rakyat Bersatu Sarawak (SUPP) Cawangan Sungai Empawah dan Sekolah Jenis Kebangsaan (Cina) Ung Nang, di sini, semalam.
Wong berkata, sehingga kini kes denggi di negeri ini dikesan menular di 24 kawasan di Kuching, Lundu, Sri Aman, Sarikei, Sibu, Mukah, Miri, Marudi, Limbang dan Bintulu.

Beliau berkata, sebagai langkah pencegahan mengawal penyebaran penyakit ini pihak berkuasa tempatan dan Jabatan Kesihatan Sarawak sudah memeriksa 163,808 premis di seluruh Sarawak untuk mengesan tempat pembiakan nyamuk aedes.

"Hasil daripada pemeriksaan yang dijalankan sebanyak1,043 premis dikesan positif tempat pembiakan nyamuk aedes dengan indeks 0.63 peratus.

“Sebanyak 9,435 premis dikurangkan tempat pembiakan nyamuk Aedes dan 251 kempen kebersihan dijalankan manakala sebanyak 342 kompaun bernilai RM22,585 dikeluarkan di bawah Akta Pemusnahan Seranga Pembawa Penyakit 1975,” katanya.
Wong berkata, aktiviti penyemburan fogging dibuat di 197,554 premis di 1,383 lokasi di seluruh negeri.

Mengenai Chikungunya, Wong berkata, 1,611 kes dilaporkan di seluruh negeri setakat 16 November lalu.

“Kes tertinggi dicatatkan berlaku di Betong dengan 497 kes dilaporkan diikuti Samarahan dengan 398 kes, Sibu (285), Sarikei (180), Bintulu (94), Mukah (46), Kuching (41) dan Lawas (31), tiada kes dilaporkan berlaku di bahagian Miri dan Kapit." katanya.

Beliau berkata, 120 lokasi pembiakan penyakit Chikungunya dilaporkan dan daripada jumlah keseluruhan itu, 52 lokaliti dikenal pasti masih aktif wabak chikungunya.

Wong yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Bawang Assan menasihatkan orang ramai terutama kanak-kanak, wanita mengandung dan warga tua yang menunjukkan tanda penyakit denggi dan chikungunya segera ke klinik kesihatan atau hospital yang berhampiran untuk mendapatkan rawatan
Back to top Go down
anak umbong
VIP Forumer
VIP Forumer


Libra Buffalo
Posts : 495
Points : 581
Reputation : 3
Join date : 2009-05-18
Age : 31
Location : KK NANGA ENSIRING,JULAU

Health Status
Health Points: 1

PostSubject: Re: AWAS!! DENGGI MENULAR.......   Sun Feb 28, 2010 10:48 pm

Denggi ragut 29 nyawa dalam seminggu


KUALA LUMPUR 27 Feb. - Empat kematian akibat denggi dilaporkan dalam
tempoh seminggu dari 21 Februari hingga hari ini menjadikan kematian
akibat demam tersebut meningkat kepada 29 kes untuk dua bulan pertama
tahun ini.
Menteri Kesihatan, Datuk Seri Liow Tiong Lai memberitahu, empat
kematian itu melibatkan dua kes di Selangor dan masing-masing satu di
Putrajaya serta Negeri Sembilan.
"Kes denggi pada minggu ini bagaimanapun berkurangan kepada 670
berbanding minggu lepas iaitu 935 kes dengan jumlah terkumpul dari 1
Januari hingga 27 Februari ialah 7,898 berbanding 9,543 kes bagi tempoh
yang sama tahun lepas," katanya.
Beliau berkata demikian ketika ditemui sewaktu menghadiri majlis
sambutan Tahun Baru Cina anjuran MCA Wangsa Maju, di sini hari ini.
Tiong Lai turut meminta semua klinik serta hospital swasta
menjalankan pengesanan denggi ke atas pesakit yang datang untuk
mendapatkan rawatan kerana demam.
Katanya, langkah awal mengesan denggi akan dapat menyelamatkan mangsa kerana mereka akan diberikan rawatan segera.
"Denggi amat berbahaya dan sekiranya lambat dikesan serta lambat
dirawat, ia akan menyebabkan mangsa berdepan dengan risiko kematian,"
katanya.
Tegasnya, usaha telah dijalankan oleh kementerian untuk memastikan pihak berkuasa tempatan menghapuskan tempat pembiakan nyamuk.
Tambah beliau, keadaan cuaca yang sekejap hujan dan sekejap panas
menyebabkan nyamuk aedes yang membawa virus denggi dapat membiak dengan
lebih banyak serta pantas.
"Larva nyamuk aedes ini boleh hidup untuk tempoh enam bulan dan jika
tempat pembiakannya tidak dihapuskan, ia akan memberi risiko tinggi
kepada penduduk setempat," katanya.
Back to top Go down
anak umbong
VIP Forumer
VIP Forumer


Libra Buffalo
Posts : 495
Points : 581
Reputation : 3
Join date : 2009-05-18
Age : 31
Location : KK NANGA ENSIRING,JULAU

Health Status
Health Points: 1

PostSubject: Re: AWAS!! DENGGI MENULAR.......   Sun Feb 28, 2010 10:53 pm

Denggi penyakit orang bandar

Oleh MARIATUL QATIAH ZAKARIA
maria.zakaria@utusan.com.my
Gambar HAYAT SUEET


Kempen pendidikan mengenai bahaya nyamuk aedes kerap dilakukan termasuk di sekolah-sekolah.


BAGI mereka yang masih menganggap penyakit bawaan nyamuk aedes iaitu
denggi satu penyakit boleh dirawat, buang segera tanggapan itu.
Ini kerana, sehingga hari ini belum ada vaksin yang benar-benar
mampu menyembuhkan penyakit tersebut secara menyeluruh. Lebih
membimbangkan ia mampu menyebabkan kematian jika tidak dirawat dengan
segera.
Mengikut kajian yang dijalankan, kebanyakan rakyat Malaysia tidak
mengambil sebarang langkah berjaga-jaga untuk menghapuskan tempat
pembiakan nyamuk aedes. Maknanya mereka tiak mengambil berat tentang
bahaya penyakit ini.
Senario ini berlaku kerana masyarakat berfikir demam denggi ada
penawar dan beranggapan kawasan rumah mereka sudah cukup bersih dan
jauh daripada nyamuk aedes.
Menurut Pengurus Pemasaran Sara Lee Malaysia Sdn. Bhd., Putri Shireen Syed Othman, kes demam denggi terus meningkat disebabkan salah tanggapan masyarakat selain sikap sambil lewa yang ditunjukkan.
Ia juga secara tidak langsung menunjukkan bahawa pengetahuan serta
kesedaran rakyat Malaysia mengenai penyakit yang dibawa oleh nyamuk
aedes itu masih rendah.
''Untuk pengetahuan bersama, walaupun hanya terdapat tompokan air
sebesar syiling 20 sen, nyamuk aedes sudah boleh membiak malah
pembiakan dalam air yang kotor bukanlah tabiat nyamuk aedes.
''Selain suka membiak di tempat-tempat tersembunyi dan gelap sama
ada dalam mahupun luar rumah. Nyamuk aedes juga bukan sahaja menggigit
pada waktu subuh dan senja tetapi sepanjang hari.
''Dengan hanya satu gigitan sahaja kita boleh mendapat penyakit
denggi dan ia juga boleh menyebabkan kematian,'' jelasnya ketika
ditemui wartawan Mega baru-baru ini.
Jelas Shireen lagi, pihaknya telah melakukan kajian bersama
Universiti Sains Malaysia (USM) baru-baru ini dan mendapati nyamuk
aedes boleh terbang sejauh 200 meter dan juga terbang tinggi sehingga
750 meter (tingkat 21).
Bukan setakat itu sahaja, nyamuk aedes juga boleh dikategorikan
sebagai seekor nyamuk yang pintar dan suka persekitaran yang bersih.
Tambah Shireen, pihaknya juga telah membuat kaji selidik pada
November dan Disember tahun 2008 dengan kebenaran Kementerian Kesihatan.
Kaji selidik tersebut tertumpu di kalangan penduduk bandar di
sekitar Kuala Lumpur, Petaling Jaya, Johor Bahru dan Pulau Pinang. Ini
kerana demam denggi merupakan masalah yang lebih dihadapi oleh penduduk
bandar berbanding luar bandar.
Ini dapat dibuktikan dengan jumlah bilangan kes demam denggi di luar bandar adalah kurang berbanding di bandar.
Objektif kaji selidik tersebut untuk mengenalpasti apa yang
masyarakat tahu mengenai penyakit denggi dan tanggapan mereka mengenai
penyakit tersebut.
Hasil daripada kaji selidik yang dilakukan telah menyaksikan bahawa
masyarakat hari ini mengambil sikap sambil lewa dalam usaha memerangi
nyamuk aedes.
''Ini kerana mereka juga beranggapan menghapuskan nyamuk aedes adalah tanggungjawab kerajaan dan bukan diri sendiri.
''Dalam hal ini kerajaan sudah buat apa yang termampu selain
mengiklankan cara-cara memerangi nyamuk aedes di samping merangka
pelbagai program dalam usaha menyedarkan masyarakat bahawa penyakit
yang dibawa oleh nyamuk aedes adalah merbahaya.
''Sekarang adalah masanya untuk kita sama-sama memerangi pembiakan
nyamuk aedes dan ini memerlukan kita semua bersatu padu untuk menangani
masalah ini,'' akui Shireen.
Lazimnya tidak susah bagi individu untuk menjaga kawasan rumah
kediaman daripada menjadi pusat ternakan tidak rasmi kepada larva-larva
nyamuk ini.
Hanya perlu luangkan masa selama 10 minit dalam seminggu untuk
membersihkan piring pasu bunga, tayar buruk, tangki, kolah dan sebarang
bentuk takungan agar tidak menjadi sarang pembiakan aedes.
Orang ramai juga disaran menggunakan racun serangga aerosol untuk membunuh nyamuk dewasa dalam rumah seminggu sekali.
Ini sekali gus mampu menghapuskan kitaran nyamuk aedes yang mengambil masa selama seminggu untuk membesar.
Ujar Shireen, hanya keprihatinan masyarakat terhadap bahaya nyamuk
aedes dapat membantu mengawal penyakit itu daripada terus membunuh
manusia.
Katanya, dengan pelbagai usaha yang dilakukan itu, pihaknya berharap
dapat mengubah sikap penduduk daripada kurang peka kepada peka terhadap
keadaan di persekitaran rumah mereka.
Dari semasa ke semasa juga katanya, Ridsect , jenama nombor satu
bagi racun serangga isi rumah di Malaysia yang bernaung di bawah
syarikat Sara Lee Malaysia Sdn. Bhd., telah merencanakan pelbagai
program untuk meningkat kesedaran orang ramai.
Menerusi program yang diadakan seperti gotong royong dengan
kerjasama Jabatan Kesihatan dan komuniti setempat, pendidikan di
sekolah-sekolah, road show di serata negara dan sebagainya, diharap
masyarakat akan lebih peka terhadap bahaya penyakit ini.
Pada masa sama mereka juga harus boleh mengenali simptom diserang penyakit itu dan sentiasa menjaga kebersihan.
Back to top Go down
Sponsored content




PostSubject: Re: AWAS!! DENGGI MENULAR.......   Today at 7:37 pm

Back to top Go down
 
AWAS!! DENGGI MENULAR.......
View previous topic View next topic Back to top 
Page 1 of 1
 Similar topics
-
» Awas! Kartika Djoemadi, Umat Katolik Yang Menyusup Ke Muhammadiyah Untuk Mengadu Domba Umat Islam
» Awas, ada Serigala berkedok Domba

Permissions in this forum:You cannot reply to topics in this forum
:: Penolong Pegawai Perubatan Sarawak :: :: General Forum :: Berita Semasa-
Jump to: