anak umbong VIP Forumer


 Posts : 495 Points : 581 Reputation : 3 Join date : 2009-05-18 Age : 32 Location : KK NANGA ENSIRING,JULAU
Health Status Health Points: 1
 | Subject: H1N1 : BUDAK KECIL RAMAI DIJANGKITI. Tue Oct 06, 2009 4:52 pm | |
| H1N1: Budak kecil ramai dijangkiti
KUALA LUMPUR 5 Okt. - Kanak-kanak berusia bawah lima tahun merupakan antara pesakit yang paling ramai ditempatkan di Unit Rawatan Rapi (ICU) kerana dijangkiti selesema babi atau influenza A (H1N1). Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr. Mohd. Ismail Merican berkata, seramai tujuh kanak-kanak telah direkodkan sebagai pesakit di ICU hari ini selain pesakit kronik (tiga) dan obesiti (tiga). ''Jumlah keseluruhan pesakit yang dirawat di ICU setakat ini ialah 15 kes dan 13 daripadanya termasuk kanak-kanak yang dikategorikan sebagai pesakit berisiko,'' katanya dalam kenyataan di sini hari ini. Beliau berkata, sehingga hari ini sebanyak 743 kes simptom gejala penyakit serupa influenza (ILI) masih dirawat di seluruh negara. Jelasnya, daripada jumlah tersebut seramai 66 pesakit didapati positif H1N1 selepas disahkan melalui ujian makmal. Dalam pada itu, menurut beliau, seramai 123 pesakit baru dengan gejala penyakit serupa influenza (ILI) telah dimasukkan ke hospital untuk rawatan manakala 106 kes telah dibenarkan keluar hospital. ''Jumlah kematian akibat H1N1 masih kekal 77 orang dan tiada kematian baru dilaporkan,'' katanya. |
|
anak umbong VIP Forumer


 Posts : 495 Points : 581 Reputation : 3 Join date : 2009-05-18 Age : 32 Location : KK NANGA ENSIRING,JULAU
Health Status Health Points: 1
 | Subject: Re: H1N1 : BUDAK KECIL RAMAI DIJANGKITI. Wed Oct 07, 2009 9:53 am | |
| Lagi 56 pesakit dijangkiti H1N1
KUALA LUMPUR 6 Okt. - Negara mencatatkan sejumlah 801 kes gejala penyakit serupa influenza (ILI) manakala 56 lagi pesakit disahkan dijangkiti wabak selesema babi atau influenza A (H1N1) hari ini. Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr. Mohd. Ismail Merican berkata, daripada 56 kes positif H1N1 itu, seramai 14 orang merupakan pesakit yang dirawat di Unit Rawatan Rapi (ICU). ''Namun tiada kematian akibat H1N1 yang didaftarkan hari ini manakala jumlah kematian masih kekal 77 orang,'' katanya dalam kenyataan akhbar di sini. Mohd. Ismail berkata, kementerian juga tidak mempunyai kes baru di ICU. Beliau memberitahu, hanya 12 daripada 14 kes yang dirawat di ICU mempunyai faktor risiko seperti kanak-kanak bawah 5 tahun (7), penyakit kronik (3) dan obesiti (2). Menurutnya, semua pesakit yang dijangkiti H1N1 telah ditempatkan di 93 hospital termasuk sembilan hospital swasta. Beliau turut mengingatkan golongan yang berisiko tinggi supaya mendapatkan rawatan dengan kadar segera apabila mengalami sebarang simptom ILI. |
|