:: Penolong Pegawai Perubatan Sarawak ::

:: Penolong Pegawai Perubatan Sarawak Portal::
 
HomePortalCalendarGalleryFAQSearchMemberlistRegisterLog in
Navigation
Log in
Username:
Password:
Log in automatically: 
:: I forgot my password
Latest topics
» PPP new website..
Fri Sep 09, 2016 2:12 pm by Jay Amarda

» SELAMAT HARI PENOLONG PEGAWAI PERUBATAN 2016
Tue Mar 08, 2016 8:38 pm by Jay Amarda

» Pegawai Perubatan di KK/K1M/KKIA
Sat Jan 09, 2016 10:37 pm by Jay Amarda

» MERRY CHRISMAT & HAPPY NEW YEAR 2016
Tue Dec 22, 2015 9:39 am by Jay Amarda

» PENGALAMAM DENGAN PERKHIDMATAN DOKTOR UDARA
Thu Dec 10, 2015 11:41 am by Jay Amarda

» Lastest Update and News for PPP
Thu Dec 10, 2015 8:03 am by Jay Amarda

» PPP BOLEH JADI PEGAWAI PERUBATAN
Sun Jul 19, 2015 8:21 pm by Aisyah98

» DEGREE FOR PPP. APA BIDANG YANG BERKAITAN
Sun Jul 19, 2015 8:18 pm by Aisyah98

» Visual Studio 2010 Free Download Full Version With Crack For Windows 7 64 Bit
Wed Mar 19, 2014 3:42 pm by maddprym

» perkembangan terkini naiktaraf KK Lubok Antu
Thu Oct 10, 2013 8:31 am by Roslan

» Helo...2013
Fri Jul 26, 2013 2:28 am by plus100lewishamiltonamat@

» FAIL MEJA UNTUK SEMUA
Sun Apr 07, 2013 4:02 pm by Amin zafri

» org baru...
Sat Feb 23, 2013 5:32 pm by arm S'h

» SURAT PEKELILING KETUA PENGARAH KESIHATAN MALAYSIA BIL.4/2009 PELAKSAAN PERKHIDMATAN KESIHATAN BERINTEGRASI(BERSEPADU)DI KLINIK KESIHATAN.
Sat Dec 08, 2012 2:02 pm by desmond edward

» PENDAFTARAN PERSATUAN PENOLONG PEGAWAI PERUBATAN SARAWAK
Tue Nov 06, 2012 10:23 am by Roslan

» Facebook satu lagi cara Yahudi bergerak!!
Wed Oct 24, 2012 1:46 am by anak pisang

» canon EOS 450D
Wed Oct 24, 2012 1:40 am by anak pisang

» TB Drugs Protocol
Wed Oct 24, 2012 1:39 am by anak pisang

» WANITA DAKWA SAKIT KULIT ANGKARA UBAT HOSPITAL.
Wed Oct 24, 2012 1:37 am by anak pisang

» REFERENDUM: MENGKAJI DAN MENJENAMA SEMULA NAMA JAWATAN ‘PENOLONG PEGAWAI PERUBATAN’ KEPADA SATU NAMA YANG LEBIH SIGNIFIKAN
Wed Oct 24, 2012 1:32 am by anak pisang

Affiliates














Follow us on Twitter


 



Share | 
 

 Bahana dadah

View previous topic View next topic Go down 
AuthorMessage
Roslan
Admin
Admin


Cancer Rooster
Posts : 116
Points : 186
Reputation : 0
Join date : 2009-04-13
Age : 35
Location : Sarawak Land Of Borneo

Health Status
Health Points: 1

PostSubject: Bahana dadah   Sat Oct 03, 2009 10:06 am

Bahana dadah


Oleh Hazirah Che Sab
zeehan@bharian.com.my












Anak kecil, warga tua dan anggota keluarga jadi sasaran 'bangkai bernyawa'


SEBAIK umat Islam melangkah masuk tahap 10 hari kedua Ramadan
yang dijanjikan pengampunan, rakyat Malaysia sebaliknya dikejutkan
dengan kematian seorang kanak-kanak tidak berdosa di tangan bapa
saudaranya, seorang penagih dadah tegar, Selasa lalu.


Dalam kejadian di Gua Musang itu, Mohd Adam Azrai Rosman, 3,
sedang seronok menunjukkan baju raya baru dibeli apabila bapa
saudaranya yang berusia 22 tahun tiba-tiba meluru dan terus menikam
rusuk mangsa dengan pisau.








Siasatan awal polis mendapati suspek dipercayai
penagih tegar baru saja mengambil dadah ketika melakukan jenayah
menyayat hati itu.


Dia dipercayai bertindak kejam kerana hasratnya berkahwin
ditentang keluarga termasuk bapa mangsa, Rosman Mohd Nor, 41, kerana
tidak mempunyai sebarang pendapatan bagi menyara dirinya sendiri atau
pun insan bergelar isteri.


Tiada yang lebih menyayat hati daripada imbasan wajah comel
Mohd Adam Azrai terpampang di dada-dada akhbar sehari selepas kejadian
- wajah suci anak kecil yang tidak mengerti apa-apa, jauh sekali erti
dendam dan sakit hati.






Sebuah rumah di Temerloh hangus dibakar sekumpulan penagih dadah, tahun lalu.




Mohd Adam Azrai bukan mangsa pertama penangan najis dadah yang tidak
boleh dinafikan berjaya mengambil alih mengawal kewarasan penagih untuk
melakukan tindak tanduk di luar batas kemanusiaan.


Mereka sudah tidak kenal saudara jika ketagihan memuncak dan
dalam keadaan khayal selepas mengambil najis dadah itu, fikiran yang
tidak stabil boleh mendorong penagih dadah melakukan apa saja, hatta
membunuh sekalipun.


Malah kisah penagih dadah membuat kecoh dan mengugut anggota
keluarga sudah kerap dilaporkan. Dalam kejadian Ogos lalu di Kuala
Terengganu, seorang lelaki yang dipercayai penagih tegar dimasukkan ke
Wad Psikiatrik Hospital Sultanah Nur Zahirah selepas mengamuk dan
mengugut untuk meracun ahli keluarga serta jirannya.


Dalam kejadian kira-kira jam 11.30 pagi di Kampung Kelulut,
Marang, suspek yang tinggal bersama ibu bapa dan kakaknya dikatakan
tiba-tiba mengamuk dengan bertindak memecahkan cermin dan barangan
dalam rumah, memotong wayar elektrik dan memancitkan tayar kereta milik
keluarganya.



Mek Mong Mamat menjadi mangsa tetakan penagih dadah.


Sementara itu, di Kota Sarang Semut, Kedah, pada Julai lalu, seorang
lelaki yang tidak sampai 24 jam dibebaskan dari penjara, dipercayai
penagih dadah membakar 30 naskhah al-Quran yang disimpan dalam sebuah
masjid di Kampung Tualang.


Seorang cucu pula sanggup mengugut membunuh nenek sendiri
berusia 86 tahun sebelum meragut dua rantai emas dan satu loket berlian
bernilai kira-kira RM3,500 miliknya di Kampung Molek dalam kejadian di
Dungun pada November lalu.


Hasil siasatan mendapati suspek dipercayai seorang penagih
dan pernah ditahan kerana mencuri barangan milik ibu saudara serta
adik-beradiknya, selain kesalahan dadah.


Dalam kejadian lebih kejam pada 2007 di Georgetown, seorang
wanita warga emas berusia 56 tahun dipukul hingga mati sebelum mayatnya
dibakar, dipercayai dilakukan seorang penagih dadah. Lelaki berusia
30-an itu dipercayai membunuh wanita berkenaan selepas mangsa enggan
menyerahkan wang kepadanya.


Mudah sebenarnya meneka apa yang bersarang dalam fikiran
mereka apabila sudah dikuasai najis dadah sehingga sanggup bertindak
sedemikian rupa. Kewarasan yang semakin terhakis disebabkan ketagihan
dadah menjadikan mereka hilang pertimbangan sebagai manusia, sebaliknya
cuma menurut nafsu yang dipandu iblis untuk bertindak di luar batasan.
Back to top Go down
http://pppsarawak.darkbb.com
 
Bahana dadah
View previous topic View next topic Back to top 
Page 1 of 1

Permissions in this forum:You cannot reply to topics in this forum
:: Penolong Pegawai Perubatan Sarawak :: :: General Forum :: Berita Semasa-
Jump to: