:: Penolong Pegawai Perubatan Sarawak ::

:: Penolong Pegawai Perubatan Sarawak Portal::
 
HomePortalCalendarGalleryFAQSearchMemberlistRegisterLog in
Navigation
Log in
Username:
Password:
Log in automatically: 
:: I forgot my password
Latest topics
» PPP new website..
Tue Mar 14, 2017 12:36 pm by aubreysherrod

» Bagaimana Cara Memperkenalkan Portal PPP Sararawak Kepada Semua PPP ....?? The Best Way....
Tue Mar 14, 2017 12:34 pm by aubreysherrod

» SELAMAT HARI PENOLONG PEGAWAI PERUBATAN 2016
Tue Mar 08, 2016 8:38 pm by Jay Amarda

» Pegawai Perubatan di KK/K1M/KKIA
Sat Jan 09, 2016 10:37 pm by Jay Amarda

» MERRY CHRISMAT & HAPPY NEW YEAR 2016
Tue Dec 22, 2015 9:39 am by Jay Amarda

» PENGALAMAM DENGAN PERKHIDMATAN DOKTOR UDARA
Thu Dec 10, 2015 11:41 am by Jay Amarda

» Lastest Update and News for PPP
Thu Dec 10, 2015 8:03 am by Jay Amarda

» PPP BOLEH JADI PEGAWAI PERUBATAN
Sun Jul 19, 2015 8:21 pm by Aisyah98

» DEGREE FOR PPP. APA BIDANG YANG BERKAITAN
Sun Jul 19, 2015 8:18 pm by Aisyah98

» Visual Studio 2010 Free Download Full Version With Crack For Windows 7 64 Bit
Wed Mar 19, 2014 3:42 pm by maddprym

» perkembangan terkini naiktaraf KK Lubok Antu
Thu Oct 10, 2013 8:31 am by Roslan

» Helo...2013
Fri Jul 26, 2013 2:28 am by plus100lewishamiltonamat@

» FAIL MEJA UNTUK SEMUA
Sun Apr 07, 2013 4:02 pm by Amin zafri

» org baru...
Sat Feb 23, 2013 5:32 pm by arm S'h

» SURAT PEKELILING KETUA PENGARAH KESIHATAN MALAYSIA BIL.4/2009 PELAKSAAN PERKHIDMATAN KESIHATAN BERINTEGRASI(BERSEPADU)DI KLINIK KESIHATAN.
Sat Dec 08, 2012 2:02 pm by desmond edward

» PENDAFTARAN PERSATUAN PENOLONG PEGAWAI PERUBATAN SARAWAK
Tue Nov 06, 2012 10:23 am by Roslan

» Facebook satu lagi cara Yahudi bergerak!!
Wed Oct 24, 2012 1:46 am by anak pisang

» canon EOS 450D
Wed Oct 24, 2012 1:40 am by anak pisang

» TB Drugs Protocol
Wed Oct 24, 2012 1:39 am by anak pisang

» WANITA DAKWA SAKIT KULIT ANGKARA UBAT HOSPITAL.
Wed Oct 24, 2012 1:37 am by anak pisang

Similar topics
Affiliates














Follow us on Twitter


 



Share | 
 

 INFLUENZA A (H1N1) - updated

View previous topic View next topic Go down 
Go to page : 1, 2, 3, 4, 5, 6  Next
AuthorMessage
Jay Amarda
Moderator
Moderator
avatar

Libra Dragon
Posts : 631
Points : 724
Reputation : 7
Join date : 2009-04-27
Age : 40
Location : KUCHING SARAWAK

Health Status
Health Points: 1

PostSubject: INFLUENZA A (H1N1) - updated   Mon Apr 27, 2009 3:17 pm

Mexico semakin cemas

MEXICO CITY 26 April - Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) semalam memberi amaran, wabak selesema babi yang telah meragut 81 nyawa di Mexico, berpotensi untuk menjadi pusat 'pandemik' atau wabak yang merebak di kawasan geografi yang luas.

Amaran WHO itu dikeluarkan ketika kebimbangan semakin meningkat terhadap virus jenis baru yang mengandungi kombinasi virus babi, burung dan manusia itu merebak ke Amerika Syarikat (AS) dan seluruh dunia.

Menteri Kesihatan Mexico, Jose Angel Cordova malam tadi mengumumkan, angka kematian berpunca daripada selesema babi yang dibawa virus tersebut telah meningkat kepada 81 orang, termasuk 20 kematian yang disahkan.

Presiden Mexico, Felipe Calderon sebelum itu mengeluarkan arahan yang memberi kerajaan beliau kuasa luar biasa untuk menangani wabak pembawa maut itu, sementara sekurang-kurangnya dua kes baru dilaporkan di AS, menjadikan jumlah yang dijangkiti di negara jiran tersebut meningkat kepada 10 orang.

"Virus ini jelas berpotensi untuk menjadi pandemik," kata Ketua Pengarah WHO, Margaret Chan semalam.

Agensi Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) yang berpangkalan di Geneva itu mengeluarkan satu kenyataan menggambarkan wabak tersebut sebagai 'kecemasan kesihatan awam yang menimbulkan kebimbangan antarabangsa', berikutan mesyuarat jawatankuasa kecemasannya.

Dalam kenyataan itu, WHO mengesyorkan supaya semua negara 'meningkatkan pemantauan terhadap wabak luar biasa penyakit seperti selesema dan pneumonia teruk'.

Di Mexico, 13 kes baru dilaporkan dalam tempoh 24 jam lalu dan sejumlah 1,324 pesakit yang mengalami tanda-tanda selesema sedang disiasat, kata Cordova semalam.

Kerajaan Mexico telah memperketatkan langkah-langkah kecemasan yang baru dikenakan kelmarin.

Arahan terbaru Presiden semalam meliputi langkah untuk mengasingkan mereka yang dijangkiti virus H1N1 itu serta memeriksa rumah mereka.

Di AS, pihak berkuasa kesihatan di negeri Kansas mengesahkan dua kes selesema babi semalam, seorang daripadanya masih sakit manakala seorang lagi sudah pulih.

Awal semalam, pegawai di New York melaporkan, lapan hingga sembilan pelajar di sebuah sekolah di bandar raya ini disyaki menghidapi selesema babi walaupun keputusan ujian belum diperoleh.

Sementara itu, seorang krew kabin British Airways dirawat di sebuah hospital di London kerana menunjukkan 'tanda-tanda selesema' selepas tiba dengan penerbangan dari Mexico City.

"Memandangkan jangkitan berlaku di banyak komuniti berlainan, kami tidak fikir virus ini boleh dibendung," kata Anne Schuchat daripada Pusat Kawalan dan Pencegahan Penyakit (CDC) di AS.

Seorang lagi pegawai CDC, Dave Daigle berkata, sejenis virus selesema burung, dua jenis virus selesema babi dan sejenis virus manusia telah bergabung buat kali pertama.


Last edited by Jay on Fri May 22, 2009 11:24 pm; edited 2 times in total
Back to top Go down
http://panggaupengidupanakiban.blogspot.com/
Jay Amarda
Moderator
Moderator
avatar

Libra Dragon
Posts : 631
Points : 724
Reputation : 7
Join date : 2009-04-27
Age : 40
Location : KUCHING SARAWAK

Health Status
Health Points: 1

PostSubject: Re: INFLUENZA A (H1N1) - updated   Mon Apr 27, 2009 3:29 pm

Empat langkah mencegah


KUALA LUMPUR 26 April - Kementerian Kesihatan akan menguatkuasakan serta-merta empat langkah bagi mencegah wabak selesema babi daripada menular ke negara ini.

Langkah-langkah tersebut ialah:

* Melaksanakan pemantauan bersama Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) terhadap situasi terkini wabak itu bagi memastikan tindakan proaktif dapat diambil untuk melindungi kesihatan awam di negara ini.

* Meminta pengamal perubatan termasuk di sektor swasta mengambil langkah berjaga-jaga terhadap kes-kes yang mempunyai tanda-tanda 'penyakit seperti selesema'. Ia termasuk kes rawatan yang mempunyai gejala penyakit radang paru-paru yang teruk dan individu yang pernah melawat Mexico, California atau Texas selepas 17 April lalu.

Pengamal perubatan diminta memaklumkan kepada Pejabat Kesihatan Daerah terdekat dengan serta-merta melalui telefon untuk tindakan pencegahan dan kawalan.

* Melakukan saringan tanda-tanda jangkitan selesema babi di semua pintu masuk negara ini untuk pelawat atau warga Malaysia yang pernah melawat ke Mexico, California atau Texas selepas 17 April lalu.

* Membuat kenyataan akhbar dari semasa ke semasa mengenai situasi wabak itu untuk maklumat orang awam dan langkah kawalan serta pencegahan yang diambil oleh kerajaan.

Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr. Mohd. Ismail Merican bagaimanapun meminta orang ramai tidak risau dengan keadaan di Mexico dan Amerika Syarikat.

Menurutnya, pihak berkuasa di negara terbabit telah bekerjasama dengan WHO untuk mengambil langkah pencegahan dan kawalan wabak itu daripada menular ke luar negara.

"Tindakan kerjasama perkongsian maklumat serta langkah pencegahan dan kawalan sedang diambil oleh Kementerian Kesihatan dengan pihak WHO," katanya.

Menurut Dr. Mohd. Ismail, orang awam yang ingin mendapat maklumat lanjut berkaitan wabak selesema babi ini boleh menghubungi talian 03-88810200 atau 03-88810300.

"Maklumat berkenaan wabak selesema babi juga akan disediakan di laman web Kementerian Kesihatan iaitu www.moh.gov.my mulai minggu ini," katanya.

Semalam, agensi berita asing melaporkan seramai 81 orang maut di Mexico akibat penyakit selesema, dengan 20 daripada kematian itu disahkan berpunca daripada sejenis wabak baru selesema babi.

Penularan wabak baru itu mencetuskan kebimbangan kerajaan Mexico dan pihak berkuasa telah mengarahkan penutupan sekolah, muzium, perpustakaan dan teater bagi membendung penyebarannya.

WHO dalam kenyataannya pula berkata, sesetengah kematian itu disahkan disebabkan oleh virus H1N1 yang tidak pernah dikesan sebelum ini yang menggabungkan virus babi, burung dan manusia.

Tanda-tanda selesema babi menyamai selesema biasa iaitu demam, batuk, hidung berair dan lenguh anggota badan dan setakat ini tidak terdapat vaksin bagi wabak terbaru itu.

_________________
Audio Technician/Project Co-Ordinator
KABAN
Very Happy Pesaka Pemerindang Event Management(PPEvenTM) Very Happy
Back to top Go down
http://panggaupengidupanakiban.blogspot.com/
Jay Amarda
Moderator
Moderator
avatar

Libra Dragon
Posts : 631
Points : 724
Reputation : 7
Join date : 2009-04-27
Age : 40
Location : KUCHING SARAWAK

Health Status
Health Points: 1

PostSubject: Re: INFLUENZA A (H1N1) - updated   Mon Apr 27, 2009 3:32 pm

Kerajaan berhubung rapat dengan WHO

KUALA LUMPUR 26 April - Malaysia akan berhubung rapat dengan Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) untuk memantau situasi wabak selesema babi bagi mengelakkannya daripada menular ke negara ini.

Menteri Kesihatan, Datuk Seri Liow Tiong Lai berkata, pihaknya amat mengambil berat dan memandang serius wabak tersebut yang kini melanda Amerika Syarikat (AS) dan Mexico.

"Kita akan membuat pemantauan yang rapi sepenuh masa serta mengambil langkah yang cepat dan terperinci agar ia tidak merebak ke negara ini," katanya ketika dihubungi Utusan Malaysia di sini hari ini.

Tiong Lai berkata, langkah tersebut amat penting kerana wabak selesema babi boleh merebak dengan cepat termasuk jangkitan sesama manusia.

"Oleh itu, saya menyeru orang ramai supaya segera berjumpa doktor sekiranya mempunyai simptom seperti batuk, demam dan sakit badan," ujar beliau.

Menurutnya, Kementerian Kesihatan telah mengambil beberapa langkah berjaga-jaga termasuk menubuhkan bilik gerakan untuk memantau dan mengawal wabak selesema itu.

"Bagaimanapun setakat ini, tiada kes jangkitan wabak selesema babi dilaporkan di negara ini," kata beliau.

Semalam, agensi berita AP melaporkan seramai 81 orang maut di Mexico akibat penyakit selesema, dengan 20 daripada kematian itu disahkan berpunca daripada sejenis wabak baru selesema babi.

Setiausaha Kesihatan Mexico, Jose Angel Cordova berkata, sekurang-kurangnya 1,004 yang lain pula sakit dipercayai akibat penyakit yang sama.

Penularan wabak baru itu mencetuskan kebimbangan kerajaan Mexico dan setakat ini tidak ada vaksin bagi selesema terbaru itu.

_________________
Audio Technician/Project Co-Ordinator
KABAN
Very Happy Pesaka Pemerindang Event Management(PPEvenTM) Very Happy
Back to top Go down
http://panggaupengidupanakiban.blogspot.com/
Jay Amarda
Moderator
Moderator
avatar

Libra Dragon
Posts : 631
Points : 724
Reputation : 7
Join date : 2009-04-27
Age : 40
Location : KUCHING SARAWAK

Health Status
Health Points: 1

PostSubject: Re: INFLUENZA A (H1N1) - updated   Mon Apr 27, 2009 4:11 pm

Selesema babi kian ancam nyawa penduduk dunia



Kebanyakan negara ketat kawalan bagi mengekang penularan

BANDARAYA MEXICO: Kebanyakan negara di seluruh dunia bertungkus lumus semalam untuk mengetatkan kawalan di pintu masuk negara masing-masing bagi mengekang penularan virus selesema babi yang sudah membunuh 81 orang di Mexico dan menjangkiti 12 orang di Amerika Syarikat.

Dalam perkembangan terbaru, pihak berkuasa di New Zealand mengesahkan 10 pelajar negara itu yang baru pulang dari Mexico menghidap selesema babi dan sudah dikuarantin.

Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) semalam meminta semua negara meningkatkan laporan dan pengawasan ke atas penyakit itu selain menyelaraskan tindak balas untuk mengekangnya.

Kes baru selesema babi disahkan di Kansas dan California, selain Texas dan disyaki menular di New York. Namun pegawai berkata mereka tidak tahu sama ada kes di New York adalah daripada jenis yang merebak dari Mexico itu,

Sementara itu, Presiden Mexico memperoleh kuasa tambahan semalam untuk mengasingkan penduduk yang dijangkiti virus selesema babi ketika pihak berkuasa berusaha keras mengekang penularan wabak itu.

Seramai 1,342 orang sakit akibat penyakit maut itu sejak 13 April lalu, menurut perangkaan yang dikemas kini lewat kelmarin oleh Setiausaha Kesihatan Mexico.

Tentera dan pekerja kesihatan Mexico meronda di lapangan terbang dan stesen bas ketika cuba mengasingkan penduduk yang mungkin dijangkiti penyakit itu, ketika semakin jelas kerajaan bertindak lambat untuk bertindak balas terhadap penularan itu pada Mac dan awal April lalu.

Malah tindakan mengasingkan pesakit mungkin tidak menghalang penyakit itu merebak, kata pakar epidemiologi.

Sebanyak 24 kes baru dilaporkan di Bandaraya Mexico saja semalam, yang menyaksikan pihak berkuasa menggantung sekolah dan semua acara umum sehingga notis selanjutnya. Lebih 500 acara, termasuk konsert dan sukan, dibatalkan di bandar raya dengan 20 juta penduduk itu.

Pihak berkuasa Mexico mengarahkan sekolah ditutup di ibu kota dan negeri Mexico serta San Luis Potosi sehingga 6 Mei ini, manakala Gereja Roman Katolik mengumumkan pembatalan perhimpunan pada hari Ahad di bandar raya itu.

WHO semalam mengisytiharkan wabak selesema itu sebagai sesuatu yang perlu diberi perhatian oleh masyarakat antarabangsa.

Ketua Pengarahnya, Dr Margaret Chan mendesak semua negara memantau dengan rapi sebarang kejadian selesema.

_________________
Audio Technician/Project Co-Ordinator
KABAN
Very Happy Pesaka Pemerindang Event Management(PPEvenTM) Very Happy
Back to top Go down
http://panggaupengidupanakiban.blogspot.com/
Nick
Moderator
Moderator
avatar

Libra Rooster
Posts : 766
Points : 856
Reputation : 8
Join date : 2009-05-07
Age : 35
Location : HUM

Health Status
Health Points: 1

PostSubject: Re: INFLUENZA A (H1N1) - updated   Thu May 07, 2009 1:51 pm

setakat ini malaysia hanya di syaki d kch, betul ka?
Back to top Go down
http://WWW.YAHOO.COM
aubreysherrod
Moderator
Moderator
avatar

Leo Pig
Posts : 1145
Points : 1150
Reputation : 4
Join date : 2009-05-07
Age : 33
Location : LUBOK ANTU

Health Status
Health Points: 1

PostSubject: Re: INFLUENZA A (H1N1) - updated   Thu May 07, 2009 2:50 pm

.....belum ada lagi lah nick....kat sarawak ni masih CLEAN & CLEAR.....
Back to top Go down
aubreysherrod
Moderator
Moderator
avatar

Leo Pig
Posts : 1145
Points : 1150
Reputation : 4
Join date : 2009-05-07
Age : 33
Location : LUBOK ANTU

Health Status
Health Points: 1

PostSubject: Re: INFLUENZA A (H1N1) - updated   Thu May 07, 2009 3:06 pm

....pt yang direfer di sgh hanya suspected saja....bila di uji di makmal, disahkan negatif.... cuba pergi web kkm untuk maklumat lanjut....
Back to top Go down
Jay Amarda
Moderator
Moderator
avatar

Libra Dragon
Posts : 631
Points : 724
Reputation : 7
Join date : 2009-04-27
Age : 40
Location : KUCHING SARAWAK

Health Status
Health Points: 1

PostSubject: Re: INFLUENZA A (H1N1) - updated   Thu May 07, 2009 8:14 pm

Lelaki disyaki kena H1N1 makin pulih

KUCHING: Keadaan lelaki tempatan yang disyaki dijangkiti virus Influenza A (H1N1) sekembali dari Amerika Syarikat serta ditempatkan di wad pengasingan Hospital Umum Sarawak (HUS) bagi rawatan lanjut kini dilaporkan semakin pulih.

Difahamkan, lelaki berusia 31 tahun yang berasal dari Muara Tuang, Samarahan berkenaan perlu ditempatkan sementara di wad berkenaan sehingga keadaannya stabil sebelum dibenarkan pulang ke rumah.

Timbalan Ketua Menteri Sarawak, Tan Sri Dr. George Chan Hong Nam, berkata lelaki berkenaan di jangka dibenarkan pulang dalam dua atau tiga hari lagi dengan rawatan selesema biasa.

"Arahan kuarantin rumah tujuh hari ke atas 22 individu yang pernah bertemu dengan lelaki berkenaan sejurus dia pulang dari Amerika Syarikat pada 1 Mei lalu turut ditarik balik oleh jabatan kesihatan," katanya.

Tinjauan Berita Harian di wad pengasingan HUS pagi semalam mendapati hanya kakitangan perubatan yang lengkap berpakaian anti virus dan memakai topeng dibenarkan masuk ke wad bagi melakukan rawatan susulan dengan ahli keluarga lelaki berkenaan masih tidak dibenarakan bertemunya.

Kira-kira jam 9.30 malam Isnin lalu, lelaki warga tempatan yang berkunjung ke Amerika Syarikat bermula 24 April hingga 1 Mei lalu terpaksa dimasukkan ke wad pengasingan HUS selepas dia mengadu demam, sakit tekak, batuk dan sesak nafas.

Bagaimanapun, Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr. Ismail Merican, malam kelmarin, mengesahkan ujian virologi ke atas sampel lelaki berkenaan menunjukkan dia tidak dijangkiti virus H1N1 dengan pihak hospital sedang memberi rawatan lanjut ke atasnya.

Sumber Berita Harian memaklumkan, beberapa ujian lanjut masih perlu dilakukan kakitangan perubatan HUS walaupun ujian awal ke atas sampel air liurnya di Institut Penyelidikan Perubatan (IMR), Kuala Lumpur kelmarin, negatif.

_________________
Audio Technician/Project Co-Ordinator
KABAN
Very Happy Pesaka Pemerindang Event Management(PPEvenTM) Very Happy
Back to top Go down
http://panggaupengidupanakiban.blogspot.com/
aubreysherrod
Moderator
Moderator
avatar

Leo Pig
Posts : 1145
Points : 1150
Reputation : 4
Join date : 2009-05-07
Age : 33
Location : LUBOK ANTU

Health Status
Health Points: 1

PostSubject: Re: INFLUENZA A (H1N1) - updated   Thu May 07, 2009 9:20 pm

....sarawak masih CLEAN & CLEAR....
Back to top Go down
apai bidah
Newbie Forumer
Newbie Forumer
avatar

Taurus Rat
Posts : 184
Points : 186
Reputation : 0
Join date : 2009-05-08
Age : 32
Location : Currently in Bintulu

Health Status
Health Points: 1

PostSubject: Re: INFLUENZA A (H1N1) - updated   Fri May 08, 2009 2:38 pm

amat nya mpai age sampai dito penyakit nya.............nama penyakit tu pun org dah tukar......jangan sebut selsema *censord*........sebutlah....virus A H1N1.......
Back to top Go down
http://WWW.GOOGLE.COM
Jay Amarda
Moderator
Moderator
avatar

Libra Dragon
Posts : 631
Points : 724
Reputation : 7
Join date : 2009-04-27
Age : 40
Location : KUCHING SARAWAK

Health Status
Health Points: 1

PostSubject: Re: INFLUENZA A (H1N1) - updated   Sun May 10, 2009 9:21 pm

INFLUENZA A (H1N1)

_________________
Audio Technician/Project Co-Ordinator
KABAN
Very Happy Pesaka Pemerindang Event Management(PPEvenTM) Very Happy
Back to top Go down
http://panggaupengidupanakiban.blogspot.com/
apai bidah
Newbie Forumer
Newbie Forumer
avatar

Taurus Rat
Posts : 184
Points : 186
Reputation : 0
Join date : 2009-05-08
Age : 32
Location : Currently in Bintulu

Health Status
Health Points: 1

PostSubject: Re: INFLUENZA A (H1N1) - updated   Mon May 11, 2009 3:00 pm

kk ktk ada buat return everyday ke pasal ILI dan SARI nya.......aku kompius la nak pakai yg mana satu......sbb dia da 3 borang.........satu utk SARI satu lagi utk ILI.....kta kat kk mana ada SARI.........nak letak nil je ke.....?
Back to top Go down
http://WWW.GOOGLE.COM
Nick
Moderator
Moderator
avatar

Libra Rooster
Posts : 766
Points : 856
Reputation : 8
Join date : 2009-05-07
Age : 35
Location : HUM

Health Status
Health Points: 1

PostSubject: Re: INFLUENZA A (H1N1) - updated   Thu May 14, 2009 8:13 pm

siko g suspek d semenanjug coz bru plai ari USA.tp bdau kompom g
Back to top Go down
http://WWW.YAHOO.COM
Nick
Moderator
Moderator
avatar

Libra Rooster
Posts : 766
Points : 856
Reputation : 8
Join date : 2009-05-07
Age : 35
Location : HUM

Health Status
Health Points: 1

PostSubject: Re: INFLUENZA A (H1N1) - updated   Fri May 15, 2009 5:51 pm

*

Malaysia catat kes pertama H1N1

KUALA LUMPUR: Malaysia mencatatkan kes pertama jangkitan Influenza A (H1N1) membabitkan pelajar berusia 24 tahun yang baru pulang dari Amerika Syarikat, kelmarin.

Ujian makmal terhadap pelajar lelaki itu mengesahkan ia positif dan mangsa kini dirawat di Hospital Sungai Buloh.

Pelajar berkenaan mula mengalami simptom deman, sakit tekak dan sakit badan semalam dan terus dirawat di hospital berkenaan.


SUMBER: BERITA HARIAN 15/05/2009 15:15
Back to top Go down
http://WWW.YAHOO.COM
aubreysherrod
Moderator
Moderator
avatar

Leo Pig
Posts : 1145
Points : 1150
Reputation : 4
Join date : 2009-05-07
Age : 33
Location : LUBOK ANTU

Health Status
Health Points: 1

PostSubject: Re: INFLUENZA A (H1N1) - updated   Fri May 15, 2009 8:33 pm

...............CUTI DI BEKUKAN...........................
Back to top Go down
Nick
Moderator
Moderator
avatar

Libra Rooster
Posts : 766
Points : 856
Reputation : 8
Join date : 2009-05-07
Age : 35
Location : HUM

Health Status
Health Points: 1

PostSubject: Re: INFLUENZA A (H1N1) - updated   Fri May 15, 2009 8:36 pm

SUDAN ADA BLACK N WHITE KA?
Back to top Go down
http://WWW.YAHOO.COM
aubreysherrod
Moderator
Moderator
avatar

Leo Pig
Posts : 1145
Points : 1150
Reputation : 4
Join date : 2009-05-07
Age : 33
Location : LUBOK ANTU

Health Status
Health Points: 1

PostSubject: Re: INFLUENZA A (H1N1) - updated   Fri May 15, 2009 8:39 pm

..............BAHAGIAN SAYA DI SINI SUDAH DILAKSANANKAN.........MEMO DAH KELUAR............
Back to top Go down
Nick
Moderator
Moderator
avatar

Libra Rooster
Posts : 766
Points : 856
Reputation : 8
Join date : 2009-05-07
Age : 35
Location : HUM

Health Status
Health Points: 1

PostSubject: Re: INFLUENZA A (H1N1) - updated   Fri May 15, 2009 8:47 pm

D MIRI BLUM LG.....BUKAN DR HQ KA?
Back to top Go down
http://WWW.YAHOO.COM
aubreysherrod
Moderator
Moderator
avatar

Leo Pig
Posts : 1145
Points : 1150
Reputation : 4
Join date : 2009-05-07
Age : 33
Location : LUBOK ANTU

Health Status
Health Points: 1

PostSubject: Re: INFLUENZA A (H1N1) - updated   Fri May 15, 2009 8:52 pm

SAYA BELUM PASTI LAGI NICK....TAPI MENURUT PPPK SAYA TADI, MEMANG CUTI DI BEKUKAN.....
Back to top Go down
Nick
Moderator
Moderator
avatar

Libra Rooster
Posts : 766
Points : 856
Reputation : 8
Join date : 2009-05-07
Age : 35
Location : HUM

Health Status
Health Points: 1

PostSubject: Re: INFLUENZA A (H1N1) - updated   Fri May 15, 2009 8:54 pm

SINI PUN D BEKUKAN TP OLEH CAMO U42 MR DAVID HII
Back to top Go down
http://WWW.YAHOO.COM
aubreysherrod
Moderator
Moderator
avatar

Leo Pig
Posts : 1145
Points : 1150
Reputation : 4
Join date : 2009-05-07
Age : 33
Location : LUBOK ANTU

Health Status
Health Points: 1

PostSubject: Re: INFLUENZA A (H1N1) - updated   Fri May 15, 2009 8:56 pm

WA.....MR. DAVID HII DAH U42KA? SAYA PUNYA PPPK BARU SAJA NAIK U36,MR JARIT ANYAI..... MR. DAVID HII TU ADA LAWAN MR. JARIT LAST YEAR DALAM PEREBUTAN JAWATAN PRESIDEN PPP SARAWAK.....
Back to top Go down
Nick
Moderator
Moderator
avatar

Libra Rooster
Posts : 766
Points : 856
Reputation : 8
Join date : 2009-05-07
Age : 35
Location : HUM

Health Status
Health Points: 1

PostSubject: Re: INFLUENZA A (H1N1) - updated   Fri May 15, 2009 8:59 pm

YA...U42...BRU D LANTIK N D PINDAH KE MIRI
Back to top Go down
http://WWW.YAHOO.COM
aubreysherrod
Moderator
Moderator
avatar

Leo Pig
Posts : 1145
Points : 1150
Reputation : 4
Join date : 2009-05-07
Age : 33
Location : LUBOK ANTU

Health Status
Health Points: 1

PostSubject: Re: INFLUENZA A (H1N1) - updated   Fri May 15, 2009 9:01 pm

DIA INCHARGE KAMU KA?
Back to top Go down
Nick
Moderator
Moderator
avatar

Libra Rooster
Posts : 766
Points : 856
Reputation : 8
Join date : 2009-05-07
Age : 35
Location : HUM

Health Status
Health Points: 1

PostSubject: Re: INFLUENZA A (H1N1) - updated   Fri May 15, 2009 9:02 pm

YUP....U32 ADA 3 ORG SINI...
Back to top Go down
http://WWW.YAHOO.COM
aubreysherrod
Moderator
Moderator
avatar

Leo Pig
Posts : 1145
Points : 1150
Reputation : 4
Join date : 2009-05-07
Age : 33
Location : LUBOK ANTU

Health Status
Health Points: 1

PostSubject: Re: INFLUENZA A (H1N1) - updated   Fri May 15, 2009 9:08 pm

U36 ADA SANA NICK? SAPA U32?
Back to top Go down
Sponsored content




PostSubject: Re: INFLUENZA A (H1N1) - updated   

Back to top Go down
 
INFLUENZA A (H1N1) - updated
View previous topic View next topic Back to top 
Page 1 of 6Go to page : 1, 2, 3, 4, 5, 6  Next
 Similar topics
-
» Procurement of A(H1N1) vaccines
» Manual for Barangays
» Mid-East papers apprehensive at US Iraq withdrawal 14 December 2011 Last updated at 10:24 ET
» Editorial: When regain the Iraqi dinar and the normal against the dollar?, 22 sept
» Protesters want Maliki to go Last Updated : Saturday, January 19, 2013 1:26 AM

Permissions in this forum:You cannot reply to topics in this forum
:: Penolong Pegawai Perubatan Sarawak :: :: General Forum :: Perbincangan Kesihatan-
Jump to: