:: Penolong Pegawai Perubatan Sarawak ::

:: Penolong Pegawai Perubatan Sarawak Portal::
 
HomePortalCalendarGalleryFAQSearchMemberlistRegisterLog in
Navigation
Log in
Username:
Password:
Log in automatically: 
:: I forgot my password
Latest topics
» PPP new website..
Fri Sep 09, 2016 2:12 pm by Jay Amarda

» SELAMAT HARI PENOLONG PEGAWAI PERUBATAN 2016
Tue Mar 08, 2016 8:38 pm by Jay Amarda

» Pegawai Perubatan di KK/K1M/KKIA
Sat Jan 09, 2016 10:37 pm by Jay Amarda

» MERRY CHRISMAT & HAPPY NEW YEAR 2016
Tue Dec 22, 2015 9:39 am by Jay Amarda

» PENGALAMAM DENGAN PERKHIDMATAN DOKTOR UDARA
Thu Dec 10, 2015 11:41 am by Jay Amarda

» Lastest Update and News for PPP
Thu Dec 10, 2015 8:03 am by Jay Amarda

» PPP BOLEH JADI PEGAWAI PERUBATAN
Sun Jul 19, 2015 8:21 pm by Aisyah98

» DEGREE FOR PPP. APA BIDANG YANG BERKAITAN
Sun Jul 19, 2015 8:18 pm by Aisyah98

» Visual Studio 2010 Free Download Full Version With Crack For Windows 7 64 Bit
Wed Mar 19, 2014 3:42 pm by maddprym

» perkembangan terkini naiktaraf KK Lubok Antu
Thu Oct 10, 2013 8:31 am by Roslan

» Helo...2013
Fri Jul 26, 2013 2:28 am by plus100lewishamiltonamat@

» FAIL MEJA UNTUK SEMUA
Sun Apr 07, 2013 4:02 pm by Amin zafri

» org baru...
Sat Feb 23, 2013 5:32 pm by arm S'h

» SURAT PEKELILING KETUA PENGARAH KESIHATAN MALAYSIA BIL.4/2009 PELAKSAAN PERKHIDMATAN KESIHATAN BERINTEGRASI(BERSEPADU)DI KLINIK KESIHATAN.
Sat Dec 08, 2012 2:02 pm by desmond edward

» PENDAFTARAN PERSATUAN PENOLONG PEGAWAI PERUBATAN SARAWAK
Tue Nov 06, 2012 10:23 am by Roslan

» Facebook satu lagi cara Yahudi bergerak!!
Wed Oct 24, 2012 1:46 am by anak pisang

» canon EOS 450D
Wed Oct 24, 2012 1:40 am by anak pisang

» TB Drugs Protocol
Wed Oct 24, 2012 1:39 am by anak pisang

» WANITA DAKWA SAKIT KULIT ANGKARA UBAT HOSPITAL.
Wed Oct 24, 2012 1:37 am by anak pisang

» REFERENDUM: MENGKAJI DAN MENJENAMA SEMULA NAMA JAWATAN ‘PENOLONG PEGAWAI PERUBATAN’ KEPADA SATU NAMA YANG LEBIH SIGNIFIKAN
Wed Oct 24, 2012 1:32 am by anak pisang

Similar topics
Affiliates














Follow us on Twitter


 



Share | 
 

 INFLUENZA A (H1N1) Cases Updated....

View previous topic View next topic Go down 
Go to page : Previous  1, 2, 3, 4, 5  Next
AuthorMessage
Jay Amarda
Moderator
Moderator


Libra Dragon
Posts : 631
Points : 724
Reputation : 7
Join date : 2009-04-27
Age : 40
Location : KUCHING SARAWAK

Health Status
Health Points: 1

PostSubject: Re: INFLUENZA A (H1N1) Cases Updated....   Thu Sep 03, 2009 9:19 pm

Situasi Semasa Pandemik (H1N1) 2009 Dan Tindakan Kementerian Kesihatan Malaysia
3 September 2009

Dimaklumkan pada hari ini sejumlah 266 pesakit baru dengan gejala influenza-like illness (ILI) telah dimasukkan ke hospital untuk rawatan dan pada masa yang sama sejumlah 293 kes telah didiscaj. Ini menjadikan baki seramai 1,211 pesakit ILI sedang dirawat di 110 buah hospital termasuk 11 hospital swasta di seluruh negara. Daripada jumlah pesakit yang dirawat, hanya 230 pesakit (18.9%) yang telah disahkan positif H1N1.

Daripada 230 kes yang disahkan H1N1, 41 kes berada di ICU di mana 5 kes merupakan kemasukan baru, sementara 3 lagi kes telah keluar dari ICU. Daripada 41 kes yang sedang dirawat di ICU, 31 (75.6%) mempunyai faktor risiko. Pecahan kes mengikut faktor risiko adalah seperti berikut: penyakit kronik (7), obesiti (10), kanak-kanak/bayi (Cool, post-natal/hamil (2), penyakit jantung (1) dan asma (3).

Untuk makluman, satu kematian baru yang disahkan akibat jangkitan influenza A(H1N1) didaftarkan pada hari ini iaitu seorang wanita berumur 25 tahun tanpa co-morbid dari Betong, Sarawak telah dimasukkan ke Hospital Betong pada 30 Ogos 2009 kerana demam, batuk dan sakit tekak selama 5 hari. Beliau ada mendapatkan 3 rawatan pesakit luar di hospital yang sama bagi simptom yang sama sebelumnya. Pada 31 Ogos 2009, kes dirujuk ke Hospital Sibu untuk rawatan lanjut dan rawatan antiviral dimulakan. Walau bagaimanapun, beliau meninggal dunia pada 1 September 2009 atas sebab severe pneumonia with H1N1 infection. Kes disahkan H1N1 melalui ujian makmal pada 3 September 2009.

Kementerian Kesihatan mendapati ramai mereka yang mempunyai simptom seperti demam, batuk dan sakit tekak masih berkunjung ke tempat-tempat yang terdapat ramai orang sama ada untuk membeli belah, hiburan dan keramaian. Mereka ini sepatutnya berehat di rumah dan sekiranya terpaksa juga keluar, hendaklah memakai topeng muka bagi mencegah penularan jangkitan virus influenza ini.

Kementerian Kesihatan juga mendapati masih ramai lagi orang awam yang tidak faham cara virus ini merebak. Virus influenza A(H1N1) merebak atau berjangkit daripada manusia kepada manusia melalui titisan cecair (yang dikeluarkan semasa bercakap, batuk atau bersin). Sekiranya kita memahami cara virus ini merebak, maka lebih mudah untuk kita mengambil langkah-langkah pencegahan. Justeru, apabila kita mengetahui seseorang individu itu mengalami simptom influenza-like illness ILI, perlulah kita menjauhinya untuk mengelak dari mendapat jangkitan. Individu yang mempunyai simptom juga mesti mengamalkan social distancing (menjarakkan kedudukan sekurang-kurangnya 1 meter dengan individu lain) apabila berurusan dengan orang lain. Ini termasuklah mereka yang menjalani pengasingan di rumah.

Orang ramai juga diminta untuk sentiasa memberi kerjasama secara berterusan serta mengikut nasihat Kementerian Kesihatan Malaysia dan mendapatkan rawatan segera sekiranya ada mengalami simptom dan berisiko tinggi untuk mendapat komplikasi akibat jangkitan influenza A(H1N1). Maklumat serta perkembangan semasa jangkitan influenza A(H1N1) boleh diperolehi melalui talian hotline 03-88810200 dan 03-88810300 yang beroperasi dari jam 8.00 pagi hingga 5.30 petang. Sebarang pertanyaan juga boleh diajukan ke alamat email cprc_h1n1@moh.gov.my. Maklumat terkini juga boleh didapati di laman web Kementerian Kesihatan Malaysia iaitu http://www.moh.gov.my dan http://h1n1.moh.gov.my

Sekian, terima kasih.

TAN SRI DATO’ SERI DR. HJ. MOHD. ISMAIL BIN MERICAN
Ketua Pengarah Kesihatan Malaysia

Tarikh: 3 September 2009

_________________
Audio Technician/Project Co-Ordinator
KABAN
Very Happy Pesaka Pemerindang Event Management(PPEvenTM) Very Happy
Back to top Go down
http://panggaupengidupanakiban.blogspot.com/
Jay Amarda
Moderator
Moderator


Libra Dragon
Posts : 631
Points : 724
Reputation : 7
Join date : 2009-04-27
Age : 40
Location : KUCHING SARAWAK

Health Status
Health Points: 1

PostSubject: Re: INFLUENZA A (H1N1) Cases Updated....   Sat Sep 05, 2009 12:54 am

Situasi Semasa Pandemik (H1N1) 2009 Dan Tindakan Kementerian Kesihatan Malaysia
4 September 2009

Dimaklumkan pada hari ini sejumlah 68 pesakit baru dengan gejala influenza-like illness (ILI) telah dimasukkan ke hospital untuk rawatan dan pada masa yang sama sejumlah 103 kes telah didiscaj. Ini menjadikan baki seramai 1,176 pesakit ILI sedang dirawat di 108 buah hospital termasuk 12 hospital swasta di seluruh negara. Daripada jumlah pesakit yang dirawat, hanya 236 pesakit (20.1%) yang telah disahkan positif H1N1.

Daripada 236 kes yang disahkan H1N1, 49 kes berada di ICU di mana 10 kes merupakan kemasukan baru, sementara 2 lagi kes telah keluar dari ICU. Daripada 49 kes yang sedang dirawat di ICU, 33 (67.3%) mempunyai faktor risiko. Pecahan kes mengikut faktor risiko adalah seperti berikut: penyakit respiratori (asma, COPD) (6); penyakit kronik seperti penyakit jantung (1), Diabetes Mellitus (4), penyakit buah pinggang (2), penyakit immunosuppressive (1); hamil (1); obesiti (9) dan kanak-kanak/bayi (9).

Untuk makluman, tiada kematian baru yang disahkan akibat jangkitan influenza A(H1N1) didaftarkan pada hari ini.

Berdasarkan panggilan hotline, 5 soalan yang paling kerap diterima daripada orang ramai adalah berkaitan vaksin, situasi semasa Influenza A(H1N1), simptom/gejala dan penyebaran serta langkah-langkah pencegahan.

Sehingga kini masih belum ada vaksin di pasaran untuk melindungi seseorang daripada Influenza A(H1N1). Vaksin ini masih di peringkat ujian klinikal.Orang ramai masih kurang jelas dengan simptom/gejala influenza A(H1N1). Gejala Influenza A(H1N1) adalah demam, batuk, sakit kepala, sakit sendi dan badan, selesema dan sakit tekak serta susah bernafas.

Orang ramai perlu sentiasa mengambil langkah-langkah pencegahan seperti berikut:

Menutup mulut ketika bersin dan batuk.

Menjaga kebersihan diri seperti mencuci tangan dengan kerap setiap kali selepas batuk dan bersin.

Menjauhkan diri daripada individu yang mempunyai gejala ILI.

Mengelakkan diri daripada berada di kawasan yang sesak dengan orang ramai.

Ibu bapa dinasihatkan agar tidak membawa anak-anak kecil ke tempat yang sesak
Sekiranya seseorang berasa tidak sihat atau mengalami gejala selesema (influenza-like-illness), anda dinasihatkan untuk berada di rumah dan tidak pergi ke tempat kerja, sekolah atau mana-mana tempat awam. Individu yang tergolong dalam kumpulan yang berisiko tinggi dan mengalami gejala influenza A(H1N1) perlu segera mendapatkan rawatan awal.

Maklumat serta perkembangan semasa jangkitan influenza A(H1N1) boleh diperolehi melalui talian hotline 03-88810200 dan 03-88810300 yang beroperasi dari jam 8.00 pagi hingga 5.30 petang. Sebarang pertanyaan juga boleh diajukan ke alamat email cprc_h1n1@moh.gov.my. Maklumat terkini juga boleh didapati di laman web Kementerian Kesihatan Malaysia iaitu http://www.moh.gov.my dan http://h1n1.moh.gov.my

Sekian, terima kasih.

TAN SRI DATO’ SERI DR. HJ. MOHD. ISMAIL BIN MERICAN
Ketua Pengarah Kesihatan Malaysia

Tarikh: 4 September 2009

_________________
Audio Technician/Project Co-Ordinator
KABAN
Very Happy Pesaka Pemerindang Event Management(PPEvenTM) Very Happy
Back to top Go down
http://panggaupengidupanakiban.blogspot.com/
kesulai malam
Regular Forumer
Regular Forumer


Posts : 250
Points : 247
Reputation : 0
Join date : 2009-08-17

Health Status
Health Points: 1

PostSubject: Re: INFLUENZA A (H1N1) Cases Updated....   Mon Sep 07, 2009 1:20 am

enda iboh update nya cak..cerita basi H1N1....
Back to top Go down
shinigami
Newbie Forumer
Newbie Forumer


Leo Dog
Posts : 115
Points : 123
Reputation : 0
Join date : 2009-05-08
Age : 34
Location : Miri

Health Status
Health Points: 1

PostSubject: Re: INFLUENZA A (H1N1) Cases Updated....   Mon Sep 07, 2009 11:28 am

Laughing
Back to top Go down
musrgmude
Regular Forumer
Regular Forumer


Aries Dog
Posts : 214
Points : 210
Reputation : 3
Join date : 2009-06-11
Age : 34
Location : KK Sri Aman

Health Status
Health Points: 1

PostSubject: Re: INFLUENZA A (H1N1) Cases Updated....   Mon Sep 07, 2009 12:26 pm

pirat
Back to top Go down
Jay Amarda
Moderator
Moderator


Libra Dragon
Posts : 631
Points : 724
Reputation : 7
Join date : 2009-04-27
Age : 40
Location : KUCHING SARAWAK

Health Status
Health Points: 1

PostSubject: Re: INFLUENZA A (H1N1) Cases Updated....   Mon Sep 07, 2009 10:18 pm

NADAI MAI PENGERUGI GA KITAI UPDATED IA DEH.....SEMADI KE NADAI PENGAWA MEH....RINDU ATI AJA.....NYANGKA BALA BUKAI KE KA MACA IA...

_________________
Audio Technician/Project Co-Ordinator
KABAN
Very Happy Pesaka Pemerindang Event Management(PPEvenTM) Very Happy
Back to top Go down
http://panggaupengidupanakiban.blogspot.com/
Jay Amarda
Moderator
Moderator


Libra Dragon
Posts : 631
Points : 724
Reputation : 7
Join date : 2009-04-27
Age : 40
Location : KUCHING SARAWAK

Health Status
Health Points: 1

PostSubject: Re: INFLUENZA A (H1N1) Cases Updated....   Mon Sep 07, 2009 10:19 pm

Situasi Semasa Pandemik (H1N1) 2009 Dan Tindakan Kementerian Kesihatan Malaysia
7 September 2009


Dimaklumkan pada hari ini sejumlah 228 pesakit baru dengan gejala influenza-like illness (ILI) telah dimasukkan ke hospital untuk rawatan dan pada masa yang sama sejumlah 248 kes telah didiscaj. Ini menjadikan baki seramai 1,283 ILI sedang dirawat di 96 buah hospital termasuk 7 hospital swasta di seluruh negara. Daripada jumlah pesakit yang dirawat, hanya 214 pesakit (16.7%) telah disahkan positif H1N1.

Daripada 214 kes yang telah disahkan H1N1, 48 kes berada di ICU di mana 7 kes merupakan kemasukan baru, sementara 11 lagi kes telah keluar dari ICU. Daripada 48 kes yang sedang dirawat di ICU, 29 (60.4%) mempunyai faktor risiko. Pecahan kes mengikut faktor risiko adalah seperti berikut: penyakit kronik (11), kanak-kanak bawah 5 tahun (7), morbid obesiti (9), hamil/postnatal (1) dan penyakit respiratori (1).

Tiada kematian baru akibat jangkitan influenza A(H1N1) didaftarkan pada hari ini.

Saya mengharapkan semua individu lebih bertanggungjawab dalam mengurangkan jangkitan virus influenza A H1N1 terutamanya mereka yang mempunyai gejala ILI dengan berehat di rumah dan sekiranya terpaksa mengunjungi tempat-tempat awam tersebut, mereka hendaklah memakai mask sepanjang masa. Ini kerana selagi seseorang itu masih mempunyai tanda-tanda atau gejala, mereka masih mengeluarkan virus H1N1 dari batuk atau bersin mereka, dan boleh menjadi punca jangkitan kepada orang lain dan jangkitan ini merebak melalui titisan cecair (droplet).

Saya menegaskan bahawa, orang ramai boleh mengelakkan dari dijangkiti dengan cara menjauhkan diri daripada individu yang mempunyai gejala Influenza-Like Illness dan sentiasa berada sekurang-kurangnya 1 meter dari individu tersebut serta mengamalkan langkah-langkah pencegahan seperti berikut:

Elakkan menyentuh mulut dan hidung jika ia belum dibersihkan atau dicuci.

Cuci tangan dengan bersih menggunakan air dan sabun (terutama selepas menyentuh mulut dan hidung atau permukaan yang berpotensi dicemari virus)

Jauhi individu-individu yang berkemungkinan sakit

Kurangkan masa berada di kawasan yang sesak dengan orang ramai dan ibu bapa juga dinasihatkan agar tidak membawa anak-anak kecil ke tempat yang sesak

Tingkatkan pengaliran udara dengan membuka tingkap rumah atau bangunan (living space)

Amalkan cara hidup yang sihat termasuk tidur yang cukup, makan makanan sihat, minum air secukupnya dan amalkan aktiviti fizikal
Bagi mereka yang merokok, kajian mendapati merokok merupakan faktor risiko bagi jangkitan influenza terutama di kalangan orang muda. Jangkitan influenza adalah lebih teruk di kalangan perokok kerana asap rokok merosakkan saluran pernafasan dan dengan itu memburukkan lagi keadaan pesakit. Malah pendedahan kepada asap rokok secara pasif juga perlu dielakkan.

Orang ramai yang sihat juga adalah disarankan agar dapat mengurangkan aktiviti mengunjungi tempat-tempat tersebut terutama sekali musim membeli belah bagi persiapan sambutan hari raya, bagi mengelakkan diri terdedah kepada jangkitan. Sekiranya terpaksa berkunjung ke tempat-tempat tersebut adalah dinasihatkan supaya dapat membuat perancangan awal ke atas perkara-perkara hendak dilakukan bagi mengurangkan tempoh masa berada di tempat-tempat berkenaan. Di samping itu bagi mereka yang mempunyai gejala penyakit hendaklah tidak keluar rumah, namun sekiranya perlu keluar rumah, adalah dimestikan untuk senantiasa memakai mask.

Maklumat serta perkembangan semasa jangkitan influenza A(H1N1) boleh diperolehi melalui talian hotline 03-88810200 atau 03-88810300 yang beroperasi dari jam 8.00 pagi hingga 5.30 petang. Pertanyaan juga boleh diajukan melalui email cprc_h1n1@moh.gov.my. Orang ramai juga boleh melayari laman web http://www.moh.gov.my atau http://h1n1.moh.gov.my bagi mendapatkan maklumat terkini tentang H1N1.

Sekian, terima kasih.

TAN SRI DATO’ SERI DR. HJ. MOHD. ISMAIL BIN MERICAN
Ketua Pengarah Kesihatan Malaysia

Tarikh: 7 September 2009

_________________
Audio Technician/Project Co-Ordinator
KABAN
Very Happy Pesaka Pemerindang Event Management(PPEvenTM) Very Happy
Back to top Go down
http://panggaupengidupanakiban.blogspot.com/
bernxrd dst
Newbie Forumer
Newbie Forumer


Libra Buffalo
Posts : 129
Points : 133
Reputation : 0
Join date : 2009-08-01
Age : 31
Location : KK.NANGA MERIRAI KAPIT

Health Status
Health Points: 1

PostSubject: Re: INFLUENZA A (H1N1) Cases Updated....   Mon Sep 07, 2009 10:34 pm

tQ.... bsi updte
Back to top Go down
musrgmude
Regular Forumer
Regular Forumer


Aries Dog
Posts : 214
Points : 210
Reputation : 3
Join date : 2009-06-11
Age : 34
Location : KK Sri Aman

Health Status
Health Points: 1

PostSubject: Re: INFLUENZA A (H1N1) Cases Updated....   Mon Sep 07, 2009 11:04 pm

Teruskan...
Back to top Go down
Nick
Moderator
Moderator


Libra Rooster
Posts : 766
Points : 856
Reputation : 8
Join date : 2009-05-07
Age : 35
Location : HUM

Health Status
Health Points: 1

PostSubject: Re: INFLUENZA A (H1N1) Cases Updated....   Tue Sep 08, 2009 2:41 am

informasi
Back to top Go down
http://WWW.YAHOO.COM
Jay Amarda
Moderator
Moderator


Libra Dragon
Posts : 631
Points : 724
Reputation : 7
Join date : 2009-04-27
Age : 40
Location : KUCHING SARAWAK

Health Status
Health Points: 1

PostSubject: Re: INFLUENZA A (H1N1) Cases Updated....   Wed Sep 09, 2009 8:59 pm

Situasi Semasa Pandemik (H1N1) 2009 Dan Tindakan Kementerian Kesihatan Malaysia
9 September 2009


Dimaklumkan pada hari ini sejumlah 173 pesakit baru dengan gejala influenza-like illness (ILI) telah dimasukkan ke hospital untuk rawatan dan pada masa yang sama sejumlah 174 kes telah didiscaj. Ini menjadikan baki seramai 1,175 ILI sedang dirawat di 98 buah hospital termasuk 11 hospital swasta di seluruh negara. Daripada jumlah pesakit yang dirawat, hanya 275 pesakit (23%) telah disahkan positif H1N1.

Daripada 275 kes yang telah disahkan H1N1, 41 kes berada di ICU di mana 3 kes merupakan kemasukan baru, sementara 2 lagi kes telah keluar dari ICU. Daripada 41 kes yang sedang dirawat di ICU, 33 (80%) mempunyai faktor risiko. Pecahan kes mengikut faktor risiko adalah seperti berikut: penyakit respiratori (Asma, COAD) (6), Diabetes Mellitus (4), penyakit ginjal kronik (1), penyakit immunosuppressive (1), penyakit neurologi kronik (1), wanita hamil (1), obesiti (12) dan kanak-kanak bawah 5 tahun (7).

Tiada kematian baru akibat jangkitan influenza A(H1N1) didaftarkan pada hari ini.

Sempena musim peperiksaan UPSR sepanjang minggu ini, Kementerian Kesihatan ingin menasihati ibu bapa atau penjaga terutamanya yang ada anak yang terlibat dengan peperiksaan, supaya sentiasa memantau tahap kesihatan anak tersebut. Sekiranya anak ada gejala ILI, pastikan mereka mendapatkan rawatan daripada klinik atau hospital berhampiran. Pastikan anak-anak yang ada gejala ILI tidak keluar rumah kecuali untuk menduduki peperiksaan sahaja. Selain itu, ibubapa atau penjaga juga dikehendaki memaklumkan kepada pihak sekolah tentang kesihatan anak mereka supaya tindakan yang bersesuaian dapat diambil oleh pihak sekolah.

Kementerian Kesihatan juga ingin meminta kerjasama petugas-petugas yang mengawasi peperiksaan supaya mengasingkan pelajar yang mempunyai gejala ILI daripada pelajar yang sihat. Pelajar yang mempunyai gejala ILI dikehendaki memakai topeng muka. Ini kerana selagi pelajar itu masih mempunyai tanda-tanda atau gejala, dia masih mengeluarkan virus dari batuk atau bersin dan boleh menjadi punca jangkitan kepada pelajar lain.

Pelajar-pelajar yang menduduki peperiksaan perlu mengamalkan cara hidup yang sihat termasuk tidur yang cukup, makan makanan sihat, meminum air secukupnya dan sentiasa mengamalkan kebersihan diri serta kerap cuci tangan menggunakan air dan sabun terutama selepas menyentuh mulut dan hidung atau permukaan yang berpotensi dicemari virus. Elakkan menyentuh mulut dan hidung jika ia belum dibersihkan atau dicuci. Segera memberitahu ibubapa/penjaga dan guru sekiranya mempunyai gejala ILI supaya tindakan segera dapat diambil bagi mengelakkan sebarang kesulitan untuk mereka menduduki peperiksaan.

Maklumat serta perkembangan semasa jangkitan influenza A(H1N1) boleh diperolehi melalui talian hotline 03-88810200 atau 03-88810300 yang beroperasi dari jam 8.00 pagi hingga 5.30 petang. Pertanyaan juga boleh diajukan melalui email cprc_h1n1@moh.gov.my. Orang ramai juga boleh melayari laman web http://www.moh.gov.my atau http://h1n1.moh.gov.my bagi mendapatkan maklumat terkini tentang H1N1.

Sekian, terima kasih.

TAN SRI DATO’ SERI DR. HJ. MOHD. ISMAIL BIN MERICAN
Ketua Pengarah Kesihatan Malaysia

Tarikh: 9 September 2009

_________________
Audio Technician/Project Co-Ordinator
KABAN
Very Happy Pesaka Pemerindang Event Management(PPEvenTM) Very Happy
Back to top Go down
http://panggaupengidupanakiban.blogspot.com/
Ryan
New Forumer


Cancer Rooster
Posts : 13
Points : 13
Reputation : 0
Join date : 2009-06-23
Age : 35
Location : KK Trusan

Health Status
Health Points: 1

PostSubject: Re: INFLUENZA A (H1N1) Cases Updated....   Wed Sep 09, 2009 9:34 pm

Thanx 4r the info bro..
Back to top Go down
musrgmude
Regular Forumer
Regular Forumer


Aries Dog
Posts : 214
Points : 210
Reputation : 3
Join date : 2009-06-11
Age : 34
Location : KK Sri Aman

Health Status
Health Points: 1

PostSubject: Re: INFLUENZA A (H1N1) Cases Updated....   Wed Sep 09, 2009 11:29 pm

Teruskan update...
Back to top Go down
Jay Amarda
Moderator
Moderator


Libra Dragon
Posts : 631
Points : 724
Reputation : 7
Join date : 2009-04-27
Age : 40
Location : KUCHING SARAWAK

Health Status
Health Points: 1

PostSubject: Re: INFLUENZA A (H1N1) Cases Updated....   Thu Sep 10, 2009 11:04 am

welcome....

_________________
Audio Technician/Project Co-Ordinator
KABAN
Very Happy Pesaka Pemerindang Event Management(PPEvenTM) Very Happy
Back to top Go down
http://panggaupengidupanakiban.blogspot.com/
Jay Amarda
Moderator
Moderator


Libra Dragon
Posts : 631
Points : 724
Reputation : 7
Join date : 2009-04-27
Age : 40
Location : KUCHING SARAWAK

Health Status
Health Points: 1

PostSubject: Re: INFLUENZA A (H1N1) Cases Updated....   Thu Sep 10, 2009 10:26 pm

Situasi Semasa Pandemik (H1N1) 2009 Dan Tindakan Kementerian Kesihatan Malaysia
10 September 2009


Dimaklumkan pada hari ini sejumlah 75 pesakit baru dengan gejala influenza-like illness (ILI) telah dimasukkan ke hospital untuk rawatan dan pada masa yang sama sejumlah 154 kes telah didiscaj. Ini menjadikan baki seramai 1,096 ILI sedang dirawat di 104 buah hospital termasuk 11 hospital swasta di seluruh negara. Daripada jumlah pesakit yang dirawat, hanya 257 pesakit (23%) telah disahkan positif H1N1.

Daripada 257 kes yang telah disahkan H1N1, 39 kes berada di ICU di mana 3 kes merupakan kemasukan baru, sementara 5 lagi kes telah keluar dari ICU. Daripada 39 kes yang sedang dirawat di ICU, 30 (77%) mempunyai faktor risiko. Pecahan kes mengikut faktor risiko adalah seperti berikut: penyakit respiratori (Asma, COAD) (4), Diabetes Mellitus (6), penyakit ginjal kronik (0), penyakit immunosuppressive (1), penyakit neurologi kronik (1), wanita hamil (1), obesiti (11) dan kanak-kanak bawah 5 tahun (6).

Tiada kematian baru akibat jangkitan influenza A(H1N1) didaftarkan pada hari ini.

Saya ingin menjelaskan di sini bahawa mereka yang bergejala influenza-like illness (ILI) perlu mendapatkan rawatan daripada klinik atau hospital berhampiran dan mengurangkan pergaulan dengan individu sihat serta mengamalkan kebersihan diri dengan membasuh tangan terutama selepas batuk dan bersin seperti yang dinasihatkan oleh doktor. Berikut adalah langkah pencegahan yang boleh mengurangkan penularan influenza-like illness (ILI) dalam komuniti:

Menutup mulut ketika bersin dan batuk.

Menjaga kebersihan diri seperti mencuci tangan dengan kerap setiap kali selepas batuk dan bersin.

Menjauhkan diri daripada individu yang mempunyai gejala ILI.

Mengelakkan diri daripada berada di kawasan yang sesak dengan orang ramai.

Ibu bapa dinasihatkan agar tidak membawa anak-anak kecil ke tempat yang sesak
Merujuk kepada pertanyaan orang ramai di hotline berkaitan keberkesanan ujian rapid test influenza A. Untuk makluman sensitiviti ujian inj hanya sekitar 60-80% sahaja. Ini bermakna jika keputusan ujian negatif tidak bermakna seseorang itu tidak dijangkiti influenza A (20-40%). Tiada kewajiban dan keperluan untuk mendapatkan ujian ini jika seseorang disyaki dijangkiti Influenza A (H1N1).

Sehubungan dengan menjelangnya Hari Raya tidak lama lagi, mereka yang mempunyai gejala influenza-like illness (ILI) diminta jangan pergi ke tempat-tempat membeli-belah kerana boleh menjangkiti orang yang sihat. Namun sekiranya perlu juga keluar rumah, anda perlu memakai mask bagi mengelakkan jangkitan kepada orang lain. Mereka perlulah mengamalkan kebersihan diri dengan memastikan semua kertas tisu muka yang kotor hendaklah dibuang ke dalam tong sampah supaya tidak menjadi satu sumber jangkitan. Bagi golongan yang berisiko tinggi, mereka diminta memakai mask jika ingin membeli-belah di tempat-tempat awam.
Maklumat serta perkembangan semasa jangkitan influenza A(H1N1) boleh diperolehi melalui talian hotline 03-88810200 atau 03-88810300 yang beroperasi dari jam 8.00 pagi hingga 5.30 petang. Pertanyaan juga boleh diajukan melalui email cprc_h1n1@moh.gov.my. Orang ramai juga boleh melayari laman web http://www.moh.gov.my atau http://h1n1.moh.gov.my bagi mendapatkan maklumat terkini tentang H1N1.

Sekian, terima kasih.

TAN SRI DATO’ SERI DR. HJ. MOHD. ISMAIL BIN MERICAN
Ketua Pengarah Kesihatan Malaysia

Tarikh: 10 September 2009

_________________
Audio Technician/Project Co-Ordinator
KABAN
Very Happy Pesaka Pemerindang Event Management(PPEvenTM) Very Happy
Back to top Go down
http://panggaupengidupanakiban.blogspot.com/
Jay Amarda
Moderator
Moderator


Libra Dragon
Posts : 631
Points : 724
Reputation : 7
Join date : 2009-04-27
Age : 40
Location : KUCHING SARAWAK

Health Status
Health Points: 1

PostSubject: Re: INFLUENZA A (H1N1) Cases Updated....   Mon Sep 14, 2009 1:43 pm

Situasi Semasa Pandemik (H1N1) 2009 Dan Tindakan Kementerian Kesihatan Malaysia
14 September 2009


Dimaklumkan pada hari ini sejumlah 48 pesakit baru dengan gejala influenza-like illness (ILI) telah dimasukkan ke hospital untuk rawatan dan pada masa yang sama sejumlah 126 kes telah didiscaj. Ini menjadikan baki seramai 970 kes ILI sedang dirawat di 102 buah hospital termasuk 13 hospital swasta di seluruh negara. Daripada jumlah pesakit yang dirawat, 193 pesakit (20%) sahaja telah disahkan positif H1N1.

Daripada 193 kes yang telah disahkan H1N1, 41 kes sedang dirawat di ICU di mana 2 kes merupakan kemasukan baru, sementara 3 lagi kes telah keluar dari ICU. Daripada 41 kes yang sedang dirawat di ICU, 33 (81%) mempunyai faktor risiko. Pecahan kes mengikut faktor risiko adalah seperti berikut; penyakit kronik (13), penyakit respiratori kronik (4), obesiti (Cool, kanak-kanak bawah 5 tahun (7) dan hamil (1).

Tiada kematian baru akibat jangkitan influenza A(H1N1) didaftarkan pada hari ini.

Sempena perayaan Hari Raya Aidilfitri tidak lama lagi, orang ramai dinasihatkan mengamalkan 10 langkah pencegahan berikut:
Orang ramai digalakkan membawa kit H1N1 (topeng mulut dan hidung, tisu dan sanitizer) di mana-mana sahaja berada termasuk ketika membeli belah, menaiki kenderaan awam atau beraya di rumah sanak-saudara dan rakan.

Orang ramai dinasihatkan untuk sentiasa mengamalkan kebersihan diri khususnya mencuci tangan sekerap mungkin dan menggunakan tisu apabila batuk dan bersin serta pastikan tisu digunakan dibuang ke dalam tong sampah.

Individu yang mempunyai gejala selesema seharusnya tidak pergi ke tempat awam. Sekiranya terpaksa berada di tempat tersebut, pastikan sentiasa memakai topeng mulut dan hidung, mengamalkan kebersihan tangan serta membuang tisu yang kotor ke dalam tong sampah. Topeng mulut dan hidung yang telah digunakan juga perlu dibuang ke dalam tong sampah.

Individu yang mempunyai gejala selesema seboleh-bolehnya elak menggunakan kenderaan awam untuk pulang atau balik berhari raya sebaliknya dinasihatkan untuk menggunakan kenderaan sendiri.

Individu bergejala selsema yang menggunakan pengangkutan awam mahupun kenderaan sendiri hendaklah sentiasa memakai topeng mulut dan hidung serta mengamalkan adab batuk di sepanjang perjalanan.

Individu yang berisiko tinggi dinasihatkan untuk mengelakkan diri dari berada di tempat awam yang sesak. Sekiranya terpaksa, rancang dan hadkan tempoh masa berada di tempat tersebut dan mestilah sentiasa memakai topeng mulut dan hidung.

Individu berisiko tinggi yang menggunakan kenderaan awam untuk pulang atau balik dari berhari raya dinasihatkan supaya sentiasa memakai topeng mulut dan hidung.

Sepanjang berada di kampung, individu yang mempunyai gejala selesema perlu menjarakkan diri dari orang lain, sentiasa memakai topeng mulut dan hidung, mengamalkan adab batuk, kerap mencuci tangan dan tidak mengunjungi tempat yang sesak seperti rumah terbuka dan majlis kenduri.

Sekiranya mempunyai gejala selesema terutama bagi mereka yang berisiko tinggi, sila dapatkan rawatan daripada klinik atau hospital dengan segera.

Sentiasa mengikuti perkembangan terkini mengenai wabak Influenza A(H1N1) serta langkah-langkah pencegahan dan kawalan yang disyorkan oleh Kementerian Kesihatan Malaysia dari masa ke semasa.

Maklumat serta perkembangan semasa jangkitan influenza A(H1N1) boleh diperolehi melalui talian hotline 03-88810200 atau 03-88810300 yang beroperasi dari jam 8.00 pagi hingga 5.30 petang. Pertanyaan juga boleh diajukan melalui email cprc_h1n1@moh.gov.my. Laman web http://www.moh.gov.my atau http://h1n1.moh.gov.my bagi mendapatkan maklumat terkini tentang H1N1.

Sekian, terima kasih.

DATO’ SRI LIOW TIONG LAI
MenteriKesihatan Malaysia

Tarikh: 14 September 2009

_________________
Audio Technician/Project Co-Ordinator
KABAN
Very Happy Pesaka Pemerindang Event Management(PPEvenTM) Very Happy
Back to top Go down
http://panggaupengidupanakiban.blogspot.com/
musrgmude
Regular Forumer
Regular Forumer


Aries Dog
Posts : 214
Points : 210
Reputation : 3
Join date : 2009-06-11
Age : 34
Location : KK Sri Aman

Health Status
Health Points: 1

PostSubject: Re: INFLUENZA A (H1N1) Cases Updated....   Mon Sep 14, 2009 4:51 pm

Thank for update information...good job...
Back to top Go down
Jay Amarda
Moderator
Moderator


Libra Dragon
Posts : 631
Points : 724
Reputation : 7
Join date : 2009-04-27
Age : 40
Location : KUCHING SARAWAK

Health Status
Health Points: 1

PostSubject: Re: INFLUENZA A (H1N1) Cases Updated....   Tue Sep 15, 2009 3:09 pm

Situasi Semasa Pandemik (H1N1) 2009 Dan Tindakan Kementerian Kesihatan Malaysia
14 September 2009

imaklumkan pada hari ini sejumlah 48 pesakit baru dengan gejala influenza-like illness (ILI) telah dimasukkan ke hospital untuk rawatan dan pada masa yang sama sejumlah 126 kes telah didiscaj. Ini menjadikan baki seramai 970 kes ILI sedang dirawat di 102 buah hospital termasuk 13 hospital swasta di seluruh negara. Daripada jumlah pesakit yang dirawat, 193 pesakit (20%) sahaja telah disahkan positif H1N1.

Daripada 193 kes yang telah disahkan H1N1, 41 kes sedang dirawat di ICU di mana 2 kes merupakan kemasukan baru, sementara 3 lagi kes telah keluar dari ICU. Daripada 41 kes yang sedang dirawat di ICU, 33 (81%) mempunyai faktor risiko. Pecahan kes mengikut faktor risiko adalah seperti berikut; penyakit kronik (13), penyakit respiratori kronik (4), obesiti (Cool, kanak-kanak bawah 5 tahun (7) dan hamil (1).

Tiada kematian baru akibat jangkitan influenza A(H1N1) didaftarkan pada hari ini.

Sempena perayaan Hari Raya Aidilfitri tidak lama lagi, orang ramai dinasihatkan mengamalkan 10 langkah pencegahan berikut:
Orang ramai digalakkan membawa kit H1N1 (topeng mulut dan hidung, tisu dan sanitizer) di mana-mana sahaja berada termasuk ketika membeli belah, menaiki kenderaan awam atau beraya di rumah sanak-saudara dan rakan.

Orang ramai dinasihatkan untuk sentiasa mengamalkan kebersihan diri khususnya mencuci tangan sekerap mungkin dan menggunakan tisu apabila batuk dan bersin serta pastikan tisu digunakan dibuang ke dalam tong sampah.

Individu yang mempunyai gejala selesema seharusnya tidak pergi ke tempat awam. Sekiranya terpaksa berada di tempat tersebut, pastikan sentiasa memakai topeng mulut dan hidung, mengamalkan kebersihan tangan serta membuang tisu yang kotor ke dalam tong sampah. Topeng mulut dan hidung yang telah digunakan juga perlu dibuang ke dalam tong sampah.

Individu yang mempunyai gejala selesema seboleh-bolehnya elak menggunakan kenderaan awam untuk pulang atau balik berhari raya sebaliknya dinasihatkan untuk menggunakan kenderaan sendiri.

Individu bergejala selsema yang menggunakan pengangkutan awam mahupun kenderaan sendiri hendaklah sentiasa memakai topeng mulut dan hidung serta mengamalkan adab batuk di sepanjang perjalanan.

Individu yang berisiko tinggi dinasihatkan untuk mengelakkan diri dari berada di tempat awam yang sesak. Sekiranya terpaksa, rancang dan hadkan tempoh masa berada di tempat tersebut dan mestilah sentiasa memakai topeng mulut dan hidung.

Individu berisiko tinggi yang menggunakan kenderaan awam untuk pulang atau balik dari berhari raya dinasihatkan supaya sentiasa memakai topeng mulut dan hidung.

Sepanjang berada di kampung, individu yang mempunyai gejala selesema perlu menjarakkan diri dari orang lain, sentiasa memakai topeng mulut dan hidung, mengamalkan adab batuk, kerap mencuci tangan dan tidak mengunjungi tempat yang sesak seperti rumah terbuka dan majlis kenduri.

Sekiranya mempunyai gejala selesema terutama bagi mereka yang berisiko tinggi, sila dapatkan rawatan daripada klinik atau hospital dengan segera.

Sentiasa mengikuti perkembangan terkini mengenai wabak Influenza A(H1N1) serta langkah-langkah pencegahan dan kawalan yang disyorkan oleh Kementerian Kesihatan Malaysia dari masa ke semasa.

Maklumat serta perkembangan semasa jangkitan influenza A(H1N1) boleh diperolehi melalui talian hotline 03-88810200 atau 03-88810300 yang beroperasi dari jam 8.00 pagi hingga 5.30 petang. Pertanyaan juga boleh diajukan melalui email cprc_h1n1@moh.gov.my. Laman web http://www.moh.gov.my atau http://h1n1.moh.gov.my bagi mendapatkan maklumat terkini tentang H1N1.

Sekian, terima kasih.

DATO’ SRI LIOW TIONG LAI
MenteriKesihatan Malaysia

Tarikh: 14 September 2009

_________________
Audio Technician/Project Co-Ordinator
KABAN
Very Happy Pesaka Pemerindang Event Management(PPEvenTM) Very Happy
Back to top Go down
http://panggaupengidupanakiban.blogspot.com/
Jay Amarda
Moderator
Moderator


Libra Dragon
Posts : 631
Points : 724
Reputation : 7
Join date : 2009-04-27
Age : 40
Location : KUCHING SARAWAK

Health Status
Health Points: 1

PostSubject: Re: INFLUENZA A (H1N1) Cases Updated....   Wed Sep 16, 2009 9:31 pm

Situasi Semasa Pandemik (H1N1) 2009 Dan Tindakan Kementerian Kesihatan Malaysia
16 September 2009


Pada hari ini, sejumlah 156 pesakit baru dengan gejala influenza-like illness (ILI) telah dimasukkan ke hospital untuk rawatan dan pada masa yang sama sejumlah 189 kes telah didiscaj. Ini menjadikan baki kes ILI yang sedang dirawat di 98 buah hospital termasuk 11 hospital swasta di seluruh negara adalah seramai 881 orang. Daripada jumlah pesakit yang dirawat, 141 pesakit (19%) telah disahkan positif H1N1.

Sementara itu, 37(26%) kes sedang dirawat di ICU dimana 4 kes merupakan kemasukan baru, sementara 4 lagi kes telah keluar dari ICU. Daripada 37 kes yang sedang dirawat di ICU, 28(76%) kes mempunyai faktor risiko iaitu penyakit kronik (9), penyakit respiratori kronik (3), obesiti (6), kanak-kanak bawah 5 tahun (Cool dan hamil (2).
Untuk makluman, dua kematian baru yang disahkan akibat jangkitan influenza A(H1N1) didaftarkan pada hari ini menjadikan jumlah kematian sehingga kini berjumlah 76 kematian.

1. Kematian pertama telah berlaku pada 26 Ogos 2009 dan dilaporkan kepada pihak Kementerian pada 10 September 2009. Kes adalah seorang wanita berumur 45 tahun, yang juga mengidap darah tinggi dimasukkan ke Hospital Tambunan pada 17 Ogos 2009 kerana demam, batuk dan selesema selama 3 hari. Pada hari yang sama, beliau telah dirujuk ke Hospital Keningau untuk rawatan rapi di ICU dan rawatan antiviral dimulakan. Walau bagaimanapun, pada 26 Ogos 2009 iaitu 10 hari selepas dimasukkan ke ICU, beliau meninggal dunia kerana komplikasi pneumonia. Kematian direkodkan sebagai severe bronchopneumonia with Acute Respiratory Distress Syndrome. Kes disahkan H1N1 melalui ujian makmal pada 19 Ogos 2009.

2. Kematian kedua yang didaftarkan merupakan seorang remaja perempuan berumur 19 tahun tanpa co-morbid dari Bentong, Pahang dan telah dimasukkan ke Hospital Bentong pada 30 Ogos 2009 kerana batuk selama 5 hari dan demam 1 hari. Rawatan antiviral telah dimulakan pada hari yang sama. Beliau sebelum itu telah mendapatkan rawatan pesakit luar di hospital bagi simptom batuk tanpa demam pada 26 Ogos 2009. Pada 31 Ogos 2009, beliau mengalami sesak nafas dan terus dirujuk ke Hospital Kuala Lumpur untuk rawatan ICU. Walau bagaimanapun, beliau meninggal dunia pada 1 September 2009 disebabkan oleh severe pneumonia with H1N1 infection. Kes disahkan H1N1 melalui ujian makmal pada 3 September 2009. Kematian ini dilaporkan kepada pihak Kementerian pada 10 September 2009.

Dalam kesibukan kita membuat persiapan untuk menyambut hari lebaran, Kementerian Kesihatan ingin menasihati orang ramai agar terus mengamalkan langkah kebersihan diri, tidak berlengah dan segera mendapatkan rawatan jika mengalami gejala jangkitan influenza A(H1N1).

Sempena perayaan Hari Raya Aidilfitri yang bakal disambut, Kementerian Kesihatan juga menyarankan orang ramai dan pihak pengurusan pasaraya atau pusat membeli-belah agar mengamalkan langkah-langkah pencegahan berikut:

1. Pengurusan pasaraya atau pusat membeli-belah diminta untuk menyediakan tempat kemudahan membasuh atau membersih tangan disamping menjaga kebersihan persekitaran dan juga menyediakan tempat bagi membuang sampah dan mask yang mencukupi. Langkah-langkah ini dapat membantu membendung penularan H1N1 di kalangan pengunjung-pengunjung semasa membeli-belah bagi persiapan Hari Raya Aidil Fitri.

2. Orang ramai digalakkan membawa kit H1N1 (topeng mulut dan hidung, tisu dan sanitizer) di mana-mana sahaja berada termasuk ketika membeli belah, menaiki kenderaan awam atau berhari raya di rumah sanak-saudara dan rakan.

3. Orang ramai dinasihatkan untuk sentiasa mengamalkan kebersihan diri khususnya mencuci tangan sekerap mungkin dan menggunakan tisu apabila batuk dan bersin serta memastikan tisu yang digunakan dibuang ke dalam tong sampah.

4. Individu yang mempunyai gejala selesema seharusnya tidak pergi ke tempat awam. Sekiranya terpaksa berada di tempat tersebut, pastikan sentiasa memakai topeng mulut dan hidung, mengamalkan kebersihan tangan serta membuang tisu yang kotor ke dalam tong sampah. Topeng mulut dan hidung yang telah digunakan juga perlu dibuang ke dalam tong sampah.

5. Individu bergejala selesema yang menggunakan pengangkutan awam mahupun kenderaan sendiri hendaklah sentiasa memakai topeng mulut dan hidung serta mengamalkan adab batuk di sepanjang perjalanan.

6. Sepanjang berada di kampung, individu yang mempunyai gejala selesema perlu menjarakkan diri daripada orang lain, sentiasa memakai topeng mulut dan hidung, mengamalkan adab batuk, kerap mencuci tangan dan tidak mengunjungi tempat yang sesak seperti rumah terbuka dan majlis kenduri.

7. Sekiranya mempunyai gejala selesema terutama bagi mereka yang berisiko tinggi, sila dapatkan rawatan daripada klinik atau hospital dengan segera.

8. Sentiasa mengikuti perkembangan terkini mengenai wabak influenza A(H1N1) serta langkah-langkah pencegahan dan kawalan yang disyorkan oleh Kementerian Kesihatan Malaysia dari masa ke semasa.

Maklumat serta perkembangan terkini jangkitan influenza A(H1N1) boleh diperolehi melalui talian hotline 03-88810200 atau 03-88810300 yang beroperasi antara jam 8.00 pagi hingga 5.30 petang. Pertanyaan juga boleh diajukan melalui email cprc_h1n1@moh.gov.my. Maklumat berkaitan juga boleh didapati di laman web Kementerian Kesihatan Malaysia iaitu http://www.moh.gov.my atau http://h1n1.moh.gov.my.

Sekian, terima kasih.

TAN SRI DATO’ SERI DR. HJ. MOHD. ISMAIL BIN MERICAN
Ketua Pengarah Kesihatan Malaysia

16 September 2009

_________________
Audio Technician/Project Co-Ordinator
KABAN
Very Happy Pesaka Pemerindang Event Management(PPEvenTM) Very Happy
Back to top Go down
http://panggaupengidupanakiban.blogspot.com/
aubreysherrod
Moderator
Moderator


Leo Pig
Posts : 1142
Points : 1147
Reputation : 4
Join date : 2009-05-07
Age : 33
Location : LUBOK ANTU

Health Status
Health Points: 1

PostSubject: Re: INFLUENZA A (H1N1) Cases Updated....   Thu Sep 17, 2009 12:11 pm

Dua lagi maut angkara H1N1



Sep 16, 09 5:19pm



Dua kematian baru didaftarkan hari ini akibat influenza A(H1N1),
menjadikan jumlah kematian sehingga kini sebanyak 76 orang.

Ketua
Pengarah Kesihatan Tan Sri Dr Mohd Ismail Merican berkata mangsa
merupakan seorang wanita berumur 45 tahun dari Sabah yang juga
menghidap darah tinggi dan seorang remaja perempuan berumur 19 tahun
dari Bentong, Pahang.

Beliau berkata wanita itu dimasukkan ke
Hospital Tambunan pada 17 Ogos kerana demam, batuk dan selesema selama
tiga hari dan pada hari yang sama, kesnya dirujuk ke Hospital Keningau
untuk rawatan rapi di unit penjagaan rapi (ICU) dan rawatan antivirus
telah dimulakan.

"Bagaimanapun, beliau meninggal dunia pada 26
Ogos iaitu 10 hari selepas dimasukkan ke ICU kerana komplikasi
pneumonia dan kematian direkodkan sebagai 'severe bronchopneumonia with
Acute Respiratory Distress Syndrome' dan kes disahkan H1N1 melalui
ujian makmal pada 19 Ogos," katanya dalam kenyataan di Kuala Lumpur.

Beliau
berkata mangsa kedua pula dimasukkan ke Hospital Bentong pada 30 Ogos
kerana batuk selama lima hari serta demam sehari, dan rawatan antivirus
juga telah dimulakan pada hari yang sama.

Beliau berkata mangsa
sebelum itu mendapatkan rawatan pesakit luar di hospital bagi simptom
batuk tanpa demam pada 26 Ogos dan pada 31 Ogos beliau mengalami sesak
nafas dan terus dirujuk ke Hospital Kuala Lumpur (HKL) untuk rawatan di
ICU.

"Bagaimanapun, remaja perempuan itu meninggal dunia pada 1
Sept disebabkan oleh 'severe pneumonia with H1N1 infection' setelah kes
disahkan melalui ujian makmal pada 3 Sept," katanya.

Sementara
itu, sejumlah 156 pesakit baru dengan gejala penyakit serupa influenza
(ILI) dimasukkan ke hospital hari ini untuk rawatan manakala sebanyak
189 kes telah dibenarkan pulang.

"Ini menjadikan baki seramai
881 pesakit ILI sedang dirawat di 98 buah hospital termasuk 11 hospital
swasta di seluruh negara. Daripada jumlah pesakit yang dirawat, hanya
141 pesakit disahkan positif H1N1," katanya.

Beliau berkata
daripada 141 kes yang telah disahkan H1N1, sebanyak 37 kes berada di
ICU di mana empat kes merupakan kemasukan baru manakala empat lagi kes
telah pun keluar dari ICU.

"Daripada 37 kes yang sedang
dirawat di ICU, sebanyak 28 kes mempunyai faktor risiko iaitu penyakit
kronik (sembilan), penyakit respiratori kronik (tiga), obesiti (enam),
kanak-kanak bawah lima tahun (lapan) dan hamil (dua)," katanya.

Dr
Mohd Ismail juga berkata dalam kesibukan umat Islam membuat persiapan
untuk menyambut Hari Raya Aildilfitri, Kementerian Kesihatan ingin
menasihati orang ramai agar terus mengamalkan langkah kebersihan diri
dan segera mendapatkan rawatan jika mengalami gejala influenza A (H1N1).

Beliau
berkata pihak pengurusan pasar raya atau pusat membeli-belah juga
disarankan agar mengamalkan langkah-langkah pencegahan termasuk
menyediakan kemudahan membasuh tangan dan menjaga persekitaran serta
menyediakan tempat bagi membuang sampah serta topeng penutup mulut dan
hidung yang mencukupi.

"Orang ramai digalakkan membawa kit H1N1
(topeng mulut dan hidung, tisu dan cecair pembasmi kuman) ke mana-mana
termasuk ketika membeli-belah, menaiki kenderaan awam atau berhari raya
di rumah sanak-saudara dan rakan dan sentiasa mengikuti perkembangan
terkini mengenai wabak Influenza A (H1N1) serta langkah-langkah
pencegahan yang disyorkan kementerian dari semasa ke semasa," katanya.

Maklumat
dan perkembangan terkini jangkitan influenza H1N1 boleh diperoleh
melalui talian 03-8881 0200 atau 03-8881 0300 dari 8 pagi hingga 5.30
petang, melalui email di cprc_h1n1@moh.gov.my serta laman web
kementerian iaitu di http://www.moh.gov.my. BERNAMA
Back to top Go down
aubreysherrod
Moderator
Moderator


Leo Pig
Posts : 1142
Points : 1147
Reputation : 4
Join date : 2009-05-07
Age : 33
Location : LUBOK ANTU

Health Status
Health Points: 1

PostSubject: Re: INFLUENZA A (H1N1) Cases Updated....   Thu Sep 17, 2009 12:24 pm

Preparing for the second wave: lessons from current outbreaks


Pandemic (H1N1) 2009 briefing note 9























28 AUGUST 2009 | GENEVA --
Monitoring
of outbreaks from different parts of the world provides sufficient
information to make some tentative conclusions about how the influenza
pandemic might evolve in the coming months.

WHO
is advising countries in the northern hemisphere to prepare for a
second wave of pandemic spread. Countries with tropical climates, where
the pandemic virus arrived later than elsewhere, also need to prepare
for an increasing number of cases.

Countries in temperate parts of
the southern hemisphere should remain vigilant. As experience has
shown, localized “hot spots” of increasing transmission can continue to
occur even when the pandemic has peaked at the national level.
H1N1 now the dominant virus strain




Evidence
from multiple outbreak sites demonstrates that the H1N1 pandemic virus
has rapidly established itself and is now the dominant influenza strain
in most parts of the world. The pandemic will persist in the coming
months as the virus continues to move through susceptible populations.

Close
monitoring of viruses by a WHO network of laboratories shows that
viruses from all outbreaks remain virtually identical. Studies have
detected no signs that the virus has mutated to a more virulent or
lethal form.

Likewise, the
clinical picture of pandemic influenza is largely consistent across all
countries. The overwhelming majority of patients continue to experience
mild illness. Although the virus can cause very severe and fatal
illness, also in young and healthy people, the number of such cases
remains small.
Large populations susceptible to infection




While
these trends are encouraging, large numbers of people in all countries
remain susceptible to infection. Even if the current pattern of usually
mild illness continues, the impact of the pandemic during the second
wave could worsen as larger numbers of people become infected.

Larger
numbers of severely ill patients requiring intensive care are likely to
be the most urgent burden on health services, creating pressures that
could overwhelm intensive care units and possibly disrupt the provision
of care for other diseases.
Monitoring for drug resistance




At
present, only a handful of pandemic viruses resistant to oseltamivir
have been detected worldwide, despite the administration of many
millions of treatment courses of antiviral drugs. All of these cases
have been extensively investigated, and no instances of onward
transmission of drug-resistant virus have been documented to date.
Intense monitoring continues, also through the WHO network of
laboratories.
Not the same as seasonal influenza




Current
evidence points to some important differences between patterns of
illness reported during the pandemic and those seen during seasonal
epidemics of influenza.

The age
groups affected by the pandemic are generally younger. This is true for
those most frequently infected, and especially so for those
experiencing severe or fatal illness.

To
date, most severe cases and deaths have occurred in adults under the
age of 50 years, with deaths in the elderly comparatively rare. This
age distribution is in stark contrast with seasonal influenza, where
around 90% of severe and fatal cases occur in people 65 years of age or
older.
Severe respiratory failure




Perhaps
most significantly, clinicians from around the world are reporting a
very severe form of disease, also in young and otherwise healthy
people, which is rarely seen during seasonal influenza infections. In
these patients, the virus directly infects the lung, causing severe
respiratory failure. Saving these lives depends on highly specialized
and demanding care in intensive care units, usually with long and
costly stays.

During the winter
season in the southern hemisphere, several countries have viewed the
need for intensive care as the greatest burden on health services. Some
cities in these countries report that nearly 15 percent of hospitalized
cases have required intensive care.

Preparedness
measures need to anticipate this increased demand on intensive care
units, which could be overwhelmed by a sudden surge in the number of
severe cases.
Vulnerable groups




An
increased risk during pregnancy is now consistently well-documented
across countries. This risk takes on added significance for a virus,
like this one, that preferentially infects younger people.

Data
continue to show that certain medical conditions increase the risk of
severe and fatal illness. These include respiratory disease, notably
asthma, cardiovascular disease, diabetes and immunosuppression.

When
anticipating the impact of the pandemic as more people become infected,
health officials need to be aware that many of these predisposing
conditions have become much more widespread in recent decades, thus
increasing the pool of vulnerable people.

Obesity,
which is frequently present in severe and fatal cases, is now a global
epidemic. WHO estimates that, worldwide, more than 230 million people
suffer from asthma, and more than 220 million people have diabetes.

Moreover,
conditions such as asthma and diabetes are not usually considered
killer diseases, especially in children and young adults. Young deaths
from such conditions, precipitated by infection with the H1N1 virus,
can be another dimension of the pandemic’s impact.
Higher risk of hospitalization and death




Several
early studies show a higher risk of hospitalization and death among
certain subgroups, including minority groups and indigenous
populations. In some studies, the risk in these groups is four to five
times higher than in the general population.

Although
the reasons are not fully understood, possible explanations include
lower standards of living and poor overall health status, including a
high prevalence of conditions such as asthma, diabetes and
hypertension.
Implications for the developing world




Such
findings are likely to have growing relevance as the pandemic gains
ground in the developing world, where many millions of people live
under deprived conditions and have multiple health problems, with
little access to basic health care.

As
much current data about the pandemic come from wealthy and
middle-income countries, the situation in developing countries will
need to be very closely watched. The same virus that causes manageable
disruption in affluent countries could have a devastating impact in
many parts of the developing world.
Co-infection with HIV




The
2009 influenza pandemic is the first to occur since the emergence of
HIV/AIDS. Early data from two countries suggest that people co-infected
with H1N1 and HIV are not at increased risk of severe or fatal illness,
provided these patients are receiving antiretroviral therapy. In most
of these patients, illness caused by H1N1 has been mild, with full
recovery.

If these preliminary
findings are confirmed, this will be reassuring news for countries
where infection with HIV is prevalent and treatment coverage with
antiretroviral drugs is good.

On
current estimates, around 33 million people are living with HIV/AIDS
worldwide. Of these, WHO estimates that around 4 million were receiving
antiretroviral therapy at the end of 2008.
Back to top Go down
Jay Amarda
Moderator
Moderator


Libra Dragon
Posts : 631
Points : 724
Reputation : 7
Join date : 2009-04-27
Age : 40
Location : KUCHING SARAWAK

Health Status
Health Points: 1

PostSubject: Re: INFLUENZA A (H1N1) Cases Updated....   Thu Sep 17, 2009 10:50 pm

[b]Situasi Semasa Pandemik (H1N1) 2009 Dan Tindakan Kementerian Kesihatan Malaysia
17 September 2009
[/color]

Pada hari ini, sejumlah 156 pesakit baru dengan gejala influenza-like illness (ILI) telah dimasukkan ke hospital untuk rawatan dan pada masa yang sama sejumlah 189 kes telah didiscaj. Ini menjadikan baki kes ILI yang sedang dirawat di 98 buah hospital termasuk 11 hospital swasta di seluruh negara adalah seramai 881 orang. Daripada jumlah pesakit yang dirawat, 141 pesakit (19%) telah disahkan positif H1N1.

Sementara itu, 30 (18%) kes sedang dirawat di ICU dimana tiada kemasukan baru, sementara 7 lagi kes telah keluar dari ICU. Daripada 30 kes yang sedang dirawat di ICU, 23 kes (77%) mempunyai faktor risiko iaitu penyakit kronik (7), penyakit respiratori kronik (3), obesiti (6), kanak-kanak bawah 5 tahun (5) dan hamil (2).

Untuk makluman, tiada kematian baru yang disahkan akibat jangkitan influenza A(H1N1) pada hari ini.


Kementerian Kesihatan Malaysia ingin menarik perhatian orang ramai semasa fasa mitigasi penyakit influenza A(H1N1) ini, semua pelawat yang datang dari luar negara tidak perlu lagi mengisi borang deklarasi kesihatan. Namun begitu, pelawat yang datang serta mereka yang pulang dari negara-negara endemik dengan Penyakit Yelllow Fever masih perlu mengisi borang deklarasi kesihatan. Sementara itu, saringan suhu badan di pintu masuk diteruskan kerana risiko jangkitan penyakit influenza A(H1N1) masih boleh berlaku semasa di luar negara dan pemberian health alert card penyakit influenza A(H1N1) juga diteruskan bertujuan memperingatkan tindakan yang perlu diambil sekiranya mengalami gejala influenza-like illness (ILI).


Dalam kesibukan kita membuat persiapan untuk menyambut hari lebaran, Kementerian Kesihatan ingin menasihati orang ramai agar terus mengamalkan langkah kebersihan diri, tidak berlengah dan segera mendapatkan rawatan jika mengalami gejala jangkitan influenza A(H1N1).

Sempena perayaan Hari Raya Aidilfitri yang bakal disambut, Kementerian Kesihatan juga menyarankan orang ramai dan pihak pengurusan pasaraya atau pusat membeli-belah agar mengamalkan langkah-langkah pencegahan berikut:
Pihak pengurusan pasaraya atau pusat membeli-belah digalakkan untuk menyedia kemudahan mencuci tangan (hand sanitizer) disamping menjaga kebersihan persekitaran. Pihak pengurusan juga dikehendaki menyediakan tempat membuang sampah yang mencukupi bagi pembuangan tisu dan mask yang telah digunakan. Langkah-langkah ini dapat membantu membendung penularan H1N1 di kalangan pengunjung-pengunjung semasa membeli-belah bagi persiapan Hari Raya Aidil Fitri.

Orang ramai digalakkan membawa kit H1N1 (topeng mulut dan hidung, tisu dan) di mana-mana sahaja berada termasuk ketika membeli belah, menaiki kenderaan awam atau berhari raya di rumah sanak-saudara dan rakan.

Orang ramai dinasihatkan untuk sentiasa mengamalkan kebersihan diri khususnya mencuci tangan sekerap mungkin dan menggunakan tisu apabila batuk dan bersin serta memastikan tisu yang digunakan dibuang ke dalam tong sampah.

Individu yang mempunyai gejala selesema seharusnya tidak pergi ke tempat awam. Sekiranya terpaksa berada di tempat tersebut, pastikan sentiasa memakai topeng mulut dan hidung, mengamalkan kebersihan tangan serta membuang tisu yang kotor ke dalam tong sampah. Topeng mulut dan hidung yang telah digunakan juga perlu dibuang ke dalam tong sampah.

Individu bergejala selesema yang menggunakan pengangkutan awam mahupun kenderaan sendiri hendaklah sentiasa memakai topeng mulut dan hidung serta mengamalkan adab batuk di sepanjang perjalanan.

Sepanjang berada di kampung, individu yang mempunyai gejala selesema perlu menjarakkan diri daripada orang lain, sentiasa memakai topeng mulut dan hidung, mengamalkan adab batuk, kerap mencuci tangan dan tidak mengunjungi tempat yang sesak seperti rumah terbuka dan majlis kenduri.

Sekiranya mempunyai gejala selesema terutama bagi mereka yang berisiko tinggi, sila dapatkan rawatan daripada klinik atau hospital dengan segera.

Sentiasa mengikuti perkembangan terkini mengenai wabak influenza A(H1N1) serta langkah-langkah pencegahan dan kawalan yang disyorkan oleh Kementerian Kesihatan Malaysia dari masa ke semasa.
Maklumat serta perkembangan terkini jangkitan influenza A(H1N1) boleh diperolehi melalui talian hotline 03-88810200 atau 03-88810300 yang beroperasi antara jam 8.00 pagi hingga 5.30 petang. Pertanyaan juga boleh diajukan melalui email cprc_h1n1@moh.gov.my. Maklumat berkaitan juga boleh didapati di laman web Kementerian Kesihatan Malaysia iaitu http://www.moh.gov.my atau http://h1n1.moh.gov.my.

Sekian, terima kasih.

TAN SRI DATO’ SERI DR. HJ. MOHD. ISMAIL BIN MERICAN
Ketua Pengarah Kesihatan Malaysia

17 September 2009

_________________
Audio Technician/Project Co-Ordinator
KABAN
Very Happy Pesaka Pemerindang Event Management(PPEvenTM) Very Happy
Back to top Go down
http://panggaupengidupanakiban.blogspot.com/
polok
Newbie Forumer
Newbie Forumer


Libra Pig
Posts : 136
Points : 136
Reputation : 4
Join date : 2009-09-05
Age : 33
Location : serian

Health Status
Health Points: 1

PostSubject: Re: INFLUENZA A (H1N1) Cases Updated....   Thu Sep 17, 2009 11:21 pm

tq...
Back to top Go down
Jay Amarda
Moderator
Moderator


Libra Dragon
Posts : 631
Points : 724
Reputation : 7
Join date : 2009-04-27
Age : 40
Location : KUCHING SARAWAK

Health Status
Health Points: 1

PostSubject: Re: INFLUENZA A (H1N1) Cases Updated....   Fri Sep 18, 2009 12:20 am

welcome...

_________________
Audio Technician/Project Co-Ordinator
KABAN
Very Happy Pesaka Pemerindang Event Management(PPEvenTM) Very Happy
Back to top Go down
http://panggaupengidupanakiban.blogspot.com/
wahab
New Forumer


Leo Goat
Posts : 40
Points : 40
Reputation : 0
Join date : 2009-09-15
Age : 49
Location : sarawak

Health Status
Health Points: 1

PostSubject: Re: INFLUENZA A (H1N1) Cases Updated....   Fri Sep 18, 2009 9:57 am

PPP sentiasa di hadapan bila ada out-break.
Back to top Go down
Sponsored content




PostSubject: Re: INFLUENZA A (H1N1) Cases Updated....   Today at 4:15 pm

Back to top Go down
 
INFLUENZA A (H1N1) Cases Updated....
View previous topic View next topic Back to top 
Page 4 of 5Go to page : Previous  1, 2, 3, 4, 5  Next
 Similar topics
-
» DOH bidding for A(H1N1) equipment
» Frightening NDE's
» Amazing & Original Smiley Designs (new & updated)
» a contractor with pending case eligible or qualify to join our bidding?
» Bidders should not have any pending case filed against the SSS????

Permissions in this forum:You cannot reply to topics in this forum
:: Penolong Pegawai Perubatan Sarawak :: :: General Forum :: Berita Semasa-
Jump to: