:: Penolong Pegawai Perubatan Sarawak ::

:: Penolong Pegawai Perubatan Sarawak Portal::
 
HomePortalCalendarGalleryFAQSearchMemberlistRegisterLog in
Navigation
Log in
Username:
Password:
Log in automatically: 
:: I forgot my password
Latest topics
» PPP new website..
Fri Sep 09, 2016 2:12 pm by Jay Amarda

» SELAMAT HARI PENOLONG PEGAWAI PERUBATAN 2016
Tue Mar 08, 2016 8:38 pm by Jay Amarda

» Pegawai Perubatan di KK/K1M/KKIA
Sat Jan 09, 2016 10:37 pm by Jay Amarda

» MERRY CHRISMAT & HAPPY NEW YEAR 2016
Tue Dec 22, 2015 9:39 am by Jay Amarda

» PENGALAMAM DENGAN PERKHIDMATAN DOKTOR UDARA
Thu Dec 10, 2015 11:41 am by Jay Amarda

» Lastest Update and News for PPP
Thu Dec 10, 2015 8:03 am by Jay Amarda

» PPP BOLEH JADI PEGAWAI PERUBATAN
Sun Jul 19, 2015 8:21 pm by Aisyah98

» DEGREE FOR PPP. APA BIDANG YANG BERKAITAN
Sun Jul 19, 2015 8:18 pm by Aisyah98

» Visual Studio 2010 Free Download Full Version With Crack For Windows 7 64 Bit
Wed Mar 19, 2014 3:42 pm by maddprym

» perkembangan terkini naiktaraf KK Lubok Antu
Thu Oct 10, 2013 8:31 am by Roslan

» Helo...2013
Fri Jul 26, 2013 2:28 am by plus100lewishamiltonamat@

» FAIL MEJA UNTUK SEMUA
Sun Apr 07, 2013 4:02 pm by Amin zafri

» org baru...
Sat Feb 23, 2013 5:32 pm by arm S'h

» SURAT PEKELILING KETUA PENGARAH KESIHATAN MALAYSIA BIL.4/2009 PELAKSAAN PERKHIDMATAN KESIHATAN BERINTEGRASI(BERSEPADU)DI KLINIK KESIHATAN.
Sat Dec 08, 2012 2:02 pm by desmond edward

» PENDAFTARAN PERSATUAN PENOLONG PEGAWAI PERUBATAN SARAWAK
Tue Nov 06, 2012 10:23 am by Roslan

» Facebook satu lagi cara Yahudi bergerak!!
Wed Oct 24, 2012 1:46 am by anak pisang

» canon EOS 450D
Wed Oct 24, 2012 1:40 am by anak pisang

» TB Drugs Protocol
Wed Oct 24, 2012 1:39 am by anak pisang

» WANITA DAKWA SAKIT KULIT ANGKARA UBAT HOSPITAL.
Wed Oct 24, 2012 1:37 am by anak pisang

» REFERENDUM: MENGKAJI DAN MENJENAMA SEMULA NAMA JAWATAN ‘PENOLONG PEGAWAI PERUBATAN’ KEPADA SATU NAMA YANG LEBIH SIGNIFIKAN
Wed Oct 24, 2012 1:32 am by anak pisang

Similar topics
Affiliates














Follow us on Twitter


 



Share | 
 

 INFLUENZA A (H1N1) Cases Updated....

View previous topic View next topic Go down 
Go to page : Previous  1, 2, 3, 4, 5  Next
AuthorMessage
Jay Amarda
Moderator
Moderator


Libra Dragon
Posts : 631
Points : 724
Reputation : 7
Join date : 2009-04-27
Age : 40
Location : KUCHING SARAWAK

Health Status
Health Points: 1

PostSubject: Re: INFLUENZA A (H1N1) Cases Updated....   Sun Jun 28, 2009 8:55 pm

Kes lain Influenza A (H1N1)

* Wanita warga Malaysia berusia 27 tahun yang bercuti di Thailand lima hari bersama 10 rakannya dan tiba di LCCT 21 Jun lalu dengan menaiki pesawat Air Asia AK823 (tempat duduk 28A). Beliau meneruskan penerbangan ke Pulau Pinang dengan pesawat AirAsia AK5368 (tempat duduk 22F).

* Pelancong wanita warga Australia berusia 26 tahun, tiba di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuching, Sarawak dari Singapura dengan menaiki pesawat Jestra 3K529 (tempat duduk 5C).

* Pelajar lelaki warga Yaman berusia 25 tahun yang sedang mengikuti pengajian bahasa Inggeris di institusi pengajian tinggi swasta dan kontak kepada mangsa ke-63.

* Kanak-kanak warga Malaysia berusia sembilan tahun yang tinggal di Cyprus dan tiba di KLIA dari Dubai dengan pesawat Emirates Airlines EK346, untuk bercuti bersama bapanya di sini pada 20 Jun lalu.

* Kanak-kanak warga Ireland berusia enam tahun, bercuti ke Malaysia bersama ahli keluarganya dengan menaiki pesawat Silk Air MI358 (tempat duduk 17) sebelum tiba di Pulau Pinang pada 21 Jun lalu.

* Wanita warga Malaysia berusia 29 tahun yang kembali dari bercuti di Thailand lima hari bersama 10 rakannya dan tiba di LCCT pada 21 Jun lalu dengan menaiki pesawat AirAsia AK823 dan meneruskan penerbangan ke Pulau Pinang dengan pesawat AK368.

* Pelancong warga Malaysia berusia 21 tahun, pulang dari Melbourne, Australia dan tiba di KLIA dengan pesawat D7 2723 pada 21 Jun lalu.

* Pelancong wanita warga Filipina berusia 21 tahun tiba di LCCT dengan penerbangan AirAsia AK501, kelmarin.

* Kanak-kanak warga Malaysia berusia setahun tujuh bulan adalah kontak kepada kes 72 dan menjadi kes ke-13 jangkitan tempatan.

* Lelaki warga tempatan berusia 24 tahun adalah mangsa ke-14 kes jangkitan tempatan dan kontak kepada mangsa ke-74 yang dikuarantin di rumah.

* Lelaki warga Malaysia berusia 17 tahun yang pulang dari Melbourne dengan menaiki pesawat Penerbangan Malaysia MH128 dan tiba di KLIA sabtu lalu. Beliau kemudian meneruskan perjalanan ke Sandakan, Sabah melalui Kota Kinabalu dengan pesawat MH2074.

_________________
Audio Technician/Project Co-Ordinator
KABAN
Very Happy Pesaka Pemerindang Event Management(PPEvenTM) Very Happy
Back to top Go down
http://panggaupengidupanakiban.blogspot.com/
Jay Amarda
Moderator
Moderator


Libra Dragon
Posts : 631
Points : 724
Reputation : 7
Join date : 2009-04-27
Age : 40
Location : KUCHING SARAWAK

Health Status
Health Points: 1

PostSubject: Re: INFLUENZA A (H1N1) Cases Updated....   Sun Jun 28, 2009 8:56 pm

Kuala Lumpur peringkat pertama

Malaysia masih pada peringkat generasi pertama penularan wabak Influenza A (H1N1) dengan semua jangkitan dapat dikesan dan tindakan segera diambil bagi mengelakkan penyakit itu merebak ke tahap serius.

Menteri Kesihatan, Datuk Seri Liow Tiong Lai, berkata keadaan akan hanya menjadi tidak terkawal apabila pesakit tidak dapat mengetahui punca jangkitan sehingga menyukarkan usaha mengawal virus merebak.

"Malaysia sekarang masih pada peringkat jangkitan generasi pertama, iaitu pesakit mendapat penyakit ini secara terus. mereka tahu dari mana jangkitan itu, ia masih belum merebak ke peringkat kedua, ketiga atau keempat," katanya di sini semalam.

_________________
Audio Technician/Project Co-Ordinator
KABAN
Very Happy Pesaka Pemerindang Event Management(PPEvenTM) Very Happy
Back to top Go down
http://panggaupengidupanakiban.blogspot.com/
Jay Amarda
Moderator
Moderator


Libra Dragon
Posts : 631
Points : 724
Reputation : 7
Join date : 2009-04-27
Age : 40
Location : KUCHING SARAWAK

Health Status
Health Points: 1

PostSubject: Re: INFLUENZA A (H1N1) Cases Updated....   Sun Jun 28, 2009 8:56 pm

Special unit to be set up in all schools

KUALA LUMPUR: All schools have been asked to set up a special unit to prevent and check the spread of Influenza A(H1N1).

Deputy Health Minister Datuk Wee Ka Siong said each unit would monitor the situation in their own school, besides organising campaigns like talks on personal hygiene, distributing leaflets and putting up posters.

"The ministry will also set up an operations room in the Day School Management Division to help overcome the spread of the disease," he told reporters at the Parliament lobby.

Wee said all programmes involving the participation of other countries or held outside Malaysia, such as the Asean Schools Championship in Thailand, would be cancelled or postponed.

_________________
Audio Technician/Project Co-Ordinator
KABAN
Very Happy Pesaka Pemerindang Event Management(PPEvenTM) Very Happy
Back to top Go down
http://panggaupengidupanakiban.blogspot.com/
aubreysherrod
Moderator
Moderator


Leo Pig
Posts : 1142
Points : 1147
Reputation : 4
Join date : 2009-05-07
Age : 33
Location : LUBOK ANTU

Health Status
Health Points: 1

PostSubject: Re: INFLUENZA A (H1N1) Cases Updated....   Mon Jun 29, 2009 1:39 pm

............kenapa rakyat kita masih nak kluar negara???????????????pelik?????????/
Back to top Go down
Jay Amarda
Moderator
Moderator


Libra Dragon
Posts : 631
Points : 724
Reputation : 7
Join date : 2009-04-27
Age : 40
Location : KUCHING SARAWAK

Health Status
Health Points: 1

PostSubject: Re: INFLUENZA A (H1N1) Cases Updated....   Tue Jun 30, 2009 7:56 pm

Selasa, 30/06/2009



20 lagi kes baru H1N1
Oleh ROHANI IBRAHIM

KUALA LUMPUR 29 Jun - Sejumlah 20 kes baru jangkitan wabak selesema babi atau influenza A (H1N1) dicatatkan hari ini di seluruh negara menjadikan jumlah keseluruhan 144 kes. Peningkatan kes import dari Indonesia dan Thailand menyebabkan Kementerian Kesihatan memutuskan untuk melakukan pemeriksaan kesihatan kepada pelawat kedua-dua negara itu sebaik mereka sampai ke negara ini.

Sebelum ini, pemeriksaan kesihatan seumpama itu dijalankan ke atas pelawat dari Filipina, Australia, United Kingdom (UK) dan Amerika Syarikat (AS). Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr. Ismail Merican berkata, daripada 20 kes baru itu, 16 daripadanya kes import manakala empat lagi adalah penularan tempatan.

Menurutnya, kes-kes baru melibatkan 13 warganegara Malaysia dan tujuh warga asing iaitu dua dari Indonesia dan masing-masing seorang dari Vietnam, Jerman, Australia, Jepun dan AS. Jelasnya, daripada 16 kes import, mereka yang dijangkiti pernah melawat negara yang terjejas dengan wabak H1N1.

"Jumlah mereka yang sedang menjalani kuarantin rumah kini ialah 618 orang dan semuanya berada dalam keadaan sihat. "Jumlah terkumpul kes yang disiasat ialah 2,343 kes yang mana 144 disahkan positif dan 28 lagi masih menunggu keputusan," katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.

Tambah Mohd. Ismail, jumlah pesakit H1N1 yang masih dirawat di hospital ialah 42 orang dan kesemua mereka menunjukkan respons yang baik kepada rawatan iaitu tanpa komplikasi. "Jumlah pesakit yang sudah sembuh setakat ini ialah 102 orang dan mereka sudah dibenarkan pulang setelah sembuh sepenuhnya," katanya.

Merujuk situasi global, jelas Dr. Ismail, Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) mengumumkan sehingga pagi ini, jumlah terkumpul H1N1 ialah 61,688 kes dengan 265 kematian yang dicatatkan di 112 negara. "Pertambahan yang dicatatkan ialah 497 kes. Tiada pertambahan kematian dan negara baru yang dicatatkan semalam.

"Negara yang melaporkan pertambahan kes tertinggi ialah Australia (180), Singapura (145), China (51), Hong Kong (66), Korea (21), New Zealand (16), Malaysia (12) dan Brunei (empat)," katanya.

_________________
Audio Technician/Project Co-Ordinator
KABAN
Very Happy Pesaka Pemerindang Event Management(PPEvenTM) Very Happy
Back to top Go down
http://panggaupengidupanakiban.blogspot.com/
Jay Amarda
Moderator
Moderator


Libra Dragon
Posts : 631
Points : 724
Reputation : 7
Join date : 2009-04-27
Age : 40
Location : KUCHING SARAWAK

Health Status
Health Points: 1

PostSubject: Re: INFLUENZA A (H1N1) Cases Updated....   Thu Jul 02, 2009 7:57 pm

Khamis, 02/07/2009



Wabak selesema babi serius tapi terkawal: Liow
Oleh Mohd Hamizar Hamid dan Rosnadiah Rosli

PUTRAJAYA: Wabak selesema babi atau Influenza A (H1N1) di negara kini berada pada tahap serius tetapi terkawal, kata Menteri Kesihatan, Datuk Seri Liow Tiong Lai.

Sehubungan itu, orang ramai diminta tidak mendengar khabar angin menyatakan wabak itu tidak serius kerana belum ada kematian setakat ini.

"Jangan panik, tetapi perlu mengambil langkah berjaga-jaga yang tepat untuk menangani wabak ini secara bersama berikutan penularan yang cepat," katanya pada sidang media di sini semalam.

Liow berkata, orang ramai tidak boleh membandingkan wabak H1N1 dengan epidemik Sindrom Pernafasan Akut Yang Teruk (SARS) yang mencatat 9.6 peratus kematian dan selesema burung 61 peratus.

"Kematian akibat H1N1 memang rendah berbanding kedua-dua wabak itu tetapi kita perlu lihat bagaimana H1N1 merebak. Ia merebak cepat dan kadar jangkitannya pula sangat tinggi," katanya.

Ditanya sama ada kerajaan akan memberikan topeng muka percuma kepada orang ramai sebagai langkah pencegahan, Liow berkata, tidak ada sebarang cadangan berbuat demikian ketika ini.

"Bagaimanapun, saya meminta syarikat swasta bersama-sama menjayakan kempen pencegahan H1N1 ini dengan membekalkan topeng muka percuma kepada orang awam," katanya.

Liow turut meminta pemilik syarikat dan kilang yang mempunyai ramai pekerja mengambil langkah pencegahan awal bagi mengelak pekerja diserang wabak itu bagi mengelakkan perniagaan dan perusahaan terpaksa ditutup jika pekerja mereka dijangkiti.

Sementara itu, 38 lagi kes jangkitan baru dilaporkan setakat jam 8 pagi semalam, menjadikan 196 kes di seluruh negara. Daripada jumlah terbaru itu, 33 adalah kes import dan lima jangkitan tempatan.

Tiga kes tempatan membabitkan pelajar Sekolah Menengah Tsun Jin, Jalan Loke Yew di Cheras, manakala dua lagi masing-masing kontak kepada kes import ke-147 dan 148.

"Sebanyak 86 pesakit masih dirawat di hospital dan semua menunjukkan tindak balas yang baik kepada rawatan tanpa sebarang komplikasi, manakala 110 lagi sudah sembuh dan dibenarkan pulang," katanya.

Mesyuarat berkenaan dipengerusikan Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Ismail Merican.

Liow berkata, dua sekolah masih ditutup iaitu Sekolah Menengah Tsun Jin, Cheras, Kuala Lumpur dan Sekolah Tinggi Chung Hwa, Seremban kerana dikesan mempunyai jangkitan tempatan.

Seramai 4,668 pelajar, guru dan pekerja sekolah berkenaan dikuarantinkan sehingga esok, selain 778 kontak terdekat mereka.

Dalam perkembangan lain, Liow berkata, Mesyuarat Jawatankuasa Teknikal H1N1 yang dipengerusikan Dr. Ismail mengenal pasti lima hospital swasta di Lembah Klang dan 29 klinik kesihatan di seluruh negara untuk menyediakan perkhidmatan pengambilan sampel tekak secara percuma.

Hospital swasta berkenaan adalah Sunway Medical Centre, Pantai Medical Centre, Sime Darby Medical Centre, Gleneagles Intan Medical Centre dan Prince Court Hospital.

Selain itu, kementerian tidak membenarkan penggunaan kit ujian pantas (rapid test kit) H1N1 kerana tidak sensitif dan tidak spesifik untuk mengesan jangkitan itu.

_________________
Audio Technician/Project Co-Ordinator
KABAN
Very Happy Pesaka Pemerindang Event Management(PPEvenTM) Very Happy
Back to top Go down
http://panggaupengidupanakiban.blogspot.com/
Jay Amarda
Moderator
Moderator


Libra Dragon
Posts : 631
Points : 724
Reputation : 7
Join date : 2009-04-27
Age : 40
Location : KUCHING SARAWAK

Health Status
Health Points: 1

PostSubject: Re: INFLUENZA A (H1N1) Cases Updated....   Wed Jul 15, 2009 12:24 am

62 kes baru Influenza A
Oleh TARMIZI ABDUL RAHIM

KUALA KRAI 13 Julai - Sebanyak 62 kes baru selesema babi atau Influenza A (H1N1) disahkan di negara ini hari ini menjadikan jumlah terkini mangsa wabak tersebut sebanyak 772 orang.

Menteri Kesihatan, Datuk Seri Liow Tiong Lai berkata, daripada 62 kes baru itu, 28 merupakan kes import manakala 34 kes lagi kes penularan tempatan.

"Bagaimanapun daripada jumlah tersebut, hanya 70 pesakit atau 11 peratus masih dirawat di hospital manakala 702 pesakit lagi telah sembuh sepenuhnya dan dibenarkan keluar hospital," katanya.

Beliau menyatakan demikian pada sidang akhbar selepas melancarkan sistem rawatan air luar bandar (GFS) di Kampung Bukit Budu di sini hari ini.

Bagi Kelantan, Tiong Lai berkata, sehingga kini hanya terdapat enam kes H1N1 membabitkan pesakit berusia antara 21 dan 60 tahun.

Mengenai empat pelajar Universiti Teknologi Mara (UiTM) Kampus Lendu di Alor Gajah, Melaka yang didapati positif H1N1, beliau berkata, keadaan di UiTM terkawal.

Beliau berkata, setakat ini masih belum terdapat penularan kes baru di kalangan pelajar lain.

"Namun jika virus tersebut didapati telah menular kepada pelajar lain, kita terpaksa menutup kampus itu buat sementara waktu," katanya.

_________________
Audio Technician/Project Co-Ordinator
KABAN
Very Happy Pesaka Pemerindang Event Management(PPEvenTM) Very Happy
Back to top Go down
http://panggaupengidupanakiban.blogspot.com/
Jay Amarda
Moderator
Moderator


Libra Dragon
Posts : 631
Points : 724
Reputation : 7
Join date : 2009-04-27
Age : 40
Location : KUCHING SARAWAK

Health Status
Health Points: 1

PostSubject: Re: INFLUENZA A (H1N1) Cases Updated....   Wed Jul 15, 2009 12:25 am

New flu "unstoppable", WHO says, calls for vaccine
By Maggie Fox, Health and Science Editor

WASHINGTON (Reuters) - Saying the new H1N1 virus is "unstoppable", the World Health Organization gave drug makers a full go-ahead to manufacture vaccines against the pandemic Influenza strain on Monday and said healthcare workers should be the first to get one.

Every country will need to vaccinate citizens against the swine flu virus and must choose who else would get priority after nurses, doctors and technicians, said Dr. Marie-Paule Kieny, WHO director of the Initiative for Vaccine Research.

Several reports showed the new virus attacks people differently than seasonal flu -- affecting younger people, the severely obese and seemingly healthy adults, and causing disease deep in the lungs.

Kieny briefed reporters on the findings of the WHO's Strategic Advisory Group of Experts on Immunization, or SAGE. "The committee recognized that the H1N1 pandemic ... is unstoppable and therefore that all countries need access to vaccine," Kieney said.

"The SAGE recognized first that healthcare workers should be immunized in all countries in order to retain a functional health system as the virus evolves," she added.

After that, each country should decide who is next in line, based on the virus's unusual behavior.

Seasonal Influenza is deadly enough -- each year it is involved in 250,000 to 500,000 deaths globally. But most are the elderly or those with some kind of chronic disease that makes them more vulnerable to flu, such as asthma.

ELDERLY ADVANTAGE

The elderly seem to have some extra immunity to this new H1N1, which is a mixture of two swine viruses, one of which also contains genetic material from birds and humans. It is a very distant cousin of the H1N1 virus that caused the 1918 pandemic that killed 50 million to 100 million people.

A study published in the journal Nature on Monday confirmed that the blood of people born before 1920 carries antibodies to the 1918 strain, suggesting their immune systems remember a childhood infection.

The work by Dr. Yoshihiro Kawaoka also supports other studies that this new H1N1 strain does not stay in the nose and throat, as do most seasonal viruses.

"The H1N1 virus replicates significantly better in the lungs," Kawaoka said. Other studies have also shown it can cause gastrointestinal effects, and that it targets people not usually thought of as being at high risk.

"Obesity has been observed to be one of the risk factors for more severe reaction to H1N1" -- something never before seen, Kieny added. It is not clear if obese people may have undiagnosed health problems that make them susceptible, or if obesity in and of itself is a risk.

On Friday, a team at the U.S. Centers for Disease Control and Prevention and the University of Michigan reported that nine out of 10 patients treated in an intensive care unit there were obese. They also had unusual symptoms such as blood clots in the lungs and multiple organ failure.

None have recovered and three died.

The CDC estimates at least a million people are infected in the United States alone and clinics everywhere are advised not to test each and every patient, so keeping an accurate count of cases will be impossible. The United States has documented 211 deaths and WHO counted 429 early last week.

Kieny said WHO would also work to get better viruses for companies from which to make vaccines. She said the strains that had been distributed did not grow very well in chicken eggs -- used to make all flu vaccines.

One exception -- AstraZeneca's MedImmune unit makes a live virus vaccine that is squirted up the nose and it is easier to produce, Kieny said.

WHO said countries should continue with their normal vaccination programs against seasonal flu. Kieny said the seasonal H3N2 strain was also very active now in the southern hemisphere's winter.

Sanofi-Aventis, Novartis, Baxter, Schering-Plough's Nobilon, GlaxoSmithKline, Solvay, CSL and AstraZeneca's MedImmune are among those working on flu vaccines.

_________________
Audio Technician/Project Co-Ordinator
KABAN
Very Happy Pesaka Pemerindang Event Management(PPEvenTM) Very Happy
Back to top Go down
http://panggaupengidupanakiban.blogspot.com/
anak pisang
VVIP Forumer
VVIP Forumer


Taurus Rooster
Posts : 642
Points : 637
Reputation : 2
Join date : 2009-05-21
Age : 35
Location : HQ

Health Status
Health Points: 1

PostSubject: Re: INFLUENZA A (H1N1) Cases Updated....   Tue Jul 21, 2009 3:51 pm

nadai berita bukai nuan tuk H1N1 aja. nadai meh B1N1
Back to top Go down
zulkipli udin
Newbie Forumer
Newbie Forumer


Capricorn Rooster
Posts : 180
Points : 198
Reputation : 0
Join date : 2009-07-16
Age : 34
Location : KK LA

Health Status
Health Points: 1

PostSubject: Re: INFLUENZA A (H1N1) Cases Updated....   Tue Jul 21, 2009 4:51 pm

thks jay 4 ur imformation.... Surprised
Back to top Go down
anak pisang
VVIP Forumer
VVIP Forumer


Taurus Rooster
Posts : 642
Points : 637
Reputation : 2
Join date : 2009-05-21
Age : 35
Location : HQ

Health Status
Health Points: 1

PostSubject: Re: INFLUENZA A (H1N1) Cases Updated....   Tue Jul 21, 2009 11:36 pm

hahhahaha jay jay.... lama udah nadai betemu meh
Back to top Go down
apai bidah
Newbie Forumer
Newbie Forumer


Taurus Rat
Posts : 184
Points : 186
Reputation : 0
Join date : 2009-05-08
Age : 32
Location : Currently in Bintulu

Health Status
Health Points: 1

PostSubject: Re: INFLUENZA A (H1N1) Cases Updated....   Fri Aug 07, 2009 7:37 pm

ba tempat aku dah bc 5 p+ve...............thanks 4 ur info ngal j........
Back to top Go down
http://WWW.GOOGLE.COM
Jay Amarda
Moderator
Moderator


Libra Dragon
Posts : 631
Points : 724
Reputation : 7
Join date : 2009-04-27
Age : 40
Location : KUCHING SARAWAK

Health Status
Health Points: 1

PostSubject: Re: INFLUENZA A (H1N1) Cases Updated....   Tue Aug 18, 2009 12:15 am

Dimaklumkan sehingga 17 Ogos 2009 jam 9.00 pagi sejumlah 284 pesakit H1N1 sedang dirawat di wad dan 33 pesakit yang disahkan H1N1 sedang dirawat di Unit Rawatan Rapi (ICU) di seluruh negara. Daripada 33 kes yang sedang menerima di ICU, di dapati 17 kes mempunyai faktor risiko iaitu penyakit kronik (Cool, asma (3), obesiti (2), kecacatan otak (2), hamil (1) dan post-delivery (1).

Untuk makluman sebanyak 2 kematian telah dilaporkan. Maklumat mengenai kematian tersebut adalah seperti berikut:

Seorang bayi lelaki berumur 7 bulan yang juga pengidap asma, dimasukkan ke ICU hospital pada 7/8/09 kerana demam, batuk dan sesak nafas selama 2 hari. Bayi tersebut telah mendapatkan rawatan di klinik swasta pada hari sebelumnya. Rawatan antiviral telah dimulakan pada 8/08/09 dan disahkan jangkitan H1N1 pada 12/08/09. Walau bagaimanapun, bayi tersebut telah meninggal dunia pada 15/8/09 disebabkan oleh severe pneumonia with acute respiratory failure.

Seorang wanita warga emas berumur 74 tahun yang mengidap diabetes dan kegagalan jantung (CCF) telah dimasukkan ke hospital pada 10/8/09 setelah didapati pengsan di rumahnya. Pesakit telah dilaporkan mengalami demam dan batuk sejak 8/8/09 (2 hari sebelum kemasukan ke hospital) dan rawatan antiviral telah dimulakan pada 11/8/09. Walau bagaimanapun beliau telah meninggal dunia pada 12.08.09 disebabkan oleh severe pneumonia. Kes telah disahkan positif influenza A(H1N1) pada 13/08/09.
Kementerian Kesihatan mendapati masih ramai pesakit yang mengalami jangkitan influenza A(H1N1) yang tidak memberi kerjasama yang baik dalam mengawal penularan influenza A(H1N1), sila beri perhatian wajar atas perkara berikut:

Menasihatkan orang ramai yang mempunyai simptom influenza walaupun ringan untuk tidak mengunjungi tempat-tempat awam seperti pusat membeli-belah, melancong, pergi ke tempat kerja atau sekolah serta menaiki kenderaan awam. Perbuatan ini boleh menularkan jangkitan influenza A(H1N1) kepada orang awam dan kebimbangan adalah jangkitan kepada mereka dari kumpulan berisiko.

Mereka yang bersimptom influenza perlu memahami bahawa walaupun simptom yang dialami adalah ringan, virus H1N1 masih boleh disebarkan kepada orang lain apabila mereka ini batuk atau bersin. Oleh itu sesiapa yang mempunyai simptom influenza mesti berada di rumah atau jangan mengunjungi tempat awam, tempat kerja atau sekolah sehingga tiada bersimptom lagi.

Walau bagaimanapun sekiranya mereka yang bersimptom perlu juga melakukan aktiviti luar rumah yang amat mustahak, mereka mesti memakai topeng muka dan mengamalkan kebersihan diri sepanjang masa.
Kementerian Kesihatan ingin menjelaskan sekali lagi bahawa rawatan antiviral hanya diberikan kepada 3 kumpulan berikut tanpa perlu menjalani ujian pengesahan influenza A(H1N1):

Individu yang mempunyai simptom influenza-like illness (ILI) dan mempunyai faktor risiko.

Individu yang mempunyai simptom ILI, tanpa mempunyai faktor risiko tetapi mempunyai demam yang tinggi (>38°C) berpanjangan (lebih daripada 2 hari).

Individu yang telah menjalani ujian “rapid test” serta didapati positif, mereka akan diberikan rawatan antiviral jika mengalami simptom jangkitan menjadi teruk dalam masa 48 jam.

Orang ramai juga terus diminta untuk sentiasa mengikut nasihat Kementerian Kesihatan Malaysia dan mendapatkan rawatan segera bagi mereka yang mengalami simptom dan berisiko tinggi untuk mendapat komplikasi akibat jangkitan Influenza A(H1N1). Maklumat dan perkembangan semasa jangkitan influenza A(H1N1) boleh diperolehi melalui talian hotline yang beroperasi dari jam 8.00 pagi hingga 5.30 petang di talian 03-88810200 dan 03 88810300. Maklumat terkini juga boleh didapati daripada laman web Kementerian Kesihatan Malaysia http://www.moh.gov.my dan http://h1n1.moh.gov.my.

Kementerian Kesihatan Malaysia mengucapkan terima kasih di atas kerjasama orang ramai. Tindakan tepat anda dapat membantu kami memberi perkhidmatan yang berkesan.

Sekian, terima kasih.

TAN SRI DATO’ SERI DR. HJ. MOHD. ISMAIL BIN MERICAN
Ketua Pengarah Kesihatan Malaysia

Tarikh: 17 Ogos 2009

_________________
Audio Technician/Project Co-Ordinator
KABAN
Very Happy Pesaka Pemerindang Event Management(PPEvenTM) Very Happy
Back to top Go down
http://panggaupengidupanakiban.blogspot.com/
Jay Amarda
Moderator
Moderator


Libra Dragon
Posts : 631
Points : 724
Reputation : 7
Join date : 2009-04-27
Age : 40
Location : KUCHING SARAWAK

Health Status
Health Points: 1

PostSubject: Re: INFLUENZA A (H1N1) Cases Updated....   Tue Aug 18, 2009 12:29 am

Sehingga 11 Ogos 2009, sejumlah 208,990 kes dengan 1,716 kematian telah dilaporkan daripada 174 negara. Ia merupakan peningkatan sebanyak 835 kes dengan 28 kematian berbanding dengan hari sebelumnya.

_________________
Audio Technician/Project Co-Ordinator
KABAN
Very Happy Pesaka Pemerindang Event Management(PPEvenTM) Very Happy
Back to top Go down
http://panggaupengidupanakiban.blogspot.com/
Jay Amarda
Moderator
Moderator


Libra Dragon
Posts : 631
Points : 724
Reputation : 7
Join date : 2009-04-27
Age : 40
Location : KUCHING SARAWAK

Health Status
Health Points: 1

PostSubject: Re: INFLUENZA A (H1N1) Cases Updated....   Tue Aug 18, 2009 12:34 am

Which groups at high risk for severe illness from Influenza A (H1N1) infection?

-Children younger than 5 years old
-Persons aged 65 years and older
-Children and adolescents (< 18 years) on long term aspirin therapy
-Pregnant women
-Adults and children with asthma, chronic obstructive pulmonary disease, organ failure, cardiovascular disease , hepatic, heamatological, neurologic, neuromuscular or metabolic disorders such as Diabetes Mellitus
-Adults and children who have immunosuppression
-Residents of nursing homes and other chronic care facilities

_________________
Audio Technician/Project Co-Ordinator
KABAN
Very Happy Pesaka Pemerindang Event Management(PPEvenTM) Very Happy
Back to top Go down
http://panggaupengidupanakiban.blogspot.com/
kesulai malam
Regular Forumer
Regular Forumer


Posts : 250
Points : 247
Reputation : 0
Join date : 2009-08-17

Health Status
Health Points: 1

PostSubject: Re: INFLUENZA A (H1N1) Cases Updated....   Tue Aug 18, 2009 12:20 pm

haritu dah berapa kes di sarawak geng?
Back to top Go down
anak pisang
VVIP Forumer
VVIP Forumer


Taurus Rooster
Posts : 642
Points : 637
Reputation : 2
Join date : 2009-05-21
Age : 35
Location : HQ

Health Status
Health Points: 1

PostSubject: Re: INFLUENZA A (H1N1) Cases Updated....   Tue Aug 18, 2009 10:50 pm

betul membimbangkan ya jay
Back to top Go down
Jay Amarda
Moderator
Moderator


Libra Dragon
Posts : 631
Points : 724
Reputation : 7
Join date : 2009-04-27
Age : 40
Location : KUCHING SARAWAK

Health Status
Health Points: 1

PostSubject: Re: INFLUENZA A (H1N1) Cases Updated....   Tue Aug 18, 2009 11:42 pm

Situasi semasa Influenza A(H1N1)
(Setakat 18 Ogos 2009, jam 9.00 pagi)

Kes Kematian : 3
Jumlah Kematian : 67

Dimaklumkan sehingga 18 Ogos 2009 jam 9.00 pagi sejumlah 276 pesakit H1N1 sedang dirawat di wad, 36 pesakit yang disahkan H1N1 sedang dirawat di Unit Rawatan Rapi (ICU) di seluruh negara. Sementara itu 156 orang telah discaj dari wad dengan 129 dibekalkan antiviral. Daripada 36 kes yang sedang dirawat di ICU, di dapati 21 kes mempunyai faktor risiko iaitu DM (1), penyakit kronik (7), kegagalan buah pinggang (3), asma (2), obesiti (1), kecacatan otak (2), hamil dan bersalin (2) dan kanak – kanak di bawah setahun (3).

Untuk makluman sebanyak 3 kematian telah dilaporkan.

_________________
Audio Technician/Project Co-Ordinator
KABAN
Very Happy Pesaka Pemerindang Event Management(PPEvenTM) Very Happy
Back to top Go down
http://panggaupengidupanakiban.blogspot.com/
Jay Amarda
Moderator
Moderator


Libra Dragon
Posts : 631
Points : 724
Reputation : 7
Join date : 2009-04-27
Age : 40
Location : KUCHING SARAWAK

Health Status
Health Points: 1

PostSubject: Re: INFLUENZA A (H1N1) Cases Updated....   Wed Aug 19, 2009 9:03 pm

Situasi Semasa Pandemik (H1N1) 2009 Dan Tindakan Kementerian Kesihatan Malaysia
19 Ogos 2009


Dimaklumkan sehingga 19 Ogos 2009 jam 9.00 pagi sejumlah 1468 pesakit influenza like illness (ILI) sedang dirawat di 86 buah hospital termasuk 6 hospital swasta di seluruh negara. Dari jumlah tersebut, 257 telah disahkan positif H1N1. Pada masa yang sama seramai 134 kes telah di discaj.

Dari 257 kes yang disahkan H1N1, 36 kes berada di ICU dimana 7 kes merupakan kemasukan baru sementara 4 kes dipindah keluar dari ICU. Daripada 36 kes yang sedang dirawat di ICU, 21 kes (58%) mempunyai faktor risiko iaitu diabetes (5), penyakit kronik (4), asma (3), hamil dan bersalin (3), obesiti (2), kanak-kanak istimewa (2) dan kanak – kanak di bawah setahun (2).

Untuk makluman, tiada kematian baru yang disahkan akibat jangkitan influenza A(H1N1) dilaporkan pada hari ini.
Kementerian Kesihatan mendapati masih ramai pesakit yang mengalami jangkitan influenza A(H1N1) yang tidak memberi kerjasama yang baik dalam mengawal penularan influenza A(H1N1). Berikut adalah saranan yang dianjurkan oleh Kementerian Kesihatan untuk membendung penularan penyakit ini :-

Orang ramai yang mempunyai simptom influenza perlulah lebih bertanggungjawab untuk tidak mengunjungi tempat-tempat awam seperti pusat membeli-belah, melancong, pergi ke tempat kerja atau sekolah serta menaiki kenderaan awam. Perbuatan ini boleh menularkan jangkitan influenza A(H1N1) kepada orang awam dan kebimbangan adalah jangkitan kepada mereka dari kumpulan berisiko.

Mereka yang bersimptom influenza walaupun ringan, masih boleh disebarkan kepada orang lain apabila mereka ini batuk atau bersin. Oleh itu sesiapa yang mempunyai simptom influenza mesti berada dirumah atau jangan mengunjungi tempat awam, tempat kerja atau sekolah sehingga tiada bersimptom lagi.

Sekiranya mereka yang bersimptom tapi perlu juga melakukan aktiviti luar rumah yang amat mustahak, mereka mestilah memakai topeng muka dan mengamalkan kebersihan diri sepanjang masa.
Kementerian Kesihatan ingin menjelaskan sekali lagi bahawa rawatan antiviral hanya diberikan kepada 3 kumpulan berikut tanpa perlu menjalani ujian pengesahan influenza A(H1N1):

Individu yang mempunyai simptom influenza-like illness (ILI) dan mempunyai faktor risiko.

Individu yang mempunyai simptom ILI, tanpa mempunyai faktor risiko tetapi mempunyai demam yang tinggi (>38°C) berpanjangan (lebih daripada 2 hari).

Individu yang telah menjalani ujian “rapid test” serta didapati positif, mereka akan diberikan rawatan antiviral jika mengalami simptom jangkitan menjadi teruk dalam masa 48 jam.

Orang ramai juga terus diminta untuk sentiasa mengikut nasihat Kementerian Kesihatan Malaysia dan mendapatkan rawatan segera bagi mereka yang mengalami simptom dan berisiko tinggi untuk mendapat komplikasi akibat jangkitan Influenza A(H1N1). Maklumat dan perkembangan semasa jangkitan influenza A(H1N1) boleh diperolehi melalui talian hotline yang beroperasi dari jam 8.00 pagi hingga 5.30 petang di talian 03- 88810200 dan 03- 88810300. Maklumat terkini juga boleh didapati daripada laman web Kementerian Kesihatan Malaysia http://www.moh.gov.my dan http://h1n1.moh.gov.my.

Kementerian Kesihatan Malaysia mengucapkan terima kasih di atas kerjasama orang ramai. Tindakan tepat anda dapat membantu kami memberi perkhidmatan yang berkesan.

Sekian, terima kasih.

TAN SRI DATO’ SERI DR. HJ. MOHD. ISMAIL BIN MERICAN
Ketua Pengarah Kesihatan Malaysia

Tarikh: 19 Ogos 2009

_________________
Audio Technician/Project Co-Ordinator
KABAN
Very Happy Pesaka Pemerindang Event Management(PPEvenTM) Very Happy
Back to top Go down
http://panggaupengidupanakiban.blogspot.com/
kesulai malam
Regular Forumer
Regular Forumer


Posts : 250
Points : 247
Reputation : 0
Join date : 2009-08-17

Health Status
Health Points: 1

PostSubject: Re: INFLUENZA A (H1N1) Cases Updated....   Thu Aug 20, 2009 9:26 am

bagus geng.. sekarang topeng muka dah jadi barang kawalan harga oleh kerajaan..
Ada staf KKM ambil kesempatan jual topeng muka geng..
Back to top Go down
Deressa
Moderator
Moderator


Cancer Rat
Posts : 1070
Points : 1189
Reputation : 0
Join date : 2009-07-14
Age : 32
Location : SGH

Health Status
Health Points: 1

PostSubject: Re: INFLUENZA A (H1N1) Cases Updated....   Thu Aug 20, 2009 10:22 am

H5N1 is bird flu.

_________________
がりえ しあ
Back to top Go down
drhouse
Newbie Forumer
Newbie Forumer


Aries Buffalo
Posts : 118
Points : 116
Reputation : 0
Join date : 2009-05-19
Age : 31
Location : TePi SunGaI BanYak BoyAk...

Health Status
Health Points: 1

PostSubject: Re: INFLUENZA A (H1N1) Cases Updated....   Thu Aug 20, 2009 10:28 am

Quote :
bagus geng.. sekarang topeng muka dah jadi barang kawalan harga oleh kerajaan..
Ada staf KKM ambil kesempatan jual topeng muka geng..


sapa tu???? memburukkan nama KKM jak...
Back to top Go down
kesulai malam
Regular Forumer
Regular Forumer


Posts : 250
Points : 247
Reputation : 0
Join date : 2009-08-17

Health Status
Health Points: 1

PostSubject: Re: INFLUENZA A (H1N1) Cases Updated....   Thu Aug 20, 2009 12:06 pm

ha ha.. adalah staf mau mendapatkan keuntungan..
Back to top Go down
apai bidah
Newbie Forumer
Newbie Forumer


Taurus Rat
Posts : 184
Points : 186
Reputation : 0
Join date : 2009-05-08
Age : 32
Location : Currently in Bintulu

Health Status
Health Points: 1

PostSubject: Re: INFLUENZA A (H1N1) Cases Updated....   Fri Aug 21, 2009 5:13 pm

kelalu ga bakanya.............
Back to top Go down
http://WWW.GOOGLE.COM
Jay Amarda
Moderator
Moderator


Libra Dragon
Posts : 631
Points : 724
Reputation : 7
Join date : 2009-04-27
Age : 40
Location : KUCHING SARAWAK

Health Status
Health Points: 1

PostSubject: Re: INFLUENZA A (H1N1) Cases Updated....   Sat Aug 22, 2009 3:24 pm

Situasi Semasa Pandemik (H1N1) 2009 Dan Tindakan Kementerian Kesihatan Malaysia
22 Ogos 2009

Dimaklumkan sehingga 22 Ogos 2009 jam 9.00 pagi, sejumlah 230 pesakit baru dengan gejala influenza-like illness (ILI) telah dimasukkan ke wad, manakala 310 pesakit telah didiscaj keluar menjadikan baki seramai 1,476 pesakit sedang dirawat di 102 buah hospital termasuk 3 hospital swasta di seluruh negara. Dari jumlah ini, hanya 316 pesakit (21%) yang disahkan positif H1N1.

Dari 316 kes yang disahkan H1N1, 40 kes berada di ICU di mana 4 kes merupakan kemasukan baru sementara 8 kes dipindah keluar dari ICU. Daripada 40 kes yang sedang dirawat di ICU, 25 kes (63%) mempunyai faktor risiko iaitu kanak-kanak/bayi (7), diabetes (5), penyakit kronik (5), asma/COAD (3), obesiti (3), mengandung/postnatal (1) dan kanak-kanak istimewa (1).

Untuk makluman, tiada kematian baru yang disahkan akibat jangkitan influenza A(H1N1) didaftarkan pada hari ini.

Mengikut laporan Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO), penularan pandemik H1N1 di dunia masih lagi aktif dan melibatkan 182 buah negara. Sehingga 22 Ogos 2009 jam 8.00 pagi, terdapat peningkatan kes jangkitan influenza A(H1N1) sebanyak 1,227 kes menjadikan jumlah kes terkumpul 234,569 dengan peningkatan kes kematian sebanyak 34 menjadikan jumlah kematian terkumpul 2,433. Ini tidak menunjukkan gambaran sebenar oleh kerana WHO tidak lagi mewajibkan pelaporan kes.

Kementerian Kesihatan masih menerima pertanyaan dari orang ramai dan pengamal perubatan swasta tentang bekalan ubat antiviral melalui program rangkaian Klinik Cegah dan Rawat H1N1 yang telah dilancarkan oleh Yang Berhormat Menteri Kesihatan Malaysia pada 20 Ogos 2009. Pengamal Perubatan yang ingin menyertai program tersebut dan orang ramai yang ingin mengetahui senarai klinik-klinik yang terlibat diminta melayari http://www.h1n1.net.my untuk maklumat lanjut.

Usaha mengekang penularan wabak H1N1 memerlukan kerjasama semua. Individu yang mempunyai gejala ILI bertanggungjawab untuk tidak menyebarkan jangkitan dengan tidak mengunjungi tempat-tempat awam yang sesak termasuklah Bazaar Ramadhan, masjid dan lain-lain rumah ibadat. Ini adalah kerana anda masih boleh menyebarkan penyakit walaupun mengalami gejala demam dan batuk yang ringan. Sekiranya anda terpaksa mengunjungi tempat-tempat awam, pemakaian mask menjadi kemestian sepanjang masa. Jika batuk atau bersin, tutup mulut dan hidung dengan tisu atau sapu tangan. Buangkan tisu ke dalam bakul sampah dan basuh tangan anda menggunakan air dan sabun sebelum menyentuh atau bersalaman dengan orang lain. Langkah-langkah pencegahan ini adalah perlu memandangkan kesan jangkitan adalah serius, terutamanya kepada golongan yang berisiko tinggi seperti wanita mengandung, obes, asma, penyakit paru-paru kronik, diabetes dan golongan dengan imuniti rendah.

Orang awam juga perlu memainkan peranan untuk menasihati individu yang menghidap demam atau batuk yang berada di tempat awam, seperti rumah ibadat, untuk memakai mask, menjarakkan diri (social distancing) atau berehat di rumah.

Maklumat semasa jangkitan influenza A(H1N1) boleh diperolehi melalui talian hotline yang beroperasi dari jam 8.00 pagi hingga 5.30 petang di talian 03-88810200 dan 03-88810300 dan juga laman web Kementerian Kesihatan Malaysia http://www.moh.gov.my dan http://h1n1.moh.gov.my. Kementerian Kesihatan Malaysia meminta orang ramai terus memberi kerjasama berterusan untuk menangani penularan wabak ini.

Sekian, terima kasih

TAN SRI DATO’ SERI DR. HJ. MOHD. ISMAIL BIN MERICAN
Ketua Pengarah Kesihatan Malaysia

Tarikh: 22 Ogos 2009

_________________
Audio Technician/Project Co-Ordinator
KABAN
Very Happy Pesaka Pemerindang Event Management(PPEvenTM) Very Happy


Last edited by Jay on Sat Aug 22, 2009 3:31 pm; edited 1 time in total
Back to top Go down
http://panggaupengidupanakiban.blogspot.com/
Sponsored content




PostSubject: Re: INFLUENZA A (H1N1) Cases Updated....   Today at 4:14 pm

Back to top Go down
 
INFLUENZA A (H1N1) Cases Updated....
View previous topic View next topic Back to top 
Page 2 of 5Go to page : Previous  1, 2, 3, 4, 5  Next
 Similar topics
-
» DOH bidding for A(H1N1) equipment
» Frightening NDE's
» Amazing & Original Smiley Designs (new & updated)
» a contractor with pending case eligible or qualify to join our bidding?
» Bidders should not have any pending case filed against the SSS????

Permissions in this forum:You cannot reply to topics in this forum
:: Penolong Pegawai Perubatan Sarawak :: :: General Forum :: Berita Semasa-
Jump to: