:: Penolong Pegawai Perubatan Sarawak ::

:: Penolong Pegawai Perubatan Sarawak Portal::
 
HomePortalCalendarGalleryFAQSearchMemberlistRegisterLog in
Navigation
Log in
Username:
Password:
Log in automatically: 
:: I forgot my password
Latest topics
» PPP new website..
Fri Sep 09, 2016 2:12 pm by Jay Amarda

» SELAMAT HARI PENOLONG PEGAWAI PERUBATAN 2016
Tue Mar 08, 2016 8:38 pm by Jay Amarda

» Pegawai Perubatan di KK/K1M/KKIA
Sat Jan 09, 2016 10:37 pm by Jay Amarda

» MERRY CHRISMAT & HAPPY NEW YEAR 2016
Tue Dec 22, 2015 9:39 am by Jay Amarda

» PENGALAMAM DENGAN PERKHIDMATAN DOKTOR UDARA
Thu Dec 10, 2015 11:41 am by Jay Amarda

» Lastest Update and News for PPP
Thu Dec 10, 2015 8:03 am by Jay Amarda

» PPP BOLEH JADI PEGAWAI PERUBATAN
Sun Jul 19, 2015 8:21 pm by Aisyah98

» DEGREE FOR PPP. APA BIDANG YANG BERKAITAN
Sun Jul 19, 2015 8:18 pm by Aisyah98

» Visual Studio 2010 Free Download Full Version With Crack For Windows 7 64 Bit
Wed Mar 19, 2014 3:42 pm by maddprym

» perkembangan terkini naiktaraf KK Lubok Antu
Thu Oct 10, 2013 8:31 am by Roslan

» Helo...2013
Fri Jul 26, 2013 2:28 am by plus100lewishamiltonamat@

» FAIL MEJA UNTUK SEMUA
Sun Apr 07, 2013 4:02 pm by Amin zafri

» org baru...
Sat Feb 23, 2013 5:32 pm by arm S'h

» SURAT PEKELILING KETUA PENGARAH KESIHATAN MALAYSIA BIL.4/2009 PELAKSAAN PERKHIDMATAN KESIHATAN BERINTEGRASI(BERSEPADU)DI KLINIK KESIHATAN.
Sat Dec 08, 2012 2:02 pm by desmond edward

» PENDAFTARAN PERSATUAN PENOLONG PEGAWAI PERUBATAN SARAWAK
Tue Nov 06, 2012 10:23 am by Roslan

» Facebook satu lagi cara Yahudi bergerak!!
Wed Oct 24, 2012 1:46 am by anak pisang

» canon EOS 450D
Wed Oct 24, 2012 1:40 am by anak pisang

» TB Drugs Protocol
Wed Oct 24, 2012 1:39 am by anak pisang

» WANITA DAKWA SAKIT KULIT ANGKARA UBAT HOSPITAL.
Wed Oct 24, 2012 1:37 am by anak pisang

» REFERENDUM: MENGKAJI DAN MENJENAMA SEMULA NAMA JAWATAN ‘PENOLONG PEGAWAI PERUBATAN’ KEPADA SATU NAMA YANG LEBIH SIGNIFIKAN
Wed Oct 24, 2012 1:32 am by anak pisang

Similar topics
Affiliates














Follow us on Twitter


 



Share | 
 

 INFLUENZA A (H1N1) Cases Updated....

View previous topic View next topic Go down 
Go to page : Previous  1, 2, 3, 4, 5
AuthorMessage
enjoy
New Forumer


Leo Snake
Posts : 11
Points : 9
Reputation : 0
Join date : 2009-08-19
Age : 39
Location : leembunkz

Health Status
Health Points: 1

PostSubject: Re: INFLUENZA A (H1N1) Cases Updated....   Fri Sep 18, 2009 10:30 am

tq 4 the info................

PPP sekalian sila sediakan "life jacket" untuk menghadapi gelombang kedua H1N1...........

selamat bercuti dan selamat hari raya untuk member2 yg menyambut hari raya

selamat bertugas untuk member2 yg tak dapat bercuti.............
Back to top Go down
enjoy
New Forumer


Leo Snake
Posts : 11
Points : 9
Reputation : 0
Join date : 2009-08-19
Age : 39
Location : leembunkz

Health Status
Health Points: 1

PostSubject: Re: INFLUENZA A (H1N1) Cases Updated....   Fri Sep 18, 2009 10:32 am

tq 4 the info................

PPP sekalian sila sediakan "life jacket" untuk menghadapi gelombang kedua H1N1...........

selamat bercuti dan selamat hari raya untuk member2 yg menyambut hari raya

selamat bertugas untuk member2 yg tak dapat bercuti.............
Back to top Go down
Jay Amarda
Moderator
Moderator


Libra Dragon
Posts : 631
Points : 724
Reputation : 7
Join date : 2009-04-27
Age : 40
Location : KUCHING SARAWAK

Health Status
Health Points: 1

PostSubject: Re: INFLUENZA A (H1N1) Cases Updated....   Tue Sep 22, 2009 3:47 pm

Situasi Semasa Pandemik (H1N1) 2009 Dan Tindakan Kementerian Kesihatan Malaysia
22 September 2009


Pada hari ini, berdasarkan laporan daripada 74 hospital termasuk 10 hospital swasta yang ada merawat kes influenza-like illness (ILI), terdapat sejumlah 587 kes ILI yang sedang dirawat sebagai pesakit dalam. Daripada jumlah tersebut hanya 169 pesakit atau 29% merupakan kes H1N1 yang disahkan melalui ujian makmal.

Daripada jumlah pesakit H1N1 yang sedang dirawat di hospital, seramai 28 kes atau 17% adalah di Unit Rawatan Rapi (ICU). Untuk makluman, seramai 26 atau 93% kes H1N1 yang sedang dirawat di ICU mempunyai faktor risiko iaitu seperti berikut, kanak-kanak bawah 5 tahun (9), penyakit kronik (5), obesiti (6), penyakit respiratori kronik (4) dan hamil (2).

Tiada kematian H1N1 didaftarkan hari ini di Malaysia. Di peringkat global, laporan terkini dari Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO), adalah yang bertarikh 18 September, 2009 yang memaklumkan bahawa jumlah kes H1N1 keseluruhan dunia melebihi 296,471 dengan kematian sekurang-kurangnya 3,486 kes.

Penularan penyakit berjangkit influenza A(H1N1) dalam komuniti adalah masih aktif. Kita 1 Malaysia perlu sentiasa berwaspada dan jangan lupa untuk terus bersama mencegah penularan H1N1 dalam komuniti. Berikut adalah amalan bijak yang boleh mencegah atau mengawal penularan H1N1 semasa musim perayaan ini.

Mereka yang bersimptom ILI hendaklah segera mendapatkan rawatan di klinik terdekat. Semasa berehat di rumah hendaklah sentiasa mengamalkan kebersihan membasuh tangan terutama selepas batuk dan bersin. Perlu memakai mask atau topeng muka bila bergaul rapat dengan individu sihat.

Elakkan pergaulan rapat dengan individu yang ada simptom ILI, dengan berada pada jarak tidak kurang daripada 1 meter. Amalkan mencuci tangan secara kerap selepas bersalam-salaman sama ada menggunakan sabun dan air atau hand sanitizer. Sebaik-baiknya bawa bersama hand sanitizer semasa mengunjungi rumah terbuka.

Amalkan kesihatan yang baik dengan minum air yang secukupnya, juga rehat dan tidur yang secukupnya serta memakan makanan yang seimbang dan berkhasiat.

Sediakan kemudahan membersih tangan serta tempat membuang sampah semasa mengadakan majlis jamuan raya atau rumah terbuka.

Langah terbaik bagi mereka yang sedang mengalami gejala Influenza-Like Illness(ILI), dan selepas mendapatkan rawatan segera daripada doktor, adalah rehat di rumah dan mengurangkan pergaulan rapat dengan lain-lain ahli keluarga yang lain sehinggalah bebas daripada semua simptom ILI. Ini kerana selagi mereka bersimptom batuk atau cairan bersin mereka mempunyai virus H1N1 yang boleh memudaratkan kepada individu yang rapat dengannya. Atas sebab inilah juga mereka sentiasa disarankan untuk mengamalkan adab batuk dan bersin yang betul, iaitu menutup mulut dan hidung ketika batuk atau bersin.

Sentiasa mendapat maklumat serta perkembangan terkini jangkitan influenza A(H1N1) daripada laman web Kementerian Kesihatan Malaysia iaitu http://www.moh.gov.my atau http://h1n1.moh.gov.my. Sebarang pertanyaan atau masalah boleh di ajukan melalui panggilan telefon ke talian hotline 03-88810200 atau 03-88810300 yang beroperasi antara jam 8.00 pagi hingga 5.30 petang. Pertanyaan juga boleh diajukan melalui email cprc_h1n1@moh.gov.my.
Kepada pengusaha pasar raya, pusat membeli-belah serta perkhidmatan pengangkutan awam adalah diminta untuk sentiasa menyediakan kemudahan mencuci tangan yang secukupnya. Kebersihan hendaklah dijaga dengan baik dan berterusan termasuk kebersihan kemudahan tandas. Kemudahan membuang sampah yang mencukupi dan terurus hendaklah disediakan bagi memudahkan orang awam membuang tisu-tisu yang digunakan semasa batuk atau bersin.

Sekian, terima kasih.

(TAN SRI DATO’ SERI DR. HJ. MOHD. ISMAIL BIN MERICAN)
Ketua Pengarah Kesihatan Malaysia

22 September 2009

_________________
Audio Technician/Project Co-Ordinator
KABAN
Very Happy Pesaka Pemerindang Event Management(PPEvenTM) Very Happy
Back to top Go down
http://panggaupengidupanakiban.blogspot.com/
Jay Amarda
Moderator
Moderator


Libra Dragon
Posts : 631
Points : 724
Reputation : 7
Join date : 2009-04-27
Age : 40
Location : KUCHING SARAWAK

Health Status
Health Points: 1

PostSubject: Re: INFLUENZA A (H1N1) Cases Updated....   Wed Sep 23, 2009 8:18 pm

Situasi semasa Influenza A(H1N1)
(Setakat 23 September 2009, jam 9.00 pagi)


Kes Kematian : Tiada
Jumlah Kematian : 77


Pada hari ini, sejumlah 96 pesakit baru dengan gejala influenza-like illness (ILI) telah dimasukkan ke hospital untuk rawatan dan dalam masa yang sama sejumlah 65 kes telah didiscaj. Ini menjadikan baki kes ILI yang sedang dirawat di buah 70 hospital termasuk 8 hospital swasta di seluruh negara adalah seramai 618 orang. Daripada jumlah kes ILI yang sedang dirawat, hanya 177 pesakit atau 29% merupakan kes H1N1 yang disahkan melalui ujian makmal.

Daripada jumlah pesakit H1N1 yang sedang dirawat di hospital, seramai 26 kes atau 15% adalah di Unit Rawatan Rapi (ICU). Terdapat 2 kemasukan kes baru dan 4 kes discaj hari ini. Untuk makluman, seramai 24 atau 92% kes H1N1 yang sedang dirawat di ICU mempunyai faktor risiko iaitu seperti berikut, kanak-kanak bawah 5 tahun (Cool, penyakit kronik (4), obesiti (6), penyakit respiratori kronik (5) dan warga emas keatas 65 tahun (1).

Tiada kematian H1N1 didaftarkan hari ini di Malaysia. Di peringkat global, laporan terkini dari Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO), adalah yang bertarikh 18 September, 2009 yang memaklumkan bahawa jumlah kes H1N1 keseluruhan dunia melebihi 296,471 dengan kematian sekurang-kurangnya 3,486 kes.

Penularan penyakit berjangkit influenza A(H1N1) dalam komuniti adalah masih aktif. Kita 1 Malaysia perlu sentiasa berwaspada dan jangan lupa untuk terus bersama mencegah penularan H1N1 dalam komuniti. Berikut adalah amalan bijak yang boleh mencegah atau mengawal penularan H1N1 semasa musim perayaan ini.

1. Mereka yang bersimptom ILI hendaklah segera mendapatkan rawatan di klinik terdekat. Semasa berehat di rumah hendaklah sentiasa mengamalkan kebersihan membasuh tangan terutama selepas batuk dan bersin. Perlu memakai mask atau topeng muka bila bergaul rapat dengan individu sihat.

2. Elakkan pergaulan rapat dengan individu yang ada simptom ILI, dengan berada pada jarak tidak kurang daripada 1 meter. Amalkan mencuci tangan secara kerap selepas bersalam-salaman sama ada menggunakan sabun dan air atau hand sanitizer. Sebaik-baiknya bawa bersama hand sanitizer semasa mengunjungi rumah terbuka.

3. Amalkan kesihatan yang baik dengan minum air yang secukupnya, juga rehat dan tidur yang secukupnya serta memakan makanan yang seimbang dan berkhasiat.

4. Sediakan kemudahan membersih tangan serta tempat membuang sampah semasa mengadakan majlis jamuan raya atau rumah terbuka.

5. Langah terbaik bagi mereka yang sedang mengalami gejala Influenza-Like Illness(ILI), dan selepas mendapatkan rawatan segera daripada doktor, adalah rehat di rumah dan mengurangkan pergaulan rapat dengan lain-lain ahli keluarga yang lain sehinggalah bebas daripada semua simptom ILI. Ini kerana selagi mereka bersimptom batuk atau cairan bersin mereka mempunyai virus H1N1 yang boleh memudaratkan kepada individu yang rapat dengannya. Atas sebab inilah juga mereka sentiasa disarankan untuk mengamalkan adab batuk dan bersin yang betul, iaitu menutup mulut dan hidung ketika batuk atau bersin.

6. Sentiasa mendapat maklumat serta perkembangan terkini jangkitan influenza A(H1N1) daripada laman web Kementerian Kesihatan Malaysia iaitu http://www.moh.gov.my atau http://h1n1.moh.gov.my. Sebarang pertanyaan atau masalah boleh di ajukan melalui panggilan telefon ke talian hotline 03-88810200 atau 03-88810300 yang beroperasi antara jam 8.00 pagi hingga 5.30 petang. Pertanyaan juga boleh diajukan melalui email cprc_h1n1@moh.gov.my.

Kepada pengusaha pasar raya, pusat membeli-belah serta perkhidmatan pengangkutan awam adalah diminta untuk sentiasa menyediakan kemudahan mencuci tangan yang secukupnya. Kebersihan hendaklah dijaga dengan baik dan berterusan termasuk kebersihan kemudahan tandas. Kemudahan membuang sampah yang mencukupi dan terurus hendaklah disediakan bagi memudahkan orang awam membuang tisu-tisu yang digunakan semasa batuk atau bersin.

Sekian, terima kasih.

(TAN SRI DATO’ SERI DR. HJ. MOHD. ISMAIL BIN MERICAN)
Ketua Pengarah Kesihatan Malaysia

23 September 2009

_________________
Audio Technician/Project Co-Ordinator
KABAN
Very Happy Pesaka Pemerindang Event Management(PPEvenTM) Very Happy
Back to top Go down
http://panggaupengidupanakiban.blogspot.com/
Jay Amarda
Moderator
Moderator


Libra Dragon
Posts : 631
Points : 724
Reputation : 7
Join date : 2009-04-27
Age : 40
Location : KUCHING SARAWAK

Health Status
Health Points: 1

PostSubject: Re: INFLUENZA A (H1N1) Cases Updated....   Fri Sep 25, 2009 12:40 am

Situasi semasa Influenza A(H1N1)
(Setakat 24 September 2009, jam 9.00 pagi)

Kes Kematian : Tiada
Jumlah Kematian : 77


Pada hari ini, sejumlah 192 pesakit baru dengan gejala influenza-like illness (ILI) telah dimasukkan ke hospital untuk rawatan dan dalam masa yang sama sejumlah 163 kes telah didiscaj. Ini menjadikan baki kes ILI yang sedang dirawat di 80 buah hospital termasuk 11 hospital swasta di seluruh negara adalah seramai 677 orang. Daripada jumlah kes ILI yang sedang dirawat, hanya 150 pesakit atau 22% merupakan kes H1N1 yang disahkan melalui ujian makmal.

Daripada jumlah pesakit H1N1 yang sedang dirawat di hospital, seramai 25 kes atau 17% adalah di Unit Rawatan Rapi (ICU). Terdapat 2 kemasukan kes baru dan 3 kes discaj hari ini. Untuk makluman, seramai 23 atau 92% kes H1N1 yang sedang dirawat di ICU mempunyai faktor risiko iaitu seperti berikut, kanak-kanak bawah 5 tahun (Cool, penyakit kronik (5), obesiti (5), penyakit respiratori kronik (3), hamil (1) dan warga emas keatas 65 tahun (1).

Tiada kematian H1N1 didaftarkan hari ini di Malaysia. Di peringkat global, laporan terkini dari Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO), adalah yang bertarikh 18 September, 2009 yang memaklumkan bahawa jumlah kes H1N1 keseluruhan dunia melebihi 296,471 dengan kematian sekurang-kurangnya 3,486 kes.

Penularan penyakit berjangkit influenza A(H1N1) dalam komuniti adalah masih aktif. Orang ramai yang kembali dari kampung dinasihatkan supaya:

1. Sekiranya mempunyai simptom ILI, sila dapatkan rawatan doktor dengan segera.

2. Bagi mereka yang mempunyai simptom ILI, selepas dinasihatkan berehat dirumah oleh doktor, sila patuhi nasihat tersebut sehingga bebas daripada simptom ILI, ini termasuklah untuk tidak ke tempat kerja, sekolah atau tempat awam.

3. Terus mengamalkan kebersihan diri, amalan mencuci tangan secara kerap terutama selepas batuk atau bersin dan juga mengamalkan adab batuk

4. Elakkan pergaulan rapat dengan mereka yang mempunyai simptom ILI (jarakkan kedudukan anda sekurang-kurangnya 1 meter).

5. Amalkan gaya hidup sihat, rehat yang cukup, minum air seperti yang disarankan dan pemakanan seimbang.

6. Sentiasa mengambil tahu perkembangan terkini mengenai wabak influenza A(H1N1) dan langkah-langkah pencegahan dan kawalan yang disyorkan oleh KKM

Maklumat serta perkembangan terkini jangkitan influenza A(H1N1) boleh didapati daripada laman web Kementerian Kesihatan Malaysia iaitu http://www.moh.gov.my atau http://h1n1.moh.gov.my. Sebarang pertanyaan atau masalah boleh diajukan melalui panggilan telefon ke talian hotline 03-88810200 atau 03-88810300 yang beroperasi antara jam 8.00 pagi hingga 5.30 petang. Pertanyaan juga boleh diajukan melalui email cprc_h1n1@moh.gov.my.

Sekian, terima kasih.

(TAN SRI DATO’ SERI DR. HJ. MOHD. ISMAIL BIN MERICAN)
Ketua Pengarah Kesihatan Malaysia

24 September 2009

_________________
Audio Technician/Project Co-Ordinator
KABAN
Very Happy Pesaka Pemerindang Event Management(PPEvenTM) Very Happy
Back to top Go down
http://panggaupengidupanakiban.blogspot.com/
Jay Amarda
Moderator
Moderator


Libra Dragon
Posts : 631
Points : 724
Reputation : 7
Join date : 2009-04-27
Age : 40
Location : KUCHING SARAWAK

Health Status
Health Points: 1

PostSubject: Re: INFLUENZA A (H1N1) Cases Updated....   Sat Sep 26, 2009 3:51 pm

Situasi semasa Influenza A(H1N1)
(Setakat 26 September 2009, jam 9.00 pagi


Kes Kematian : Tiada
Jumlah Kematian : 77


Pada hari ini, seramai 282 pesakit baru dengan gejala influenza-like illness (ILI) telah dimasukkan ke hospital untuk rawatan dan 130 kes telah didiscaj. Ini menjadikan baki sebanyak 856 kes ILI yang sedang dirawat di 95 buah hospital termasuk 10 hospital swasta di seluruh negara. Daripada jumlah kes ILI yang sedang dirawat, hanya 178 pesakit atau 21% merupakan kes H1N1 disahkan melalui ujian makmal.

Daripada jumlah pesakit H1N1 yang menerima rawatan di hospital, sebanyak 19 kes atau 11% sedang dirawat di Unit Rawatan Rapi (ICU). Terdapat satu (1) kemasukan kes baru ke Unit Rawatan Rapi dan 3 kes discaj hari ini. Untuk makluman, seramai 17 atau 90% yang disahkan positif influenza A(H1N1) dan sedang dirawat di ICU mempunyai faktor risiko seperti berikut; kanak-kanak bawah 5 tahun (Cool, obesiti (4), penyakit kronik (3) dan penyakit respiratori kronik (2).

Tiada kematian H1N1 didaftarkan hari ini di Malaysia.

Dimaklumkan penularan penyakit berjangkit influenza A(H1N1) dalam komuniti adalah masih aktif. Oleh itu, orang ramai dinasihatkan supaya:

Bagi mereka yang mempunyai simptom ILI, selepas dinasihatkan berehat dirumah oleh doktor, sila patuhi nasihat tersebut sehingga bebas daripada simptom ILI, ini termasuklah untuk tidak ke tempat kerja, sekolah atau tempat awam. Jika terpaksa pergi ke tempat-tempat awam, mereka hendaklah memakai penutup mulut dan hidung serta mengurangkan masa kunjungan ke tempat tersebut.

Orang ramai dinasihatkan supaya terus mengamalkan kebersihan diri, amalan mencuci tangan secara kerap terutama selepas batuk atau bersin dan juga mengamalkan adab batuk.

Elakkan pergaulan rapat dengan mereka yang mempunyai simptom ILI (jarakkan kedudukan anda sekurang-kurangnya 1 meter).

Bagi individu-individu yang mempunyai faktor risiko seperti wanita mengandung, pengidap asma, penyakit paru-paru yang kronik, diabetes dan golongan dengan imuniti yang rendah adalah digalakkan memakai penutup mulut dan hidung walaupun tiada simptom influenza-like illness (ILI) apabila berada di tempat awam yang sesak bagi mengelakkan mereka mendapat jangkitan. Walau bagaimanapun mereka mesti mendapatkan rawatan dengan SEGERA apabila mengalami sebarang simptom ILI.

Amalkan gaya hidup sihat, rehat yang cukup, minum air seperti yang disarankan dan pemakanan seimbang.

Sentiasa mengambil tahu perkembangan terkini mengenai wabak influenza A(H1N1) dan langkah-langkah pencegahan dan kawalan yang disyorkan oleh KKM.
Maklumat serta perkembangan terkini jangkitan influenza A(H1N1) boleh didapati daripada laman web Kementerian Kesihatan Malaysia iaitu http://www.moh.gov.my atau http://h1n1.moh.gov.my. Sebarang pertanyaan atau masalah boleh diajukan melalui panggilan telefon ke talian hotline 03-88810200 atau 03-88810300 yang beroperasi antara jam 8.00 pagi hingga 5.30 petang. Pertanyaan juga boleh diajukan melalui email cprc_h1n1@moh.gov.my.

Sekian, terima kasih.

(TAN SRI DATO’ SERI DR. HJ. MOHD. ISMAIL BIN MERICAN)
Ketua Pengarah Kesihatan Malaysia

26 September 2009

_________________
Audio Technician/Project Co-Ordinator
KABAN
Very Happy Pesaka Pemerindang Event Management(PPEvenTM) Very Happy
Back to top Go down
http://panggaupengidupanakiban.blogspot.com/
Jay Amarda
Moderator
Moderator


Libra Dragon
Posts : 631
Points : 724
Reputation : 7
Join date : 2009-04-27
Age : 40
Location : KUCHING SARAWAK

Health Status
Health Points: 1

PostSubject: Re: INFLUENZA A (H1N1) Cases Updated....   Tue Sep 29, 2009 12:30 am

Situasi Semasa Pandemik (H1N1) 2009 Dan Tindakan Kementerian Kesihatan Malaysia
28 September 2009



Kes Kematian : Tiada
Jumlah Kematian : 77


Pada hari ini, seramai 40 pesakit baru dengan gejala influenza-like illness (ILI) telah dimasukkan ke hospital untuk rawatan dan 97 kes telah didiscaj. Ini menjadikan baki sebanyak 704 kes ILI yang sedang dirawat di 86 buah hospital termasuk 5 hospital swasta di seluruh negara. Daripada jumlah kes ILI yang sedang dirawat, hanya 113 pesakit atau 16% merupakan kes influenza A (H1N1) disahkan melalui ujian makmal.

Daripada jumlah pesakit influenza A (H1N1) yang menerima rawatan di hospital, sebanyak 17 kes atau 15% sedang dirawat di Unit Rawatan Rapi (ICU). Tiada kemasukan kes baru ke Unit Rawatan Rapi dan dua (2) kes discaj hari ini. Untuk makluman, kesemua kes disahkan positif influenza A(H1N1) dan sedang dirawat di ICU mempunyai faktor risiko seperti berikut; kanak-kanak bawah 5 tahun (7), obesiti (4), penyakit kronik (3) dan penyakit respiratori kronik (2).

Tiada kematian influenza A (H1N1) didaftarkan hari ini di Malaysia. Namun begitu, penularan penyakit influenza A(H1N1) dalam komuniti adalah masih aktif. Oleh itu, orang ramai disarankan agar mematuhi nasihat-nasihat berikut:

1. Hari ini adalah hari pertama persekolahan setelah seminggu bercuti sempena perayaan Hari Raya Aidil Fitri. Ibu bapa diminta hanya menghantar anak mereka yang sihat ke sekolah. Manakala bagi pelajar-pelajar yang mengalami simptom seperti demam atau batuk mesti mendapatkan rawatan segera. Sekiranya dinasihati berehat di rumah oleh doktor, sila patuhi nasihat tersebut sehingga bebas daripada simptom ILI, ini termasuklah untuk tidak ke sekolah atau tempat awam, termasuk kelas tuisyen. Namun begitu, ibu bapa perlu SEGERA membawa anak untuk mendapatkan rawatan di hospital jika mereka mengalami simptom berikut:

1. Masalah pernafasan: sesak nafas, semput, warna bibir bertukar menjadi biru/ungu

2. Batuk berdarah atau kahak berdarah

3. Sakit dada berterusan

4. Cirit-birit atau muntah yang kerap

5. Demam berterusan melebihi 3 hari ataupun demam berulang selepas tiga hari pulih

6. Berkelakuan tidak normal, keliru, kurang responsif kepada rangsangan atau sawan

7. Rasa pening apabila berdiri

8. Kurang kencing

2. Sementara itu pihak sekolah terutamanya guru-guru mesti terus memeriksa semua pelajar sebelum masuk ke kelas dan memastikan hanya pelajar-pelajar yang sihat sahaja menghadiri kelas. Pelajar-pelajar yang didapati tidak sihat perlu dihantar pulang atau ke klinik untuk rawatan.

3. Masyarakat terutama mereka yang mempunyai simptom ILI digalakkan terus memakai topeng mulut dan hidung ketika berada di kawasan/tempat yang mempunyai ramai orang untuk mengelakkan menjangkiti orang lain. Mereka perlu menutup mulut dan hidung dengan tisu setiap kali batuk dan bersin. Tisu yang telah digunakan mestilah dibuangkan ke dalam tong sampah, dan segera membasuh tangan.

4. Bagi mereka yang sihat, terutamanya individu-individu yang berisiko tinggi untuk mendapatkan jangkitan yang teruk atau komplikasi seperti wanita mengandung, pengidap asma, penyakit paru-paru yang kronik, diabetes dan golongan dengan imuniti yang rendah, elakkan pergaulan rapat dengan mereka yang mempunyai simptom ILI. Jika ini tidak dapat dielakkan, amalkan social distancing (menjarakkan kedudukan sekurang-kurangnya 1 meter dengan individu tersebut) apabila berurusan. Mereka juga perlu mengamalkan membasuh tangan sebelum menyentuh diri sendiri, terutamanya di bahagian muka, selepas bersalaman.

5. Individu-individu yang berisiko tinggi mesti mendapatkan RAWATAN dengan SEGERA apabila mengalami sebarang simptom ILI.

6. Amalkan gaya hidup sihat, rehat dan tidur yang cukup, minum air secukupnya dan amalkan pemakanan yang sihat.

Maklumat serta perkembangan terkini jangkitan influenza A(H1N1) boleh didapati daripada laman web Kementerian Kesihatan Malaysia iaitu http://www.moh.gov.my atau http://h1n1.moh.gov.my. Sebarang pertanyaan atau masalah boleh diajukan melalui panggilan telefon ke talian hotline 03-88810200 atau 03-88810300 yang beroperasi antara jam 8.00 pagi hingga 5.3s0 petang. Pertanyaan juga boleh diajukan melalui email cprc_h1n1@moh.gov.my.

Sekian, terima kasih.

(TAN SRI DATO’ SERI DR. HJ. MOHD. ISMAIL BIN MERICAN)
Ketua Pengarah Kesihatan Malaysia

28 September 2009

_________________
Audio Technician/Project Co-Ordinator
KABAN
Very Happy Pesaka Pemerindang Event Management(PPEvenTM) Very Happy
Back to top Go down
http://panggaupengidupanakiban.blogspot.com/
Jay Amarda
Moderator
Moderator


Libra Dragon
Posts : 631
Points : 724
Reputation : 7
Join date : 2009-04-27
Age : 40
Location : KUCHING SARAWAK

Health Status
Health Points: 1

PostSubject: Re: INFLUENZA A (H1N1) Cases Updated....   Wed Sep 30, 2009 12:24 am

Situasi semasa Influenza A(H1N1)
(Setakat 29 September 2009, jam 9.00 pagi)


Kes Kematian : Tiada
Jumlah Kematian : 77


Pada hari ini, seramai 324 pesakit baru dengan gejala influenza-like illness (ILI) telah dimasukkan ke hospital untuk rawatan dan 132 kes telah didiscaj. Jumlah semasa kes ILI yang dirawat di seluruhan negara sehingga hari ini adalah sebanyak 896 iaitu di 81 buah hospital (termasuk 6 hospital swasta) . Daripada jumlah kes ILI yang sedang dirawat, hanya 137 pesakit atau 15.3% merupakan kes influenza A (H1N1) disahkan melalui ujian makmal.

Daripada jumlah pesakit influenza A (H1N1) yang menerima rawatan di hospital, sebanyak 18 kes atau 13.1% sedang dirawat di Unit Rawatan Rapi (ICU). Terdapat dua (2) kemasukan kes baru ke Unit Rawatan Rapi dan satu (1) kes discaj hari ini. Untuk makluman, kesemua kes disahkan positif influenza A(H1N1) dan enam belas (16) darinya mempunyai faktor risiko seperti berikut; kanak-kanak bawah 5 tahun (7), obesiti (4), penyakit kronik (3) dan penyakit respiratori kronik (2).

Tiada kematian influenza A (H1N1) didaftarkan hari ini di Malaysia.

Walaubagaimanapun, KKM ingin memaklumkan kepada orang ramai bahawa penularan penyakit influenza A(H1N1) dalam komuniti buat masa ini masih aktif. Oleh itu, orang ramai disarankan agar terus mematuhi nasihat-nasihat berikut:

1. Bersempena dengan suasana Aidilfitri yang masih disambut dan diraikan, orang ramai yang bercadang untuk mengadakan dan menghadiri jamuan rumah terbuka adalah dinasihatkan menyediakan tempat kemudahan membasuh atau membersih tangan di samping menjaga kebersihan persekitaran dan juga menyediakan tempat bagi membuang sampah yang mencukupi untuk membantu membendung penularan H1N1.

2. Orang ramai digalakkan membawa kit H1N1 (topeng mulut dan hidung, tisu dan sanitizer) di mana-mana sahaja berada termasuk ketika berkunjung ke jamuan rumah terbuka, menaiki kenderaan awam atau berhari raya di rumah sanak-saudara dan rakan.

3. Orang ramai juga dinasihatkan untuk sentiasa mengamalkan kebersihan diri khususnya mencuci tangan sekerap mungkin dan menggunakan tisu apabila batuk dan bersin serta memastikan tisu yang digunakan dibuang ke dalam tong sampah.

4. Individu yang mempunyai gejala selsema digesa tidak pergi ke tempat sesak seperti menggunakan pengangkutan awam dan rumah terbuka. Sekiranya terpaksa berada di tempat tersebut, pastikan sentiasa memakai topeng mulut dan hidung, mengamalkan kebersihan tangan serta membuang tisu dan topeng mulut dan hidung yang telah digunakan ke dalam tong sampah.

5. Selain dari permulaan persekolahan, orang ramai juga telah mula menjalankan tugas seperti biasa setelah lama bercuti sempena perayaan Hari Raya Aidilfitri. Seperti yang telah dinasihatkan sebelum ini, mereka yang mengalami simptom seperti demam atau batuk mesti mendapatkan rawatan segera. Sekiranya dinasihati berehat di rumah oleh doktor, sila patuhi nasihat tersebut sehingga bebas daripada simptom ILI, ini termasuklah untuk tidak ke tempat kerja atau tempat awam. Namun begitu, mereka perlu SEGERA mendapatkan rawatan di hospital jika mereka mengalami simptom berikut:

1. Masalah pernafasan: sesak nafas, semput, warna bibir bertukar menjadi biru/ungu

2. Batuk berdarah atau kahak berdarah

3. Sakit dada berterusan

4. Cirit-birit atau muntah yang kerap

5. Demam berterusan melebihi 3 hari ataupun demam berulang selepas tiga hari pulih

6. Berkelakuan tidak normal, keliru, kurang responsif kepada rangsangan atau sawan

7. Rasa pening apabila berdiri

8. Kurang kencing

6. Sementara itu pihak pengurusan atau pentadbiran mesti terus memastikan agar pekerja mereka yang sihat sahaja menjalankan tugas. Pekerja yang didapati tidak sihat perlu diarahkan segera ke klinik untuk rawatan.

7. Masyarakat terutama mereka yang mempunyai simptom ILI digalakkan terus memakai topeng mulut dan hidung ketika berada di kawasan/tempat yang mempunyai ramai orang untuk mengelakkan menjangkiti orang lain. Mereka perlu menutup mulut dan hidung dengan tisu setiap kali batuk dan bersin. Tisu yang telah digunakan mestilah dibuangkan ke dalam tong sampah, dan segera membasuh tangan.

8. Bagi mereka yang sihat, terutamanya individu-individu yang berisiko tinggi untuk mendapatkan jangkitan yang teruk atau komplikasi seperti wanita mengandung, pengidap asma, penyakit paru-paru yang kronik, diabetes dan golongan dengan imuniti yang rendah, elakkan pergaulan rapat dengan mereka yang mempunyai simptom ILI. Jika ini tidak dapat dielakkan, amalkan social distancing (menjarakkan kedudukan sekurang-kurangnya 1 meter dengan individu tersebut) apabila berurusan. Mereka juga perlu mengamalkan membasuh tangan sebelum menyentuh diri sendiri, terutamanya di bahagian muka, selepas bersalaman. Mereka juga adalah disarankan sentiasa membawa bersama bahan pencuci (sanitizer) dan tisu.

9. Individu-individu yang berisiko tinggi mesti mendapatkan RAWATAN dengan SEGERA apabila mengalami sebarang simptom ILI.

10. Amalkan gaya hidup sihat, rehat dan tidur yang cukup, minum air secukupnya dan amalkan pemakanan yang sihat.

Maklumat serta perkembangan terkini jangkitan influenza A(H1N1) boleh didapati daripada laman web Kementerian Kesihatan Malaysia iaitu http://www.moh.gov.my atau http://h1n1.moh.gov.my. Sebarang pertanyaan atau masalah boleh diajukan melalui panggilan telefon ke talian hotline 03-88810200 atau 03-88810300 yang beroperasi antara jam 8.00 pagi hingga 5.30 petang. Pertanyaan juga boleh diajukan melalui email cprc_h1n1@moh.gov.my.

Sekian, terima kasih.

(TAN SRI DATO’ SERI DR. HJ. MOHD. ISMAIL BIN MERICAN)
Ketua Pengarah Kesihatan Malaysia

29 September 2009

_________________
Audio Technician/Project Co-Ordinator
KABAN
Very Happy Pesaka Pemerindang Event Management(PPEvenTM) Very Happy
Back to top Go down
http://panggaupengidupanakiban.blogspot.com/
anak pisang
VVIP Forumer
VVIP Forumer


Taurus Rooster
Posts : 642
Points : 637
Reputation : 2
Join date : 2009-05-21
Age : 35
Location : HQ

Health Status
Health Points: 1

PostSubject: Re: INFLUENZA A (H1N1) Cases Updated....   Wed Sep 30, 2009 1:42 am

hati sedih ada masuk ka jay
Back to top Go down
Jay Amarda
Moderator
Moderator


Libra Dragon
Posts : 631
Points : 724
Reputation : 7
Join date : 2009-04-27
Age : 40
Location : KUCHING SARAWAK

Health Status
Health Points: 1

PostSubject: Re: INFLUENZA A (H1N1) Cases Updated....   Thu Oct 01, 2009 6:16 pm

Situasi semasa Influenza A(H1N1)
(Setakat 1 Oktober 2009, jam 9.00 pagi)


Kes Kematian : Tiada
Jumlah Kematian : 77


Pada hari ini seramai 110 pesakit baru dengan gejala influenza-like illness (ILI) telah dimasukkan ke hospital untuk rawatan dan 157 kes telah didiscaj. Jumlah semasa kes ILI yang dirawat di seluruh negara sehingga hari ini adalah sebanyak 843 iaitu di 95 buah hospital termasuk 10 hospital swasta. Daripada jumlah kes ILI yang sedang dirawat, hanya 70 pesakit atau 8% merupakan kes influenza A (H1N1) disahkan melalui ujian makmal.

Daripada jumlah pesakit influenza A (H1N1) yang menerima rawatan di hospital, sebanyak 17 kes atau 24% sedang dirawat di Unit Rawatan Rapi (ICU). Terdapat 1 kemasukan kes baru ke Unit Rawatan Rapi dan 2 kes discaj hari ini. Untuk makluman, 16 daripada 17 kes yang dirawat di ICU mempunyai faktor risiko seperti berikut; kanak-kanak bawah 5 tahun (5), obesiti (4), penyakit kronik (6) dan penyakit respiratori kronik (1).

Tiada kematian akibat Inflenza A (H1N1) didaftarkan hari ini di Malaysia. Jumlah kematian masih kekal 77 orang.

Kementerian Kesihatan ingin menegaskan, walaupun terdapat pengurangan kes sejak kebelakangan ini, namun penularan penyakit influenza A(H1N1) dalam komuniti adalah masih aktif. Keadaan ini turut berlaku di peringkat global sepertimana laporan WHO yang menyatakan sehingga kini, terdapat lebih daripada 300,000 kes yang disahkan positif di 191 buah negara dengan 3917 kematian didaftarkan.

Di dalam suasana menyambut Aidilfitri dan sebagai meraikan sambutan ini, terdapat banyak majlis rumah terbuka dan jamuan diadakan. Suasana semasa majlis rumah terbuka dan jamuan adalah sesak dengan orang ramai dan dikuatiri penyebaran virus mudah berlaku. Oleh itu orang ramai yang ingin mengunjungi majlis rumah terbuka dan jamuan dinasihatkan mengambil langkah-langkah pencegahan seperti di bawah:

1. Menyediakan tempat kemudahan membasuh atau membersih tangan di samping menjaga kebersihan persekitaran dan juga menyediakan tempat bagi membuang sampah yang mencukupi untuk membantu membendung penularan H1N1.

2. Membawa kit H1N1 (topeng mulut dan hidung, tisu dan sanitizer) di mana-mana sahaja berada termasuk ketika berkunjung ke jamuan rumah terbuka, menaiki kenderaan awam atau berhari raya di rumah sanak-saudara dan rakan.

3. Individu yang mempunyai gejala selesema disarankan tidak berkunjung ke tempat sesak seperti menggunakan pengangkutan awam dan rumah terbuka. Sekiranya terpaksa berada di tempat tersebut, pastikan sentiasa memakai topeng mulut dan hidung, mengamalkan kebersihan tangan serta membuang tisu dan topeng mulut dan hidung yang telah digunakan ke dalam tong sampah.

4. Sekiranya mengalami simptom seperti demam atau batuk hendaklah mendapatkan rawatan segera. Orang awam dinasihati berehat di rumah dan patuhi nasihat doktor.

5. Bagi mereka yang sihat, terutamanya individu-individu yang berisiko tinggi untuk mendapatkan jangkitan yang teruk atau komplikasi seperti wanita mengandung, pengidap asma, penyakit paru-paru yang kronik, diabetes dan golongan dengan imuniti yang rendah, elakkan pergaulan rapat dengan mereka yang mempunyai simptom ILI. Jika ini tidak dapat dielakkan, amalkan social distancing (menjarakkan kedudukan sekurang-kurangnya 1 meter dengan individu tersebut) apabila berurusan. Mereka juga perlu mengamalkan membasuh tangan sebelum menyentuh diri sendiri, terutamanya di bahagian muka, selepas bersalaman. Mereka juga adalah disarankan sentiasa membawa bersama bahan pencuci (sanitizer) dan tisu.

6. Individu-individu yang berisiko tinggi mesti mendapatkan RAWATAN dengan SEGERA apabila mengalami sebarang simptom ILI.

7. Amalkan gaya hidup sihat, rehat dan tidur yang cukup, minum air secukupnya dan amalkan pemakanan yang sihat.

Maklumat serta perkembangan terkini jangkitan influenza A(H1N1) boleh diperoleh melalui talian hotline 03-88810200 atau 03-88810300 dari pukul 8.00 pagi hingga 5.30 petang, melalui e-mel di cprc_h1n1@moh.gov.my serta laman web Kementerian Kesihatan iaitu di http://www.moh.gov.my atau http://h1n1.moh.gov.my .

Sekian, terima kasih.

(TAN SRI DATO’ SERI DR. HJ. MOHD. ISMAIL BIN MERICAN)
Ketua Pengarah Kesihatan Malaysia

1 Oktober 2009

_________________
Audio Technician/Project Co-Ordinator
KABAN
Very Happy Pesaka Pemerindang Event Management(PPEvenTM) Very Happy
Back to top Go down
http://panggaupengidupanakiban.blogspot.com/
Jay Amarda
Moderator
Moderator


Libra Dragon
Posts : 631
Points : 724
Reputation : 7
Join date : 2009-04-27
Age : 40
Location : KUCHING SARAWAK

Health Status
Health Points: 1

PostSubject: Re: INFLUENZA A (H1N1) Cases Updated....   Wed Oct 14, 2009 6:56 pm

Situasi semasa Influenza A(H1N1)
(Setakat 14 Oktober 2009, jam 9.00 pagi)

Kes Kematian : Tiada
Jumlah Kematian : 77

Pada hari ini seramai 188 pesakit baru dengan gejala Influenza-Like Illness (ILI) telah dimasukkan ke hospital untuk rawatan sementara 156 kes telah didiscaj. Sehingga kini, jumlah semasa kes ILI yang masih dirawat di seluruh negara adalah sebanyak 698 kes di 78 buah hospital termasuk 6 hospital swasta. Daripada jumlah kes ILI yang sedang dirawat, hanya 30 pesakit atau 4.3% merupakan kes Influenza A(H1N1) yang disahkan melalui ujian makmal.

Daripada 30 orang pesakit Influenza A(H1N1) yang menerima rawatan di hospital, sebanyak 6 kes atau 30% sedang dirawat di Unit Rawatan Rapi (ICU). Pada hari ini tiada kemasukan kes baru ke Unit Rawatan Rapi dan dua (2) kes didiscaj. Untuk makluman, 6 kes (88%) yang dirawat di ICU mempunyai faktor risiko seperti berikut: kanak-kanak bawah 5 tahun (2), penyakit kronik (1), obesiti (1), seorang (1) hamil/post-natal dan seorang (1) berumur bawah 5 tahun dengan penyakit kronik.

Tiada kematian akibat Influenza A(H1N1) yang didaftarkan hari ini di Malaysia, menjadikan jumlah kematian kekal 77 orang.

_________________
Audio Technician/Project Co-Ordinator
KABAN
Very Happy Pesaka Pemerindang Event Management(PPEvenTM) Very Happy
Back to top Go down
http://panggaupengidupanakiban.blogspot.com/
Jay Amarda
Moderator
Moderator


Libra Dragon
Posts : 631
Points : 724
Reputation : 7
Join date : 2009-04-27
Age : 40
Location : KUCHING SARAWAK

Health Status
Health Points: 1

PostSubject: Re: INFLUENZA A (H1N1) Cases Updated....   Thu Oct 15, 2009 5:35 pm

Situasi semasa Influenza A(H1N1)
(Setakat 15 Oktober 2009, jam 9.00 pagi)

Kes Kematian : Tiada
Jumlah Kematian : 77

Pada hari ini seramai 167 pesakit baru dengan gejala Influenza-Like Illness (ILI) telah dimasukkan ke hospital untuk rawatan sementara 166 kes telah discaj. Sehingga kini, jumlah semasa kes ILI yang masih dirawat di seluruh negara adalah sebanyak 699 kes di 80 buah hospital termasuk 7 hospital swasta. Daripada jumlah kes ILI yang sedang dirawat, hanya 28 pesakit atau 4.0% merupakan kes Influenza A(H1N1) yang disahkan melalui ujian makmal.

Daripada 28 orang pesakit Influenza A(H1N1) yang menerima rawatan di hospital, sebanyak 5 kes atau 18% sedang dirawat di Unit Rawatan Rapi (ICU). Pada hari ini tiada kemasukan kes baru ke Unit Rawatan Rapi dan satu (1) kes discaj. Untuk makluman, kesemua 5 kes yang dirawat di ICU mempunyai faktor risiko seperti berikut: kanak-kanak bawah 5 tahun (2), obesiti (1), seorang (1) hamil/post-natal dan seorang (1) berumur bawah 5 tahun dengan penyakit kronik.

Tiada kematian akibat Influenza A(H1N1) yang didaftarkan hari ini di Malaysia, menjadikan jumlah kematian kekal 77 orang.

_________________
Audio Technician/Project Co-Ordinator
KABAN
Very Happy Pesaka Pemerindang Event Management(PPEvenTM) Very Happy
Back to top Go down
http://panggaupengidupanakiban.blogspot.com/
Sponsored content




PostSubject: Re: INFLUENZA A (H1N1) Cases Updated....   Today at 5:53 am

Back to top Go down
 
INFLUENZA A (H1N1) Cases Updated....
View previous topic View next topic Back to top 
Page 5 of 5Go to page : Previous  1, 2, 3, 4, 5
 Similar topics
-
» DOH bidding for A(H1N1) equipment
» Frightening NDE's
» Amazing & Original Smiley Designs (new & updated)
» a contractor with pending case eligible or qualify to join our bidding?
» Bidders should not have any pending case filed against the SSS????

Permissions in this forum:You cannot reply to topics in this forum
:: Penolong Pegawai Perubatan Sarawak :: :: General Forum :: Berita Semasa-
Jump to: