:: Penolong Pegawai Perubatan Sarawak ::

:: Penolong Pegawai Perubatan Sarawak Portal::
 
HomePortalCalendarGalleryFAQSearchMemberlistRegisterLog in
Navigation
Log in
Username:
Password:
Log in automatically: 
:: I forgot my password
Latest topics
» PPP new website..
Fri Sep 09, 2016 2:12 pm by Jay Amarda

» SELAMAT HARI PENOLONG PEGAWAI PERUBATAN 2016
Tue Mar 08, 2016 8:38 pm by Jay Amarda

» Pegawai Perubatan di KK/K1M/KKIA
Sat Jan 09, 2016 10:37 pm by Jay Amarda

» MERRY CHRISMAT & HAPPY NEW YEAR 2016
Tue Dec 22, 2015 9:39 am by Jay Amarda

» PENGALAMAM DENGAN PERKHIDMATAN DOKTOR UDARA
Thu Dec 10, 2015 11:41 am by Jay Amarda

» Lastest Update and News for PPP
Thu Dec 10, 2015 8:03 am by Jay Amarda

» PPP BOLEH JADI PEGAWAI PERUBATAN
Sun Jul 19, 2015 8:21 pm by Aisyah98

» DEGREE FOR PPP. APA BIDANG YANG BERKAITAN
Sun Jul 19, 2015 8:18 pm by Aisyah98

» Visual Studio 2010 Free Download Full Version With Crack For Windows 7 64 Bit
Wed Mar 19, 2014 3:42 pm by maddprym

» perkembangan terkini naiktaraf KK Lubok Antu
Thu Oct 10, 2013 8:31 am by Roslan

» Helo...2013
Fri Jul 26, 2013 2:28 am by plus100lewishamiltonamat@

» FAIL MEJA UNTUK SEMUA
Sun Apr 07, 2013 4:02 pm by Amin zafri

» org baru...
Sat Feb 23, 2013 5:32 pm by arm S'h

» SURAT PEKELILING KETUA PENGARAH KESIHATAN MALAYSIA BIL.4/2009 PELAKSAAN PERKHIDMATAN KESIHATAN BERINTEGRASI(BERSEPADU)DI KLINIK KESIHATAN.
Sat Dec 08, 2012 2:02 pm by desmond edward

» PENDAFTARAN PERSATUAN PENOLONG PEGAWAI PERUBATAN SARAWAK
Tue Nov 06, 2012 10:23 am by Roslan

» Facebook satu lagi cara Yahudi bergerak!!
Wed Oct 24, 2012 1:46 am by anak pisang

» canon EOS 450D
Wed Oct 24, 2012 1:40 am by anak pisang

» TB Drugs Protocol
Wed Oct 24, 2012 1:39 am by anak pisang

» WANITA DAKWA SAKIT KULIT ANGKARA UBAT HOSPITAL.
Wed Oct 24, 2012 1:37 am by anak pisang

» REFERENDUM: MENGKAJI DAN MENJENAMA SEMULA NAMA JAWATAN ‘PENOLONG PEGAWAI PERUBATAN’ KEPADA SATU NAMA YANG LEBIH SIGNIFIKAN
Wed Oct 24, 2012 1:32 am by anak pisang

Similar topics
Affiliates














Follow us on Twitter


 



Share | 
 

 Virus H1N1 ancam manusia

View previous topic View next topic Go down 
AuthorMessage
Nick
Moderator
Moderator


Libra Rooster
Posts : 766
Points : 856
Reputation : 8
Join date : 2009-05-07
Age : 35
Location : HUM

Health Status
Health Points: 1

PostSubject: Virus H1N1 ancam manusia   Tue Jul 28, 2009 1:51 pm

Virus H1N1 ancam manusia










Apakah dimaksudkan dengan selesema babi?


Ia sejenis masalah pernafasan yang disebabkan virus influenza A
dijangkiti babi. Ada banyak jenis virus dan jangkitannya sentiasa
berubah. Ia sebelum ini tidak menjangkiti manusia, tetapi keadaan
ketika ini membuktikan sebaliknya dan mudah tersebar di antara manusia,
dipercayai menerusi batuk dan bersin.


Ia juga jenis baru virus H1N1 yang turut menyebabkan wabak
besar-besaran demam selesema pada 1918. Rawatan yang ada setakat ini
berkesan, tetapi ia tidak mempunyai sebarang vaksin. Biarpun H1N1 ialah
jenis sama yang menyebabkan jangkitan demam selesema di kalangan
manusia, tetapi versi terbaru virus ini amat berbeza. Ia mengandungi
bahan genetik yang lazimnya ditemui dalam virus yang dijangkiti
manusia, unggas dan babi.










Virus demam selesema mampu menukar komponen genetik
di antara satu sama lain. Versi baru jenis virus H1N1 itu hasil
campuran beberapa versi virus berkenaan di dalam ‘induk’ haiwan yang
sama. Babi misalnya, disifatkan lubuk paling sesuai bagi membolehkan
virus ini saling bergabung. Biarpun virus ini lazimnya menular pada
musim luruh dan sejuk, ia juga boleh merebak sepanjang tahun.


Bagaimana wabak berlaku?


Mutasi virus demam selesema sentiasa berlaku dan berubah yang
menyebabkan perubahan kecil protein di permukaannya yang dikenali
sebagai antigen. Sistem daya tahan atau imun badan mungkin kebal
terhadap jangkitan itu jika ia pernah berdepan virus sama sebelum ini,
tetapi boleh menjadi lemah jika ia membabitkan antigen baru. Virus
selesema yang menjadi tumpuan ramai sekarang adalah sejenis virus
influenza A H1N1 yang dijangkiti unggas, mamalia tertentu serta
manusia.










Mutasi virus selesema


Virus influenza A boleh melalui proses mutasi dalam dua cara -
perubahan antigenik yang mana antigen sedia ada berubah. Satu lagi
membabitkan perubahan gabungan dua atau lebih antigen. Perubahan
antigen ini berlaku dari setahun ke setahun membabitkan jenis yang
lazimnya dijangkiti manusia. Berikutan itu, manusia mempunyai separuh,
jika tidak sepenuh kekebalan. Sebaliknya, virus H1N1 yang baru itu
dilihat berasal daripada perubahan antigen babi di Mexico.


Potensi virus ini


Nama selesema babi itu memberi gambaran kurang tepat kerana ia
seolah-olah mengaitkan babi sebagai ‘lubuk’ campuran beberapa jenis
virus selesema iaitu gabungan genetik babi, unggas dan manusia. Ada
antara antigen itu membabitkan jenis baru yang tidak pernah disaksikan
sistem imun hampir keseluruhan manusia. Berikutan itu, jenis baru ini
berpotensi mencetuskan pandemik atau wabak besar-besaran.





Bolehkah manusia dijangkiti selesema babi?


Ia lazimnya tidak dijangkiti manusia, kecuali kes tertentu
membabitkan mereka yang bersentuhan dengan haiwan itu. Malah ada kes
yang sebelum ini jarang berlaku yang mana manusia menyebarkan virus itu
kepada individu lainnya. Wabak terbaru ini menjadi bukti jangkitan
antara manusia dari manusia itu secara mudah dan cepat yang sekali gus
memerlukan perhatian segera pihak berkuasa kesihatan di seluruh dunia.
Virus itu tersebar dari manusia kepada manusia, sama seperti virus
selesema lain menerusi batuk, bersin atau sentuhan pada permukaan yang
dijangkiti.

Apakah ia jenis baru virus?


Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) mengesahkan
sekurang-kurangnya beberapa kes jangkitan manusia membabitkan jenis
H1N1 yang belum pernah dilihat sebelum ini. H1N1 ialah jenis sama yang
menyebabkan wabak demam selesema di kalangan manusia sering berlaku.
Tetapi kali ini, jenisnya berbeza kerana mengandungi material genetik
yang lazimnya ditemui dalam virus yang dijangkiti manusia, unggas dan
babi.


Contoh kejadian penyebaran selesema babi di kalangan manusia?


  • 1976 - Wabak selesema babi di kalangan anggota tentera di Fort Dix, New
    Jersey. Virus itu menyebabkan masalah pneumonia atau radang paru-paru
    yang dihidapi sekurang-kurangnya empat askar dan satu kematian lain.
    Virus itu tersebar dengan mudah berikutan persekitaran latihan
    ketenteraan dan terhad kepada pihak luar.
  • 1988 - Seorang
    wanita 32 tahun yang hamil dan diketahui sihat, dimasukkan ke hospital
    kerana radang paru-paru dan mati lapan hari kemudian. Pemeriksaan
    lanjut menemui virus H1N1. Empat hari sebelum jatuh sakit, mangsa
    mengunjungi satu pesta pameran babi dan binatang itu diketahui
    mempunyai gejala selesema babi.



Sejauh mana bahayanya?


Simptom selesema babi sama seperti jenis yang mencetuskan demam
selesema yang sering berlaku, seperti demam, batuk, sakit tekak, sengal
badan, kesejukan dan lemah atau lesu.


Perlukah kita bimbangkan ancamannya?


Berikutan ciri-ciri virus baru ini yang memungkinkan penyebaran
dari manusia kepada manusia, ia perlu dipantau rapi sebagai persiapan
kemungkinan mencetuskan wabak besar-besaran pada peringkat global.
Pihak WHO sudah memberi amaran, jika kes di Mexico dan Amerika Syarikat
itu sama, ia boleh mencetuskan pandemik atau wabak besar-besaran di
seluruh dunia dan menegaskan keadaan sekarang sememangnya serius,
biarpun ada pakar menyifatkannya terlalu awal untuk menilai keadaan itu
secara keseluruhannya. Tetapi mereka tidak menolak kemungkinan dunia
semakin hampir kepada wabak demam selesema besar-besaran sejak wabak
yang tercetus pada 1968.

Pakar turut mengkategorikan tahap ancaman itu di paras empat
berbanding skala enam peratus. Tiada siapa pun tahu impak keseluruhan
wabak besar-besaran itu, tetapi pakar sebaliknya sudah memberi amaran
ia boleh menyebabkan kehilangan berjuta-juta nyawa.


Hakikat, kesemua kes di Amerika Syarikat dan lainnya yang
menyebabkan gejala atau simptom sederhana, disifatkan sebagai satu
perkembangan yang menggalakkan. Ia menunjukkan seriusnya wabak di
Mexico berkemungkinan besar disebabkan faktor geografi yang berbeza dan
disifatkan amat luar biasa yang mungkin menunjukkan ada virus kedua
yang tiada kaitan menular dalam masyarakat dan berkemungkinan tidak
semudah itu mencetuskan masalah di seluruh dunia.


Kemungkinan lain, mangsa yang dijangkiti di Mexico, mungkin mendapatkan rawatan lewat di negara lain.


Andaian lain, mungkin juga virus yang tersebar di Mexico
berbeza daripada jenis yang tersebar di tempat lain dan ini pun masih
perlu disahkan oleh analisis makmal. Namun, hakikat majoriti mangsanya
masih muda juga disifatkan menjadi petunjuk yang agak aneh kerana andai
masalah ini dikaitkan dengan musim demam selesema, ia lazimnya
menyerang mangsa yang lebih tua.


Berapa lamakah tempoh mereka yang dijangkiti menyebarkan kepada orang lain?


Mereka yang dijangkiti selesema babi, disifatkan sebagai boleh
menyebarkan virus itu selagi masih ada simptom berkaitan sehingga tujuh
hari sejak gejala itu mula dikesan. Kanak-kanak misalnya, berpotensi
dijangkiti bagi tempoh lebih lama.


Simtpom atau gejala?


Demam, batuk, sakit badan, sukar bernafas


Bolehkah virus ini dikawal?


Virus ini sudah pun menunjukkan tanda-tanda penularan hampir di
seluruh dunia dan kebanyakan pakar percaya usaha mengawalnya pada era
yang menyaksikan perjalanan udara suatu kelaziman, sememangnya amat
sukar.


Cara rawatan dan vaksinnya?


Pihak berkuasa Amerika Syarikat berkata ada dua jenis ubat yang
sering digunakan bagi merawat demam selesema - Tamiflu dan Relenza yang
terbukti berkesan merawat kes sebelum ini. Namun, ia perlu diberi
seawal mungkin bagi memastikan keberkesanannya. Penggunaan ubat ini
juga menyukarkan virus itu dijangkiti orang lain. Kerajaan Britain
sudah pun menyediakan bekalan 33 juta dos Tamiflu yang dipesan awal
bagi berdepan pandemik ini. Namun, tidak jelas sejauh mana keberkesanan
vaksin yang ada sebagai perlindungan jenis baru virus ini yang secara
genetiknya berbeza daripada jenis lain. Saintis Amerika sudah pun
menghasilkan vaksin baru tetapi ia memerlukan masa untuk disempurnakan
dan dihasilkan bagi memenuhi permintaan besar dunia. Ada satu vaksin
yang digunakan bagi melindungi manusia daripada versi awal selesema
babi di Amerika pada 1976. Bagaimanapun, ia menyebabkan kesan sampingan
serius, termasuk kira-kira 500 kes sindrom Guillain-Barré yang
menyebabkan lebih banyak kematian berbanding kesan wabak ketika itu.


Apa harus lakukan untuk selamat?


Mereka yang mempunyai simptom atau gejala demam selesema atau
ada kemungkinan terdedah kepada virus selesema babi, perlu mendapatkan
rawatan perubatan termasuk segera ke hospital.


Bagaimana mengelak jangkitan?

  • Elakkan berada di tempat mereka yang kurang sihat dan menghidap demam serta batuk.
  • Amalan kawalan am jangkitan dan persekitaran yang bersih, boleh mengurangkan risiko menyebarkan virus.
  • Tutup hidung dan mulut apabila bersin atau batuk dengan menggunakan tisu dan dibuang dengan cara betul.
  • Kerap basuh tangan dengan sabun atau cecair pembasmi
    kuman dan air bagi mengelak penyebaran virus dari tangan ke muka serta
    kepada orang lain. Juga, kerap cuci permukaan seperti tombol pintu,
    menggunakan cecair cucian yang sesuai.
  • Gunakan topeng pernafasan jika menjaga mereka yang sakit, selain mengelak risiko menyebarkan virus.
  • Segera berjumpa doktor jika mempunyai simptom dan
    pernah melawat Mexico, New York, California, Texas dan Ohio di Amerika
    Syarikat serta ke Kanada selepas 17 April lalu.
Back to top Go down
http://WWW.YAHOO.COM
 
Virus H1N1 ancam manusia
View previous topic View next topic Back to top 
Page 1 of 1
 Similar topics
-
» DOH bidding for A(H1N1) equipment
» perjanjian manusia dengan tuhan sebelum dilahirkan
» apakah Allah punya kaki dan tangan sama seperti manusia?
» faktor yang menyebabkan manusia menjadi kafir
» yesus berdoa, yesus 100% manusia, allah memohon ampunan?

Permissions in this forum:You cannot reply to topics in this forum
:: Penolong Pegawai Perubatan Sarawak :: :: General Forum :: Sembang - Sembang Kosong-
Jump to: