:: Penolong Pegawai Perubatan Sarawak ::

:: Penolong Pegawai Perubatan Sarawak Portal::
 
HomePortalCalendarGalleryFAQSearchMemberlistRegisterLog in
Navigation
Log in
Username:
Password:
Log in automatically: 
:: I forgot my password
Latest topics
» {Ativador Windows 7 - Todas As Vers
Thu Apr 10, 2014 8:36 am by maddprym

» Gta San Andreas Model Folder Free Download
Thu Apr 10, 2014 4:21 am by petrdwel

» Debbie Does Dallas.rar-adds
Sat Apr 05, 2014 7:37 pm by maddprym

» Crack No Cd Yo Presidente
Sat Apr 05, 2014 6:23 am by maddprym

» MULTI PTC MathCAD V15 M010 V15 64 Bit.rar
Sat Apr 05, 2014 12:51 am by maddprym

» MULTI PTC MathCAD V15 M010 V15 64 Bit.rar
Sat Apr 05, 2014 12:49 am by maddprym

» Yasmina Khadra, Ebook Collection.rar
Fri Apr 04, 2014 8:55 pm by petrdwel

» Guelewar Film Senegalais-adds
Fri Apr 04, 2014 8:04 am by petrdwel

» District B13 ( Full Download )
Wed Apr 02, 2014 5:26 pm by petrdwel

» Realtek Rl8201 Clcp.rar
Tue Apr 01, 2014 3:27 pm by maddprym

» Conservation Of Leather And Related Materials (Repost).iso
Sat Mar 29, 2014 11:35 am by maddprym

» Diary Of Samuel Pepys, Volume 1
Sat Mar 22, 2014 12:42 am by maddprym

» Diary Of Samuel Pepys, Volume 1
Sat Mar 22, 2014 12:40 am by maddprym

» Diary Of Samuel Pepys, Volume 1
Sat Mar 22, 2014 12:39 am by maddprym

» Bird Sense: What It's Like To Be A Bird
Fri Mar 21, 2014 3:47 pm by petrdwel

» Visual Studio 2010 Free Download Full Version With Crack For Windows 7 64 Bit
Wed Mar 19, 2014 3:42 pm by maddprym

» Young Indian Sex Video .peperonity
Tue Mar 11, 2014 9:04 pm by petrdwel

» Www Pakistani Sexy Nanga Mujra Wapdam Com.
Tue Mar 11, 2014 5:32 pm by petrdwel

» [FS2004] - [FSX] - LatinVFR - Santiago SCEL [RIP] (Scenery)
Mon Mar 10, 2014 8:07 am by petrdwel

» perkembangan terkini naiktaraf KK Lubok Antu
Thu Oct 10, 2013 8:31 am by Roslan

Similar topics
  • » Question on Uniform Guidelines For Blacklisting Of Manufacturers, Suppliers, Distributors, etc.
  • » RE: Budget 2012-1 Uniform/Clothing allowance
  • » Purchase of sport uniform for congressional meet 2012 - 108
  • » Wehrmacht uniform
  • » Polis bantuan kena tukar Uniform..
  • » RE: Guidelines on Blacklisting
  • » Silver Jubilee 1977
  • » Boy Soldiers
  • » Nickname
  • » 5th Royal Inniskilling Dragoon Guards
  • Affiliates














    Follow us on Twitter


     


    UNIFORM OH UNIFORM........551
    Share | 
     

     UNIFORM OH UNIFORM........

    View previous topic View next topic Go down 
    Go to page : Previous  1 ... 8 ... 12, 13, 14  Next
    AuthorMessage
    Amin zafri
    User Forumer
    User Forumer


    Leo Cat
    Posts: 57
    Points: 60
    Reputation: 0
    Join date: 2009-12-30
    Age: 39
    Location: Taiping, Perak

    Health Status
    Health Points: 1

    PostSubject: Re: UNIFORM OH UNIFORM........   Sat Jan 09, 2010 1:51 pm

    Saudara,

    Secara peribadi saya bersetuju sangat-sangat dengan cadangan saudara. Isi hati saudara sama seperti saya. Oleh kerana itu saya telah bangkitkan perkara ini dalam beberapa forum ketika saya berbincang bersama Kesatuan dan Persatuan. Untuk makluman semua, isu uniform juga sebenarnya adalah isu Kesatuan. Apa sahaja isu yang berkaitan dengan kepentingan PPP, ia perlu melalui persetujuan Kesatuan. Secara diplomatik, Lembaga akan meminta pandangan atau persetujuan Kesatuan berhubung sebarang isu melibatkan kepentingan profesion. Kesatuan dan Persatuan telah membuat ketetapan bahawa tiada semakan semula keatas uniform lelaki. Mereka memutuskan hanya rekabentuk uniform PPP wanita sahaja akan dikemukakan untuk kelulusan KKM. Mereka juga telah membuat kajian dan merumuskan bahawa persepsi yang timbul behubung isu uniform PPP lalaki adalah berpunca daripada kelemahan penguatkuasaan dan sikap PPP. Secara peribadinya saya masih berpendapat sudah tiba masanya kita melihat rekabentuk uniform PPP secara keseluruhannya, lelaki dan wanita. Majoriti masih tidak bersetuju kerana pemakaian uniform perlu ditegaskan tambahan pula usianya pula baru 12 tahun. Saya secara peribadi tetap tidak bersetuju dengan alasan ini. Walaubagaimanapun, kita kena hormati keputusan majoriti, inilah demokrasi. Tuan-tuan yang memilih mereka untuk memperjuang dan bercakap mewakili tuan-tuan, itu falsafahnya.

    Untuk makluman tuan, saya amat berharap agar tuan-tuan tidak menyalahkan otai-otai kita kerana pada ketika itu (waktu dahulu) mereka telah memikirkan dan membuat keputusan yang terbaik untuk kita hingga kita berada di tahap ini. Jangan kita lupakan mereka ibarat 'kacang lupakan kulit'. Banyak yang baik seperti BIPK, BIPBasik, BIPendalaman, BIRMayat, Elaun itu ini, kemudahan itu ini, perubahan itu ini adalah hasil perjuangan mereka. Kita wajar berterima kasih kepada mereka. Jangan yang baik kita terima tetapi yang buruk kita hamun mereka. Uniform yang tuan-tuan pakai ini telah mereka fight 25 tahun dahulu tetapi setelah 12 tahun menunggu keputusan barulah pada tahun 1997 ia diluluskan oleh Bahagian Adat Istiada Jabatan Perdana Menteri. Bayangkan begitu lama pengharapan mereka untuk jadi kenyataan. Ketika itu, itulah reka bentuk yang terbaik. Mereka bertindak untuk menukar rekabentuk kerana waktu itu ramai PP berkata uniform bushjacket masa pengurus atau pengadil olahraga dan bermacam-macam lagi. Tiada pemandu teksi atau bas memakai pakaian yang kita pakai waktu itu. Saya masih ingat lagi apabila saya mula berkhidmat di H.T.Ampuan Rahimah, Klang, saya sempat memakai uniform bushjacket selama 6 bulan. Apabila mendapat khabar bahawa uniform PP akan bertukar, saya lihat dan dapat rasakan expresi PP waktu itu cukup positif dan gembira sekali, semua peringkat... junior dan senior. Tapi masa sudah berlalu, dah 13 tahun usia uniform itu. Saya setuju jika kita katakan ia perlu disemak semula. Tetapi saya tidak bersetuju mengatakan bahawa otai-otai kita tersilap membuat percaturan. Harus diingat apabila suatu ketika nanti kita berada di kedudukan sepertimana otai-otai kita, kita akan membuat keputusan yang difikirkan terbaik untuk ganerasi kita. Mungkin ia baik pada kita tetapi tidak kepada mereka. Tetapi apakan ganerasi kita akan menerimanya dan berterima kasih dengan kita. Ya, mereka akan bertindak seperti kita kerana kita mendidik mereka.

    Jika dilihat daripada kronologi di atas, isu uniform kita sama seperti driver teksi adalah suatu yang boleh dielakkan. Jika kita mengenakan uniform PPP yang sebenar bercirikan seperti di bawah, ia tidak boleh ditakrifkan sama seperti dirver teksi atau bas. Takrifan meniru, menyamar atau sama adalah apabila mereka memakai uniform seperti PPP dengan ciri-ciri yang perlu ada pada uniform PPP itu. Tetapi, apa yang kita lihat umpama kita yang meniru mereka. Ada juga PPP meniru pelajar sekolah dengan memakai baju putih dengan satu poket. Tie pula satu warna dan tiada corak.

    Ciri-ciri uniform PPP
    - Baju berepulet pada bahu
    - Dua poket pada dada (kiri dan kanan)
    - Memakai tanda nama
    - Lencana disematkan di atas tanda nama pada dada sebelah kiri (termaktub di dalam Peraturan Akta 180)
    - Menyemat Kad Pengenalan Jabatan
    - Memakai tali leher (dicadangkan tali leher yang di jual oleh PPPM agar nampak seragam)
    - Memakai klip tie
    - Memakai tali pinggang berwarna hitam
    - Memakai stokin hitam dan kasut kulit warna hitam.
    * Sebahagian besar ciri-ciri ini tiada pada pemandu teksi atau bas.

    Saya menyarankan agar penguatkuasaan dan penghayatan kepada disiplin serta imej profesion perlu diberi perhatian oleh PPP. Buat masa ini tampilkanlah diri kita sepertimana yang dikehendaki oleh profesion. Cadangan untuk menukar uniform boleh diutarakan. Oleh kerana saya berada di dalam PPPM, saya kena hormati keputusan majoriti walaupun saya amat bersetuju dengan cadangan Saudara Rie. Saya pohon agar ada PPP Sarawak menyediakan kertas cadangan penukaran uniform dan kemukakanlah kepada Lembaga dalam masa terdekat. Setakat yang saya tahu, tiada seorang PPP mengemukakan kertas cadangan secara formal atau paling tidak mengemukakan rekabentuk yang sesuai. 1 -2 design yang saya lihat memang boleh tahan tetapi ia cantik bagi pandangannya tetapi tidak bagi pandangan majoriti. Isu uniform tidak akan timbul jika kita tidak bangkitkannya. Elok kita bangkitkan suatu perkara yang kita rasa wajar kita dapat dan bukannya yang dah dapat, maksud saya yang dah dapat tu boleh dibincang jika tak ada apa-apa lagi, tetapi janganlah ia menjadi keutamaannya pula.

    Isu pakai tie menyusahkan tidak timbul kerana apabila tuan-tuan melakukan prosedur klinikal, tuan-tuan boleh pakai apron atau pakaian klinikal. Saya minta Saudara Rie lihat dalam laman web www.moh.gov.my dan click Bahagian kemudian click Bahagian Sumber Manusia. Lihat elaun-elaun dan saudara akan jumpa elaun atau upah jahit pakaian seragam termasuk pakaian klinikal. Kementerian ada peruntukan bayaran untuk pakaian klinikal cuma tuan-tuan kena berurusan seperti mana bekalan pakin uniform rasmi. Untuk pakaian klinikal peruntukannya RM70 sepasang. Di dalam kawasan klinikal terutamanya ketika menjalankan tugas yang boleh menjejaskan uniform rasmi tuan-tuan makan tuan-tuan boleh memakai pakaian klinikal. Tetapi buatlah rekabentuk yang telah dipersetujui. Kalau tak silap saya Kementerian ada kemukakan contoh rekabentuk pakaian klinikal pada 1997 atau 1998. Saudara kena usahakan untuk mendapatkannya. Jabatan Psikiatri Hospital Melaka ada memohon kepada Lembaga agar PPP di dalam Wad Psikiatri tidak memakai tie dan Lembaga bersetuju tetapi jika tiada pakaian klinikal. Kalau ada pakaian klinikal, Lambaga syorkan pakai sahaja. Tetapi wajib menjadi ingatan dan amalan PPP bahawa di luar kawasan klinikal dan urusan rasmi luar tugas klinikal, uniform rasmi perlu dipakai.

    Sebagai makluman, Lembaga telah menghantar permohonan kadar upah jahitan sebanyak RM75 ditingkatkan kepada RM100 sepasang kepada Bhg Khidmat Pengurusan KKM 6 bulan yang lalu dan sedang menunggu jawapan.

    Apa pun, syabas kepada Saudara Rie dan semua PPP Sarawak kerana memiliki pemikiran yang dinamik walaupun adakalanya ia perlu diperjelaskan dengan lebih mendalam.

    Terima kasih.

    Amin Zafri BIn Abd Rahman
    Setiausaha Kehormat
    PPPM
    Back to top Go down
    Deressa
    Moderator
    Moderator


    Cancer Rat
    Posts: 1070
    Points: 1189
    Reputation: 0
    Join date: 2009-07-14
    Age: 30
    Location: SGH

    Health Status
    Health Points: 1

    PostSubject: Re: UNIFORM OH UNIFORM........   Sat Jan 09, 2010 4:26 pm

    thanks tuan, sememang nya i lagi prefer kita pakai balik bushjacket tu utk tujuan klinikal, & uniform yg sedia ada ni sebagai uniform rasmi. macam askar & bomba. cheers

    _________________
    がりえ しあ
    Back to top Go down
    Deressa
    Moderator
    Moderator


    Cancer Rat
    Posts: 1070
    Points: 1189
    Reputation: 0
    Join date: 2009-07-14
    Age: 30
    Location: SGH

    Health Status
    Health Points: 1

    PostSubject: Re: UNIFORM OH UNIFORM........   Sat Jan 09, 2010 4:38 pm

    saya rasa kita buat 1 soal selidik di kalangan semua ppp di malaysia ini tentang pandangan mereka tentang isu uniform ini.

    biarlah respondent2 tu dari semua gred ppp.

    _________________
    がりえ しあ
    Back to top Go down
    Amin zafri
    User Forumer
    User Forumer


    Leo Cat
    Posts: 57
    Points: 60
    Reputation: 0
    Join date: 2009-12-30
    Age: 39
    Location: Taiping, Perak

    Health Status
    Health Points: 1

    PostSubject: Re: UNIFORM OH UNIFORM........   Sun Jan 10, 2010 10:24 am

    Soalselidik bukan tak boleh buat tetapi ia akan memberi gambaran bahawa kita mengenepikan Kesatuan yang mewakili kita. Lazimnya, KKM akan memberi perhatian kepada isu yang dibawa oleh Kesatuan, bukan secara orang perseorangan. Kalau buat soalselidik, kita akan dapat ribuan pendapat dan ia sukar untuk memenuhi semua kehendak. Mereka akan memberi pendapat untuk tukar uniform tetapi asas atau justifikasinya tiada kerana mereka tidak duduk berbincang secara ilmiah. Perbincangan pada 19 - 20 Nov 2009 berhubung isu uniform telah melibatkan Kesatuan, Persatuan, Lembaga, Pengarah-Pengarah Kolej, IPTS dll dan telah memutuskan tidak akan mengganggu uniform lelaki. Bukan calang-calang pihak yang berbincang hal ini. Apa yang boleh kita buat, ahli-ahli Kesatuan kena salurkan kepada Kesatuan atau Persatuan masing-masing. Saya rasa isu unifrom bolehlah kita tangguhkan seketika kerana ia telah diambil tindakan oleh Kesatuan dan Lembaga seperti yang saya jelaskan diatas. Kalau kita bangkitkan isu unform nanti orang akan kata kita yang tak habis-habis bangkitkan isu ini.

    Usulkan isu-isu yang hebat-hebat.

    Amin Zafri Bin Abd Rahman
    Back to top Go down
    Roslan
    Admin
    Admin


    Cancer Rooster
    Posts: 117
    Points: 186
    Reputation: 0
    Join date: 2009-04-13
    Age: 33
    Location: Sarawak Land Of Borneo

    Health Status
    Health Points: 1

    PostSubject: Re: UNIFORM OH UNIFORM........   Sun Jan 10, 2010 10:30 am

    Rie wrote:
    saya rasa kita buat 1 soal selidik di kalangan semua ppp di malaysia ini tentang pandangan mereka tentang isu uniform ini.

    biarlah respondent2 tu dari semua gred ppp.

    Setuju
    Back to top Go down
    http://pppsarawak.darkbb.com
    brutalz
    Newbie Forumer
    Newbie Forumer


    Virgo Pig
    Posts: 147
    Points: 150
    Reputation: 3
    Join date: 2009-09-18
    Age: 31
    Location: Pesisir Pantai

    Health Status
    Health Points: 1

    PostSubject: Re: UNIFORM OH UNIFORM........   Sun Jan 10, 2010 1:54 pm

    Sya setuju dengan membuat soal selidik untuk semua PPP berkaitan dengan isu uniform ini. Dengan ini, baru ada puas ati. Nanti org kata , tak ikut suara majoriti . Iaitu suara majoriti adalah di kalngan semua PPP yang bertugas di seluruh Malaysia. Tpi pandangan tuan Setiausaha PPPM mengenai isu tersebut saya sangat bersetuju. Iaitu memperlekehkan uniform ppp yang sedia ada. Bagi pendapat saya sendiri, saya begitu bangga bila memakai uniform PPP yang lengkap berserta necktie PPP, tag logo lembaga. itu memnunjukan identiti PPP itu sendiri. Mana mungkin baju PPP disamakan dengan Pemendu teksi, bas dan lain- lain. Kelainan ada pada kekemasan , lengkap uniform, necktie PPP, dan memakai tag Logo PPP. Persepsi memandang rendah akan uniform ini sebenarnya datang dari diri sendiri yang tidak bangga dengan Profesion ini. Bagi saya yang bertugas di daerah Saratok ini, tidak ada masalah degan persepsi org tempatan akan pemakaian uniform PPP yang lengkap.Mereka akan bertegur dengan panggilan DERESA bila ada nampak staf yang pakai uniform PPP yang lengkap. Org tempatan sekarang ni boleh menilai sama ada kita ini PPP atau Pemandu. Tak kan la kalau tengok org pakai baju putih, seluar hitam, tanpa tag nama , tanpa neck tie, tak bersetokin dan kasut bkn hitam mereka panggil deresa juga. Kalau persepsi org tempatan kata mcm Pemandu bas dan teksi bermakna ada yg tak kena dengan pemakaian uniform, contohnya tanpa neck tie PPP dan tag nama, tag Lembaga PPP.
    Back to top Go down
    Nick
    Moderator
    Moderator


    Libra Rooster
    Posts: 766
    Points: 856
    Reputation: 8
    Join date: 2009-05-07
    Age: 33
    Location: HUM

    Health Status
    Health Points: 1

    PostSubject: Re: UNIFORM OH UNIFORM........   Sun Jan 10, 2010 4:38 pm

    tuan...boleh kah pihak atasan menyediakan tie..sekurangnya 1 bagi setiap setahun atau 2 tahun sekali..ini kerana tie merupakan uniform kita...sekiranya boleh...masukkan ke dalam elaun2 pakaian seragam....yang sya tahu,ppp membayar bagi mendapatkan tie(walaupun tidak seberpa mahal)apa salahnya pihak atasan selidik semula tie supaya di masukkan ke dalam elaun pakaian seragam...
    terima kasih
    Back to top Go down
    http://WWW.YAHOO.COM
    polzdscholzd
    VVIP Forumer
    VVIP Forumer


    Gemini Dog
    Posts: 705
    Points: 750
    Reputation: 8
    Join date: 2009-06-21
    Age: 32
    Location: KeNyAlAnG EaRtH

    Health Status
    Health Points: 1

    PostSubject: Re: UNIFORM OH UNIFORM........   Sun Jan 10, 2010 7:32 pm

    setuju dgn nick..dan yg lain patut ikut majority..

    _________________
    Be A MasTeR Of YoUr MiNd BeFoRe U BeCoMe A MaStErMiNd
    Back to top Go down
    Amin zafri
    User Forumer
    User Forumer


    Leo Cat
    Posts: 57
    Points: 60
    Reputation: 0
    Join date: 2009-12-30
    Age: 39
    Location: Taiping, Perak

    Health Status
    Health Points: 1

    PostSubject: Re: UNIFORM OH UNIFORM........   Sun Jan 10, 2010 7:53 pm

    Syabas Roslan, brutalz dan Nick.. tuan-tuan sehebat Rie.

    Untuk makluman tuan-tuan, isu tie telah saya bagikitkan semasa saya bermesyuarat dengan Ketua Setiausaha KKM pada suku tahun kedua tahu lalu. Ketika itu saya dilantik mewakili PPP di Ibupejabat dalam Majlis Bersama Jabatan. Saya tahu ini isu Kesatuan tetapi saya cuba bagikitkan dalam persoalan yang lain. Saya beritahu kepada KSU bahawa saya inigin menuntut bayaran balik tie kerana saya telah membeli tie sepertimana surat kelulusan KKM untuk membenarkan PPP memakai tie. Saya juga menjelaskan kepada KSU bahawa tie adalah pakej pakaian seragam. Oleh kerana ia ditakrifkan sebagai pakaian seragam maka majikan perlu menyediakannya. KSU memaklumkan bahawa beliau ingin mendapatkan pandangan Ketua Pengarah Kesihatan Malaysia. Mesyuarat MBJ pada 14 Disember 2009 turut membincangkan lagi perkara ini. Pihak KKM memaklumkan kepada saya bahawa Bahagian Adat Istiadat JPM telah meluluskan penggunaan tie tetapi pembeliannya ditanggung oleh PPP itu sendiri. Saya sudah menjangkakan jawapan ini kerana saya tahu tentang surat dari JPM itu (saya hanya ingin mencuba dengan membawa perkara ini ke pengetahuan KSU). Selepas daripada itu, saya telah meminta Kesatuan mengutarakan isu tie ini kepada Agensi Pusat semula. Jadi KSU dah tahu maka senanglah urusan seterusnya. Saya cadangkan kepada Kesatuan supaya mohon bayaran balik dan JANGAN MINTA KKM BEKALKAN seperti cadangan Nick. Mengapa?
    1) Kerajaan tidak akan mengikut spesifikasi yang kita mahukan secara 100%.
    Jawapan : Ia akan berlaku seperti mana pada PPKP dimana tienya tanpa corak dan seperti ........

    2) Bekalan akan dibuat secara kontrak pusat.
    Jawapan : Tuan-tuan akan dapat secara percuma tanpa mengeluarkan wang tetapi PPPM tidak lagi mendapat sumbangan RM30 melalui pembelian tie. Pesatuan akan kekurangan dana untuk menguruskan hal-hal berkaitan pembangunan profesion.

    3) Tidak menghargai tie.
    Jawapan : Bila dah terima percuma, ia tidak sama dengan tie yang dibeli. Tuan-tuan akan menghargai tie yang dibeli dengan menggunakan wang dari titik peluh tuan-tuan.

    Saya harap PPP yang bergaji tidak kurang daripada RM1500 sebulan tidak memberi alasan tidak memakai tie kerana tak mampu nak beli. Buat masa ini, rekabentuk tie belum di wartakan lagi, jadi tuan-tuan pakailah apa-apa tie cuma saya menasihatkan pakailah tie yang dijual oleh PPPM agar semua PPP nampak seragam penampilannya. Kalau tak ada lagi, boleh beli dan tempah melalui penyelaras negeri iaitu Hj. Saimi Eli. Sementara itu, tuan-tuan pakai tie warna gelap dengan berbintik. Janganlah pakai tie cartoon nanti nampak tak profesional.

    Sekian.

    Amin Zafri Bin Abd Rahman
    Back to top Go down
    Deressa
    Moderator
    Moderator


    Cancer Rat
    Posts: 1070
    Points: 1189
    Reputation: 0
    Join date: 2009-07-14
    Age: 30
    Location: SGH

    Health Status
    Health Points: 1

    PostSubject: Re: UNIFORM OH UNIFORM........   Mon Jan 11, 2010 12:05 pm

    neck tie katoon~ ^_^ kiut~~

    he he~ tuan, kami ni sebenarnya byk idea/cadangan utk optimumkan nama PPP kita ni.
    cuma kami ni x da tempat utk luahkan idea2 kami ni tuan.

    _________________
    がりえ しあ
    Back to top Go down
    blackrider
    New Forumer


    Posts: 46
    Points: 46
    Reputation: 0
    Join date: 2009-06-27
    Location: sibu

    Health Status
    Health Points: 1

    PostSubject: Re: UNIFORM OH UNIFORM........   Fri Jul 02, 2010 12:34 am

    satu soalan berkaitan uniform kpd tuan setiausaha, mengapa terdapat beberapa kumpulan PPP belum menerima lencana PPP sedangkan semua bayaran telah dibuat sebelum dilantik.

    akibat tiada lencana tersebut, PPPu32/u36 sering memarahi rakan2 kita kerana uniform tidak lengkap. saya mempunyai seorg rakan PPP yg telah 11 tahun berkhidmat,sehingga sekarang lembaga belum lagi mengirimkan lencana tersebut. surat permohonan melalui PPPu32 juga telah dimajukan,namum tiada jawapan diterima. kita ingin berpakaian lengkap,tapi dengan terjadinya hal sebegini,adakah objektif uniform kita tercapai? dan apakah yg sedang berlaku di lembaga?
    sila beri komen tuan akan hal ini.
    Back to top Go down
    Deressa
    Moderator
    Moderator


    Cancer Rat
    Posts: 1070
    Points: 1189
    Reputation: 0
    Join date: 2009-07-14
    Age: 30
    Location: SGH

    Health Status
    Health Points: 1

    PostSubject: Re: UNIFORM OH UNIFORM........   Tue Jul 06, 2010 12:42 pm

    neck tie PPP = bukan uniform.

    kalo neck tie ktk tu ialah uniform, perintah kena bekalkan kita taip2 tahun. macam kasut juga.

    _________________
    がりえ しあ
    Back to top Go down
    Deressa
    Moderator
    Moderator


    Cancer Rat
    Posts: 1070
    Points: 1189
    Reputation: 0
    Join date: 2009-07-14
    Age: 30
    Location: SGH

    Health Status
    Health Points: 1

    PostSubject: Re: UNIFORM OH UNIFORM........   Tue Aug 03, 2010 2:23 pm

    apa cerita tek pasal uniform tok~? 2 tahun da x diberi kain?
    makin sendat seluar tok~ last2 pakai seluar pendek ja turun kerja~

    _________________
    がりえ しあ
    Back to top Go down
    blackrider
    New Forumer


    Posts: 46
    Points: 46
    Reputation: 0
    Join date: 2009-06-27
    Location: sibu

    Health Status
    Health Points: 1

    PostSubject: Re: UNIFORM OH UNIFORM........   Fri Aug 20, 2010 8:49 pm

    last2 PPP jadi tarzan. sik pakei uniform. pakei kulit jugam molah uniform. hahahahaa..
    Back to top Go down
    albertthowluchai
    New Forumer


    Aquarius Pig
    Posts: 4
    Points: 4
    Reputation: 1
    Join date: 2010-06-13
    Age: 43
    Location: kuching

    Health Status
    Health Points: 1

    PostSubject: Re: UNIFORM OH UNIFORM........   Sun Aug 22, 2010 12:03 am

    hai, rakan-rakan semua pakailah uniform anda semua semasa bertugas baik anda berada di hulu sungai atau di bandar, uniform PPP, lencana dan tali leher kena pakai itu lah profesion kita.... hargailah dan bersyukur berbanggalah menjadi seorang PPP
    Back to top Go down
     

    UNIFORM OH UNIFORM........

    View previous topic View next topic Back to top 
    Page 13 of 14Go to page : Previous  1 ... 8 ... 12, 13, 14  Next

     Similar topics

    -
    » uniform Eligibility Checklist
    » German Military uniform factory near Hannover
    » Uniform
    » Purchase of sport uniform for congressional meet 2012 - 116
    » The Stolen Uniform And The New Employee

    Permissions in this forum:You cannot reply to topics in this forum
    :: Penolong Pegawai Perubatan Sarawak :: ::  :: -