:: Penolong Pegawai Perubatan Sarawak ::

:: Penolong Pegawai Perubatan Sarawak Portal::
 
HomePortalCalendarGalleryFAQSearchMemberlistRegisterLog in
Navigation
Log in
Username:
Password:
Log in automatically: 
:: I forgot my password
Latest topics
» PPP new website..
Fri Sep 09, 2016 2:12 pm by Jay Amarda

» SELAMAT HARI PENOLONG PEGAWAI PERUBATAN 2016
Tue Mar 08, 2016 8:38 pm by Jay Amarda

» Pegawai Perubatan di KK/K1M/KKIA
Sat Jan 09, 2016 10:37 pm by Jay Amarda

» MERRY CHRISMAT & HAPPY NEW YEAR 2016
Tue Dec 22, 2015 9:39 am by Jay Amarda

» PENGALAMAM DENGAN PERKHIDMATAN DOKTOR UDARA
Thu Dec 10, 2015 11:41 am by Jay Amarda

» Lastest Update and News for PPP
Thu Dec 10, 2015 8:03 am by Jay Amarda

» PPP BOLEH JADI PEGAWAI PERUBATAN
Sun Jul 19, 2015 8:21 pm by Aisyah98

» DEGREE FOR PPP. APA BIDANG YANG BERKAITAN
Sun Jul 19, 2015 8:18 pm by Aisyah98

» Visual Studio 2010 Free Download Full Version With Crack For Windows 7 64 Bit
Wed Mar 19, 2014 3:42 pm by maddprym

» perkembangan terkini naiktaraf KK Lubok Antu
Thu Oct 10, 2013 8:31 am by Roslan

» Helo...2013
Fri Jul 26, 2013 2:28 am by plus100lewishamiltonamat@

» FAIL MEJA UNTUK SEMUA
Sun Apr 07, 2013 4:02 pm by Amin zafri

» org baru...
Sat Feb 23, 2013 5:32 pm by arm S'h

» SURAT PEKELILING KETUA PENGARAH KESIHATAN MALAYSIA BIL.4/2009 PELAKSAAN PERKHIDMATAN KESIHATAN BERINTEGRASI(BERSEPADU)DI KLINIK KESIHATAN.
Sat Dec 08, 2012 2:02 pm by desmond edward

» PENDAFTARAN PERSATUAN PENOLONG PEGAWAI PERUBATAN SARAWAK
Tue Nov 06, 2012 10:23 am by Roslan

» Facebook satu lagi cara Yahudi bergerak!!
Wed Oct 24, 2012 1:46 am by anak pisang

» canon EOS 450D
Wed Oct 24, 2012 1:40 am by anak pisang

» TB Drugs Protocol
Wed Oct 24, 2012 1:39 am by anak pisang

» WANITA DAKWA SAKIT KULIT ANGKARA UBAT HOSPITAL.
Wed Oct 24, 2012 1:37 am by anak pisang

» REFERENDUM: MENGKAJI DAN MENJENAMA SEMULA NAMA JAWATAN ‘PENOLONG PEGAWAI PERUBATAN’ KEPADA SATU NAMA YANG LEBIH SIGNIFIKAN
Wed Oct 24, 2012 1:32 am by anak pisang

Similar topics
Affiliates














Follow us on Twitter


 



Share | 
 

 Amalan pemakanan secara bersukat cenderung mengalami masalah ketidakseimbangan nutrisi

View previous topic View next topic Go down 
AuthorMessage
Nick
Moderator
Moderator


Libra Rooster
Posts : 766
Points : 856
Reputation : 8
Join date : 2009-05-07
Age : 35
Location : HUM

Health Status
Health Points: 1

PostSubject: Amalan pemakanan secara bersukat cenderung mengalami masalah ketidakseimbangan nutrisi   Tue Jul 07, 2009 10:00 pm

MENGAMALKAN pemakanan berjadual mengikut jenis diet tertentu kini
menjadi trend di kalangan masyarakat. Ada yang mengamalkannya secara
melulu, sebahagian lagi menjadikan internet sebagai rujukan.

Antara
jenis diet yang menjadi amalan dan didakwa mampu membantu mengekalkan
kesihatan badan selain tujuan menguruskan badan adalah diet mengikut
jenis darah atau Blood Type Diet (BTD) diperkenalkan Dr Peter D’Adamo
melalui buku tulisannya, Eat Right 4 Your Type dan Lectins: The Diet
Connection buat pertama kalinya pada 1997.

Bagaimanapun pakar
pemakanan menolak dakwaan D’Adamo kerana menurut mereka BTD tidak
diiktiraf secara saintifik. Mengapa berlaku percanggahan ini.

Teori diet D'Adamo tidak diiktiraf

DIET
mengikut jenis darah atau Blood Type Diet (BTD) diperkenalkan Dr Peter
D’Adamo melalui buku tulisannya, Eat Right 4 Your Type dan Lectins: The
Diet Connection buat pertama kalinya pada 1997.
TAN menunjukkan amalan pemakanan seimbang berdasarkan piramid makanan.

Ia
adalah diet asas dengan kepercayaan jenis darah adalah faktor
terpenting menentukan diet yang sihat. Bagaimanapun ia dikritik hebat
oleh pakar pemakanan, nutrisi dan doktor kerana teori itu tidak dibuat
berasaskan kajian saintifik.

Evolusi teori kumpulan darah yang
digunakan D’Adamo adalah berasaskan kajian oleh William C Boyd seorang
antropologi darah yang membuat kajian mengenai kumpulan darah. Dalam
buku tulisan Boyd, Genetics and the races of man: An introduction of
blood groups, physical anthropology diterbitkan pada 1950, Byod
menerangkan bagaimana analisis genetik terhadap kumpulan darah dan
bangsa seseorang itu boleh membezakan genetik. Daripada pemahaman
inilah, Boyd mengagihkan populasi dunia kepada 13 bangsa.

Kemudian,
D’Adamo mengagihkan pula 13 perbezaan itu bersama-sama dengan jenis
darah dengan setiap jenis darah dalam 13 kumpulan itu memerlukan diet
yang berbeza.

Bagaimanapun BTD yang dirumuskan berdasarkan teori
D’Adamo tidak diiktiraf secara saintifik kerana ia diandaikan mengikut
teori tindak balas kimia lectin iaitu sejenis protein dalam makanan
yang mana jenis darah diprogramkan secara genetik untuk menerima atau
menolak.

Teori itu mengandaikan, sebarang ketidakserasian antara
lectin dan jenis darah akan mengakibatkan rumpuan sel yang dipanggil
percantuman pada bahagian sel berkenaan yang akan mengganggu
pencernaan, metabolisme, masalah berat badan dan juga mengakibatkan
sistem keimunan tidak berfungsi dengan berkesan.

Namun, itu
hanyalah teori tanpa asas saintifik. Persoalannya, mengapa ia menjadi
ikutan? Pakar Pemakanan Pusat Perubatan Pantai, Tan Shy Pyng berkata,
untuk kurus dan kekal langsing membuatkan manusia sanggup berbuat apa
saja. Malah, pelbagai formula kurus dicipta dan disebarkan secara
meluas melalui media terutama internet membuatkan ramai berani mencuba.

“Ada
banyak jenis diet antaranya Diet Atkin, BTD dan banyak lagi namun ia
sebenarnya tidak baik untuk kesihatan. Mereka yang mengamalkan
pemakanan bersukat cenderung mengalami masalah ketidakseimbangan
nutrisi di dalam badan, mungkin disebabkan memilih makanan.

“Mereka
percaya jenis kumpulan makanan tertentu perlu diambil dalam jumlah
tertentu sedangkan ia tidak benar. Misalnya BTD tidak menggalakkan
individu berdarah O mengambil makanan tinggi karbohidrat dan perlu
meningkatkan pengambilan protein.

“Tapi, menurut pandangan pakar
pemakanan dan perubatan, cara itu boleh menyebabkan seseorang mengalami
masalah krisis tenaga disebabkan kekurangan karbohidrat. Mungkin yang
mengamalkan BTD akan kurus dalam tempoh tertentu tapi proses yang
terjadi tidak normal dan memudaratkan,” katanya.

Pengambilan
protein berlebihan boleh menyebabkan ia berkumpul menjadi urea dan
creatinine (bahan kumuh). Jumlah pengambilan protein yang banyak akan
membebankan buah pinggang dan lama-kelamaan akan menjejaskan fungsi
organ itu.

“Biasanya masalah berkenaan hanya akan dapat dilihat dalam tempoh 10 hingga 15 tahun,” katanya.

BTD
juga diperkenalkan bukan hanya untuk mereka yang ingin menurunkan berat
badan tapi ia turut disyorkan pada pesakit kanser. Secara asasnya,
pesakit kanser sememangnya memerlukan protein dan kalori tapi jumlah
kalori yang banyak akan menyebabkan sistem imun hilang.

“Sebagai
penyelesaian, jika seseorang ingin mengurangkan berat badan, cara yang
paling betul adalah mengamalkan pemakanan seimbang dan gaya hidup
sihat. Perhatikan apakah punca masalah kegemukan? Faktor utama adalah
makanan segera dan kurang senaman.

“Kanak-kanak juga ramai yang
mengalami masalah obesiti. Ia disebabkan tabiat mereka yang berubah,
tidak aktif, malas bersenam dan memakan makanan segera,” katanya.

Tan
berkata, bersenam tidak akan memberikan hasil segera seperti
mengamalkan diet atau mengambil pil kurus tapi ia memerlukan tempoh dan
kesungguhan. Sebagai permulaan, seseorang yang berbadan besar boleh
memulakan senaman seperti jalan kaki atau joging.

“Kami juga
menggalakkan pesakit yang datang berjumpa pakar pemakanan menukar gaya
hidup mereka yang kuat makan atau makan makanan tidak sihat, kurang
bersenam atau masalah genetik.

“Mereka yang aktif tapi masih
gemuk biasanya disarankan mengurangkan pengambilan karbohidrat supaya
apabila bersenam, tenaga yang bertukar menjadi lemak akan terbakar.

“Selain
itu, mereka juga perlu tukar cara pemakanan. Cara masakan dan kuantiti
mempengaruhi. Jika sebelum ini suka masakan bersantan, selepas ini
amalkan makanan sup atau tanpa santan,” katanya.

Kata Tan, jika
sebelum ini mereka yang mengalami masalah kegemukan sering putus asa
untuk menjalani rawatan menguruskan badan, tapi Tan memberi jaminan
bahawa genetik dan tahap metabolisme boleh bertukar.

“Amalkan
gaya hidup aktif kerana lemak yang degil lama kelamaan jika sentiasa
dibakar akan menjadi tenaga dan secara perlahan-lahan akan menukar
tahap metabolisme badan,” katanya.

Sementara itu, Presiden
Persatuan Pemakanan Malaysia, Dr Tee E Siong berkata, orang ramai yang
ingin mencuba MTD sepatutnya membuat penyelidikan lebih lanjut dan tahu
mengapa diet ini perlu diambil.

Katanya, dalam amalan
pengambilan nutrisi, tidak ada bentuk pemakanan yang diambil berasaskan
kumpulan darah. Diet boleh dibuat mengikut jantina, usia dan aktiviti
harian tetapi bukan mengikut kumpulan darah.

“Untuk mendapatkan
pemakanan seimbang dan penjagaan kesihatan, pengambilan makanan
haruslah berpandukan nutrisi pemakanan yang diperlukan. Panduan jenis
pemakanan boleh dibuat mengikut saranan Kementerian Kesihatan dan
Panduan Pemakanan Malaysia,” katanya.

Dr Tee berkata,
mengamalkan diet mengikut jenis darah hanya akan membuatkan seseorang
itu tertumpu pada jenis makanan tertentu saja. Ia boleh menyebabkan
seseorang itu tidak mendapat nutrisi secukupnya dan kekurangan zat
tertentu.

Keadaan ini boleh mendedahkan seseorang itu kepada
masalah kesihatan lebih kronik. Misalnya kekurangan asid folat, vitamin
B6 atau B12 yang boleh meningkatkan tahap homocysteine (kompaun yang
terhasil apabila protein makanan dipecahkan dan diproses) dalam darah.

Ada teori yang mengatakan jika tahap homocysteine meningkatkan, risiko terhadap masalah jantung juga tinggi.

Fakta: BTD

Kebaikan

Bagus jika anda tidak suka mencuba makanan baru dan hanya makan menu tertentu.

Anda tahu jumlah makanan yang anda makan dan banyak mana anda makan.

Walau apa jenis diet yang anda amalkan, anda masih perlu bersenam.

Mengehadkan jumlah makanan boleh menyebabkan kekurangan berat badan.

Pengambilan makanan yang siap diproses tidak digalakkan.

Keburukan

Tidak ada penyelidikan saintifik yang menunjukkan kaitan antara jenis darah, jenis makanan dan berat badan.

Tidak realistik kerana bukan semua ahli keluarga memiliki jenis darah yang sama.

Diet berasaskan jenis darah sangat kompleks malah kerap kali dipertikaikan.

Mengehadkan pemakanan menyebabkan anda mengalami kekurangan nutrisi.

Memerlukan pengambilan makanan tambahan untuk menambah kekurangan nutrisi.

Fakta

Diet untuk darah jenis A

Dr
Peter J D´Adamo dalam bukunya menyarankan pemilik jenis darah A
mengambil diet vegetarian dengan pengambilan makanan yang mengandungi
lektin yang sedikit. Ini kerana jika kandungan lektin diambil dalam
kuantiti yang banyak akan mengakibatkan masalah perut.

Katanya,
mereka yang mempunyai darah jenis A menghasilkan kandungan lendir lebih
banyak berbanding jenis darah lain. Keadaan ini menimbulkan risiko
terhadap penyakit jenis alahan seperti asma, infeksi telinga dan
gangguan pada saluran pernafasan.

Sumber makanan berasaskan
haiwan seperti ikan dan ayam boleh diambil tetapi dalam kuantiti
terbatas. Individu jenis darah ini juga dianjurkan mengambil susu yang
sudah melalui proses penapaian seperti susu masam, krim tanpa lemak,
keju alami, telur dari jenis organik atau ayam kampung (dalam jumlah
terbatas), lemak (dalam jumlah terbatas), kekacang dan bijirin dan susu
kacang soya. Individu darah jenis ini perlu mengambil sayur-sayuran dan
buah-buahan dalam kuantiti yang banyak.

Diet untuk darah jenis B

Individu
darah jenis B lebih fleksibel. Teori Dr Peter J D’Adamo menyarankan
mereka menghindari makanan beku atau makanan dalam tin manakala sangat
menganjurkan makanan berasaskan susu yang memiliki kandungan
karbohidrat yang tinggi.

Diet golongan darah jenis AB

Pola
makan pemilik golongan darah AB adalah gabungan antara pola makan
golongan jenis A dan B. Penyakit yang berisiko dijangkiti adalah sinus,
infeksi telinga, dan gangguan saluran pernafasan. Pengambilan jenis
makanan yang dianjurkan adalah hidangan laut, semua jenis telur
(kecuali telur itik), susu fermentasi (melalui proses penapaian),
minyak zaitun, minyak kacang soya, minyak kacang tanah, kacang tanah,
semua jenis sayuran kecuali jagung, taugeh dan cendawan dan semua jenis
buah-buahan kecuali jeruk.

Diet untuk darah jenis O

Dr
Peter J D’Adamo menyarankan pemilik darah jenis O lebih banyak
mengambil makanan berprotein tinggi, mengikut diet rendah karbohidrat
dengan pengambilan ikan atau daging (kecuali daging yang diolah) serta
sayur-sayuran yang banyak, telur dan kacang namun menghindari produk
susu dan gandum.

Beliau juga menyarankan mereka mengehadkan pengambilan buah-buahan.

Diolah oleh : Berita Harian
Back to top Go down
http://WWW.YAHOO.COM
 
Amalan pemakanan secara bersukat cenderung mengalami masalah ketidakseimbangan nutrisi
View previous topic View next topic Back to top 
Page 1 of 1
 Similar topics
-
» Bagaimana Pandangan Sodara sekalian mengenai perlakuan kita yg Hidup terhadap yg sudah mati, seperti TAHLILAN 7 Hari, menghadiahkan aL-Fatihah, dan Amalan-Amalan ketika setelah Sholat Misal: Ingin mendapatkan Jodoh/memperoleh rezekiy/mendambakan anak shol
» kenapa Qur'an tidak disusun secara kronologis
» cara meringankan siksa kubur
» Manfaat Sholat dan Wudhu secara ilmiah
» definisi aswaja

Permissions in this forum:You cannot reply to topics in this forum
:: Penolong Pegawai Perubatan Sarawak :: :: General Forum :: Perbincangan Kesihatan-
Jump to: