:: Penolong Pegawai Perubatan Sarawak ::

:: Penolong Pegawai Perubatan Sarawak Portal::
 
HomePortalCalendarGalleryFAQSearchMemberlistRegisterLog in
Navigation
Log in
Username:
Password:
Log in automatically: 
:: I forgot my password
Latest topics
» PPP new website..
Fri Sep 09, 2016 2:12 pm by Jay Amarda

» SELAMAT HARI PENOLONG PEGAWAI PERUBATAN 2016
Tue Mar 08, 2016 8:38 pm by Jay Amarda

» Pegawai Perubatan di KK/K1M/KKIA
Sat Jan 09, 2016 10:37 pm by Jay Amarda

» MERRY CHRISMAT & HAPPY NEW YEAR 2016
Tue Dec 22, 2015 9:39 am by Jay Amarda

» PENGALAMAM DENGAN PERKHIDMATAN DOKTOR UDARA
Thu Dec 10, 2015 11:41 am by Jay Amarda

» Lastest Update and News for PPP
Thu Dec 10, 2015 8:03 am by Jay Amarda

» PPP BOLEH JADI PEGAWAI PERUBATAN
Sun Jul 19, 2015 8:21 pm by Aisyah98

» DEGREE FOR PPP. APA BIDANG YANG BERKAITAN
Sun Jul 19, 2015 8:18 pm by Aisyah98

» Visual Studio 2010 Free Download Full Version With Crack For Windows 7 64 Bit
Wed Mar 19, 2014 3:42 pm by maddprym

» perkembangan terkini naiktaraf KK Lubok Antu
Thu Oct 10, 2013 8:31 am by Roslan

» Helo...2013
Fri Jul 26, 2013 2:28 am by plus100lewishamiltonamat@

» FAIL MEJA UNTUK SEMUA
Sun Apr 07, 2013 4:02 pm by Amin zafri

» org baru...
Sat Feb 23, 2013 5:32 pm by arm S'h

» SURAT PEKELILING KETUA PENGARAH KESIHATAN MALAYSIA BIL.4/2009 PELAKSAAN PERKHIDMATAN KESIHATAN BERINTEGRASI(BERSEPADU)DI KLINIK KESIHATAN.
Sat Dec 08, 2012 2:02 pm by desmond edward

» PENDAFTARAN PERSATUAN PENOLONG PEGAWAI PERUBATAN SARAWAK
Tue Nov 06, 2012 10:23 am by Roslan

» Facebook satu lagi cara Yahudi bergerak!!
Wed Oct 24, 2012 1:46 am by anak pisang

» canon EOS 450D
Wed Oct 24, 2012 1:40 am by anak pisang

» TB Drugs Protocol
Wed Oct 24, 2012 1:39 am by anak pisang

» WANITA DAKWA SAKIT KULIT ANGKARA UBAT HOSPITAL.
Wed Oct 24, 2012 1:37 am by anak pisang

» REFERENDUM: MENGKAJI DAN MENJENAMA SEMULA NAMA JAWATAN ‘PENOLONG PEGAWAI PERUBATAN’ KEPADA SATU NAMA YANG LEBIH SIGNIFIKAN
Wed Oct 24, 2012 1:32 am by anak pisang

Similar topics
Affiliates














Follow us on Twitter


 



Share | 
 

 ILMU CPR DI SETIAP RUMAH

View previous topic View next topic Go down 
AuthorMessage
idaman2865
Newbie Forumer
Newbie Forumer


Posts : 197
Points : 356
Reputation : 1
Join date : 2009-07-01
Location : Bintulu

Health Status
Health Points: 1

PostSubject: ILMU CPR DI SETIAP RUMAH   Sun Jul 05, 2009 9:19 pm


BANTUAN kecemasan seperti CPR boleh dipelajari semua
peringkat umur dengan sekurang-kurangnya seorang ahli keluarga di
setiap rumah perlu mengetahui proses bantuan kecemasan.



KECEMASAN adalah satu keadaan yang berlaku di mana kebanyakan daripada kita tidak berada di dalam keadaan bersedia. Ia menyebabkan panik dan kadang-kala berlaku tindakan di luar kawalan yang mungkin boleh memudaratkan.

Kecemasan yang paling menakutkan boleh berlaku di rumah kita apabila
salah seorang daripada ahli keluarga menghadapi masalah kesihatan yang
menyebabkan mereka berhenti bernafas dan jantung tidak berdenyut.
Mereka memerlukan satu bantuan kecemasan yang dipanggil pemulihan pernafasan dan jantung iaitu CPR (cardiopulmonary resuscitation).

Kursus CPR untuk penduduk perumahan Desa SBJ Dewan Beta, Kota Bharu
yang telah dianjurkan oleh AJK perumahan dengan kerjasama Hospital USM
pada 29 Mei lalu menjadi contoh pendekatan memperkasakan orang ramai
dengan ilmu bantuan kecemasan.

Satu Rumah, Satu CPR
Ini merupakan satu konsep di mana sekurang-kurangnya seorang ahli keluarga di setiap rumah tahu bagaimana untuk melakukan CPR. Ini penting kerana kecemasan boleh berlaku di rumah dan jika ada yang tahu untuk membantu, nyawa orang yang tersayang mungkin dapat diselamatkan.

Ia juga menyahut cabaran yang pernah disuarakan oleh persatuan akademik profesional antarabangsa seperti Persatuan Jantung Amerika yang menyatakan bahawa cabaran terbesar adalah untuk menggalakkan orang awam bersama-sama mempelajari dan tahu melakukan CPR.

Sejarah
Sejarah telah menunjukkan berbagai kaedah telah dicuba oleh manusia untuk tindakan kecemasan sejak 1770 lagi. Antara kaedah yang pernah digunakan ialah menterbalikkan mangsa dengan keadaan kaki ke atas, menggelek di atas tong, menarik lidah dan sebagainya.

Bagaimanapun, bermula tahun 1973, kaedah CPR telah diperkenalkan dan
semenjak daripada itu, berbagai-bagai kajian dilakukan secara saintifik
untuk membuktikan keberkesanan CPR dan bagaimana untuk menambah baik
kaedah CPR.

Pada 2005, CPR telah dipermudahkan untuk orang awam dan dijangka pada 2010, CPR akan menjadi lebih mudah dilakukan dengan keutamaan diberikan pada tekanan dada (chest compression) sahaja (tanpa bantuan pernafasan mulut ke mulut).

Masa untuk CPR
CPR hanya dilakukan apabila seorang mangsa berhenti bernafas dan jantungnya juga tidak berdenyut. Justeru itu, CPR tidak boleh dilakukan kepada mangsa yang pitam, pengsan, hipoglisemia (rendah gula dalam darah), angin ahmar (strok) dan sebagainya selagi mereka masih bernafas dan jantung masih
berdenyut. Jika CPR dilakukan juga, ia boleh menjejaskan rentak denyut jantung dan dikhuatiri memudaratkan lagi keadaan mangsa.

Kematian
Kematian secara umumnya ditakrifkan sebagai keadaan di mana mangsa tidak bernafas dan jantung tidak berdenyut.
Ia boleh dibahagikan kepada 2 fasa:
1) Kematian klinikal yang bersifat sementara
2) Kematian biologikal yang bersifat kekal

Kematian klinikal berlaku dalam tempoh empat (4) hingga enam (6) minit pertama ketika jantung dan nafas mula-mula terhenti. Jika tiada sebarang bantuan diberikan dalam tempoh masa ini, sel-sel otak akan mula mati dan jika ia berterusan sehingga 10 minit, mangsa tersebut akan memasuki fasa kematian biologikal yang bersifat kekal. Ketika ini, tiada sebarang bantuan yang dapat membantu untuk menyelamatkan mangsa.

Objektif CPR ialah untuk mengelakkan kematian sel-sel otak dan menghalang mangsa daripada memasuki fasa kematian biologikal yang bersifat kekal.

Faktor-faktor yang menentukan mangsa terselamat atau tidak:
(1) Ada orang yang melihat kejadian tersebut dan tindakan susulan yang betul diambil
(2) Kualiti bantuan hayat yang diberikan
(3) Renta denyut jantung ketika kejadian. Rentak 'ventricular fibrillation' mempunyai peluang yang lebih baik.
(4) Umur, kanak-kanak mempunyai peluang yang lebih baik daripada orang tua
(5) Penyakit-penyakit lain seperti angin ahmar, diabetes dan jangkitan kuman dalam darah

Kualiti bantuan hayat
Bantuan hayat yang berkualiti memberi penekanan kepada berapa cepat bantuan CPR dapat diberikan kepada mangsa. Dalam konteks ini, masa itu emas dan sangat berharga. Semakin cepat bantuan CPR dapat diberikan, semakin tinggi kualiti bantuan hayat tersebut dan semakin tinggi peluang untuk menyelamatkan mangsa.

Selain daripada itu, teknik CPR yang betul juga merupakan satu kualiti penting dalam bantuan hayat. Teknik bantuan mulut ke mulut dan tekanan dada dalam nisbah 2 :30 adalah teknik terkini dan terbukti secara saintifik.

Tekanan dada juga memerlukan tekanan yang agak kuat dan cepat (push hard, push fast) dan dilakukan secara terus menerus. Elakkan sebarang gangguan dan CPR hendaklah dilakukan secara berterusan sehingga kita kepenatan atau ada orang yang boleh membantu. Justeru itu, semakin ramai yang tahu melakukan CPR, semakin tinggi kualiti CPR yang dapat diberikan kepada mangsa atau keluarga tersayang jika berlaku sebarang kecemasan.

Faktor penting yang turut menentukan kualiti bantuan hayat ialah
berapa cepat bantuan defibrillasi dapat diberikan kepada pesakit.
Defibrilasi ini dapat dilakukan dengan pantas sekiranya terdapat Defibrilasi Eksternal secara automatik atau AED (Automated external defibrillator).
AED sebenarnya direka untuk digunakan oleh orang awam agar bantuan hayat yang berkualiti dapat diberikan secepat mungkin.

Mempelajari CPR
Kursus CPR dikendalikan oleh banyak pihak seperti Jabatan Kecemasan
hospital, Persatuan Perubatan Kecemasan Malaysia (MAEM), Persatuan
Trauma dan Perubatan Kecemasan Malaysia (MASTEM), badan bukan kerajaan
seperti St. John Ambulan, Persatuan Bulan Sabit Merah dan sebagainya
yang bertauliah.

Oleh itu, ambil peluang menyertai kursus bantuan kecemasan yang
diadakan pihak terbabit atau bertanya kepada pihak berkaitan mengenai
program latihan mahupun sukarelawan untuk membantu dalam situasi
kecemasan. Bersama jayakan konsep Satu Rumah, Satu CPR supaya bantuan hayat yang sempurna dapat diberikan kepada yang memerlukan, dengan segera.
Back to top Go down
http://bintulunefrologi.blogspot.com
 
ILMU CPR DI SETIAP RUMAH
View previous topic View next topic Back to top 
Page 1 of 1
 Similar topics
-
» Rumah Ditinggal Pergi ke Gereja, Nasib Jadi Apes
» apa sih itu ilmu kalam?
» SKB 3 menteri: pendirian rumah ibadah
» ilmu ghaib hanya milik Allah
» memberi nafkah kepada penuntut ilmu

Permissions in this forum:You cannot reply to topics in this forum
:: Penolong Pegawai Perubatan Sarawak :: :: General Forum :: Berita Semasa-
Jump to: