:: Penolong Pegawai Perubatan Sarawak ::

:: Penolong Pegawai Perubatan Sarawak Portal::
 
HomePortalCalendarGalleryFAQSearchMemberlistRegisterLog in
Navigation
Log in
Username:
Password:
Log in automatically: 
:: I forgot my password
Latest topics
» PPP new website..
Tue Mar 14, 2017 12:36 pm by aubreysherrod

» Bagaimana Cara Memperkenalkan Portal PPP Sararawak Kepada Semua PPP ....?? The Best Way....
Tue Mar 14, 2017 12:34 pm by aubreysherrod

» SELAMAT HARI PENOLONG PEGAWAI PERUBATAN 2016
Tue Mar 08, 2016 8:38 pm by Jay Amarda

» Pegawai Perubatan di KK/K1M/KKIA
Sat Jan 09, 2016 10:37 pm by Jay Amarda

» MERRY CHRISMAT & HAPPY NEW YEAR 2016
Tue Dec 22, 2015 9:39 am by Jay Amarda

» PENGALAMAM DENGAN PERKHIDMATAN DOKTOR UDARA
Thu Dec 10, 2015 11:41 am by Jay Amarda

» Lastest Update and News for PPP
Thu Dec 10, 2015 8:03 am by Jay Amarda

» PPP BOLEH JADI PEGAWAI PERUBATAN
Sun Jul 19, 2015 8:21 pm by Aisyah98

» DEGREE FOR PPP. APA BIDANG YANG BERKAITAN
Sun Jul 19, 2015 8:18 pm by Aisyah98

» Visual Studio 2010 Free Download Full Version With Crack For Windows 7 64 Bit
Wed Mar 19, 2014 3:42 pm by maddprym

» perkembangan terkini naiktaraf KK Lubok Antu
Thu Oct 10, 2013 8:31 am by Roslan

» Helo...2013
Fri Jul 26, 2013 2:28 am by plus100lewishamiltonamat@

» FAIL MEJA UNTUK SEMUA
Sun Apr 07, 2013 4:02 pm by Amin zafri

» org baru...
Sat Feb 23, 2013 5:32 pm by arm S'h

» SURAT PEKELILING KETUA PENGARAH KESIHATAN MALAYSIA BIL.4/2009 PELAKSAAN PERKHIDMATAN KESIHATAN BERINTEGRASI(BERSEPADU)DI KLINIK KESIHATAN.
Sat Dec 08, 2012 2:02 pm by desmond edward

» PENDAFTARAN PERSATUAN PENOLONG PEGAWAI PERUBATAN SARAWAK
Tue Nov 06, 2012 10:23 am by Roslan

» Facebook satu lagi cara Yahudi bergerak!!
Wed Oct 24, 2012 1:46 am by anak pisang

» canon EOS 450D
Wed Oct 24, 2012 1:40 am by anak pisang

» TB Drugs Protocol
Wed Oct 24, 2012 1:39 am by anak pisang

» WANITA DAKWA SAKIT KULIT ANGKARA UBAT HOSPITAL.
Wed Oct 24, 2012 1:37 am by anak pisang

Similar topics
    Affiliates














    Follow us on Twitter


     



    Share | 
     

     KUMAN GUSI SERANG JANTUNG

    View previous topic View next topic Go down 
    AuthorMessage
    idaman2865
    Newbie Forumer
    Newbie Forumer
    avatar

    Posts : 197
    Points : 356
    Reputation : 1
    Join date : 2009-07-01
    Location : Bintulu

    Health Status
    Health Points: 1

    PostSubject: KUMAN GUSI SERANG JANTUNG   Sun Jul 05, 2009 1:06 am

    Bakteria di dalam mulut menyumbang kepada penyakit jantung dan kencing manis.


    KESIHATAN mulut turut memberi kesan besar terhadap diabetes dan penyakit berkaitan pernafasan.


    Tahukah anda, penyakit gusi yang menjadi penyebab utama orang dewasa kehilangan gigi sebenarnya berkait rapat dengan penyakit jantung dan
    kencing manis yang merupakan antara pembunuh utama di dunia.
    Menurut Pakar Periodontal dan Bedah Gigi, Dr. Yong Hui Ping, kira-kira 90 peratus rakyat Malaysia berdepan dengan masalah gusi dengan lebih 30 peratus berada di tahap serius.

    “Penyakit gusi bermula dengan pengumpulan plak bakteria yang sentiasa terbentuk di dalam mulut.

    “Ia akan menyebabkan gusi mengalami radang lalu bertukar merah dan
    teksturnya lembik. Gusi terasa pedih kerana membengkak dan mudah
    berdarah semasa menggosok gigi, makan mahupun ketika menelan air liur.
    “Jika keadaan ini berterusan tanpa rawatan, bakteria di dalam mulut
    akan memakan sisa makanan kemudian merembeskan toksik yang akan
    menyebabkan gusi lekang daripada gigi, seterusnya membentuk lekuk
    antara gigi dan gusi,” katanya.

    Tambah Hui Ping, gingivitis yang dibiarkan untuk satu tempoh yang
    lama akan mengundang penyakit gusi yang lebih serius iaitu
    periodontitis.

    “Ramai menganggap warga emas atau orang dewasa sahaja yang mendapat
    penyakit ini. Tanggapan itu salah sama sekali kerana plak dan bakteria
    yang dibiarkan membiak dalam mulut selama bertahun-tahun mampu
    menyerang gusi tanpa mengira faktor usia. Ramai juga remaja yang
    menghidap periodontitis,” katanya.


    Bakteria ikut saluran darah

    Pada tahap serius, jangkitan kuman di bahagian gusi boleh
    memusnahkan ligamen dan merosakkan tisu serta tulang penyokong gigi.
    Malah, gusi boleh bercerai daripada gigi dan paras tulang gigi merosot.

    “Periodontitis yang teruk menjadikan gigi kelihatan lebih panjang
    dan kedudukannya berubah. Ia menimbulkan rasa tidak serasi apabila
    pesakit menggigit makanan.
    “Gusi menjadi lebih sensitif serta sakit ketika mengunyah. Nafas pesakit pula berbau busuk dan sukar dihilangkan.



    “Jika pesakit mengalami simptom tersebut tetapi tidak mendapatkan
    rawatan pakar, nanah mudah terbentuk dan kehilangan tulang gigi semakin
    kerap terjadi. Akhirnya, gigi kekal mula longgar dan mudah tertanggal,”
    jelas Hui Ping.

    Kurang bersenam, pengambilan makanan tidak seimbang, merokok,
    tekanan darah tinggi dan kencing manis sering menjadi punca penyakit
    jantung.
    Namun, beberapa kajian mendapati faktor tersebut belum dapat
    dikaitkan sepenuhnya dengan pembentukan arteroskelorosis iaitu
    pengumpulan plak lemak ke dalam salur darah yang menyebabkan serangan
    jantung.

    Penemuan ini mendorong ramai penyelidik lebih memberi tumpuan kepada
    kaitan antara penyakit periodontitis dengan penyakit koronari jantung.
    Berdasarkan kajian oleh pasukan penyelidik yang diketuai Dr. Arne
    Schaefer dari Universiti Kiel, Jerman, didapati wujud persamaan antara
    kuman yang ditemui pada rongga mulut dengan kuman yang ada di plak-plak
    koronari jantung.

    “Kita temui gen yang menghubungkan dua keadaan itu pada kromosom 9.
    Hubungan gen tersebut dengan serangan jantung sebelumnya memang telah
    diketahui. Namun, dalam kajian kali ini, gen tersebut ditemui pada
    pesakit yang mengalami periodontitis tahap awal.
    “Ini bermakna kuman di dalam gusi bermasalah akan memasuki saluran
    darah. Ditambah dengan faktor lain, plak lemak akan terbentuk dan
    menyekat saluran tersebut,” kata Schaefer.
    Penghidap periodontis lebih berisiko mendapat serangan jantung
    kerana bakteria daripada mulut boleh menjangkiti kawasan lain dalam
    badan dan menyebabkan tindak balas keradangan.
    “Sistem imun badan akan mengesan kehadiran bakteria ini dan bertindak balas untuk menghapuskannya.

    “Tindak balas ini menyebabkan pelbagai kesan keradangan, terutama
    pada sistem kardiovaskular dengan menebalkan dinding saluran darah.
    “Keadaan ini kerap berlaku pada pesakit jantung. Individu yang
    menghadapi masalah periodontitis mempunyai risiko 24 peratus lebih
    tinggi mendapat penyakit jantung koronari,” ujar Hui Ping.
    Kajian yang dijalankan mendapati bakteria serta kimia yang
    dihasilkannya boleh memasuki salur darah secara langsung dan akhirnya
    sampai ke bahagian lain yang jauh ke dalam seperti sel endotelium pada
    salur darah,” tambah beliau.
    Back to top Go down
    http://bintulunefrologi.blogspot.com
     
    KUMAN GUSI SERANG JANTUNG
    View previous topic View next topic Back to top 
    Page 1 of 1
     Similar topics
    -
    » Pengobatan Penyakit Jantung yang Aman pada Ibu Hamil

    Permissions in this forum:You cannot reply to topics in this forum
    :: Penolong Pegawai Perubatan Sarawak :: :: General Forum :: Perbincangan Kesihatan-
    Jump to: