:: Penolong Pegawai Perubatan Sarawak ::

:: Penolong Pegawai Perubatan Sarawak Portal::
 
HomePortalCalendarGalleryFAQSearchMemberlistRegisterLog in
Navigation
Log in
Username:
Password:
Log in automatically: 
:: I forgot my password
Latest topics
» PPP new website..
Fri Sep 09, 2016 2:12 pm by Jay Amarda

» SELAMAT HARI PENOLONG PEGAWAI PERUBATAN 2016
Tue Mar 08, 2016 8:38 pm by Jay Amarda

» Pegawai Perubatan di KK/K1M/KKIA
Sat Jan 09, 2016 10:37 pm by Jay Amarda

» MERRY CHRISMAT & HAPPY NEW YEAR 2016
Tue Dec 22, 2015 9:39 am by Jay Amarda

» PENGALAMAM DENGAN PERKHIDMATAN DOKTOR UDARA
Thu Dec 10, 2015 11:41 am by Jay Amarda

» Lastest Update and News for PPP
Thu Dec 10, 2015 8:03 am by Jay Amarda

» PPP BOLEH JADI PEGAWAI PERUBATAN
Sun Jul 19, 2015 8:21 pm by Aisyah98

» DEGREE FOR PPP. APA BIDANG YANG BERKAITAN
Sun Jul 19, 2015 8:18 pm by Aisyah98

» Visual Studio 2010 Free Download Full Version With Crack For Windows 7 64 Bit
Wed Mar 19, 2014 3:42 pm by maddprym

» perkembangan terkini naiktaraf KK Lubok Antu
Thu Oct 10, 2013 8:31 am by Roslan

» Helo...2013
Fri Jul 26, 2013 2:28 am by plus100lewishamiltonamat@

» FAIL MEJA UNTUK SEMUA
Sun Apr 07, 2013 4:02 pm by Amin zafri

» org baru...
Sat Feb 23, 2013 5:32 pm by arm S'h

» SURAT PEKELILING KETUA PENGARAH KESIHATAN MALAYSIA BIL.4/2009 PELAKSAAN PERKHIDMATAN KESIHATAN BERINTEGRASI(BERSEPADU)DI KLINIK KESIHATAN.
Sat Dec 08, 2012 2:02 pm by desmond edward

» PENDAFTARAN PERSATUAN PENOLONG PEGAWAI PERUBATAN SARAWAK
Tue Nov 06, 2012 10:23 am by Roslan

» Facebook satu lagi cara Yahudi bergerak!!
Wed Oct 24, 2012 1:46 am by anak pisang

» canon EOS 450D
Wed Oct 24, 2012 1:40 am by anak pisang

» TB Drugs Protocol
Wed Oct 24, 2012 1:39 am by anak pisang

» WANITA DAKWA SAKIT KULIT ANGKARA UBAT HOSPITAL.
Wed Oct 24, 2012 1:37 am by anak pisang

» REFERENDUM: MENGKAJI DAN MENJENAMA SEMULA NAMA JAWATAN ‘PENOLONG PEGAWAI PERUBATAN’ KEPADA SATU NAMA YANG LEBIH SIGNIFIKAN
Wed Oct 24, 2012 1:32 am by anak pisang

Similar topics
Affiliates














Follow us on Twitter


 



Share | 
 

 ROKOK RACUNI SPERMA

View previous topic View next topic Go down 
AuthorMessage
idaman2865
Newbie Forumer
Newbie Forumer


Posts : 197
Points : 356
Reputation : 1
Join date : 2009-07-01
Location : Bintulu

Health Status
Health Points: 1

PostSubject: ROKOK RACUNI SPERMA   Sat Jul 04, 2009 4:46 pm

“SETAKAT letak amaran ‘Merokok Membahayakan
Kesihatan’ tidak memberi kesan pada lelaki. Kita patut ikut contoh amaran pada
kotak rokok di Indonesia yang tertulis ‘Merokok Membahayakan Kesihatan dan
Menyebabkan Impoten’.

Sama ada tidak tahu, tidak sedar atau sengaja tidak ambil endah, tetapi inilah
hakikatnya. Kajian American State University mendapati sperma perokok lelaki
mengalami perubahan yang menyebabkan proses persenyawaan menjadi sukar.

Kajian terbaru yang diketuai Profesor Madya Lani Burkman dari Jabatan
Ginekologi dan Obstetrik universiti itu juga menunjukkan, nikotin dan hasil
sampingannya, nikotinin yang diletakkan pada sperma dalam makmal menyebabkan
perubahan pada gaya gerakan sperma.

Walaupun ada sperma berjaya menembusi dinding telur (ovum) ia tidak melekat
kuat. Pada masa sama, jika ekor sperma tidak cukup kuat ia tidak akan berjaya
berenang mendekati ovum. Kajian itu juga mendapati, perokok tegar (individu
yang merokok sekurang-kurangnya empat batang sehari selama dua tahun) dikatakan
75 peratus kurang subur berbanding bukan perokok.

Semua perubahan ini berlaku kerana kandungan bahan dalam tembakau boleh meniru
bahan kimia semula jadi badan, iaitu asetilkolin. Asetilkolin ialah kimia yang
membawa maklumat ke sel saraf dan ketidakseimbangannya boleh memberi kesan
kepada tekanan darah, corak tidur, ingatan, fungsi mental dan aktiviti seksual.

Selain memberi kesan kepada kualiti sperma, asap rokok mempengaruhi sistem
saraf, hormon dan vaskular. Seperkara yang perokok perlu tahu ialah,
ketiga-tiga sistem ini ‘bekerja bersama-sama’ dengan tisu otot untuk
mengekalkan ereksi.

Kajian sebelumnya yang dijalankan ke atas 1,290 lelaki yang mendapatkan rawatan
impotensi di Massachusetts, Amerika Syarikat mendapati, 56 peratus perokok
menghadapi risiko dua kali ganda untuk mengalami masalah impoten berbanding lelaki
tidak merokok.

Namun bagi perokok tegar, kajian ini tidak memberi makna kepada mereka. Apatah
lagi mereka yang berupaya mendapatkan anak walaupun sudah berbelas (atau
berpuluh tahun) merokok. Dakwaan ini ada benarnya dan orang seperti ini
dianggap individu yang bertuah serta perlu bersyukur.

Banyak pasangan terpaksa berhabis, malah bergolok bergadai untuk mendapatkan
anak kerana masalah kesuburan, kekurangan sperma atau sperma tidak normal.
Bahkan ada juga yang tetap tidak dapat anak, walaupun berhenti merokok.

Ketua Pakar Embriologi, Pusat Kesuburan Konsep, Yee Siew Yin, berkata
dianggarkan 60 hingga 70 peratus perokok mengalami masalah kesuburan. Hanya 30
hingga 40 peratus termasuk dalam kumpulan bertuah yang tetap ‘subur’ dan boleh
mendapat anak, walaupun bermacam jenis racun tersimpan dalam badan mereka.

Katanya, racun daripada asap rokok memberi kesan jangka panjang kerana boleh
menyebabkan kerosakan kekal pada sel yang bertanggungjawab menghasilkan sperma,
mengakibatkan kurang sperma dihasilkan.

“Asap rokok juga boleh mengubah bentuk sperma. Pada umumnya lelaki subur mesti
mempunyai sekurang-kurangnya 20 juta sperma dalam setiap mililiter air mani dan
daripada jumlah ini hanya 15 peratus mempunyai bentuk normal dan boleh berenang
aktif untuk sampai ke telur. Bagi perokok, jumlah ini jauh lebih rendah dan
tidak cukup untuk membuatkan pasangan mengandung.

“Pada keadaan biasa, sperma mengambil masa dua hingga tiga hari untuk sampai ke
telur, tetapi asap rokok melambatkan pergerakan sperma yang menyebabkan ia
terpaksa berenang antara empat hingga lima hari,” katanya.

Ini menyukarkan proses persenyawaan dan peluang mendapat anak semakin tipis.
Secara umumnya, rokok memberi kesan negatif terhadap kesihatan seksual lelaki
melalui empat cara iaitu:

Mengurangkan kadar ejakulasi.

Merendahkan bilangan sperma.

Mengubah bentuk sperma kepada tidak normal (ingat, hanya 15 peratus sperma yang
normal dan boleh bergerak pantas untuk sampai ke telur).

Melambatkan pergerakan sperma.

Sebenarnya kepala sperma ada satu lapisan seperti tudung dipanggil akrosom yang
berfungsi sebagai enzim untuk ‘menebuk’ lubang pada dinding telur (zona
pellucida) bagi membolehkan ia masuk dan mensenyawakan telur. Bagaimanapun,
sperma perokok tidak mempunyai lapisan akrosom ini. Ini menyebabkan sperma
perokok tidak boleh masuk ke dalam telur; akhirnya akan mati dan disingkirkan
daripada badan.

Namun, ini bukan bermakna perokok tidak boleh mendapat anak. Peluang itu ada,
tetapi rendah berbanding lelaki tidak merokok. Bagaimanapun, peluang boleh
ditingkatkan dengan berhenti merokok bagi mengelak lebih banyak kerosakan
berlaku pada sel yang menghasilkan sperma dan mendapat sperma baru yang sihat.

Walaupun sperma baru dihasilkan setiap tiga bulan, kesan racun asap rokok yang
tersimpan dalam badan masih boleh memberi kesan. Dianggarkan badan mengambil
masa sekurang-kurangnya tiga hingga enam bulan selepas berhenti merokok untuk
melihat kesan positif pada sperma.

“Air mani bukan lambang kesuburan. Ramai lelaki salah anggap mengenai perkara
ini kerana ada lelaki yang tiada sperma langsung. Jadi, jika anda merancang
mendapat anak, berhentilah merokok.

“Apabila merokok, anda juga memberi asap (dan racun) kepada orang di
sekeliling, terutama isteri, yang dipanggil ‘perokok tahap kedua’. Asap dihidu
orang sekeliling sebenarnya lebih berbahaya kerana turut mengandungi 4,000
bahan kimia seperti yang masuk ke paru-paru perokok tetapi pada kuantiti lebih
tinggi, dua kali ganda kandungan tar dan lima kali ganda karbon monoksida.

“Lebih teruk, ia turut memberi kesan kepada sel ovari isteri. Sel ovari akan
cepat mati dan keadaan ini lama kelamaan menyebabkan saiz ovari mengecut. Ovari
yang kecut bukan saja menghasilkan telur tidak berkualiti, tetapi turut
menghentikan penghasilan telur, seterusnya mengakibatkan wanita menopaus awal.
Jika mengandung, ada risiko melahirkan anak tidak normal,” katanya.

Kajian juga menunjukkan asap rokok suami boleh menyebabkan isteri keguguran,
anak mati dalam kandungan (ketika berusia lapan atau sembilan bulan), bayi
dilahirkan tidak cukup berat atau ada kecacatan sumbing bibir dan lelangit. Malah,
kata Yee, tabiat merokok anda hari ini bukan hanya mempengaruhi kesihatan diri,
tetapi turut memberi kesan kepada kesuburan anak yang bakal dilahirkan,
terutama jika anak itu lelaki.

Justeru, jangan berlaku kejam (walaupun secara tidak sedar) kepada isteri dan
anak. Jika anda baru mula merancang menambah bilangan keluarga, inilah masa
terbaik untuk menghentikan tabiat buruk itu supaya anak dilahirkan tidak
menghadapi masalah kesihatan seperti asma, autisme, mendapat jangkitan telinga,
kecacatan mata atau lebih teruk, mati dalam kandungan
Back to top Go down
http://bintulunefrologi.blogspot.com
 
ROKOK RACUNI SPERMA
View previous topic View next topic Back to top 
Page 1 of 1
 Similar topics
-
» Biaya Hisap Rokok 10 Tahun Lebih Besar dari Ongkos Naik Haji

Permissions in this forum:You cannot reply to topics in this forum
:: Penolong Pegawai Perubatan Sarawak :: :: General Forum :: Perbincangan Kesihatan-
Jump to: