:: Penolong Pegawai Perubatan Sarawak ::

:: Penolong Pegawai Perubatan Sarawak Portal::
 
HomePortalCalendarGalleryFAQSearchMemberlistRegisterLog in
Navigation
Log in
Username:
Password:
Log in automatically: 
:: I forgot my password
Latest topics
» PPP new website..
Fri Sep 09, 2016 2:12 pm by Jay Amarda

» SELAMAT HARI PENOLONG PEGAWAI PERUBATAN 2016
Tue Mar 08, 2016 8:38 pm by Jay Amarda

» Pegawai Perubatan di KK/K1M/KKIA
Sat Jan 09, 2016 10:37 pm by Jay Amarda

» MERRY CHRISMAT & HAPPY NEW YEAR 2016
Tue Dec 22, 2015 9:39 am by Jay Amarda

» PENGALAMAM DENGAN PERKHIDMATAN DOKTOR UDARA
Thu Dec 10, 2015 11:41 am by Jay Amarda

» Lastest Update and News for PPP
Thu Dec 10, 2015 8:03 am by Jay Amarda

» PPP BOLEH JADI PEGAWAI PERUBATAN
Sun Jul 19, 2015 8:21 pm by Aisyah98

» DEGREE FOR PPP. APA BIDANG YANG BERKAITAN
Sun Jul 19, 2015 8:18 pm by Aisyah98

» Visual Studio 2010 Free Download Full Version With Crack For Windows 7 64 Bit
Wed Mar 19, 2014 3:42 pm by maddprym

» perkembangan terkini naiktaraf KK Lubok Antu
Thu Oct 10, 2013 8:31 am by Roslan

» Helo...2013
Fri Jul 26, 2013 2:28 am by plus100lewishamiltonamat@

» FAIL MEJA UNTUK SEMUA
Sun Apr 07, 2013 4:02 pm by Amin zafri

» org baru...
Sat Feb 23, 2013 5:32 pm by arm S'h

» SURAT PEKELILING KETUA PENGARAH KESIHATAN MALAYSIA BIL.4/2009 PELAKSAAN PERKHIDMATAN KESIHATAN BERINTEGRASI(BERSEPADU)DI KLINIK KESIHATAN.
Sat Dec 08, 2012 2:02 pm by desmond edward

» PENDAFTARAN PERSATUAN PENOLONG PEGAWAI PERUBATAN SARAWAK
Tue Nov 06, 2012 10:23 am by Roslan

» Facebook satu lagi cara Yahudi bergerak!!
Wed Oct 24, 2012 1:46 am by anak pisang

» canon EOS 450D
Wed Oct 24, 2012 1:40 am by anak pisang

» TB Drugs Protocol
Wed Oct 24, 2012 1:39 am by anak pisang

» WANITA DAKWA SAKIT KULIT ANGKARA UBAT HOSPITAL.
Wed Oct 24, 2012 1:37 am by anak pisang

» REFERENDUM: MENGKAJI DAN MENJENAMA SEMULA NAMA JAWATAN ‘PENOLONG PEGAWAI PERUBATAN’ KEPADA SATU NAMA YANG LEBIH SIGNIFIKAN
Wed Oct 24, 2012 1:32 am by anak pisang

Similar topics
Affiliates














Follow us on Twitter


 



Share | 
 

 H1N1: 48 LAGI KES BARU DIKESAN

View previous topic View next topic Go down 
AuthorMessage
idaman2865
Newbie Forumer
Newbie Forumer


Posts : 197
Points : 356
Reputation : 1
Join date : 2009-07-01
Location : Bintulu

Health Status
Health Points: 1

PostSubject: H1N1: 48 LAGI KES BARU DIKESAN   Sat Jul 04, 2009 9:09 am

KUALA LUMPUR – Jangkitan wabak Influenza A (H1N1) terus merekodkan
sebanyak 48 kes baru semalam, membabitkan lapan kes tempatan dan 40 kes
import menjadikan jumlah kesemuanya 244 kes.


Menteri Kesihatan , Datuk Seri Liow Tiong Lai berkata, daripada 48
kes itu, 36 kes melibatkan warga Malaysia dan 12 warga asing.


“Empat daripada 12 warga asing itu dari Indonesia, masing-masing
dua dari Singapura, Filipina dan Australia serta masing-masing satu
dari China danItali,” katanya kepada media di Lobi Parlimen, semalam.

Beliau berkata, kes tempatan terbabit melibatkan lima kes pelajar
dari Sekolah Menengah Tsun Jin, Jalan Loke Yew, Cheras Kuala Lumpur
manakala satu kes lagi melibatkan kontak kes import ke-213 dan dua lagi
kes masih dalam siasatan.


“Seramai 128 orang daripada keseluruhan 244 pesakit telah sembuh
sepenuhnya selepas menerima rawatan dan mereka telah dibenarkan keluar
dari hospital.

“Kini baki pesakit yang masih dirawat berjumlah 116 di hospital
dengan 85 orang disahkan positif dan 31 masih menunggu keputusan
makmal,” katanya.


Tiong Lai berkata, kesemua kes yang disahkan itu menunjukkan tindak balas baik kepada rawatan tanpa sebarang komplikasi.:



Sementara itu, katanya, empat daripada 739 kontak terdekat sedang
menjalani kuarantin di rumah dan mempunyai simptom serta telah
dimasukkan ke hospital untuk siasatan.

“Jumlah kes yang disiasat kerana disyaki jangkitan H1N1 adalah
sebanyak 2,471 kes yang mana 244 kes telah disahkan positif dan64 kes
masih menunggu jawapan,” katanya.

Menyentuh isu ujian air liur kepada pelancong asing dan tempatan
yang mengalami gejala Influenza A (H1N1) di pintu masuk negara, Tiong
Lai berkata tindakan itu sebagai langkah berjaga-jaga dan bukan
bertujuan menyusahkan pelancong yang datang ke negara ini.:


“Malaysia adalah sebuah negara yang selamat untuk dilawati dan kita sememangnya mengalukan kehadiran mereka (pelancong) ke sini.



“Kita tidak akan mengenakan kuarantin sewenang-wenangnya kerana
kita tidak mahu menyusahkan mana-mana pelancong yang masuk ke dalam
negara kita,” katanya.


Bagaimanapun, Tiong Lai menegaskan kementerian sudah mengambil
langkah pencegahan yang drastik memandangkan bilangan kes wabak itu
semakin meningkat dengan begitu cepat tetapi di negara kita bila-nganya
masih kecil, jika dibandingkan di dunia yang jauh lebih besar.

Sementara itu, beliau turut meminta agar mereka yang menghidap
selesema dan batuk memakai topeng penutup mulut bagi menghalang
penyebaran penyakit itu dari terus merebak kepada orang di sekeliling
mereka.


Terdahulu, Tiong Lai mengadakan sesi dialog bersama 26 anggota
Parlimen bagi menerangkan situasi terbaru kes Influenza A (H1N1) di
negara ini.

“Ahli Parlimen akan menyebar maklumat itu kepada rakyat dan membuat
aktiviti pada peringkat masyarakat bagi memaklumkan rakyat mengenai
H1N1,” katanya.
Back to top Go down
http://bintulunefrologi.blogspot.com
aubreysherrod
Moderator
Moderator


Leo Pig
Posts : 1142
Points : 1147
Reputation : 4
Join date : 2009-05-07
Age : 33
Location : LUBOK ANTU

Health Status
Health Points: 1

PostSubject: Re: H1N1: 48 LAGI KES BARU DIKESAN   Thu Sep 17, 2009 12:06 pm

40,000 dos vaksin H1N1 tiba Okt



Sep 17, 09 10:43am



Sebanyak 40,000 daripada 400,000 dos vaksin influenza A(H1N1) yang
ditempah Kementerian Kesihatan dijangka tiba di negara
ini akhir bulan depan, kata menterinya Datuk Seri Liow Tiong Lai.

Beliau
berkata vaksin tersebut akan diedarkan secara sama rata, namun
disebabkan dos yang terhad kementerian akan mendahulukan golongan
barisan hadapan seperti doktor dan jururawat selain golongan berisiko
tinggi seperti ibu mengandung serta kanak-kanak.

Baki 360,000 dos vaksin pula akan tiba awal Januari tahun depan, katanya.

Liow
berkata kesemua vaksin itu yang bernilai RM14 juta diperoleh daripada
syarikat farmaseutikal, GlaxoSmithKline (GSK) yang berpusat di United
Kingdom.

Bagaimanapun, katanya kementerian yang sedang dalam
proses tempahan vaksin peringkat kedua sedang meneliti beberapa
inisiatif dan pengeluar lain bagi mendapatkan harga dan kualiti terbaik.

"Kami
perlu membuat tempahan awal dan kami sedang mencari kualiti yang
terbaik. Kami berusaha untuk mendapatkan sebanyak mungkin sumber
termasuk dari China dan Taiwan supaya jika berlaku kecemasan, kami
dapat memperoleh lebih banyak vaksin," katanya kepada pemberita selepas
Majlis Berbuka Puasa bersama Komuniti Orang Asli Sungai Gapoi di
Bentong.

Liow juga berkata walaupun vaksin itu tidak melalui
ujian klinikal yang ketat seperti yang lazimnya diamalkan di negara
ini, namun Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) telah memberi 'lampu
hijau' kepada vaksin berkenaan.

"Kami serahkan kepada individu
untuk membuat keputusan sama ada untuk mengambil vaksin itu atau
sebaliknya. Bagi kementerian, kami menganggapkannya selamat," katanya.

Dalam pada itu, Liow berkata kerajaan telah mengarahkan pembinaan fasiliti penghasilan vaksin dalam masa terdekat.

"Kami
sedang dalam proses membina sebuah fasiliti penghasilan vaksin. Ninebio
Sdn Bhd telah diarahkan supaya menubuhkan fasiliti berkenaan," katanya.


Selain itu, selaras dengan amaran WHO mengenai kemungkinan
gelombang kedua H1N1, Liow berkata kabinet telah meluluskan RM158 juta
untuk menambah katil dan kelengkapan di unit rawatan rapi (ICU) bagi
menghadapi kemungkinan itu.

Katanya, kementerian sedang membuat
perancangan teliti dalam menghadapi kemungkinan amaran yang dikeluarkan
WHO itu terutamanya menjelang musim tengkujuh akhir tahun ini. BERNAMA
Back to top Go down
 
H1N1: 48 LAGI KES BARU DIKESAN
View previous topic View next topic Back to top 
Page 1 of 1
 Similar topics
-
» DOH bidding for A(H1N1) equipment
» 75% mualap Inggris murtad lagi
» BREAKING NEWS: MYSTERY ILLNESS KILLS ALEX JONES’ FAMILY MEMBER & SICKENED MORE OF THEM..
» 17 dalil bahwa tidak ada nabi baru setelah wafatnya Rasulullah
» POLIGAMI: Nikahi Janda Beranak Yatim

Permissions in this forum:You cannot reply to topics in this forum
:: Penolong Pegawai Perubatan Sarawak :: :: General Forum :: Berita Semasa-
Jump to: